3 September 2009
Salam dan hai..!!
Dalam senyap-senyap, ibu saya berjaya siapkan menjahit langsir dan kain cadar untuk bilik pengantin nanti.. yeayy~~!! Seperti paksi yang diberi oleh abang saya, takmo kerawang-kerawang atau apa juga bentuk yang rambu-ramba, maka cadar dan langsir yang cukup simple telah dihasilkan.
Yang cream belah kiri tu cadar katil, kami beli 8 meter pada harga RM80. Yang ungu belah kanan tu kain langsir di beli di Nilai 3, pada harga RM75, tak ingat berapa meter, tapi cukup nak cover tiga tingkap.
Memandangkan tiada ropol-ropol, kami nak juga letakkan sesuatu yang cantik diantara langsir polos tu. Jadi kami amik keputusan, nak letak jerujai diantara langsir di belah kanan dan belah kiri--makna kata, jerujai diletak di tengah2 langsir, berlatarbelakangkan langsir putih jarang bewarna putih
Berikut adalah calon-calonnya
1. Jerujai kristal
2. Benda panjang-panjang ni (panggilannya tidak diketahui)
Kami beli di Kamdar juga, harga RM25. Saya nak beli pasal masa gi housewarming kawan ofis, dia letak jerujai ni, nampak amat simple tapi menarik.
Dua-dua saya suka. Mungkin selepas letak langsir, baru dapat tengok mana yang sesuai kan?! Yang kurang sesuai tu, kena cari idea nak buat apa asal takde rasa membazir :P
5 comments:
HIHIHI..
besnte xora..jahit sendiri je.jimat sikit kos kan..kalau tempah da berape..mahal tu.
x sabar nk tgk langsir n cadar tu siap..nnt update erk klu da siap..
roy tunggu..
yup, ibu yg jahitkan. dia kata jahit bodoh aje, dalam 3 hari aje kot, dua2 dah siap. tapi ibu tak kasik gantung lagi, tunggu seminggu b4 majlis baru leh salin :P
eemm jurai2 tu yang panjang macam langsir tu ker??
kalau jurai-jurai yang ala2 langsir tu,,mir setuju sangat,, pastu gi beli kat harison,, ada macam pengikat langsir,, bentuk dia bulat,, pastu ada kayu kat tengah,, meletop.. kalau rajin gi ler jalan2 kat jalan TAR,, sure jumpa benda tu
yup amir, skrang trend letak benda jurai2 cam langsir.. kdng2 tanpa langsir pun dah nampak hot.. pengikat cam kayu tu ada nampak kamdar gak, tapi takde bentuk yg berminat.. nak cari kat ikea gak.. and harrison!! thanks mir!
mak angkat (x malunye haku) hehehe, mmg sgt rajin!!!!
Post a Comment