Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

04 September, 2009

Bagitau atau Minta Izin?


4 September 2009

Salam dan hai.

Semalam saya sms seorang sahabat dari zaman berhingus, ajak dia join majlis berbuka puasa dengan rakan-rakan berhingus yang lain di Bangi.

Dia reply "Aku discuss dengan Amin dlu k? muah"

Mengenali dia dari zaman berhingus, zaman kehebatan diukur dengan 'level' tertinggi dicapai dalam main getah, dari dulu dia memang seorang yang dominant dan keputusan sentiasa di tangan dia. Kalau hitam, hitam la ia. Kalau putih, putih la ia..

Bila dia SMS saya begitu, perkara pertama terlintas
"Oh, sudah kahwin, maka kena minta izin suami"
Perkahwinan memang boleh mengubah kita.

Mengubah kita menjadi manusia yang lebih bertanggungjawab tentang perasaan pasangan kita.

Menjadikan diri kita pelajar kepada sikap toleransi.
Ini sesuatu yang perlu saya belajar dari dia.

Sekarang, saya lebih kepada 'bagitau'. Maknanya, keputusan telah saya buat dan saya memberitahu dia keputusan saya atas dasar mungkin dia perlu tau.

Mungkin di masa akan datang, saya boleh belajar untuk 'minta izin' sebelum keputusan dibuat.

Erm.. tapi berpasangan dengan lelaki Negeri Sembilan memang mudah :) :) :)


Faham kan maksud saya? :P hihihi

5 comments:

khairulhaya on September 4, 2009 at 9:45 AM said...

yuhuuu..

bg roy keduanye perlu..tp ade masenye roy pon xbuat begitu.maklumla abg roy jenis yg cemburu n sedikit kongkong.jadi bile nk pegi mane2 n roy rase klu bg tau ..dia akn marah jd roy amik tindakan untuk pegi sorok2 je.

tp da kahwen kang x bole la lg..nanti dose tau..Tuhan marah..:p

snm | snm on September 4, 2009 at 10:35 AM said...

heheheh :p ai malu dibuatnye! :p

mula2 ssh sgt nk adapt. psl dh almost 9 yrs aku yg buat kputusan. amin PANDAI (puji suami) psl dia mcm dh tau2 yg selepas 9 thn, dia akn buat keputusan utk seumur hidup aku! ohhhh..

anggun said...

setakat ni aku pun bgtau je. mintak izin? herm... ok la tp tgk keadaan.
ko rasa kalau nak mintak kuar ngan lelaki lain die bg tak? hahaha

xora said...

anggun, cuba tanya.. mana tau dia kasi.. dengan pelempang dia kasik :P hihih.. gurau aje

Mrs Shareeda on September 4, 2009 at 12:32 PM said...

rasanya boleh tentukan dulu kan sama ada "that matter" perlu dibagitau ke atau mintak izin ke atau diamkan je.. sendiri mau ingat kot.. hehe

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates