Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

10 May, 2011

Tu Bukan Menyibuk Lagi, Tu Dah Kira Biadap


Salam dan hai

Tajuk kena panas. Sepanas hati seorang sahabat saya pagi ini. Cik Puan Reen -- yang sedang panas hati.

Saya faham perasaan dia kerana saya pun sudah terkena, dengan orang yang sama juga. Biadap perbuatan dia yang tidak semena-mena tanpa segan silu memegang perut saya tanpa sebab-musabab, jauh lagi dengan izin.

Tujuan saya menulis topik ini, supaya kita semua, baik mantan pengantin, bakal pengantin, bakal-bakal ibu, atau ibu-ibu mahupun makcik-makcik diluar sana, supaya tolong faham tentang hati seorang perempuan yang masih menunggu rezeki Allah.

Rezeki yang saya maksudkan adalah rezeki dikurniakan anak.

Macam yang saya pernah sentuh isu ini dalam post terdahulu {
Post}, saya mahu bakal-bakal pengantin bersedia dengan soalan-soalan yang sensitif ini kerana pasti wujudnya golongan yang tidak sensitif kepada perasaan dan air muka kita.

Kadang-kadang saya kasihan dengan golongan sebegini. Golongan yang tidak tahu atau mungkin tidak pernah amik peka kesan soalan yang terpacul daripada mulut mereka, mungkin bakal mengguris perasaan orang yang ditanya. Betapa mereka dengan objektif mereka nak tahu. Atau mungkin dalam hujah mempertahankan diri mereka, mereka tak sangka yang soalan itu bikin gusar dihati penerimanya.

Saya nak ulas beberapa perkara disini.

Pertama: Sebenarnya, bukan soalan itu yang menyakitkan hati. Tapi bagaimana soalan itu diajukan yang mengubah momentum penerimaan.

Mungkin kalau kita dengar orang bertanya
"Dah ada isi ke belum?"
lebih sedap dihalwa telinga kita berbanding
"Tunggu bila lagi ni? muda2 lagi xyah la tunggu2"

kan?

Bertanya tak ada siapa melarang, tapi fikir semula olahan soalan tu. Fikir, cukup ikhas ke kita bertanya atau sekadar nak menguji, menyibuk atau menyakitkan hati pihak lain? Cukup pengalaman kah kita dengan anak kita yang berderet sedangkan kita lupa itu semua hanyalah amanah Allah kepada kita yang boleh Dia tarik bila-bila masa sahaja?

Kedua: Kadang-kadang, bukan bagaimana soalan itu diajukan sahaja menjadi isu, intonasi suara pihak yang bertanya turut memainkan peranan.

Kalau diaju
"Ko dah ada isi ye?"
lebih lembut bunyinya berbanding
"Eh, ko dah berisi ke?!" siap dengan ton suara terkejut, mata terbeliak.

Bagai merupakan satu kesalahan untuk mengandung sedangkan prosesnya halal bersama suami yang sah. Menyebabkan si mantan pengantin terpinga-pinga "Aku ngandung pun salah ke?"

Jadi kepada mereka yang sering bertanyakan soalan sebegini kepada orang lain, baik teman rapat, teman sepejabat atau sesiapa sahaja, fikirkan semula kesan soalan kita kepada penerima tu. Kalau kita layak berkongsi khabar berita gembira, biar ianya datang secara semulajadi. Biar secara lisan daripada mulut pihak tersebut atau secara hukum alam--bila kita nampak perutnya semakin membesar. Tak usah nak menggali membabi buta. Tak usah nak menyendeng bertanya itu dan ini kalau kita bukan orang yang layak untuk dikongsi.

Usah mendabik dada, "aku kan dah ada anak, apa salahnya aku tanya dia kot-kot boleh kasi tips ke apa". Pernah kah terfikir, apa pula perasaannya kalau anak tersebut diambil tuhan dan kelak ada mulut lancang bertanya "Ko ni, anak sorang pun tak reti jaga ke?"

Jangan pula masa itu baru pandai nak bermain kata "Rezeki Allah punya" sedangkan dari awalnya, diri sendiri pun tahu anak itu rezeki daripada Allah dan mempersoalkan cepat atau lewatnya kehadiran anak itu, bagai mempersoalkan rezeki Allah.

Bagai secara langsung berkata "Apasal Allah tak kasi-kasi ko anak lagi ni?"

Kenyataannya, semua yang kita ada di dunia ini, baik suami, anak-anak, keluarga, harta, pangkat dan segalanya, pinjaman daripada Allah.

Tak tahu malukah kita nak berbangga dengan harta pinjaman sedangkan Allah sentiasa mengingati kita agar sentiasa merendah diri dan jangan bongkak.

Ketiga: Kalau yang dilafaz sudah mengguris hati, usah tambah dengan perbuatan.

Tindakan bertanya merambang sudah dikategorikan menyibuk, tapi tindakan pegang perut orang yang ditanya itu-- itu sudah jatuh jadi biadap.

Pelaku sebegini, mahu sahaja kalau saya ditempat kejadian, saya terus pegang bahagian dada dia dan kata "cup berapa ni?" Tak suka kan? Tahu pun tak suka orang sebarangan pegang bahagian dada ko atau bahagian sulit ko kan??

Kena faham, tak semua perempuan mengandung atau belum mengandung suka dipegang atau diusap perutnya. Setiap individu adalah berbeza. Ada yang suka kandungannya diusap-usap, ada juga yang kurang gemar perlakuan sebegitu.

Paling tidak kalau hati meronta mahu sangat pegang, minta izin. Tak susah kan? Hormat zon selesa individu. Kalau diri kita bagai datang tak berjemput, pulang tak berhantar, usah bertindak melampaui batas susila.

Saya berharap, pada semua mantan pengantin yang sudah berbadan dua atau yang menuju ke arah itu, supaya cekal-cekal hati dengan dugaan daripada golongan-golongan ini. Saya tahu saya takkan dapat mengubah orang kerana kita semua daripada latar belakang berbeza, jarak usia yang berbeza, cuma saya berharap penulisan saya kali ini, paling tidak memberi satu ruang untuk kita berfikir, betul atau salah tindakan kita selama ini.

Tolong jangan jadikan kehidupan selepas berkahwin mantan pengantin bagaikan mimpi ngeri. Biarkan dia bahagia merencana hidup bersama suaminya.


p.s Post ini tidak bergambar kerana tiada gambar dapat mewakili betapa sungguh menjengkelkan saya rasa terhadap individu yang memegang perut kawan saya tanpa sebab tu.






10 Mei 2011



48 comments:

Byzura Mj (By) on May 10, 2011 at 10:42 AM said...

owh tak suka! by pulak tak suka orang gunakan perkataan kesian... kesian ko ni bla bla bla.. bukan nak kasi kata semangat! kata2 'mereka' leh wat kita down kan?

Reen Tart Nenas on May 10, 2011 at 10:42 AM said...

aku menyampah ngan kakak tu. rasa nak lempang2 muka die. aku rasa cam nak pegang boobs die. ko takde hak nak pegang perut haku hoke. mcm la aku ngandung ko nak kasik aku 10K!

cikTari on May 10, 2011 at 10:47 AM said...

Xora,

Sama le. Memang bengang betul kalau orang tiba-tiba datang raba perut kita. Pastu tanya 'takde isi lagi ke' dengan nada sinis.

Setiap pasangan yang berumahtangga memang inginkan zuriat. Cuma cepat atau lambat je rezeki Allah nak bagi pada kita. Mungkin lebih baik kalau orang yang terlalu perihatin macam tu sama-sama mendoakan supaya kita cepat-cepat dikurniakan rezeki yang dinanti.

Kan?

Sue Izza on May 10, 2011 at 10:48 AM said...

betul tu...tak suka nya...tak de adab langsung...sah2 la orang tu jenis kepoh kan?....

Xora on May 10, 2011 at 10:50 AM said...

By: polisinya, kalau takde apa bagus nak cakap, jgn cakap apa2 kan?!

Reen: serius wei, nama aku pn dia tak tau, dia selamba nak pegang aku? korang yg bertepuk tampar bercium laga pipi dgn aku pun takde suka2 nak pegang perut aku. p.s tapi if ko pegang, aku pegang boobs ko hahah

Tari: ye amat tak suka kan. tak tau macam mana nak kata "jgn pegang perut saya boleh x??!!!"

P.Rimba: tersgt kepoh smp tak dapat kontrol tangan dia :P

Mrs Diba on May 10, 2011 at 10:53 AM said...

sye pernah kena macam tu, soalan y bertubi2, lepas tu perut dipegang n tye soklan bse " da ad isi ke? sbb badan da berisi (chubby) je ni"
sye tau anak rezeki dari Allah, tp diorg tak faham k, yg kita ni merancang, kalau ad rezeki preg adla, tp jgn smpi ungkit isu planning bagai. sye kecewa sgt klu ad org tye kenapa smpi sekarang takde isi lagi, kalau sye boleh tentukan ank tu dtg ble, esok pun klu bole sye nk dia da ad dlm perut sye ni.. sobs.. T.T mereka2 tu kene la belajar fahami sensitiviti org lain.... :((

O Ena O on May 10, 2011 at 10:59 AM said...

huhuhuh..saye paling pantang org mcm nie..sbb sy sbg seorg yg blm berkahwin lain pula situasi nya..betoi kate xora..setiap aper yg kite ade adalah Amanah & pinjaman dr Allah..kite sbg hamba-Nya sepatutnye bersyukur & bkn mendabik dada dgn limpahan rezeki dr Allah..
saye pon baru je melenting dlm blog sbb ade kwn sy yg mulutnyer mmg takde insurance...
ggrrrrrrrrrrrr !!dgn org mcm nie...

farahfatihah on May 10, 2011 at 11:00 AM said...

owhh mmg biadap tu namanya....haishh habit dia kot suka menyibuk2? pape pun sabar lah yer....moga2 kita terhindar dari perbuatan mcm tu

siti ika on May 10, 2011 at 11:06 AM said...

tu la... nowadays, common sense is no longer common.. da penah wat entry lebih kurg cam ni jugak..

Anonymous said...

setujuk memang biadap laaa....dalam erti kata lain tak reti nak hormat orang

Reen Tart Nenas on May 10, 2011 at 11:34 AM said...

xora: nanti i pegang boobs u juge. auwwww!

AzilaFaiz on May 10, 2011 at 11:42 AM said...

Salam, x suka jugak org pegang2 ni.. lps kawin ni bukan takat org pegang perut, pegang tpt lain pun ada gaks.. tensen btol! len la, kalau suami yg pegang, rela aja! =) =) =)

Pya on May 10, 2011 at 11:59 AM said...

Hye! Sy ni da lama jd silent reader Xora. Since b4 kawen lagi.

Pasal usap2 perut tu, mmg kurang sopan sikit. Just nk share pengalaman. Ms sy 3 bln pregnant, ada sorang makcik yg mmg tak habis2 tanya my mum bila sy ni nak preggy. Sbbnya anak dia yg kawen skali ngan sy bunting pelamin. Means, sy kosong 4 bulan, preggy 3 bulan, so anak dia dah 7bln preggy.

So time sy 3 bln preggy perut mmg tak buncit lgsung. Then bila jumpa makcik tu terus je dia usap perut sy then tanya dgn nada sinis "bila la ko ni nak ngandung?". Sekali bila ckp dah 3 bln t'kejut beruk plak!

Lumrah manusia, ada je rasa nak dengki & iri hatikan? Sabar je la ye Xora...

Putri Qaseh on May 10, 2011 at 12:00 PM said...

Xora,

Pernah juga buat post tentang ini..so far sindiran sy terima lebih kpd kata2 belum lg perbuatan..xtaula lepas ni mcmana pula kan..buat b2b and mantan2 byakkan bersabar...Sbb Sabar itu indah:)

zatil hulwan on May 10, 2011 at 12:36 PM said...

Xora, soklan2 ni bukan hanya diterima oleh sesetengah pihak..kalau pregnant awal pun, ada ja mulut yg bising..padahal sah ja anak dlm kandungan tu..sakit hati ja bila dengar sesetengah org yg kurang beradap ni cakap 'naper korang cepat sgt? xsabar2 sgt ke? akak dulu tunggu setahun sbb nak honeymoon, tgk wayang, dating2 smua..ko kalo dh beranak ni dah takde masa nak buat benda tu smua'..sakit hati tak kita yg mendengar? dah la amsa tu hati ni tgh sesnsitif sgt,ni kan rezeki Allah, bila dia nak bagi tu bukan urusan kita kan..

~~~+....mS arWeEn....+~~ on May 10, 2011 at 12:39 PM said...

salam...
mmg biadap!
sy pun x suka org pegang2 perot mcm tu!
memang kena entry ni ngan sy!

sy baru setahun kawen, blm ade rezeki lagi.. tp kat opis, asik dpt soalan yang mintak pelempang!
ada sorg single mother tnya:-
" ni bila nak mengandung ni???? LAMBAT betui la hang ni!"

haiyooo.. rasa mcm nk bg pelempang ja! kalo buleh nk jawab, "nk mengandung harini, tp Allah x bg rezeki lagi.."

wanie on May 10, 2011 at 12:48 PM said...

kak xora... yup mmg betul apa yg kak xora ckp..., paling suka org bertanya hal2 mengandung atau tidak.. bukankah lebih baik org itu sendiri bgtaw...

norinaomar on May 10, 2011 at 1:06 PM said...

Ramai yang mulut takde insurans macam ni..
ada kawan saya lagi geram je,sebelum ni PJJ
lepastu dah dok dekat semua pakat tanya..Aii dah dok dekat ni takkan tak melekat lagi kot..
No sensitivity at all

..mem0ir Qaira.. on May 10, 2011 at 1:13 PM said...

waaa...saya pun sma..bosan btol..huhu..
kalo org tny ko dh ade isi ke blom..sng je sy jwb.."ape ko ingat nk buat anak ni mcm gentel cekodok ke"..makanya..dgn mata terbeliak dan malu sendiri..diorg xtanya lagi dh..hehe..

Hasnah on May 10, 2011 at 1:19 PM said...

sampai macam tue sekali tindakan seseorang tue kat kawan akak.. sungguh biadap la tue.

Anonymous said...

Salam Xora..ni lah soalan paling menyampah..sakitnya hati,rsa mcm nak nangis menjerit2 dalam hati..hampir setahun lebih berkahwin,org dok tya222..huhuhu.. sya kini membawa Little Khalifah di dalam perut,syukur.perut i kecil lagi,still ada orang dok tya2 lagi..tpi i tak jawab apa2,i diam aje..sbbbb soalan itu amatlah menyampah & saya pernah menangis disbbkan soalan itu..


Affa Rahman

lovelyadibah on May 10, 2011 at 1:44 PM said...

walaupun dba lum kawin,tp orang2 biadap nie ada je idea nk kenakan orang..xkisahla kan sapa2 dh kawin k lum kawin k..hurm..mmg menyakitkan hati!

y.o.n.g.n.a.n.a.1.8.8.1. on May 10, 2011 at 2:00 PM said...

Stuju!! Walaupun belum pernah ada orang suka-suki nak pegang perut saya. Hehe.

Tapi bab soalan-soalan maut yang ditanya tu memang kadang boleh mengguris hati. Pernah dulu sebelum pregnant ada sorang kenalan keluar statemnet gini kat saya..

"Kenapa lambat sangat mengandung ni? Tak power la!"

Rasa macam nak debik je sekali. Kalaulah nak mengandung tu senang macam beli barbie doll kat mall memang malam pengantin lagi saya dah mengandung dah.

Susah kalau ada makhluk Allah yang tak ngerti bahawa semua urusan rezeki anak ni kerja Tuhan. Bukan bidang kuasa kita.

*eh terpanjang pulak taip..nasib tak jadi entri.hehe*

Lemon on May 10, 2011 at 2:09 PM said...

haha. jaga2 xora. u pegang boobs dia kang dia pk u nak dia aja cane nak breastfeed plk.

mungkin dulu dia pun kena macam tu, so dia rasa xsalah agaknya.

walaupun i rasa macam teringin nak rasa baby bergerak dlm tummy mummy dia, i simpan aje dalam hati sambil berkata "tunggu ye baby, nanti mummy pegang awak puas2 ;D " kepada roh yang bakal dihembuskan ke rahim i ni ;) insyaAllah.

kesimpulannya: sila elakkan kakak tu sebaik mungkin. SCARY, ok! (+annoying juga)

adda_shariff on May 10, 2011 at 2:50 PM said...

adoi i've typed n it lost! ok, kalau dah masuk, sila delete yg previous ye xora.

sy nak berkongsi cerita yg sama.
situasi, almost the same. cuma kata2 yg menikam kalbu itu lebih pedih. i had a nervous breakdwonn after hearing those words. almost 3 weeks. dan saya bukanlah seorg yg mudah jatuh sakit sbnrnya. well it's true that when u r not happy, u get sick easily!

saya reply mende yg sama. "akak tak patut cakap macamnnih. cara akak cakap nih macam mepersoalkan rezeki tuhan kat saya" i just gave that to her face.

dia terdiam. lalu meminta maaf berkali2. well,dah terlajak kata kan...

kami sbnrnye tak berbckp langsung hal2 yg related pasal anak...tapi dek 'kepandaian' dia seolah2 she-know-it-all, terhamburlah kata2 "oh patutlah kamu tak dpt anak lagi".. sentapmaknak..T_T

and she's a 32 y.o yg belum berkahwin.

but now, i'm okay! sy dah maafkan dia. i understand that she's human being and being one, flaws and imperfections tuh takleh lari...(n perangai kakak2 mmg mcm tu..)n she's actually a good person. tp after that, sy jadi begitu berhati2 dari bercakap pasal hal2 personal dah dgn beliau. i learnt my lesson. n now i dont really give a damn dgn ape yg org ckp.

ok. panjang. hehe..cheers!

.

famzmhj on May 10, 2011 at 2:53 PM said...

hmm... atun pun pernah ade org pegang perut, tapi makcik sendiri and tanya soalan 'dah ada isi dah ke?' dgn begitu lembut and tangan usap2 macam nak jampi nak bagi 'lekat' cepat (hehehe), so tak kisahla sangat...

tapi kalau org tu dengan tak semena-mena and dahla tak rapat sangat dengan kita nak pegang - pegang plak, Atun pun baran jugak kot.

Tapi in the end, takleh nak wat ape jugak, bersabar ajelah...

Semoga Allah memberkati kita jika kita banyak bersabar. Amin.

Anonymous said...

sgt menyampah ok sbb pernah melaluinya.. and hari tu gugur... baru 2 bulan org dah tanya balik bila nak start production la, kalau org lain sebulan dah lekat balik la... sgt mendownkan and sgt la tak sensitif ok... i really dun mind if yg tanya close friends, sbb maybe diorg mmg concern tgk kt chubby sikit... tp bab2 kakak/makcik yg not soooo close nak tanya2 ni mmg over sgt n mmg wujud golongan mcm ni....

Myra on May 10, 2011 at 3:58 PM said...

i understand kdg2 orang yg langsung tak peka dengan pertuturan dia n perasaan org lain tu berkait. but it doesnt make it hurt any less!!

kami (suami n sy) duduk berjauhan dgn orang2 yg berpotensi biadap ini maka suami pun dah pesan one day orang akan beranggapan mcm2 if takde anak lagi so kena kebal skit dgn lancang mulut orang when the time comes.

but omg!!! once upon a time altho bukan isu yg sama, pernah seorang makcik tu tanya dgn nada serious depan orang ramai:

"tak nangis ke suami duduk jauh2 cmni? takde nangis sorang2 ke?"

i mcm wt*!!!!!! apa jawapan u nk sebenarnya? u nk i break into tears depan u ke? really? u nak handle ke if i do??

tp dgn raut wajah ini-perkara-kecil, harus lah menjawab dgn "sama je mcm sebelum kahwin, jauh juga, takde beza pun lol"

but omg!!!!! amarah itu tetap ada!
i can handle long distance, but pure ignorance terhadap orang lain selain diri sendiri...uuuuuuuu *breaks knuckles*

mwahahahaha

and yes! kalau stok mmg baik dgn member n dia ok pgg2 then ok la usap2 perut. boleh tak instead of pgg boobs mcm cadangan Xora kita usap kepala org tu balik n kata 'sian dia'.. psychology tak??

*psycho!*

Xora on May 10, 2011 at 4:06 PM said...

Dear all: reply secara pukal. terima kasih untuk semua balasan dan komen. comel2 komen korang, ada yg buat saya tergelak2, terutama bab nak balas tindakan org sebgini macam mana :P ada juga yg buat rasa simpati pasal mereka juga berhadapan dengan perkara yg sama atau lebih meruntun hati dan emosi. sekurangnya, takde la rasa macam kita sorang2 aje menghadapi situasi begini. org menjengkelkan macam ini mmg ada dimana2 sahaja kan?sebelum kahwin, tidak pulak didedahkan pula dengan isu manusia sebegini rupa. baik bersedia awal kan? perkasakan diri!

confirm dia on May 10, 2011 at 4:18 PM said...

MOhon izin copy n post utk renungan org opis saya..

Anonymous said...

zaa memang menyampah sangat2 dengan orang yang macam tu!!! geramnye!! zaa sendiri dah berapa kali tak boleh bilang kene orang raba perut macam tu!!


cuba la pk secara logik, rezeki anak dari Allah, bukan boleh main buat macam anak patung! otak kat lutut gamaknya!! tak kena kat kepala sendiri, tak rasa macam mana sakitnya!


sabar ye xora...pray for us dapat baby!!

cik senah on May 10, 2011 at 5:43 PM said...

Macihh Xora kerana perkongsian ini.. amat memberi manfaat pada chekk.. :) Kena kebalkan diri thn depan.. (coz ujung thn nie baghu nak menikah..sahih thn depan banyakkkk spesis kapochi muncul seghupa cendawan tumbuh selepas ujan dan bertindak seakan wartawan hiburan - tanya itu-ini kat chekk..).

p.s : Kepada pemberi2 komen yg lain.. chek pun terhibur baca pengalaman dan komen kalian semua.. :) macihh sebab berkongsi.. salam sayang buat semua wanita di luaq sana.. semoga berbahagia hendaknya yaa.. :)

Aimi Hakim on May 10, 2011 at 6:28 PM said...

sangat setuju dengan kak xora...apela nak sebuk hal orang..jangan sebok nak jage tepi kain orang..haish!!

Anonymous said...

lani lps kawin wp br 5 bulan...penuh bertanya..mia wat derk je..kdg2x geram..belum ada rezki dlm berjauhan...depa tue je x fhm

klik ur nuffnang xora

Anonymous said...

salam xora..saya ni silent reader awak.
erm..saya pn mengalami nasib yg same ngn awak.kalo ikutkan hati..mmg rase mcm nak bg penampo sulung je kat org mcm tu kan.

situasi saya..bile ade sorg kakak yang merangkap kenalan kuarga yg mane amatla terlalu kurang ajo..bg sms kat saya dengan hanya menggunakan perkataan "da ade baby ke?"...tanpa salam..argghhh!!
berulang kali ok!!die kol pn saya xangkat..sbb saya tau..kalo angkat itula soklan yg die nak tnya.bile xangkat kol..soklan biadap itu la yg dia ajukan pada saya.

org2 yg mcm ini la..yg watkan ati kite sakit dan semangat kite jadi lemahkan??
saya sendiri cuba utk jadi seorg yang cekal..tpi akhirnye tewas juga..
air mata tumpah juga akhirnyaa..
kekadang2 org senang nak bg nasihat pada kite..begitu jua denga kite (mase lum kawen..nasihatkan kawan yg dah kawen tapi yg lmbt dpt baby..kunun2 nak jadi penenang)..tpi bile kite sendiri yg alami..br tau.. =(

sori..pjg lak komen.. hehe!!

:mutiara:

As said...

xde ke pompuan2 jenis tu yg nak baca apa yg kita2 semua tulis kat sini nih. and stop being kepoci like makcik2 coz it not cool at all being bzbody fasal life org lain.

to such people, iv got somethg to say --- sesuaikan pemakaian modest or up to date u all dgn pemikiran yg sama hot. which is mengintai hal peribadi org lain not so hot neither cool at all.bleh faham ke pe i cakap ni?? ku x, go brush ur comprehension/ language n that's better than menajamkan deria korang2 pada hal yg tidak sepatutnya.

Aty Fared on May 11, 2011 at 10:16 AM said...

dah 7 bulan kawen ni..malas saye nak layan kalau derang tanye2.. malas jugak nak cerite pasal keguguran aritu... buat mase ni saye anggap Allah masih memberi ruang tuk saye n suami tuk lebih bermesra berdua dan lebih mengenali... :)

mingming on May 12, 2011 at 10:45 AM said...

kite pun alami benda yg sama. boring betul dgn org2 yg sibuk tanya mcm ni.

sibuk dok tanya kite, "kenapa tak mengandung lg?"

ada sorg makcik kat opis ni, depan2 kite selambe je ckp kat org lain, "ntah tahun bila la nak tengok si mingming ni mengandung".

tak tau la apa masalah org mcm ni!
takkan la nak dengki kite tak mengandung lg. ntahpape!

Anonymous said...

setuju!

bile dh kwen & terus pregnen nnti org kata eh kau ni gelojoh lah! yg kite ni pulak.. eh, ape hal pulak kan.. sukatilah nk gelojoh ke ape.. yg ada lagi satu kategori pulak, setiap kali soalan msti nak tnye, eh dh ada tanda2 ke..? dh positif ke..? hemm.. kalau pon dh pregnen, mls nk jwb soalan.. sibukk je..

~NAAD

Anonymous said...

http://missyfarha.blogspot.com/2011/05/kalau-nak-stresmemanglah-jadi-stres.html

zurulizam on May 16, 2011 at 8:31 AM said...

salam xora..saya ni silent reader awak.
Dah 4 thn kawen,tp xder rezki lg..nak buat mcm manekan...?redha n berusaha jer yg termampu...

tp saya ingat lg, raye thn lepas...time tue adik ipar saya yg kawen lewat dr saya ngah sarat...kitaorg g jln umah mak sedara husband...saya tak kisah kalu dia tanye "tak der isi lg ker"...soklan tu blh lg di terima...tp sakitnyer hati biler dia kate "dah kak tue biler lg??tak malu ker tgk adik dah ader isi"....ya Allah...kenape nk guna kan perkataan "malu" tue..dah la siap ngan intonasi suara yg menyakitkan serta memek muka yg..rrr sungguh biadap...

nak buat mcm mane, dah xde rezki lg...bknnye kita taknak..bukannye kita buang anak...nape plak nk tanye soklan mcm tue...

awak pun ada anak p'puan jugk,blum tentu anak awk terus pregnant bile kawen nanti...ingat2la sikit

Anonymous said...

just nk tye...yg pegang dan btye itu org yg korg xsuka kn..? mcm mana klu yg pegang dan btye dlm intonasi yg sama org yg korg suka..? adakah responnya juga sama..? akan dikatakan biadapkah..? :)

Myra on May 16, 2011 at 4:06 PM said...

Cik Anon, sy cuba jawab ye ;)

jika org yg usap2 itu benar2 orang yg disukai/rapat, maka dia patut lebih tahu apa yg menggembirakan dan menyakitkan hati rakan dia and act accordingly :)

mudah bukan?
jika tak pasti maknanya tak berapa rapat :) dan lebih sopan bertanya

santun itu mudah!

wah_hanim on May 23, 2011 at 12:43 PM said...

salam xora,sy br je knl blog pn. xora ni,br dkt sbln, tp dh byk post yg dh bace.mmg best n byk menolong :) post pn. xora yg ni pn same.
nk tanye, pn ade jd pengarang kt utusan ke?sbb sabtu hrtu 21/5,sy bace utusan post ni: http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0521&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_06.htm. ayat lbh kurang same je. klu btl pn yg karang kt utusan tu, bgs la. tp klu org lain yg copy ,wlupun skt2,mmg x leh terima la. mane aci kn? utusan plk tu. sbb byk ayat die sebijik ayat pn.pn reply ok? tq :)

Xora on May 23, 2011 at 2:10 PM said...

wah_hanim, ish saya keje gomen biasa2 aje, takde jadi pengarang. tapi kan, berkenaan post tu, saya pun ada baca dan mmg terdetik juga, macam post saya aje. terutama ayat penutup post dia tulis "Bagi saya, kalau 10 pertanyaan ditukar kepada 10 doa, alangkah bahagianya!", sama macam ayat penutup saya kat post
http://diaterimanikahnya.blogspot.com/2011/02/3-bulan-kena-ada-isi.html

tapi takut terperasan sorang-sorang, jadi biarkan aje :) terima kasih menghantar komen ya? :D

*redha~

wah_hanim on May 24, 2011 at 3:53 PM said...

aah la.post yg tu pn same. so, mmg btl la, x adil btl.ni dh kire plagiarism dh ni.klu kt u dh blh kene buang dh. senang2 formalkn ayat org buat artikel sndiri.saye report kt utusan nk?

Xora on May 25, 2011 at 8:03 AM said...

wah_hanim, kebetulan yg amat betul kot ni :P saya rasa org yg plagiat ni (memandangkan dalam kolum tu, cerita tu dikatakan sumber daripada penghantar emel, dan bukan daripada wartawan tu sendiri) pun mesti baca blog ni, jadi dia tahu yg org tahu dia plagiat kot.. kesian dgn org camni .. jom kita kesian kat dia ramai2 :P

wah_hanim on May 26, 2011 at 10:21 AM said...

peminat tegar pn. xora barangkali :)

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates