Salam dan hai
Lega hati saya bila baca banyak komen yang turut merasai dan mengalami apa yang saya sendiri alami hehe. Kiranya, saya bukan lah kes terpencil rupanya.
Ok, tanpa membuang masa, jom kita sambung cerita daripada bahagian pertama {post}
.
.
.
.
.
Masa tu sakit contraction amat la sakit sangat-sangat.
Dan saya cuma asyik kata "SAYA NAK BERAK.. SAYA NAK BERAK"
Tapi rasa macam tiada siapa kasi perhatian pada saya. Masing-masing sedang menyiapkan persiapan di katil bersalin tu.
Maka..
Saya TERbuang air besar kat atas katil tu.
Dalam hati kata "Ha, kan aku dah kata aku nak berak!"
Berlaku sekelip mata, memang tak dapat nak tahan. Malu kot, sudah la doktor lelaki, jururawat sampai 3 orang, di hadapan D lak tu.! Dulu, masa bercinta, nak kentut pun tak berani. Ni dah kahwin, siap buang air besar depan D pulak tu. Haha
Masa tu, saya terfikir, eh bayi dah keluar ke, tapi takde tangisan so saya tahu la yang keluar tu bukan bayi. Terus saya minta maaf, "Minta maaf sangat, tak sengaja", jururawat tenang kata, "takpe, dah biasa jadi macam ni". Kesian sangat jururawat kena bersihkan dulu katil tu.
Malu..
Tapi malu-malu pun sakit tak hilang. Doktor tengok bukaan dah ok, dia kata
Doktor: Ok Puan. Dah boleh push ye
Saya: Nak push macam mana? saya tak tahu, tak pernah beranak.
Jururawat: Buat macam puan nak berak tadi ye, tapi salurannya yang lain. Puan akan dapat rasa macam ada benda nak keluar, tapi kali ni benda tu baby ya.
Saya: *diam pasal malu
Doktor: Ok, Puan jangan push kalau tak rasa nak push ye.Nanti hilang tenaga, baby tak keluar-keluar lagi.
Saya: Ok.. push bila rasa nak push. Ok *macam mana lak rasanya 'nak push' tu?!
Jururawat: Puan tarik nafas dalam-dalam, kemudian push ye. Jangan menjerit, nanti penat.
Tiba-tiba, memang saya rasa macam nak terbuang air besar lagi sekali. Apa lagi saya terus tarik nafas dalam-dalam dan terus push. Jururawat yang nak masukkan air dalam badan saya pun tak dapat nak cucuk pasal saya terus nak push.
Saya tak ingat berapa kali push. Cuma yang saya ingat situasi dalam bilik tu memang bising sangat. Dengan jururawat ingatkan saya jangan angkat punggung, sorang lagi mengiringi bacaan doa saya, sorang lagi pesan push jangan menjerit, ketap mulut dan push. D pulak dok kata dia maafkan saya.
Saya??
Ok, tak cakap dah "Saya nak berak". Saya cuma cakap Allahuakbar aje masa meneran. Yang masa mula-mula nak keluarkan kepala bayi, itu bahagian paling sukar. D kata, sejurus dia nampak rambut baby, dia jadi bersemangat dan dia terus kasi sokongan pada saya untuk push.
Serius, kecoh gila bilik bersalin tu sedangkan yang ada cuma 5 orang sahaja.
alhamdulillah, tepat 11:52 malam, khamis malam Jumaat, saya dengar tangisan pertama baby. Jururawat yang angkat baby tu dan kata, "Puan, tengok. baby boy ke baby girl?"
Saya??
saya rabun dan tak bawa cermin mata ke wad bersalin!!! saya tak nampak lelaki ke perempuan! tapi saya kata aje "Baby boy" pasal masa pemeriksaan, doktor kata lelaki hehe. Masa tu memang badan penat sangat. Saya membayangkan lepas melahirkan bayi, saya akan nangis, macam dalam cerita petang-petang kat tv tu. Tapi saya tidak la menangis, Cuma terasa amat penat. Seterusnya apa yang berlaku dalam bilik tu saya tak ingat. Yang samar-samar saya ingat, jururawat bawa baby untuk dibersihkan dan diperiksa. D keluar ikut jururawat tu. Ada doktor lain datang untuk jahitkan saya. saya Tanya doctor, banyak ke kena jahit. Doktor tu Cuma kata “Eh takde la banyak. Biasa-biasa sahaja”. Tapi saya rasa banyak, saya sudah macam katak makmal terkangkang depan orang hampir sejam.
Kalau ditanya sakit tak kena jahit, saya akan kata tak sakit. Cuma dapat rasa jarum masuk tapi tak sakit. Sakit macam kena cucuk amik darah sahaja. Atau memang sepatutnya sakit tapi pasal badan dah penat, tak terasa sakitnya.
Uri keluar Alhamdulillah tiada masalah. Doktor yang jahitkan saya juga keluarkan darah beku. Hampir 1 pagi lebih, doktor lain pula masuk untuk periksa jahitan yang dibuat oleh doctor yang jahitkan saya tadi. Lepas tu, jururawat bawa baby masuk semula ke wad bersalin dan beri pada saya untuk saya susukan. Tapi dia nak tidur, tak mahu susu. Jadi jururawat letak semula baby.
Bila tinggal berdua sahaja dengan D, kami masing-masing berpandangan. Sebabnya? Kami tak tahu nak pegang baby ni macam mana.
Nasib doktor yang sambut baby tadi, muncul semula. Dia terpaksa tinggalkan saya sebab ada kecemasan di bilik OR. Dia datang semula untuk tengok keadaan saya. Kami terus terang sahaja pada dia, yang kami tak reti dan tak berani nak pegang baby kami. Doktor tu yang ajar D pegang, memandangkan D kena azankan baby.
Sempat berborak dengan doctor tu sekejap. Doktor kata, kata saya pandai push. Suka suka. Rupanya, masa sebelum D masuk wad bersalin, dia Tanya doctor, "bersalin ni, darahnya macam lembu kena sembelih masa hari raya korban ke?" Haih, tinggi betul imaginasi D.
Kira-kira pukul 2 pagi lebih, baru saya dibawa ke bilik saya semula. Baby pun diletakkan disebelah saya. Baby baik, tak menangis. Cuma tidur sahaja. Malam tu saya tak dapat tidur, badan terlalu letih. Saya cuma berbaring sahaja, sehingga la subuh.Berbaring sambil melihat nyawa yang 40 minggu 1 hari saya kandungkan. Macam tak percaya semuanya telah selamat. Terkebil-kebil saya pandang dia, macam tak percaya saya dah jadi Ibu. Saya pegang perut yang dulu buncit, sekarang --erm.. perut berlapis.. huaa~~!!
Saya terlalu letih untuk tidur. Mahunya tak letih, sampai hospital dalam 8 lebih, buat CTG habis dalam 9:45, dengan bukaan baru 2cm. Bayangkan, kurang 2 jam selepas itu, bukaan dah penuh. Bukaan terlalu cepat sampai Doktor Hamidah pun tak sempat nak patah balik ke Hospital.Mungkin pasal tu juga saya rasa, contraction amat sakit.
Alhamdulillah, baby sihat tiada tanda-tanda demam kuning. Saya keluar hospital esok harinya, dalam pukul 3 lebih. Dapat hadiah daripada pihak Hospital. Dalam tu ada set mandian baby.
Sempat juga ambil gambar pose macam Usop Wilcha sebelum keluar hospital.
Walaupun Doktor Hamidah tidak dapat menyambut kelahiran baby kami, tapi dia hadir juga ke bilik saya pagi hari Jumaat tu, sebelum beliau balik ke kampung. Berbual sikit tentang pengalaman saya, dia periksa jahitan dan keadaan saya, dan sempat juga dia ajar saya cara menyusu baby dengan betul.
Jadi, tu la kisah pengalaman saya melahirkan permata hati kami ke dunia ini. Penuh dengan drama. Apa yang saya rancang, semuanya tidak menjadi
Saya rancang mahu bersalin pada hari Merdeka, saya bersalin sehari selepas EDD saya.
Saya rancang nak doktor perempuan, saya dapat doktor lelaki
Saya rancang nak bilik satu katil, saya dapat bilik dua katil.
Saya tak rancang nak buang air besar atas katil di wad bersalin, tapi.. tahu aje la apa jadi kan?
Selepas mengharungi pengalaman ini, apa yang saya boleh kata, rezeki setiap orang memang berbeza. Mungkin rezeki saya, tidak menanggung sakit nak bersalin, tapi saya merasa sakit contraction yang amat.
Untuk orang yang tidak pernah pergi ke mana-mana kelas atau membaca bahan untuk melengkapkan diri bagi menghadapi proses bersalin ni, bagi saya, selagi kita dengar cakap doktor dan jururawat, kita redha dan tawakal padaNya, semuanya InsyaAllah akan OK. Bersalin tak sakit, kalau kita dengar arahan mereka dengan betul dan memang teknik pernafasan amat penting.
Kita bercerita tentang baby tapi saya belum kongsi lagi nama anak kami kan?
Ada kisahnya, nak memberi nama ni. D beri idea untuk gunakan huruf pertama nama kami untuk namakan baby kami. Untuk D, dah tentu la huruf D untuk Dzulq. Saya pula huruf N untuk Nurul.
Saya pula ada impian nak guna satu nama yang sama untuk semua anak kami (kalau ada rezeki hehe), berkongsi satu nama yang sama. Jadi, kena pilih nama yang sesuai untuk lelaki dan perempuan. Maka saya pilih nama 'Iman'. I untuk nama saya 'Izza'
Maka kesudahannya, nama anak-anak kami mesti la bermula daripada DNI.
Perkenalkan:
Nama: Dyzhwar Naushad Iman
Tarikh Lahir: 25 Ogos 2011
Tempat Lahir: Hospital Putrajaya
Waktu Kelahiran: 11:52 malam
Berat: 3.87kg
Tinggi: 56cm
Saya tahu, saya suka letak gambar sipi-sipi, tapi untuk kali ni, saya kongsi gambar baby kami beberapa jam selepas dilahirkan ke dunia. Masa ni, masih lebam lagi. Sekarang pipi tembam dah takde, hari-hari kena picit. Hehe
InsyaAllah, post akan datang saya akan tulis tentang check list barang-barang ke hospital yang praktikal dan pengalaman berpantang saya.
Harap masa mengizinkan, InsyaAllah.
6 Oktober 2011

34 comments:
sgt comel bby tu, gembol nye pp die :)
waaa congrats dear~ tapi nk tanye..ape maksud Dyzhwar Naushad Iman eh? hehehe :)
mengapakah ko posing maut berwilcha dpn pintu toilet??
comelnya baby. alhamdulilah selamat dh bersalin :)
suke2 entry ni~
act, x banyak dekat blog lain yg berkongsi saat melahirkan bby. gud job! ini salah satu benda utk bakal2 ibu tahu. keep it writing about check list bby pulak ek. x sabar nk baca.hehe
p/s; tangan usop wilcha comel.hehehe
pengalaman yg paling bermakna..sukeeee...:)
ixa pnjg ye bby ko..ni mest tgu mcm dzul..huhu..ko pun tinggi gak hehe
unik name anak...tak pernah lagi dengar.. tp sedap .. =)
Tahniah Xora. Ai pun nak bersalin haritu jerit nak berak juga. =p
Eh, nama anak ai ada Iman juga. Tapi dia pompuan. Iman Raneeya. =)
Semoga tabah dan sabar menjadi ibu & ayah & Salam Perkenalan.
-dakpink.blogspot.com-
mula2 ingt namanya Dzulu nurul iman. hahahaha.
selamat menjadi ibu kak. huhuuhuu
masyallah comel sungguh !!! sihatnya baby!!!....alhamdulillah kamu normal..xpayah czer.... tahniah mummy!!
wahhh...bestnye xora dah jadi ibu...tahniah ye...:D pengalaman yang tak dapat dilupakan kot :D
seronok bace ur experience..xsabar nak merasa experience itu juge..doakan saya ye..masih berusaha...hehehe..take care! :)
tahniah..sukernyerrr...tak sabar nak ada baby sendiri..wahhhh..kawen pon belom nih..hehehe
Sedapnye name baby, Xora. ^_^ Hehe. Tergelak2 I bc ur post. Tak tahu la nnt nasib I cmne pulak. Huhu. Wish me luck ye! Hihihi
best, sayu, happy, kelakar semua bercampur time bace post nie...
tahniah again... :D
comelnya...
cam ngeri plak nak mengandung nnt... :) tp mcm best sbb dpt pengalaman yg sgt bermakna dlm hidup...
wow! besarnya baby! mcm baby asna juga 3.82 kg hehe =D
salam nurul,
wah berkenan dgn nama anak tu, cam akak pn sama gak plan nak letak nama semua anak ada nama yg sama so kami pilih iman, pastu nama awalnya ikut huruf pertama nama hubby heheh
seronokkan bersalin tp akak tak dpt nak normal walaupun bukaan dh 9cm, baby tak jumpa jalan huhuh
Alhamdulillah..
Meleleh air mata farrah bila baca tang baby dah nak kuar tu. "dah nampak rambut" sayu rasanya bila dapat pegang si kecil yg dikandung 40minggu dalam perut kita. (farrah xde pengalaman) tapi baca kak xora punya pengalaman. sedikit sebanyak boleh dijadikan panduan semasa farra mengandung nt.
p/s:Comel sungguh baby Dyzhwar Naushad Iman. Semoga dia menjadi seorang anak soleh kelak.
cepat bahagian kedua ko :)
*tetiba rasa nak pengsan pasal jahit tu
thank you for sharing your baby delivery experience, very appreciated :)
wah2.. namanya pjg dan unik...
seronok baca pengalaman xora wpn sy x kawen n x rasa pregnant lg.. tp pengalaman ni leh la sy masukkan dlm simpanan memori bila sampai masa nnt :) tomey la baby awkkkk
sy silent reader awak...
huhu...sy pn ada dgr kawan sy ckp sakit nk bersalin mcm rasa sakit nk berak...masa time dia bersalin dlu pn dia ckp mcm tu..to nurse ckp kat die..berak je...
so masa sy bace bahagian pertama tu..sy ingat berak atas katil tu..means izza bersalin la...knp nk malu gi sepital tu lg...huhu...
tp tu la kan..mmg pengalaman btul...
ape2 pn..alhamdulillah semua selamat...
hai Dyzhwar Naushad Iman!!!
lala bayangkan xora nak berak tu, baby dah nak kuar, rupernyer betul2 berak. hehehe patot taknak bersalin lagi kat sana. hehehe
Lawak..tp nanges jugak..slalu nanges bc entri pglmn bersalin..sebak..alhamdulillah xora dipermudahkan utk bersalin.. :)
Salam, saya tumpang baca ;) bess
-bakal bersalin bulan ini uhuu-
erm. cakap nak berak tu, rupa2nya betul2 buang air besar ye. hehe.
comel baby. panggil naushad,blh?
saya belum kahwin.
tapi sy rasa takut nak bersalain..
tp...
kalau x bersalin, macam mana nak dapat baby..
uwaaaa :(
biarpun kisah bersalin penuh drama, xora dh slmt pun jd ibu..
congrats & welcome to mommy club
part bersalin mmg susah nk jangka..myself pun dh 2 kali overdue (phdal dr hamidah kata 2nd lg cpt..tp 2nd lg lmbt 6 hari, pstu dr hazim yg smbut since dr hamidah masa tu EL)
hihi..nmpk gaya lps ni mau bertambah lgla FPP patient dr hamidah
congrats xora. semangat betul bb iman ni.. :) xora, cerita kamu bt teringat masa sy bersalin dulu. lepas jer bersalin terus 'tersadai'... keletihan yg amat. ingat mcm nak menangislah konon terharu. tp kepenatan punya pasal terus lupe. hihi
err...camne nk sebut Dyzhwar tu?
xora, comeinyerr bb! bam2! congrats yek for your newborn bb boy! :)
xora..tahniah,sgt comel baby awak.dan dlm masa yg sama,sy terasa ngilu dan terfikir keadaan ketika bersalin :)...semoga ALLAH S.W.T mempermudahkan segalanya,Amin.
comelnye baby...tembam !!
Post a Comment