Salam dan hai
Akhirnya, selepas 45 hari berpantang, hari ni saya sudah boleh makan ayam, telur, burger, (namakan semuanya!!). Suka sangat sudah habis berpantang. Memang betul la, tempoh berpantang ni, makanan biasa-biasa pun, nampak amat lazat. Yang terlarang itu godaan!
Memang pengalaman baru betul la berpantang ikut cara ibu. Walaupun tidak la seketat penjagaan seperti yang ibu kena dengan arwah Opah dulu, tapi masih, saya syukur tempoh berpantang sudah berlalu. Mungkin juga pasal ibu hatinya lembut, dia tak sampai hati kalau saya asyik kata "Sedap tak tart coklat ni?Kalau dapat rasa, mesti sedap kan??" setiap kali pergi dapur.*ayat saiko kan ibu hehe
Sempat juga saya selak album kahwin kami daripada a.Rashdi ni. Teringat, dulu ada pasang niat, konon pada 30 Oktober tahun ni, nak pakai baju nikah semula. Tapi sekarang ni, satu-satunya yang muat adalah -- veil itu sahaja kot.!! dan kasut. ye kasut tak pernah mengecewakan saya. Saya tambah berat atau kurang berat ke, kasut tetap tak berubah..
Berat sebelum mengandung: 61kg
Berat masa mengandung: 78kg (+17kg)
Selepas bersalin:70kg
Selepas 45 hari berpantang: 66 (kadang-kadang 65-- nak gak cakap haha)
Berat perlu dihapuskan: 5kg=sama dengan berat Dyzhwar sekarang
Ketika post ni dibaca, InsyaAllah saya dan D ke hulu hilir menyelesaikan urusan kami. Pagi-pagi lagi sudah kena ke pasar Sungai Besi untuk beli barang basah, kemudian ke kedai beli stroller untuk Dyzhwar, kemudian ke kedai beli barang kering. Lepas tu kena singgah JPN untuk ambil Mykid sebelum singgah ke Cosway sebelum balik ke Bangi. Bila fikir semula, terasa macam 'alahai, macam tak cukup hari aje nak buat semuanya hari ni gak!' tapi dah teruja dapat keluar rumah. Nasib hari Selasa ada checkup dengan Dr. Hamidah, kalau tak rasanya dah selamat saya pergi cari barang di Ikea..!
Memandangkan saya akan pulang ke Bangi insyaAllah, memulakan hidup bertiga, saya akan hibernasi selama 2 minggu daripada blog dan Internet. Nak cari semula rentak menguruskan rumahtangga dengan kehadiran si kecil ni. Tak tahu la macam mana pula rentaknya bila saya dah masuk kerja nanti!
Saya akhiri post ini dengan video yang saya tangkap curi-curi ni. Seronok tengok D melayan Dyzhwar.
Nota: kepada mereka yang ada emel bertanyakan pengalaman berpantang saya, beri saya masa untuk mengarangnya. InsyaAllah kalau diizinkan saya akan berkongsi ya?
10 Oktober 2011
15 comments:
seronok dgr citer xora ne, rasa dh lengkap kehidupan suami isteri.doakan sy pula menyusul menjadi ibu ye,masih menunggu dan terus menunggu :)
Yaaa betui3.. bile berpantang, semua makanan nampak sedap yg kite tak makan pun rasa nak makan... dasattt penangan pantangkan!!!!
6 kg lagi nak trun..tp dah sebulan...xturun2.. =(
so sweet~
sy pun nak bertanya pasal berpantang.kalau boleh nak minta tolong izza karangkan dari hari 1 smpi hari ke44.sy dah xde mak,jadi harap kt kakak.tp kakak xpernah bersalin. kami semua adik beradik bertungkus lumus la nak prepare jaga sy yg bila2 masa akan bersalin ni.harap izza x keberatan. terima kasih.
-SR-
x sbr nk tau pengalaman xora berpantang
best2 da abes pantang..fie ade lagi 2 hari je..:)
Salam Izza, pls check your email :)
tahniah dah selamat berpantang... tak care!
-izzah-
assalammuailaikum..
tahinah kak sbb dah selamat bersalin & selamat menjalani tempoh berpantang..
sy ade care nyer klau akk betul2 mahukan berat badan akk yg dulu..
klau akk berminat, akk boleh contct sy mellaui email
sabariahnurnordin@yahoo.com
selalu tak dapat tengok video yang xora post. tak tau kenapa :(
xdapat tgok jugak video akak post ;(
Salam.
Hi, nak tanya la, checkup lepas bersalin tu, doctor check apa ye? saya ambik FPP jugak tapi hari appointment tu macam tak dpt dtg. so nak tau jugak apa yg dia checkup. kalau biasa2 je, tak dpt dtg pun takpe kot kan? saya ambik doc hamidah juga.
Salam.
Hi, nak tanya la..
Checkup lepas bersalin tu, doc check apa ye? saya pun ambik FPP doc hamidah. Tp masa appointment tu mcm tak dpt pegi. so nak tau la jugak dia check apa. kalau biasa2 tak payah pegi pun takpe kot kan?
TQ
Doc check jahitan kat bawa situ, then tanya nak rancang kehamilan utk next2 nye ke tidak pasal kalau nak, baru dia akan set appointment yg baru. kalau tak nak, takde dah rasanya.
Post a Comment