Salam dan hai
InsyaAllah, tarikh due saya 24 Ogos ni-- hanya beberapa hari sebelum umat Islam menyambut Hari Raya. Tapi dalam hanya berbaki beberapa hari sahaja, masih belum ada tanda-tanda nak bersalin. Masa pemeriksaan doktor kelmarin, doktor siap tanya nak induce terus tak. Terkejut saya! Tapi memandangkan saya terkejut dan tak dapat berfikir, saya kata nak bincang dengan suami dulu. Kalau 24 Ogos masih belum bersalin, 31 Ogos saya akan induce-- Hari raya kot!!!!!! Alahai..
Takpe, tak mahu risau sangat. InsyaAllah, nanti ada la rezeki. Yang saya mohon, biarlah semuanya selamat.
Nak cuti sakit pun doktor tak kasi pasal tiada sebab munasabah yang kukuh. Semua bacaan kesihatan saya ok alhamdulillah. Jadi, saya kena datang sahaja la ke opis macam biasa. Sebenarnya, saya lebih suka ke pejabat pasal jarak antara hospital dan pejabat lebih dekat daripada jarak rumah kami ke hospital. Cuma mungkin mendatangkan panik kepada kawan-kawan pejabat saya la kalau saya dapat tanda-tanda nak bersalin ketika di pejabat.
Seronok sangat kot baby duduk dalam perut ni. Dah engaged pun, tapi dia masih nak golek-golek dalam tu.
Ok, kita tukar topik. Topik baby lepas dia keluar baru kita sambung ye InsyaAllah?
Sekarang ni, saya nak menulis tentang sambungan daripada edisi pertama [Post]. Terima kasih pada yang sudi berkongsi teknik masing-masing, banyak idea yang saya rasa saya sendiri pun boleh guna pakai :)
Saya masih berkira-kira bagaimana cara untuk saya sampaikan isi post kali ini; sama ada berkongsi pengalaman kah? berkongsi idea daripada Internet kah? atau bagaimana?
Kesimpulannya, saya rasa, mungkin gabungan kesemuanya lebih elok. Sekurang-kurangnya, jika ada cara saya yang kurang efisyen, ada pembaca yang dapat berikan komen membina yang mungkin dapat membantu meningkatkan teknik saya kan?
Untuk post Rutin Memasak: Edisi Kedua ni, saya menulis dalam 3 segmen:
1. Merancang Menu
2. Aktiviti memasak
3. Menyimpan resepi
Kita cuci dulu mata dengan gambar juadah pertama kami masa mula-mula berpindah. Perpindahan yang tak dirancang, stok makanan pun tak ada. Yang ada cuma dapur gas dan dapur. Jadi D cuma beli apa sahaja barang di kedai berdekatan--Sardin, bawang merah dan kentang sahaja. Haha
* Menu takde sayur, tapi D suka la pasal takyah makan sayur. Makan pun takde tikar. Kami bentangkan surat khabar kemudiannya. Kenangan..kenangan..
Dalam keadaan serba tak kena itu la, saya dapat pengajaran yang saya memang memerlukan perancangan. Bukan sahaja untuk memudahkan aktiviti memasak, tapi juga untuk memastikan makanan yang kita masak seimbang mengikut keperluan nutrisi kita.
Merancang menu
Saya kagum dengan isteri/suri rumah yang mampu memasak secara spontan. Tak merancang apa, cuma apa yang terdetik di saat dia buka peti ais, terus sahaja menu sekian-sekian disediakan. Buat masa sekarang, saya masih belum ada kebolehan seperti mereka tapi saya selalu berharap, semakin lama saya menguruskan hal rumahtangga, saya akan dapat dalami kemahiran ini, seperti mana yang ibu saya selalu buat.
Seperti yang selalu saya tulis dalam post-post saya yang lain, semuanya adalah proses pembelajaran. Pada peringkat awal menguruskan menu makanan kami, saya masih kabur-kabur nak mulakan bagaimana atas faktor:
1. Masih belajar selera makan D
2. Masih belajar mengimbangi menu kegemaran saya dan D
3. Masih belajar untuk memasak~~!!!
Dalam merancang menu juga, saya rasa, kita sebagai isteri kena tahu alahan makanan jika ada, sayur yang dia kurang suka, teknik memasak yang dia suka dan banyak lagi. Kalau masa berpasangan, kita mungkin tak perasan semua benda ni. Tapi bila sudah tinggal sebumbung, nak tak nak kena peka juga. Kita perlu tahu bukan setakat untuk ambil hati suami, tapi daripada segi perbelanjaan, supaya tidak membazir terbeli bahan mentah yang takkan dimasak dan daripada segi tenaga supaya kita tak penat memasak menu yang dia takkan sentuh. Nanti kita juga yang membebel.
Untuk diri saya, oleh kerana kerana saya ada sifat kebergantungan kepada perancangan, maka teknik saya adalah dengan menyediakan menu seminggu kami dalam satu fail; fail yang sama diletakkan senarai resepi --yang saya akan bincangkan kemudian.
Idea asalnya saya perolehi daripada iheartorganizing
*saya suka tersusun, tapi saya takde la rajin nak cetak warna warni camni heheh..
Namun, selalunya jadual menu saya pasti akan cacamarba, terutama bila ada perubahan rancangan aktiviti. Satu perkara yang saya pelajari daripada semua ini: tiada cara yang salah antara ketiga-tiga perkara dibawah:
a. Merancang menu, baru beli bahan
b. Beli bahan, baru merancang menu
c. Spontan
Sebabnya, kita hanya mampu merancang, tapi kesudahannya, mungkin pada malam kita nak masak, suami ada jemputan makan luar dengan kawan-kawan atau kita perlu ke rumah ibu ayah atau gatal terbeli ayam perapan di supermarket jadi tak sabar nak masak. haha. Jadi kita perlu ada fleksibiliti dalam apa yang kita rencanakan.
Walau pada asalnya, saya cuba juga nak ikut setiap menu yang saya senaraikan tapi lama kelamaan, saya rasa, menu ini sekadar rujukan dan idea agar kita tak mati akal dan juga untuk membantu saya dalam merancang pengeluaran bahan-bahan daripada peti ais, terutama sayur-sayuran. Contoh, kalau kami ada beli bayam atau sawi, saya akan pastikan saya masak sayur tersebut dalam tempoh terdekat, berbanding dengan kubis atau lobak merah yang lebih tahan lama.
Jadi, perancangan menu ini serba sedikit membantu saya dalam mengelakkan daripada membazir bahan dan wang. Tambahan, membuat perancangan yang optimum. Contoh; saya masak kari pada petang harinya. Esok harinya, saya akan buat sarapan roti jala, jadi kuah kari yang sama masih boleh digunakan. Disebabkan itu juga, saya masih mengekalkan teknik ini, walau ada sekali dua tercicir. Hehe
Biasanya, saya akan senaraikan menu saya selepas selesai mengemas bahan-bahan mentah yang dibeli di pasar. Ikut pada waktu bila saya lapang. Kadang-kadang tu, sambil tengok TV pun boleh buat. Lagipun, tak ambil masa yang lama, kurang 2 minit sahaja. Kalau saya tak pasti nak masak resepi apa, saya sekadar tulis 'ayam', jadi saya tahu yang saya kena keluarkan ayam daripada peti sejuk beku pada pagi sebelum saya ke tempat kerja, jadi balik kerja boleh terus mula memasak atau jika memerlukan untuk saya memerap daging, saya perapkan pagi sebelum saya kerja. Menu apa nak dimasak, cari sahaja di myresepi
Ada masa, kalau saya terjumpa resepi yang menarik, tapi ada bahannya yang kami tak beli lagi, saya senaraikan menu tu untuk minggu hadapannya.
Idea dapur saya: Gambar di bawah ni boleh kasi idea yang spontan untuk menulis senarai barang runcit.
Tapi saya selalu tuliskan senarai barang runcit dalam handset saya pasal handset sentiasa kerap bersama saya. Tapi idea di atas ni saya gunakan untuk menulis menu memasak dua hari. Agak praktikal juga, cuma rasanya sedikit payah nak padamkan kesan pen marker. Mungkin di masa hadapan, saya nak gunakan idea papan hitam kecil, macam idea-idea dibawah ni, untuk..
Menulis menu
Senarai barang runcit
Trio fungsi
Atau sekadar pesanan khidmat masyarakat hehe
Aktiviti memasak
Saya ingat lagi, beberapa bulan sebelum berkahwin, ibu mengingatkan saya dia nak saya masak untuk D, seperti mana ibu masak untuk famili kami. Hujah membangkang saya "Ibu suri rumah, ieja kerja. Lain, tak sama". Maka, mula la ibu keluarkan ilmu-ilmu yang dia pelajari daripada menonton TV, teknik nak memudahkan memasak bagi isteri bekerja, menu-menu ringkas, pengurusan waktu dan macam-macam lagi
PENGAJARAN HARI INI: jangan berdebat dengan suri rumah yang suka tengok rancangan ilmiah. Pasti kalah dengan tidak begaya nanti.
1. Kita melawan masa
Bagi saya, perkara paling penting dalam aktiviti memasak adalah masa. Masa boleh jadi kawan atau lawan kita. Kalau sebelum ada anak, mungkin kita boleh tetapkan waktu memasak tengah hari bermula pukul 12, tapi mungkin selepas ada anak, kita perlu ubah waktunya untuk sesuaikan dengan anak kita pula.
Tapi untuk kali ini, saya cuma boleh menulis daripada segi aspek tinggal berdua sahaja kerana yang ketiga ini masih di dalam perut. Jadi tiada pengalaman lagi. Hehe.
Bagi saya, memandangkan majoriti kita masih bekerja, jadi pembahagian masa memang amat penting. Dalam situasi saya, saya buat pembahagian masa berbeza untuk sarapan dan makan malam.
Kalau sarapan, maksimumnya
15 minit: penyediaan bahan-bahan memasak
30 minit: aktiviti memasak
15 minit: mengemas bahan-bahan
Jumlah: 60 minit
Kalau makan malam, maksimumnya
15 minit: penyediaan bahan-bahan memasak
45 minit: aktiviti memasak
15 minit: mengemas bahan-bahan.
Jumlah: 75 minit
Sebenarnya, tidak la saya ikut setepat-tepatnya pembahagian waktu tu. Kalau saya sediakan sarapan ala kopitiam, telur rebus dan roti bakar, tidak la saya perlukan masa sehingga sejam nak sediakan semuanya. Mungkin 15 minit sahaja untuk siapkan semuanya. Kecuali la saya nak masak bihun goreng dan telur dadar, baru la saya aplikasikan pembahagian masa maksimum 60 minit tu, walaupun kebiasaannya masa yang diperlukan lebih kurang 30 minit sahaja.Yang pasti, saya perlu siapkan semuanya sebelum 6:20, kemudian mandi, kejutkan D, solat, bersiap ke pejabat dan sarapan bersama D, semuanya perlu selesai sebelum pukul 7:10 pagi.
Namun, semuanya berbalik pada menu sarapan yang dipilih. Cuma tempoh maksimum masa ni penting bagi rujukan saya supaya saya tak terlewat untuk bersiap ke pejabat dan menjadi penentu pukul berapa saya perlu bangun tidur untuk sediakan sarapan. *dan kalau ada masa lebih, boleh sambung tidur 10 minit. hehe
Penggunaan masa ini juga bergantung kepada berapa jumlah menu yang kita sediakan dan kerumitannya. Kalau kat rumah ibuayah dulu, kebiasaan orang Jawa, lauk mesti banyak-banyak atas meja. Tapi bila dah masuk rumah sendiri, saya tetapkan 2-3 lauk sahaja; 1lauk daging/ayam/ikan, 1-2 lauk sayur. Tak pun, lauk cuma 1 aje, contoh macam kari daging. Saya masukkan sekali dengan lobak, bendi, cili, tomato. Mudah. Mungkin yang makan cuma kami berdua. Kalau ahli keluarga bertambah, mungkin baru la boleh masak banyak-banyak. Hehe.
2. Rutin memasak dalam seminggu
Rutin memasak saya daripada hari Isnin sehingga Jumaat adalah sarapan dan makan malam. Kalau Sabtu dan Ahad, pagi adalah hari cuti saya hehe. D akan bawa saya sarapan di luar. Cuma tengah hari saya akan masak, tetapi malam biasanya tak masak kerana kebiasannya kami akan makan malam di rumah ibu ayah kami. Jadi, adalah penting untuk kita tahu bila waktu yang memerlukan kita untuk memasak jadi kamu dapat rancang daripada segi menu, belanja dapur dan tenaga.
3. Seleksi menu
Setiap pasangan adalah berbeza. Ada pasangan yang memang tak boleh makan awal pagi, boleh jadi muntah-muntah, macam adik saya. Sarapan paginya adalah pada pukul 10 pagi. Cukup pagi hanya bersarapan Milo atau roti sekeping. Ada pula yang memang perlukan sarapan berat seperti nasi lemak dan mee goreng. Semuanya ikut pada selera dan pilihan masing-masing. Jadi belajar la peel pasangan masing-masing ya?
Untuk kami, saya akan pastikan dalam seminggu, ada kombinasi sarapan ringan dan sarapan berat. Sebabnya? Ada hari juga saya nak rehat dan tak mo bangun awal buat sarapan. Hehe. Sarapan ringan bagi saya, sarapan yang tidak terlalu berkecah untuk disediakan, seperti roti gulung, roti bakar telur hancur, bergedel, kuih muih seperti karipap. Kategori ini, bangun pukul 6 pagi untuk siapkan. Sarapan berat pula seperti nasi goreng dan mee goreng kena bangun seawal 5:30 untuk siapkan.
Memang menyediakan sarapan, tak kisah sarapan berat atau ringan memakan masa dan tenaga, tapi tetap, kita perlukan kaedah yang boleh meringankannya.
1. Untuk menjimatkan masa menyediakan bahan, kupas bawang dan potong sayuran seperti lobak siap-siap dan simpan dalam bekas kedap udara di dalam peti sejuk untuk digunakan esok paginya.
2. Keluarkan ayam, daging atau bahan mentah lain yang diperlukan pada malam hari dan letakkan di ruang peti ais.
3. Kalau ada ruang dalam peti ais yang mencukupi, kumpulkan semua bahan-bahan yang diperlukan untuk penyediaan sarapan berdekatan antara satu sama lain supaya tiada bahan yang tercicir.
4. korang, sila tambah ya?!
Idea dapur saya: Masa awal-awal duduk berdua, setiap kali memasak, macam ni la rupa barang-barang saya keluarkan siap-siap. Saya sayangkan dapur saya, pasal tu letak kain untuk lapik supaya tak calar *tapi calar juga bila tak perasan. Haih*.
Tapi sekarang dah tak guna kain untuk lapik pasal malas kena basuh kain tu setiap masa. Jadi saya pakai alternatif barang daripada Ikea ni.
Lupa apa namanya, tapi ianya plastik. Saya buat alas rak dalam kabinet dan alas tempat bawang *supaya kulit bawang tak jatuh ke lantai dan kekal dalam bekas--alternatif jika tak mahu menggunakan surat khabar*. Ada bakinya, cukup besar untuk saya buatkan alas bagi ruang kerja atas dapur saya tu. Lagi mudah pasal kotoran tak melekat atas plastik tu dan mudah untuk dibersihkan berbanding kain.
Menyimpan resipi
Saya memang jenis bergantung dengan resepi kerana
1. Saya tidak kreatif dalam mengolah resepi
2. Saya masih dalam peringkat awal berjinak-jinak nak masak, jadi masih belum dapat ingat bahan-bahan asas.
3. entah kenapa, kalau saya main campak aje bahan, mesti tak menjadi. Haih.
Jadi perkara pertama yang saya titikberatkan sebelum memulakan aktiviti memasak adalah koleksi resepi. Jadi, ini apa yang saya buat. Saya simpan resipi pilihan dalam file biasa ini sahaja.
Di dalamnya, saya bahagikan resipi ikut kategori
*Koleksi resipi saya masa peringkat awal dahulu. Sekarang semakin berkembang dan gemuk
Saya bahagikan resipi-resipi ni mengikut beberapa kategori
1. Nasi
2. Ayam
3. Daging
4. Ikan
5. Sayur
6. Makanan laut - sotong, udang, lala, kerang
7. Manisan dan kuih-muih
8. Kudapan - keropok
9. Pastri
10. Western
11. Roti
12. Mee
13. Stok
14. Lain-lain: bergedil, rempah, bebola daging,sos
Bila mengumpul resipi ni, memang ada kecenderungan nak simpan semua yang kita pernah baca. Kesudahannya, koleksi menu jadi gemuk sangat-sangat dan ada yang kita tak pernah baca atau cuba pun.
Jadi seeloknya:
1. Ambil resipi yang sukar kamu ingat atau yang kompleks cara menyediakannya.
2. Elakkan duplikasi resipi yang sama atau hampir sama. Kalau nak juga kedua-duanya, cetak satu sahaja dan tuliskan bahan yang ada dalam resipi kedua, ke dalam resipi yang pertama
3. Susun resipi yang sudah dicuba di bahagian belakang kategori menunya. Jadi kamu tahu resepi yang depan-depan, semuanya resepi baru
4. Buang atau ketepikan resepi yang tak kena dengan selera kamu.
Idea lain yang menarik: Kalau kamu terlebih rajin, boleh gunakan idea dibawah.
Sumber: Marthastewart--Read more at Marthastewart.com: Easy Organizing Tips – Martha Stewart
Memang menarik menu kalau disertakan dengan gambar. Cuma rajin tak rajin sahaja la nak buat macam tu. Saya??-- Tak rajin. Hehe.
Tapi kalau tampal resipi kat peti ais cam gambar dibawah ni, pasti D bising. Hehe. Nak letak magnet pun kena letak kat tepi peti ais {post}. Huhu
Nahh. selesai 3 segmen untuk post kali ini. Mungkin kalau ada isi yang saya rasa boleh diperkemaskan, saya akan tambah kemudian ya? Untuk waktu ini, saya coretkan apa sahaja yang terlintas buat masa sekarang.
Oh ya, satu perkara yang saya nak kongsi sebelum mengakhiri post ni. Sepanjang lebih setengah tahun tinggal sebumbung, mempunyai stok-stok bahan tertentu di dapur adalah sangat penting, terutama bila ada tetamu datang waktu petang. Saya masih ingat lagi, kali pertama tetamu datang ke rumah kami, saya tak tahu nak hidangkan apa, sudahnya sekadar biskut Jacobs sahaja. Rasa bersalah sangat-sangat. Lepas tu, saya tanamkan dalam diri, kalau tetamu datang, sekurang-kurangnya saya akan jamu dengan makanan yang berat sedikit.
Jadi, di rumah, antara bahan yang mesti ada dalam dapur saya
1. Tepung gandum - Boleh dijadikan jemput-jemput, cucur udang, dan macam-macam lagi.
2. Bihun - Tahan lebih lama daripada mee atau kuehteow
3. Pasta/ makaroni/ Spageti - Kalau nak merasa tekak barat sikit hehe.
4. Pastry jenama 'Kawan' - Ni baru kenal lepas rajin singgah blog-blog masakan macam TiffinBiru. Boleh dijadikan macam-macam. Tak percaya, google sahaja dan boleh tengok macam mana kreatifnya orang memasak ni. Siap jadikan Croissant, sardine puff, chicken pie dan macam-macam lagi. Kalau tiada oven, boleh gunakan untuk buat Apple pie, goreng celur. Kat Mc Donald tu pun bukan pakai oven pun hehe
Sumber: Kawan
5. Makanan beku - seperti karipap, pau, sosej dan bergedil. Untuk kudap-kudapan dan tak leceh nak disediakan.
6. Rempah segera- Saya suka buat satu hidangan daripada asas. Tapi ada masanya saya tunduk juga dengan kekangan masa dan tenaga, jadi rempah segera macam Mee Bandung, Soto dan sebagainya memang dapat menyelamatkan keadaan.
Enam senarai ini dulu yang saya dapat ingat buat masa sekarang ni. Kalau korang sendiri ada senarai masing-masing, apa kata kongsikan di ruang komen. Mungkin saya pun boleh jadikan panduan.
Fiuh.. sempat juga saya habiskan topik Perkongsian Hidup Rutin Memasak ini sebelum bersalin. Saya minta maaf kalau ada bahagian kupasan dalam post ini yang kurang jelas atau tidak sampai maksudnya. Erm, ada lagi ke bahagian yang belum disentuh? Rasanya macam dah selesai topik ini.
Sebenarnya, aktiviti memasak bukanlah minat saya. Saya cuma minat untuk cuba resepi baru. Memasak dengan kerap, menyebabkan saya bosan. Jadi satu-satunya cara untuk saya tidak bosan, adalah mencuba resepi baru sekerap yang boleh. Kiranya, macam mencabar diri sendiri. Tipu la kalau saya kata tak penat nak sediakan juadah ini semua. Kita kerja tetap waktu pejabat seperti suami kita, tapi balik terus kena masak dan sebagainya. Cuma satu perkara sahaja yang saya sentiasa beringat dan bersyukur: bila teringatkan situasi pasangan suami isteri jarak jauh. Betapa si isteri nak sangat memasak untuk suaminya, tetapi cuma berpeluang ketika hujung bulan atau mungkin 2 minggu sekali. Tapi saya ini, suami di depan mata, patut lebih bersyukur, ada si dia untuk melangsaikan segala juadah di depan mata, tak kira sedap ataupun tidak. Kan?
Apa topik seterusnya?? Ada cadangan? Mula-mula, ingatkan nak tulis tips memasak di bulan Ramadhan, tapi ni dah nak habis Ramadhan la. Kalau draft, agaknya tahun depan baru dapat siarkan. Hehe
19 Ogos 2011
18 comments:
i love this post !!! :)
(u sangat organize okayyyy)
aku harus contohi laling ku ini kerna sgt organised!
taksub taksub...ko takot x ? ;p
Tau xapa..teliti btol la..kagum2...
Lisa: ish.. takde la organize sgt. masih belajar utk jadi organize. ada juga tersadung sana sini eheh
Laling: aku dgn penuh taksub, slap muka ko 1001 kali. Taksub tak??
Adawiyah: ni masih semangat lagi, mmg teliti. takut dah last2, berterabur lak hahaha
hoiii! file ofis!!!
apa bukti ittew file opis. ko kasi aku 5 juta sebab skrng~~
ishh2....kagum sungguh! tersusun betul... ni kalo umah selerak2 mesti bising kan..kihkih... neway, banyak dpt ilmu dr entry ni... ;)
haish..baca post ni buat tak sabar nak ada dapur sendiri rumah sendiri..nak macam ni jugak..hehe
Annor:oh terbalik. kami, kalau rumah berselerak, suami yg rimas eheh.. nnt dia bawa vacum, gi vacum :D
Kina: sabar.. lagi 2 bulan aje kan :D
sy respek org mcm kak xora..mmg teratur serba serbi..susah nak jmpa orang mcm akak..teruskan ye..
wah ...hebat nyer cik xora kita ni...bermula dr simple2 terus jd yg heppy nyer...
terbaik, mcm ni kak long pun kne la belajar dr cik puan xora kita ni kan...;)
Part nk memasak mmg asna laju. Yg jadi mls nk masak sbb hubby mls nk bwh asna g pasar or supermarket beli bahan haha. So masak selang seminggu. Mgu nie masak mgu dpn xmask. Haha.
sgt organize
salam kak xora!!! =) nnt baby dh lahir, wat entri psl baby pulak... xsabar nk tgk gmbr baby.... hehehe...
Xora !!!!!! loveeeeeeeeeeeeeeee ths post so much...
nad doakan agar segalanya dipermudahkan, ibu dan baby selamat hendaknya :)
haaaa...yg tmpl resepi kat fridge guna fridge magnet tu adalah saya...hehehe...
tp skang, mls plak nak menyalin resepi...
pernah berangan kan best kalo kalo kat fridge tu ada skrin ipod yg ada internet...nak msk apa, search je..kan kan...
suke entry ni!!
bile bace part yg tetamu dtg tu.. trs teringat kat diri sendiri. mmg rase bersalah kalo tetamu dtg bg biskut je kann..?? so rumah kitorang pun skang sentiasa ade stok. just in case kalo ade tetamu dtg. nak senang, buat samosa je Xora.. then simpan dlm peti ais. kalo ade tetamu dtg, boleh goreng je. buat samosa lebih mudah dari nak buat karipap.. kos pun lebih murah! beli je kulit popiah then buat inti.. :D
tesngt la organise nyer cik adik ni....harao dapt kekalkan bila dah beranak pinak
Post a Comment