Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

10 June, 2011

Kelab Isteri Taat: Reaksi D


Salam dan hai

Saya dapat tahu tentang Kelab Isteri Taat ni daripada D semalam. Lepas solat Maghrib, D buka cerita pasal ini.

Saya dengar nama Kelab ni, saya terfikir, Wah.. bunyi kelab cam dasyat!

Kemudian, D luahkan betapa bengangnya dia dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Naib President Kelab tersebut, yang mengingatkan golongan isteri supaya patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’.

Dia tak faham, macam mana seorang yang berlatar belakangkan akademik yang bagus (dalam kes ini, penyata seorang berstatus Doktor dihadapan namanya) boleh mengeluarkan kenyataan sebegitu tohor. Sedangkan D sebagai seorang suami, tak mahu sama sekali menyamakan nilai seorang isteri setaraf dengan seorang pelacur, bagaimana seorang yang sudah tentunya wanita, boleh merendahkan martabat wanita lain sebegitu rendah.

Kadang-kadang ada betulnya juga kenyataan, hanya wanita yang boleh menjatuhkan taraf wanita yang lain. Tiada yang lebih menjengkelkan apabila wanita sendiri, merendahkan martabatnya.

Saya angguk-anguk, buat-buat faham *sedangkan saya tak tahu menahu pun pasal berita ni. Lain kali baca surat khabar ye Xora, bukan google nama anak dan senarai semak untuk bayi sahaja --thanks Fieza tolong aku Hehe.

Komen saya, kalaupun mahu melontarkan metafora, bukankah masih banyak lagi kiasan lain yang bersesuaian? Kenapa tidak samakan kepatuhan dan layanan suami seperti mana isteri-isteri Nabi Muhammad S.A.W kepada Baginda? Itukan contoh sebaik-baiknya?

Dan jika pun makna 'pelacur kelas pertama' bukan lah benar-benar bermaksud golongan perempuan geladak tersebut, namun apabila bercakap kepada masyarakat umum, tiada maksud lain yang membawa pengertian berbeza daripada perkataan 'pelacur' itu. Apabila disebut pelacur, masyarakat umum sedia maklum jenis golongan ini. Tiada siapa mahu disamakan dengan anjing, begitu juga disamakan dengan golongan pelacur.

Seperti mana saya rasa serpihan daripada Kelab Poligami yang terlebih dahulu heboh diperkata, Kelab ni pastinya mendapat reaksi campur aduk daripada masyarakat.

Reaksi anda, bagaimana? *boleh google Kelab Isteri Taat sekarang kalau tak tahu apa-apa--macam saya. Hehe


10 Jun 2011

14 comments:

Aty Fared on June 10, 2011 at 8:57 AM said...

sokong xora..:)

Schaz on June 10, 2011 at 8:57 AM said...

i pun baca artikel tentang statement NP kelab tu..walaupun dia ada title 'dr',tp kesian dia tak tahu bezakan martabat seorang isteri yg taat dengan seorang pelacur..

Anonymous said...

perkataa tu sendiri membawa maksud yang negatif..seorang isteri yang taat bukan diukur dari segi seks je..jangan terlalu merendahkan martabat wanita wahai DOKTOR .....!!

mydlove on June 10, 2011 at 9:22 AM said...

salam,
saya pun ade bc artikel tu juga, sedih rasanya bila seorang wanita disamakan dengan pelacur kelas atasan.

choclairissa@intan marliana on June 10, 2011 at 9:24 AM said...

hurmm..dalam byk2 perkataan dlm dunia ni..tak setuju sangat pilih perkataan "itu"..

sokong xora!!

ZiL on June 10, 2011 at 9:29 AM said...

hmmm.. memang panas hati dengar baca artikel tu.... terasa martabat kita sebagai wanita ni terlalu rendah...

Farrah_Anuar on June 10, 2011 at 10:08 AM said...

Salam kak,
macam-macam label diorang bg kat perempuan kan..kesian pada wanita2 di dunia ni..

Cik Puan Mimi on June 10, 2011 at 10:11 AM said...

Astagfirullahalazim.
teruk betul ye. nama aje doktor.
sedey pulak bila isteri dengar camtu. ;(

Lemon on June 10, 2011 at 10:31 AM said...

i rasa macam pernah baca ayat bagi layanan pelacur kelas pertama tu dulu2 (tak igt kt paper ke, mjlh ke mane ke..) tp rasanya tu adalah reaksi seorang lelaki bila ditanya kenapa dia melanggan pelacur.

nk dipendekkan cerita, masa tu, sstgh isteri blm open pasal lynn tpt tdo. jd, dorang bagi lynn yg sm je setiap mlm. whereby the so called hookers, they have to be creative in bed so that the customers will come over & over to them.

...............................

tapi i tak setuju dengan kelab tu sdr. nama kelab isteri taat, tp fokus hanya pada sex & hanya pada isteri.tanggunjawab rumahtangga bukan terletak hanya di bahu isteri sorang. banyak lagi cara nak bagi layanan 1st class to hubby. lagipun, kalau kata nak jadi kreatif, dua2 la kena kreatif, kan? in EVERY aspect of marriage - not only in bed.

just my 2cent.

y.o.n.g.n.a.n.a.1.8.8.1. on June 10, 2011 at 10:33 AM said...

Saya ada jugak bincang isu ni pada suami..Suami kata, sebagai suami dia bukan perlukan layanan atas katil semata-mata dari seorang isteri..tugas dan tanggungjawab seorang isteri jauh lebih besar dari tu..Kata suami, kalau dapat pelukan dan ciuman mesra dari isteri waktu pergi dan balik kerja pun dah cukup menenangkan jiwa.huhu..

Mungkin maksud doktor tu baik, dia mahu isteri-isteri bagi layanan kelas pertama untuk suami masing-masing tapi sila beradab sikit jangan sampai guna perkataan pelacur.

Isteri dengan pelacur macam langit dengan teras bumi.

Puan T on June 10, 2011 at 11:14 AM said...

arineh berita harian kuarkan stetmen Presiden dia pulak - saya pakai seksi utk suami puas.

Dan aku mahu quote ayat dia kopi pes dari paper - “Masalah isteri tidak taat, tidak menghiburkan dan tidak berkhidmat kepada suami menjadi punca kerosakan masyarakat,” katanya di sini, semalam.

Dan aku rasa dia rela laki dia makan air tgn bibik dia dgn ayat - “Itu benar, tetapi perlu tahu apa keutamaannya kerana kerja rumah boleh diserahkan kepada orang gaji, tetapi layanan di tempat tidur bolehkah beri pada orang gaji?"

Tmpt tido mmg aa mcm tmpt mainan yg seronok utk laki bini, tp keje2 umah dan keje2 dapo mcm masak pon buley wat suami terhibur apa. Bak kata orng2 lama - pikat suami, pikat perut dia dulu. Nak2 kalo laki enjoy makanan mcm laki haku.

Oh aku mau mencarut2 sebenarnya psl isu neh tp teett tidaklah buley~~~

Moose on June 10, 2011 at 11:23 AM said...

tanya blk what's the purpose the of the so-called the obedient wives club tu - does marriage is all about sex?

it's surprising to see highly educated people like dr. rohaya tu can be so - stupid. mungkin apa yang keluar dari mulut dia tu is out of frustration? cos i heard husband dia amalkan poligami.

Anonymous said...

dah tak ada contoh yang elok ke dia nak guna..
dengarnye bekal kumpulan al-arqam.. so jgn la ikut coz dia ni memang dah sesat..
seolah2 kahwin tu utk seks lak..
padahal islam suruh kahwin kerana agama..

setakt ni baca lum jumpa lg dia org kaitkan dengan hadis & al-quran.. so jangan sokong..

Syima Syaz on June 10, 2011 at 11:55 PM said...

saya baru je baca artikel tu kat paper tadi. hmm....

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates