Salam dan hai
Boleh tak kali ini, saya nak bercerita topik yang di luar topik perkahwinan? Nak menulis tentang persiapan menyambut 'orang baru' dalam hidup suami isteri, tapi daripada konteks berbeza.
Seperti mana-mana bakal ibu dan ayah, saya dan D tetap ada membuat persiapan untuk si kecil ini, walaupun tidak saya gembar-gemburkan di dalam blog ini.
Baik daripada persiapan keperluan si kecil
Sehingga la kepada keperluan berpantang saya
Alhamdulillah, walaupun kami cuma betul-betul memulakan aktiviti membeli itu dan ini selepas kandungan saya melepasi 30 minggu lebih, tapi tempoh masa yang agak lewat ini la, yang memberikan saya dan D ruang untuk berfikir secukupnya dalam memisahkan senarai antara 'Keperluan' dan 'Keselesaan'.
Kalau dibandingkan dengan senarai semak bayi baru lahir yang memang ada di Internet, rasanya memang apa yang kami sudah sediakan masih banyak lopongnya. Memang seperti mana-mana bakal ibu, saya turut mengalami 'serangan panik' -- saya mahu menyediakan semuanya untuk bayi yang bakal lahir ini, apa tah lagi bila menerima komen daripada kawan-kawan yang menggalakkan saya membuat persiapan A sampai Z, agar saya dapat berpantang dengan tenang tanpa perlu risau apa-apa yang kurang. Apabila tengok senarai persediaan daripada blog bakal-bakal ibu, rasanya memang jauh saya tertinggal.
Semuanya saya hendak sediakan tanpa memikirkan sama ada senarai itu keperluan atau sekadar keselesaan -- sehingga la saya terbaca semula post-post lama saya ketika persiapan majlis perkahwinan kami.
Memang merancang perkahwinan dan menyediakan keperluan bayi adalah dua perkara berbeza, tapi asasnya tetap sama: Keperluan atau tidak.
Pada awal persiapan majlis perkahwinan kami dulu, saya banyak dipengaruhi dengan apa yang saya baca dan lihat daripada blog lain, laman web rujukan, media massa dan persekitaran saya; tanpa mengambil kira praktikalitinya kepada diri saya sendiri. Sehingga saya betul-betul faham apa yang saya mahukan, hanya selepas itu, baru saya menjadi lebih fokus kepada apa yang perlu dalam majlis perkahwinan kami dulu.
Menggunakan kaedah yang sama, kami rombak semula senarai semak kami. Saya berhenti google senarai semak, sebaliknya saya banyak berbincang dengan 3 individu ini
1. Ibu saya: walaupun zaman saya dibesarkan pastinya berbeza dengan zaman anak saya dibesarkan, tapi pengalaman ibu memang penting dalam mengekalkan saya di garis yang betul, mengelakkan saya membeli barang-barang sebelum tiba masanya dan membantu saya memisahkan keperluan dengan kemudahan.
2. Abang saya: Zaman anak abang saya adalah paling dekat dengan zaman anak saya. Lagipun, citarasa kami lebih kurang sahaja, jadi mudah untuk saya faham kenapa dia pilih apa yang dia pilih tanpa prejudis. Abang saya pun pernah tersilap membeli barang-barang bayi, jadi dia banyak kongsi dengan saya apa yang perlu dan tak perlu untuk saya beli, berdasarkan pengalaman dan kesilapan dia kerana saya tahu, tak semua ibu bapa akan mudah mengakui yang mereka tersilap dalam pembelian.
3. Kawan saya: Untuk mendekatkan diri dengan naluri keibuan dan meneutralkan segala perasaan teruja berlebihan *chewahh. Ye Fieza, ko aku maksudkan. Saya perlukan pendapat seorang ibu yang rutin kerjanya dan gaya hidupnya hampir dengan saya, yang boleh membantu saya mengenepikan apa tidak perlu dan memahami apa yang saya rasa tak perlu, sebenarnya amat perlu
Pendapat daripada tiga golongan ini yang membantu saya dalam memuktamadkan senarai semak untuk bayi kami. Ya, mungkin senarai semak kami bukan la yang terbaik, tapi ianya memadai dan bersesuaian dengan kami.
Jadi kepada bakal-bakal ibu diluar sana, kita boleh merujuk kepada 1001 orang, tapi diakhirnya, segala persiapan tetap juga diputuskan oleh kita. Ya, mungkin stroller memberi keselesaan untuk kita berjalan-jalan bersama bayi di pusat membeli belah atau ke rumah saudara mara, tapi kalau kita tak rasa stroller itu suatu keperluan sebelum bayi mencecah 3 bulan, usah beli walaupun rata-rata kawan-kawan kita sudah membelinya. Kita ada alasan dan sebab musabab atas semua tindakan kita. Hanya kerana kita tak menyediakan sesetengah barang tidak seperti mana-mana ibu bapa yang lain, tidak bermaksud kita tidak mahukan yang terbaik untuk anak kita.
Dan untuk saya, prinsipnya mudah: Beli keperluan bayi seiring dengan tumbesaran bayi.
Selebihnya, adalah proses pembelajaran yang pastinya menarik untuk D dan saya tempuhi.
19 Julai 2011
10 comments:
apa pun, duit tetap mengalir laju. hehehe konsep yg sama utk majlis perkahwinan. tp hasilnya, tetap terbaik :)
Dalam list wanie nak sambut org baru banyak dipengaruhi oleh mertua dan ibu.. rata-rata kawan menyuruh ikut sahaja list dlm internet. 100% mmg ikut nasihat org tua.. banyak lopang-lopang.. beli apa yg patut.. selebihnya beli semasa pertumbuhan baby....
salam
saya beli utk keperluan wajib didalam pantang dahulu.. mengikut pandangan mak2 & kakak2 yg dah ada pengalaman mereka kata jgn beli bnyk2 sbb baby cepat membesar,
stroller pun saya fikir tunggu nak jalan2 baru beli.. time nak beli boleh terus test baby letak dlm stroller (mode berangan..hehe
nak tanya la awak start basuh semua baju baby pada week yg keberapa ea?
tq
jenjalan sini :)
setuju!setuju!
beli barang seiring dengan tumbesaran bayi.
Xora,
Betul tu didikan selepas kelahiran tu aspek lebih penting,
lain parang lain pangkalnya, lain orang lain akalnye (*Eh betul ke ni)
aku pun beli yg penting2 dan keperluan wajib dulu.
ko tgok list kat blog aku tue, byk je tak berpangkah lagi.
beli ikut kemampuan dan keutamaan. :)
Xora,
Boleh x xora share baby list yg xora praktikkan..? Klu xora x keberatan la..sbnya sy pun pening nk wat psiapan dengan list di internet yg pelbagai..mebi klu ada shorter list, is better? :)
As, boleh. tapi kamu emel saya boleh? nnt saya attached kan file barang2 tu. lagi senang nk tgk :D
Thanx xora :) Satgi As emel yep
Tenkiu2....
Post a Comment