Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

14 July, 2011

Dari Mata Turun ke Hati



Salam dan hai

*Sekadar mengimbas kembali kenangan majlis kami

Dulu, ketika masih aktif google images, saya selalu juga terjumpa gambar-gambar yang dikategorikan 'first-look' dalam majlis perkahwinan di barat. Kononnya reaksi pertama pengantin apabila melihat pasangan masing-masing.







Saya tak pernah terfikir untuk jadikan saat itu sebagai pose wajib untuk majlis saya. Masa pagi nikah dulu, kedudukan bantal saya di belakang D, jadi D memang tak nampak saya masa saya masuk. Saya pun cuma masuk ke masjid selepas ketibaan pengantin lelaki. Kali pertama dia nampak saya ketika nak sarungkan cincin.

Tapi tak sangka, ada juga kamera yang berjaya tangkap reaksi pertama saya apabila bertentang mata dengan D buat kali pertama setelah perintah berkurung dilaksanakan.. erm.. OK, selama 5 hari. HAHA.

Reaksi saya dalam gambar.


Nampak macam teruja kan?

Tahukah anda dialog sebenar-benarnya yang berlaku adalah seperti berikut:

Xora: Yayang!
D: (muka segaris) B, mekap B tebal
X: (senyum). Trial hari tu pun camni!
D: (senyum dan sedikit kehadapan) Hari tu nipis sikit. Mekap b tebal ni.
X: (senyum) Tak peduli. B tetap cantik. D kata B cantik sekarang..!
D: (senyum) Cantik. Tapi mekap tebal
X: (senyum) Tak apa, asal dalam gambar cantik


Ok, punah saat "First Look" kami. Dalam gambar tak nampak macam kami tengah bertelagah kan?

Ingat ye bakal pengantin, sila belajar untuk marah dalam senyuman. Kalau nak maki orang sangat-sangat, sila serahkan tugas tu kepada pengapit. Jangan buat muka atas pelamin ok!

Korang punya 'pandangan pertama' macam mana?


14 Julai 2011

8 comments:

surianisiti on July 14, 2011 at 4:53 PM said...

besnyer kawen.. hehe :p

ainshams on July 14, 2011 at 9:10 PM said...

salam.
haha. just blogwalking ttg tips2 utk B2B.. terbaca post ni.
ok, msg kat bawah tu akan disimpan elok2 :)
smg kebahagiaan milik kalian selamanya, insya Allah~

Cik Pbee on July 15, 2011 at 12:54 PM said...

so sweet...

bila tengok gambar ni, terkilan rasanya tak dapat sewa bantal nikah tu (ada org lain sewa time tu)..mak andam bawak satu jer masa akad nikah kami, ader ker patut lepas tu boleh tanya nak dua ker? ..masa tu dah odw nak ke masjid...sedih betul...last2 dok atas karpet masjid jer la

Reen Tart Nenas on July 15, 2011 at 1:38 PM said...

aku gelak je nengok die! erk, jap pk.

Bushra Tajuddin on July 19, 2011 at 12:04 PM said...

Hehehe.. comel la conversation korang! walaupun marah, tetap comel!

sweetluvardini on July 19, 2011 at 2:52 PM said...

hehe...psl first look ne,sy xdpt nk tgk dia sepenuhnya...hnya dari lirikan dan curi2 tgk je bila sy msuk melangkah ke dalam masjid utk nikah.sbb waktu sy masuk,mak mertua ada kat tepi dan sy jd malu nk pndg betul2..pastu cara dia pandang sy mcm dia xpnh tgk sy dan pengapit sy ckp dia pandang sy smpi sy duduk.pandangan mata dia tu mengingatkan saya sehingga hari ini betapa ikhlasnya cinta dari hatinya.

Shakina Farhan on July 20, 2011 at 2:41 PM said...

hehe..kena tunggu lagi 2 bulan..:)
nanti kina bagitau..:P

Anonymous said...

hi,just blogwalking to find ideas for sister e-day...btw,i just want to share that my conversation with hubby also like yours...My hubby keep on talking about my make-up...'tebal la, merekah la'...and i also said,'x kisah la, asal dlm gmbr cantik....' =)
guys mmg suke our natural beauty =)

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates