Salam dan hai.
Ikutkan hati, hari-hari saya nak 'kompang' apa rancangan saya untuk majlis saya nanti.
Ikutkan hati, hari-hari saya nak berkongsi tentang impian perkahwinan saya.
Ikutkan hati, hari-hari saya nak tulis tentang apa yang berlaku.
Tapi saya tak mahu ikut hati saya.
Kadang-kadang, saya mahu menulis apa yang ingin dibaca oleh kawan-kawan blogger lain. Saya rasa semacam ada Blog Social Responsibility (BSR-- Takde term ini tapi saya cipta sendiri hihih). Lebih elok menulis sesuatu yang boleh saya kongsi sama-sama pendapat dengan kawan-kawan lain kan?
Ikutkan hati, hari-hari saya nak 'kompang' apa rancangan saya untuk majlis saya nanti.
Ikutkan hati, hari-hari saya nak berkongsi tentang impian perkahwinan saya.
Ikutkan hati, hari-hari saya nak tulis tentang apa yang berlaku.
Tapi saya tak mahu ikut hati saya.
Kadang-kadang, saya mahu menulis apa yang ingin dibaca oleh kawan-kawan blogger lain. Saya rasa semacam ada Blog Social Responsibility (BSR-- Takde term ini tapi saya cipta sendiri hihih). Lebih elok menulis sesuatu yang boleh saya kongsi sama-sama pendapat dengan kawan-kawan lain kan?
Tapi maafkan saya, kadang-kadang saya nak juga menulis untuk lepaskan semak dalam kepala ni.
Berita tentang majlis tempoh hari, memang saya tak bagitau secara terbuka. Tidak saya post di blog private saya, tak juga di status Facebook mahupun Friendster. Saya buat seperti tiada apa berlaku. Hanya beberapa kawan aje yang tau sebelum majlis, dan baki mereka tau selepas baca blog saya ni. Kalau ada yang terasa, saya betul-betul minta maaf. Bukan niat untuk pilih kasih, cuma saya memang nak sesuatu yang amat sederhana kerana sederhana adalah sesuatu yang saya kurang merasa.
Selepas berita tersebar, sorang-sorang call dan SMS ucapkan tahniah. Masing-masing merakam ucapan tak sabar nak tunggu majlis saya, nak tunggu kemeriahan majlis saya.
Kesan pada saya : PANIK!!!
aiiih.. Saya tau kawan-kawan saya semua berniat baik. Tapi bila dapat ucapan sebegini, saya jadi panik dan takut. Takut tak dapat capai paksi mereka. Entah kenapa saya risaukan hal tu, sedangkan mereka tiada niat nak buat saya tertekan, sekadar ekpresi perasaan mereka yang teruja. Tumpang gembira untuk saya. Saya yang perlu tetapkan ketetapan majlis macam mana yang saya nak. Tak perlu anasir luar.
Saya tau saya akan buat yang terbaik untuk majlis itu.
Untuk orang yang selalu menulis tentang merencana satu majlis perkahwinan, bila tiba saat saya pulak, terus saya tak tau nak buat apa. Tak tau dari mana nak mula. Sedangkan, sepatutnya selepas tarikh ditetapkan, segala rencana lebih mudah untuk diatur.Walau jauh dalam diri saya, saya sudah tau bila tarikh-tarikh penting yang perlu saya uruskan, tapi entah kenapa, seakan rasa ada yang tertinggal.
Serangan panik memang dasyat!
Tapi nasib baik saya masih ada beberapa kawan rapat yang memastikan saya tak buat perkara yang tak masuk akal. Saya tau saya boleh buat dan mengatur majlis saya sendiri, tapi entah kenapa saya rasa macam tak yakin untuk lepaskan tugasan pada orang lain pada waktu saya sudah menyarung busana sanding nanti.
Sedangkan pada hari majlis tempoh hari pun, abang saya Am pulak yang risau. Asyik dia tanya "nanti majlis kau macam mana? Sapa nak uruskan? Aku boleh jadi runner, ko suruh la aku buat apa pun, aku tak kisah. Tapi jadi project manager, aku tak boleh la. Aku kalau marah, dah tak ingat nak buat apa"
Saya pasti, saya tau apa yang hendak dibuat. Cuma mungkin, saya perlukan anjakan sedikit. Mungkin selepas pre-wedding tahun depan, baru aura dan semangat tu pun datang.
Sebab kadang-kadang, saya boleh buat lebih baik dalam keadaan tertekan.
Mungkin la.
Tapi kalau masih belum juga, harus untuk saya panik!!
8 Disember 2009

