Mesti ramai ada masalah kenaikan berat badan selepas berkahwin kan?
Jawapan standard "Hati senang". "Ada orang jaga makan minum"
Tapi untuk saya, jawapan saya adalah seperti dibawah.
Ye, memandangkan ketika sebelum berkahwin dulu, bagai nak gila jaga berat badan, saya anggap kehidupan selepas berkahwin adalah masanya untuk saya makan apa sahaja yang saya nak. Kiranya macam ganjaran kepada diri sendiri, kerana berjaya kurus dan berjaya kekalkan berat badan, walaupun tak seringan masa belajar di UiTM.
Sampai sekarang, kadang-kadang D mengusik gak cerita masa kami berbulan madu di Langkawi, yang saya pergi makan sampai 4 (ke 5?) ekor ikan kembung masa makan tengah hari (Tu pun nak makan lagi, tapi D larang hahah)
Bayangkan, ketika saya berkahwin, berat saya 61kg, elok tak sampai tiga minggu, berat saya naik kepada 65kg, dan terus naik. Jika sebelum ni saya gunakan alasan hati senang selepas berkahwin, saya gunakan alasan "makan untuk dua orang" ketika saya mengandung.
Lepas bersalin, berat saya ketika berpantang dengan ketat (tak nak pun tapi pasal kena ikut cakap ibu, saya ikutkan aje la pantang cara ibu) dapat la 65kg semula. Nampak sangat berat babat yang saya bawa sebelum mengandung, kekal bersama saya.
Sampai sekarang, berat itu masih kekal. Ada naik juga hari tu, selepas mula masuk kerja, tapi bulan Ramadhan turun semula. Nak hilangkan 4 kg dan kembali kepada berat ketika berkahwin dulu, saya tahu itu tidak mustahil, tetapi sukar.
Kalau nak tuliskan kepada sukar, memang saya boleh beri 1001 alasan. Dah nama pun alasan, boleh sahaja dicipta kan?
Saya tahu, ramai kawan-kawan yang dah berkahwin, risaukan tentang berat badan yang semakin naik. Ada juga yang telah pasrah dengan berat badan yang tidak nampak akan turun-turun.
Saya pernah berada di comfort zone, di mana saya rasa, tak kisah la berat saya berapa, D Ok je. Tapi diri saya sendiri tak OK. Saya rasa mudah penat, malas, baju-baju banyak tak muat, dan saya sendiri rasa tidak selesa dengan berat badan saya.
Saya tahu, saya boleh diet, cuma saya menyusu badan dan saya tidak akan korbankan tempoh penyusuan Dyzhwar untuk kurangkan berat badan. Apatah lagi menggunakan barangan seperti Premium Beautiful semua, memang saya taknak.
Tips paling selalu saya dengar kalau nak kurus, "Ko dapatkan dyzhwar adik lelaki sorang, confirm ko kurus"
Saya rasa, Dyzhwar sorang pun mampu meng'kuruskan' saya.
9 comments:
i pulak skrg ni risau sebab makin kurus huhu. husband i plak yg gemuk :P
boleh gemok eh pas kawin..moga2 gemok..XD
ye lah. aku tau la itu aku. ye aku tau aku. tgh kurus la nie. usaha nie.
Reen, hahaha. kelakar ok sentap kau!
Xora, aku macam malas nak sensitip dah kalau org cakap aku gemuk ke, berisi ke hape. janji anak aku sehat. HAHA. takyah nak tambah lagi, yg sorang ni pun dah buat aku tarik nafas 2-3 kali!
my fren ckp kalo bf cpt kurus..sbb vitamin sume baby serap
ye la...lepas kahwen badan sememangnya naik...
jealous utk mereka2 yg senang naik berat badan.. :'(
dulu masa b4 kawen saya sangat kurus...but lepas kahwin n dapat baby ammar, dapat berat yang ideal..tengah usaha untuk maintain berat sedia ada...:)
Hi hi ayat last2 tu mmg btl kot...kita org asik kata makin kurus (agak sbb dua2 boy kot) pstu plg xbest ada yg kata dh makin susut badan, suh stop ajelah bf...senyum jelah..
Yg penting sihat dan fit..
Post a Comment