Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

16 March, 2012

Solat Sunat selepas Majlis Akad Nikah



Salam dan hai

Saya baca satu artikel yang menarik untuk dikongsikan: berkenaan solat sunat selepas akad nikah

Sumber:
Harian metro

Solat sunat selepas majlis akad nikah

JIKA kita ingin melaksanakan solat sunat nikah, bilakah waktu yang paling sesuai? Adakah sejurus akad nikah atau boleh dilakukan apabila semuanya selesai iaitu selepas bersalaman dengan hadirin, solekan dan baju sudah berganti?


JAWAPAN:


Melaksanakan solat sunat nikah boleh dilakukan selepas majlis akad nikah berakhir atau pada masa yang sesuai. Waktu yang terbaik boleh dilakukan bersama isteri iaitu ketika isteri datang menemui suami.

Kedua-duanya hendaklah bersolat terlebih dulu dan seterusnya berdoa kepada Allah supaya mendapat kebaikan daripada perkahwinan serta memohon perlindungan Allah daripada sebarang keburukan.

Terdapat riwayat daripada Abu Said yang menyebutkan bahawa sahabat lain mengajarnya mengenai solat sunat nikah ini, katanya: “Jika isterimu nanti datang menemuimu, hendaklah kalian berdua solat dua rakaat. Lalu mintalah kepada Allah kebaikan isterimu itu dan mintalah perlindungan kepada-Nya daripada keburukannya. Selanjutnya terserah kamu berdua” (Riwayat Ibnu Abi Shaybah). (juga boleh baca perbincangannya di
laman web ini)

Terus saya teringat pada gambar yang
Abang Acai pernah ambil ni



Macam yang pernah saya tulis dalam
post terdahulu, berapa kerat sahaja pengantin perempuan yang akan solat berjemaah bersama suaminya selepas majlis akad nikah, macam dalam gambar tu?

Saya tidak.



Saya solat berjemaah bersama dengan D, selepas majlis bersanding selesai. Jadi saya harap, kalian boleh lakukan yang lebih baik.

P.s: bentangkan sejadah siap-siap untuk pengantin solat. Tidak la jadi macam gambar D diatas, teruja nak solat tak pakai sejadah. Hehe




16 Mac 2012

16 comments:

SYANI on March 16, 2012 at 12:05 PM said...

Masa nikah dulu suami je buat solat sunat tu. Saya period masa tu..heheheh

ღ cik faye ღ on March 16, 2012 at 12:07 PM said...

ramai yg lupa bab solat sunat ni...mungkin sbb ada pengantin perempuan yg tak dpt join sbb period.
ada jugak yg lebih excited nak bergambar, perhaps??? rugi jugak kan kalau terlepas moment yg special ni...tq Xora for reminder...:-)

cik chinta on March 16, 2012 at 12:26 PM said...

maknanya, seblom mekup kn amik air semayang la kan siap2? pastu lepas je akad, trus solat la kan? dalm keadaan ada mekup oke je la kan nk solat? cme baju nikah cam seksila. cane ek? sbb campo2 dgn lace. aduhaiii

menn on March 16, 2012 at 1:42 PM said...

Hmm,saya pun sama macam akak,solat jemaah lepas majlis sanding je dapat...terkilan sikit

ain.ya.nun. on March 16, 2012 at 3:10 PM said...

Saya pun saya macam awak. Solat bersama selepas majlis selesai.

pika pikah on March 16, 2012 at 9:18 PM said...

Hi dear, nice blog. Suka baca all your wedding preps. I'm one of your silent readers *malu2*. I'm a B2B jugak yg sedang prepare for my magical day. Kalau sudi drop by and follow my blog okay! :) http://pikapikah.blogspot.com/

Anonymous said...

pendapat saya la kan, lagi baik solat sunat berjemaah ni selepas majlis akad nikah selesai, kira dlm bilik la.sebab mcm xberape selesa je solat dikelilingi org rmai, lagi2 perempuan. lagi satu, xlama sgt ke antara masa sebelum makeup, nak tunggu akad lagi, mcm xkompem je, xberlaku letupan..he3

-najihah-

Anonymous said...

Emm... gambar kat atas tu btl ke kddkn makmum
perempuan sebelah kanan eh? Sekadar bertanya.

rukhia on August 22, 2012 at 7:39 PM said...

Huhu..makmum pmpuan blah kiri.
Tp klu imej ni adlh refleksi cermin, means mmg da btul la kddkan tu.

rukhia on August 22, 2012 at 7:41 PM said...

Mkmum pmpuan blah kiri,
Tp klu imej ni pantulan cermin, kire da btul le tu.
Huhu.. Mengelirukan.

ubaidillah alqasam on August 28, 2012 at 7:27 PM said...

kedudkan makmum permpuan yang paling afdhal adalah ditengah2 belakang imam

Anonymous said...

keddukan makmum yang afdhal adalah ditengah2 belakang imam..

Anonymous said...

sebab tu pentingnya bab menutup aurat.senang ja,make sure buat baju nikah baju yg longgar,tudung labuh menutup dada..lagi catik disisi Allah kan =)

Unknown on January 5, 2013 at 12:28 AM said...

Aslkm.. sy nak nikah 19 jan 2013 nie.. sy nak th niat solat selepas akad,masa yg sesuai n kedudukan makmum(isteri).. mohon bantuan.. kegelisahan melanda perlahan lahan dah nie.. hehe..

Unknown on January 5, 2013 at 12:29 AM said...

Aslkm.. sy nak nikah 19 jan 2013 nie.. sy nak th niat solat selepas akad,masa yg sesuai n kedudukan makmum(isteri).. mohon bantuan.. kegelisahan melanda perlahan lahan dah nie.. hehe..

Xora on January 7, 2013 at 7:49 AM said...

rasanya fatah boleh tanya kepada orang yang lebih layak menjawab, boleh tanya pada tok kadi yang bakal menikahkan fatah dan isteri nanti, pasti jawapannya dia lebih tepat

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates