Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

06 March, 2012

Ayat al-Quran pada Kad Kahwin Tidak Sesuai


Salam dan hai

Info menarik untuk bakal pengantin








2012/03/06

Perbuatan buang merata-rata jejas kesucian: JAKIM

KUALA LUMPUR: Perbuatan mencetak ayat al-Quran dan hadis Nabi SAW pada kad jemputan kahwin boleh menjejaskan kesucian Islam jika kad itu dibuang merata-rata, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha. Beliau berkata, tindakan itu juga mungkin boleh dikategorikan sebagai menghina ayat al-Quran.



Istilah suci dalam Islam seperti Bismillah,
assalamualaikum dan sebagainya tidak boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya kerana dikhuatiri akan disalah guna dan diletak di tempat yang tidak sewajarnya,” katanya.

Namun, Othman berkata pihak terbabit meletakkan ayat suci al-Quran dan hadis pada kad jemputan kahwin dipercayai berniat baik
iaitu ingin memberi peringatan dan berdakwah kepada orang lain, bagaimanapun ia patut dielakkan.

“Jika bertujuan untuk memberi pengingatan hanya memadai dengan menulis maksudnya saja,” jelasnya.

Beliau juga berkata pihak yang menerima kad jemput kahwin yang tertulis ayat al-Quran sepatutnya lebih prihatin dan menjaga kesucian ayat itu dengan tidak membuang bahan yang mengandunginya di merata-rata tempat.



Katanya, mengikut Garis Panduan Penapisan Bahan-bahan
Penerbitan Berunsur Islam yang dikeluarkan JAKIM, perbuatan membuang bahan yang mengandungi ayat al-Quran boleh dikategorikan sebagai perkara yang menyentuh kesucian Islam.

Beliau berkata, pelupusan bahan penerbitan yang mengandungi ayat al-Quran sepatutnya dibuat mengikut garis panduan yang telah
ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri.

Sementara itu, seorang pembuat kad perkahwinan, Mohd Natasha Md Nasir berkata, pihaknya sentiasa menasihatkan pelanggan yang ingin mencetak istilah suci termasuk Bismillah supaya tidak berbuat demikian.

“Kalau ada pelanggan yang hendak cetak Assalamualaikum dalam tulisan jawi pun kita tak galakkan, sebaliknya kita cadang supaya ditulis dalam tulisan rumi,” katanya.

Seorang lagi pembuat, Nor Azli Masrudin berkata, pihaknya sediakan format standard, tapi kalau pelanggan nak juga cetak kalimah-kalimah suci kita kena ikutlah,” katanya. – BERNAMA




Sumber: Berita Harian





Kamu telah mengetahui dan diingatkan :)

Wallahualam



6 Mac 2012

6 comments:

[.ika itu aku.] on March 7, 2012 at 9:10 AM said...

btl gak ni..kadang sndiri pun buat tanpa sedar..aiyoooo...

SarahSyafiq on March 10, 2012 at 7:12 PM said...

Salam kenalan,
Patut la bila diskus pasal kad kahwin dgn ayah Sarah, mesti dia ingatkan jangan letak ayat Bismillah dgn Assalamualaikum dlm tulisan arab tu. Takut org buang merata.

ღ cik faye ღ on March 12, 2012 at 10:17 AM said...

hai salam Xora...
dah besar baby...
semoga perkahwinan diberkati..

Reen Tart Nenas on March 13, 2012 at 11:22 AM said...

x letak. yg cetak pun cina kan. hermmm

m a r i s s a on March 14, 2012 at 9:52 AM said...

astaghfirullahalazim... tq for sharing.. akan dishare same2 dalam blog saye...

*i've been your silent reader for quite sometime, baru ni la ade courage nak tinggalkan comment, anyway, i need more followers, jom la follow my blog! hehehe.. tq!!

www.diyanamarissa.com

Firdaus Tarmizi on December 3, 2012 at 11:39 AM said...

Assalamualaikum = sejahtera ke atas kamu. Islamik, bahasa arab, tapi tak terdapat perkataan Allah.
Orang bukan islam di Timur Tengah pun guna. Jadi IMO no problem lah nak guna Assalamualaikum dalam tulisan apa pun.

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates