Persoalan yang selalu orang ajukan "Bila nak update blog", saya ajukan kepada diri sendiri juga soalan yang sama, dengan penambahan "Bila la nak mengarang post yang berkualiti agaknya ya.."
Serius, saya amat rindukan zaman saya boleh dan sempat mengarang post-post yang panjang lebar, seperti dalam label Isu Padat. Saya boleh menulis apa yang saya fikirkan dan bertukar-tukar pendapat dengan pembaca blog ni. Masa tu, terasa diri amat produktif dan berbakat *buwek*.
Tidak saya salahkan sesiapa dalam hal ini. Semua ini adalah perubahan fasa kehidupan yang saya percaya, pasti ditempuhi oleh setiap orang, cuma yang membezakannya, seberapa pantas kita dapat menyesuaikan diri dengan fasa kehidupan yang baru.
..dan nampaknya, saya bukan seorang yang dapat menyesuaikan diri dengan pantas. Tidak mengapa, ruang memperbaiki diri sentiasa ada.
Hari ni, saya sekadar dapat berkongsi post pendek untuk memberi nyawa kepada blog ini. Sekadar berkongsi gambar-gambar peribadi untuk terus memberi nafas kepada blog ini.
Dunia baru yang sudah 6 bulan ditempoh. Menyeronokkan walau mencabar. Menguji dalam bahagianya.
InsyaAllah, 25hb Februari ni, genap la Dyzhwar Naushad Iman berumur 6 bulan.
Dulu, sebelum ada anak, selalu membayangkan anak tidurnya begini.
Tapi realitinya, tidurnya begini
Gambar ini sahaja yang terkini dapat saya kongsikan.
Mata memang sudah berkenan dengan shelf daripada Ikea dalam katalog yang ini
untuk item no 2 dan 3. Pasti amat berfaedah dalam menyusun atur perkakasan dapur, naknya untuk dapur yang tempatnya terhad macam dapur saya.
Tambahan: Perkara mesti bawa setiap hari ke pajabat
Kalau dulu, beg mekap sahaja yang saya bawa. Sanggup la patah balik rumah kalau tertinggal beg mekap. Tapi kalau tertinggal handphone, tak kisah pula.
Minat baru sekarang: Baru berjinak-jinak membeli barang jenama Tupperware. Bukanlah peminat kipas-susah-mati (die hard fan), tetapi barangnya sesuai dengan kemahuan saya dalam bab-bab menyusun barang. Cuma beli apa yang perlu sahaja dan tak ikut sangat pun dengan barang promosi. Kalau ada yang berminat nak membeli barang tupperware, boleh sahaja hubungi Reen.
Masih berharap, saya dapat menulis artikel yang panjang-panjang, seperti dulu.
Dulu, sebelum ada anak, selalu membayangkan anak tidurnya begini.
Tapi realitinya, tidurnya begini
Oh ya, tak sangka ada yang memberi perhatian kepada post saya tentang susun atur rumah dalam label Perkongsian Hidup Memang masih banyak yang belum saya kongsikan, tapi masa amat mencemburui. Kalaulah saya blogger sepenuh masa, mungkin ada banyak juga masa dapat saya selitkan dalam blog ini. Tapi itu semua tidak berlaku.
Gambar ini sahaja yang terkini dapat saya kongsikan.
Rak-rak putih itu saya beli di Pasar Borong Selangor, di Equine Park. Di dalam setiap rak, ada barang-barang kering yang berbeza, diletakkan mengikut kategori barangnya *Yang cuma saya sahaja yang ingat. Hehe* Yang modular mates Tupperware bertutup merah tu pula, bahan-bahan bakeri seperti tepung gandum, SRF, Baking powder, Coco powder, dan beberapa bahan lagi yang saya tak ingat sekarang. Saya sekadar menulis tangan label-label yang saya tampalkan pada badan bekas.
Masih berusaha untuk menyusun bahagian bawah kabinet yang masih kelihatan berselerak dengan peralatan bakeri bercampur dengan peralatan memasak. Sedang berkira-kira untuk mengalihkan barang-barang bakeri ke rak yang lain agar bahagian bawah kabinet ni boleh dikhaskan untuk periuk belanga sahaja.
Mata memang sudah berkenan dengan shelf daripada Ikea dalam katalog yang ini
untuk item no 2 dan 3. Pasti amat berfaedah dalam menyusun atur perkakasan dapur, naknya untuk dapur yang tempatnya terhad macam dapur saya.
Tambahan: Perkara mesti bawa setiap hari ke pajabat
Daripada kiri: beg mekap, set bekal, cooler bag untuk EBM
Kalau dulu, beg mekap sahaja yang saya bawa. Sanggup la patah balik rumah kalau tertinggal beg mekap. Tapi kalau tertinggal handphone, tak kisah pula.
Minat baru sekarang: Baru berjinak-jinak membeli barang jenama Tupperware. Bukanlah peminat kipas-susah-mati (die hard fan), tetapi barangnya sesuai dengan kemahuan saya dalam bab-bab menyusun barang. Cuma beli apa yang perlu sahaja dan tak ikut sangat pun dengan barang promosi. Kalau ada yang berminat nak membeli barang tupperware, boleh sahaja hubungi Reen.
Masih berharap, saya dapat menulis artikel yang panjang-panjang, seperti dulu.
Sehingga itu, saya berterima kasih kepada pembaca blog yang masih sudi melawat blog saya yang tenggelam timbul ini.
23 Februari 2012
8 comments:
xora suka orange ke? macam sama ja!hehe
still breast feed? alhamdullillah!
loves and support breastfeeding!
Tu la, sejak dah ada anak, suka kaler oren. beli barang pun sepesyen oren. Dapur pun byk benda warna oren. hehe..
haah alhamdulillah, masih ada rezeki menyusu badan. Mencabar betul ye menyusu badan dalam zaman skrang. Kalau tak disebabkan mak saya penyokong tegar menyusu badan, dah lama surrender.
Comel sangat Dyzhwar tidur..conquer katil Ixa, teringat Aqeel kecik-kecik dulu, kalau tidur terlentang macam ni saya pun sibuk la amik gambar hehe
eeee tupperware la ai suke
mana post baru?
aku adalah peminat oren tegar. kahkah. dan botol tupperware tu same lah haiii.
comellah dia tdo..hehe..suka bce blog akak..sbb byk info..lbih2 lg psl pkongsian hidup..
hahaha... cute la budak tu tido!
www.diyanamarissa.com
Post a Comment