Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

02 June, 2010

Pembikinan Video DIY Saya



Salam dan hai

Saya dah terima CD pre wedding kami daripada A.Rashdi of Peveyheck. Untuk albumnya, saya dan D ingat nak ambil lepas raya. Pasal tiada keperluan sangat pun untuk album kami siap awal. Yang penting, gambar-gambar asli dah dapat.

Pada kawan-kawan yang dah pernah tengok kompilasi gambar-gambar photoshoot daripada mana-mana OP sekalipun, mesti tau kan betapa peningnya dan banyak nak tengok gambar-gambar yang dah diambil kan?

Macam tu juga la dengan saya. Nak kena tengok satu-satu dulu baru dapat buat pilihan. Memang penat tapi seronok! Akhirnya, selepas dua hari melihat satu-satu gambar, saya buat pilihan dan edit pakai adobe untuk dapatkan size yang sesuai dan letak watermark.

Semalam saya sempat siapkan aturan gambar untuk video Save The Date saya, yang mungkin juga boleh dijadikan e-invitation sekali. Walau susunan gambar dah teratur, tapi idea untuk video ni, saya rasa masih belum ada unsur "umph!" yang saya cari. Masih banyak yang kurang daripada segi penyampaian idea untuk video saya ni. Kurang pasti apa elemen yang hilang itu. Tapi tak tau macam nak naikkan unsur tu. Mungkin kena tukar gambar, mungkin kena masukkan sedikit teks, atau mungkin masukkan unsur drama cinta sikit. Segalanya mungkin!

Ni sedikit kerja saya mengedit menggunakan Window Movie Maker. Pakai program asas sahaja, cukup la. Ini pun tak terbawa! Hihi. Lagipun, A.Rashdi ada kata, kalau nak dia buatkan slideshow untuk tayang kat dewan nanti pun boleh. Jadi kalau jadi untuk buat tayangan video, saya serah sahaja bulat-bulat pada yang arif. Yang saya buat ni untuk kepuasan sendiri. Boleh masukkan dalam Facebook atau e-kad. Lebih personal.



Bila ketandusan idea, maka harus la berhenti dulu. Idea tak boleh dipaksa. Nanti ia datang sendiri.

Kongsi sedikit gambar video Save The Date saya (atau pre wedding, e-kad, apa sahaja yang sesuai untuk dipanggil :P).

Selesai putaran zamannya: Sekolah, Universiti dan Kerja. Terima kasih A.Rashdi untuk idea bernas buat pre wedding 3 zaman! Terutama adengan lamaran tu!- walau itu tak berlaku tapi ingat motto "Berangan ittew indah!" Saya suka! Lepas ni InsyaAllah kalau sampai majlis kami, lengkap la perjalanan cinta kami :D


Sumber: Peveyheck


Bila saya tengok semua gambar-gambar ni, syukur juga bila saya cerewet dalam hal sekecil macam jam tangan, cincin dan gelang pun, saya nak tukar untuk zaman berbeza. Idea A.Rashdi untuk D cukur misai untuk shoot zaman sekolah, memang bawa perubahan usia. Dalam gambar, hal sekecil tu pun, dapat bawa perbezaan ya.

Harap-harap, idea dan mood ni jangan la datang lambat sangat :P Meraban aku karang nak mengedit!!!


Nota: Hari tu ada blogger yang tinggalkan komen kat salah satu post saya, minta exchange link. tapi saya sudah lost track post yang mana. Kepada empunya diri dan mana2 B2B yang nak exchange link, tolong emel pada saya. Lebih mudah untuk saya keep track. Maaf & terima kasih ye!


2 Jun 2010

01 June, 2010

Indahnya Berpijak di Bumi Nyata



Salam dan hai

Kebelakangan ni, D dan saya suka buat perancangan saat-saat akhir. Macam rancangan nak pergi
Floristika.

Baru-baru ni, kami main redah aje pergi tempah kad. Walau tujuan utama jumpa pasal saya nak pulangkan kamera dia dan tengok kedai printing dulu di Bangi, D ajak gi tengok kad kawin kat Pudu.

Pergi terus ke sana. Sesat sekejap. Eh, bukan sesat, tapi kami menggunakan jalan baru :P

Kami tiba di LH Creative di Pudu. Kawan D dua orang dah buat kat situ, jadi kami jadikan pengalaman mereka sebagai tanda aras.

Layanan staff dia OK. Walaupun ada pelanggan lain, dia tetap alukan kami. Tapi contoh kad terlalu banyak!! pening mak!!.. Harap kami tak terkena 'kes terpencil' pasal hal kes macam ni, memang diluar kawalan kita.

Saya, antara malu dan mahu, pun keluarkan la kad yang kami rancang. Segan gak la, pasal kad kami memang amat simple. Takde kerawang, takde emboss, takde wangi-wangi. Sampaikan pekerja tu kena telefon bos dia nak dapatkan harga dan dia kata "Tak ada orang buat kad simple macam ni lagi, jadi harga pun saya kena tanya bos"..

Ye tau...Kad kami memang simple. Sangat simple. Rasa cam bukan kad kahwin pun, ada gak la :P

Inspirasi daripada kad kawin kawan UiTM saya. Masa dapat kad dia, punya la saya teruja dengan idea dia, jadi minta kebenaran nak gunakan idea kad dia. Kad-kad kahwin lain dah tak nampak dah..!

Pada mulanya, saya dan D cuma nak minta jenis material kad sahaja. Strategi yang diajar oleh kawan saya, Nizam. Dia buat kad kahwin sendiri jadi dia bagi tips; pergi ke kedai kad untuk dapatkan gram kad dan jenis material kad. Dah dapat maklumat, selamba keluar daripada kedai dan lepas tu hantar ke kilang kertas untuk print kad sendiri.

Berangan nak buat kad sendiri kononnya. Tapi lepas dengar harga orang kedai tu bagi memang murah, saya rasa, daripada saya pening kepala fikir nak buat, saya lepaskan DIY kad kahwin ni dan serahkan bulat-bulat pada orang kedai.

Tapi kami belum mahu nak lock tarikh.

Jadi saya dan D keluar tanpa buat apa-apa keputusan.

Dah separuh jalan keluar daripada Jalan Pudu, saya kata "jom la tempah". Lepas tu baru la D bagitau pendapat dia. Dia dah memang nak letak deposit tadi tapi bila tengok reaksi saya tak teruja, jadi dia pun ambil keputusan untuk tunggu dan lihat. Saya pula masa tu bukan tak teruja, tapi sedang berkira-kira, nak buat sendiri atau hantar kedai buatkan.

Terus patah balik ke kedai tu!

Dipendekkan cerita, terus tempah kad kat situ. Satu sahaja sebabnya: Harga berpatutan. Tujuan kami tempah awal-awal, pasal minyak akan naik dalam akhir 2010 ni, jadi kami nak dapatkan harga untuk hari ini.

Jadi akhir bulan 6 nanti, baru kami datang semula ke kedai ni dan bagi maklumat yang diperlukan. Nak siapkan terus, jadi bulan 7 kalau dah siap, baru boleh mulakan operasi ikat riben. Ayah dah pesan, nak edarkan kad masa raya, masa jumpa saudara mara. Walaupun kurang setuju pasal terlalu awal, tapi dah ayah nak, biarkan aja.

D kata: Ok, bulan 7-8 nanti B ikat riben ye?
B kata: B?? D pun ikut sekali ikat riben!!


hihi

Akhirnya, dapat la quotation harga kad yang amat-amat ekonomi buat kami :D Hitam putih, kecik sahaja kadnya. Kad kat bawah tu, tu la kad inspirasi kami. Tapi bezanya, kami tak letak gambar.



Macam saya kata, simple sahaja.

Walaupun awal perancangan kad kami, nak buat pakai kertas yang jarang tu didepannya, tapi lepas dapat harganya, terus batalkan niat. Lepas tengok contoh-contoh yang lain, kami pilih yang lebih praktikal dan ekonomi.

Tips terpenting: sentiasa fleksibel untuk apa-apa pilihan.

Ikutkan hati memang la mahu buat sendiri kad, hantar ke kedai printing, lakukan semuanya sendiri daripada sifar. Tapi dibumi nyata, saya tiada pengetahuan gunakan Adobe Illustrator, jauh sekali ada kreativiti untuk mereka kad. Masa pula amat mencemburui saya dan tak rasa berbaloi untuk drama yang bakal berlaku. Jadi, baik undur diri dan biar mereka yang mahir, membantu kami merealisasikan kad kami.

Semalam, masa chat dengan seorang kawan, dia kata "aku tau ko berusaha keras dalam menjayakan wedding ko so i want to see how much effort you poured into designing your card".

Erm. Effort yang terlalu sikit la kawan. Ko kecewa tak?? :P
Persoalan: Kenapa semua orang jangkakan wedding aku akan jadi hebat & dasyat??????

Masa balik, tiba-tiba terkeluar perbualan ni

D: B perasan tak, wedding kita ni semakin lama semakin jadi simple?
B: Haah! d pun perasan ye??!
D: Haah, masa mula-mula rancang, b banyak sangat idea yg dasyat2. Tapi dah makin dekat dengan tarikh, pilihan B kembali pada yang simple aje.
B: Haah, mungkin D banyak doa kot supaya B amik yang simple2 aje.
D: Hehe. tapi sekurangnya, majlis kita jadi simple la, macam yang D nak.



Kreativiti memang tak terjangkau tinggi melangit, tapi dibumi nyata, segalanya masih indah kan?







1 June 2010



Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates