Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

30 December, 2011

Kalau Mati, Mana Kuburnya?


Salam dan hai



Kelip-kelip kusangka api,
Kalau api mana dapurnya?
Hilang ghaib kusangka mati,
Kalau mati mana kuburnya?

Tidak.. Blog ini belum terkubur.. Pada yang sudi emel saya bertanyakan post terbaru, ye hari ini adalah harinya. Tiada istimewa kenapa tarikh ini dipilih. Mudahnya, adalah kerana baru pasang Unifi di rumah hehe. Maka tiada alasan untuk tidak mengemaskini blog dan InsyaAllah, mahu memulakan projek khas harapnya.

Perkembangan saya sebulan menyepi?

Sambut hari jadi D yang ke 27 -- D buat muka segaris sahaja dengan kejutan saya buat. Patut la anak pun ada kecenderungan memberi muka segaris sahaja.



Terjah clearance stok Pureen dan berkesudahan, membeli terlalu banyak baju. alahai.


Kena minyak panas dan kemudian doktor klinik tu soal macam polis nak tahu saya kena dera ke tak dengan D hihi



D jr plak sudah pandai meniarap tapi belum kehadapan atau berguling. Statik sambil jerit-jerit marah pasal ingat kitorang pegang kaki dia tak kasi dia ke depan.



Oh tu gambar lama. Gambar baru rambut lebat dah tiada.

Muka pasrah kena tadah kepala

Banyak yang saya ingin tuliskan disini, tetapi kebanyakkannya bukan lagi berligar dalam topik perkahwinan. Ye saya ada juga terfikir, macam tidak adil pulak kepada pembaca yang datang ke blog ini dengan tujuan untuk mencari idea-idea kahwin, tetapi tiada langsung pula artikel berkaitan.


Tapi logiknya, seperti mana-mana fasa kehidupan kita, setiap kita pasti akan menempuhnya dan kemudiannya berlalu untuk fasa seterusnya. Mana mungkin kita boleh berada di satu fasa yang sama selama-lamanya, berada di takuk yang sama. Begitu juga dengan blog perkahwinan. Setelah hampir 2 tahun menulis tentang idea-idea perkahwinan, tidak salah untuk saya berganjak ke topik selepas majlis perkahwinan itu sendiri. Sungguhnya, kehidupan sebenar tetap menanti kita

Cukup dahulu post untuk kali ini *anti klimaks punye penutup kan? hahah*. Post akan datang, saya berkongsi pengalaman menguruskan anak selepas berpantang. Yang boleh saya katakan disini, dalam kita terlalu sibuk membuat senarai semak keperluan bayi seperti berapa helai bajunya, katil dan tilamnya sudah dibeli atau belum, bagaimana dengan jenama lampin mana yang sesuai -- kita akan terlupa,keperluan paling utama adalah kekuatan mental dan emosi kita dalam menggalas amanah Allah tersebut.

.. mental dan emosi itu bukan boleh dibeli secara dozen di kedai keperluan bayi.

30 Disember 2012

14 comments:

cha on December 30, 2011 at 9:27 AM said...

dari satu fasa ke fasa baru kan. mula2 pasal wedding pastu pasal anak hee. i pn baru2 kawen ni bolehla cite psl wedding lama2 takde dhla hihi :p

safurara on December 30, 2011 at 11:21 AM said...

hmmmm yelah.lama sgt dh menyepi tu.

Reen Tart Nenas on December 30, 2011 at 11:34 AM said...

wan, kan dah kata excited minah nie. tak tido malam nie... hahaha ai peminat die hard fan yuh Xoraaaaaaaaaaa

Xora is Back! Xora is Back! (sila ckp macam Sofi Jikan dlm cite KL Gangster) hahaha

Cik Ain on December 30, 2011 at 11:40 AM said...

salam perkenalan. lama gak tunggu post terbaru. la nie da muncul balik. hehehe. i link u dear.
http://nurulainlatif.blogspot.com

y.o.n.g.n.a.n.a.1.8.8.1. on December 30, 2011 at 1:22 PM said...

Betul tu Xora..dah ada anak ni baru sedar yang mental dan emosi harus kuat. Kalau tak kuat, sia-sia je beli anak baju puluh-puluh helai pun kalau sudahnya mama pakaikan lampin je buat baju..sebab dah stress layan karenah anak.

Mengharap kita semua diberikan mental dan emosi yang strong and stable sepanjang menjadi ibu. Aminn..

Myra on December 30, 2011 at 4:26 PM said...

Xora, mmg tarikh ayat penutup post 2012 kah?

hihi

welcome back!

Nanie on December 30, 2011 at 4:48 PM said...

smoga nanie belajar ape yg ade dlm blog xora. susunan ayat yg sgt menarik.

salam ukhuwah..

Nanie on December 30, 2011 at 4:48 PM said...

smoga nanie belajar ape yg ade dlm blog xora. susunan ayat yg sgt menarik.

salam ukhuwah..

ibuhebat on January 1, 2012 at 4:42 AM said...

Biasalah tu, bila dah dpt anak, fb..blog..henpon sume gambar dan tentang anak :)
salam kenal, jemput ke blog akak http://hebatkan.blogspot.com

wanie on January 2, 2012 at 9:46 AM said...

mmg betul.. xora.. dr 1 fasa ke 1 fasa kehidupan... yg penting kena enjoy.. beside i miss ur blog, ada sahaja cerita yg menarik ...

sweetluvardini on January 3, 2012 at 11:45 AM said...

hai xora,akhirnya xora is back,good..sejutalike bila xora dh wat comeback.sesungguhnya entry xora mmg amat dinantikan;)...sy terfikir kenapa masih belum tiba rezeki sy utk menimang chymata,dan mmg betul kata xora,utk menghadapi fasa yang baru bkn sng dan memerlukan satu kekuatan.

Puan Cik Jan on January 19, 2012 at 1:07 PM said...

salam. hai xora. saya suka sangat baca blog awak nie. banyak info2 menarik tentang b2b. camne nak follow blog awak ek? budak baru belajar nie xtau nak buat camne exchange link ke ape ke..huhu. thanks in advanced.

Reen Tart Nenas on February 1, 2012 at 4:18 PM said...

i need new post! new post!

erranis on February 3, 2012 at 9:38 AM said...

xora, bila nak tulis new post ni..lama dah menyepi

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates