Salam dan hai
Tadi, saya keluarkan baju nikah kami. Ingat nak gosok baju nikah D dan kasi pada dia esok pagi.
Nampak baju nikah, terasa gatal nak cuba baju nikah sendiri.
Reaksi pertama--- serius, macam papan. Takde cutting apa. Saya tahu saya terhilang berat badan. entah macam mana boleh terhilang sedangkan tak usahakan apa-apa pun.
Majlis lagi 29 hari ~~ dan saat orang lain nak turunkan berat badan, saya kena naikkan berat badan. Sekurangnya mungkin 2-3kg.
Sekarang saya tengah makan nasi goreng.
Esok, jangan siapa larang saya makan makanan pengantin.
Kena dapatkan balik badan yang lama ini.

Tension memang tension. Sehingga la tadi ada seorang sahabat tinggalkan mesej "Iza Jgn risau la.. I know u gonna look great n sweet on ur wedding as u always do... insyaALLAH... Amin"
Mood: Mencanak stabil!
1 Oktober 2010
Salam dan hai
Meja beradap sudah diputuskan kena DIY, pasal poket tak cukup gebu untuk upah orang. Sudah merisik sana sini, harga rata-rata dalam RM350 ke atas untuk bunga hidup. Oleh itu, mari kita berpijak dibumi nyata. Saya tak idamkan gubahan yang meriah dan sarat. Tiada kemahiran dan pengalaman, maka tiada la gubahan bak profesional.
Bila tengok blog-blog B2B yang pernah ulas meja beradap DIY kat majlis sendiri dan majlis orang lain, saya rasa, perkara ni boleh direalisasikan. Tak perlu terlalu dasyat, cukup menyuntik seri pada kekosongan meja tu.
Memang payah, tapi tak mustahil.
Kali ni nak kongsi tentang garapan idea untuk DIY Meja beradap kami.
Saya dah tak ingat bila saya beli bekas putih ni. Tapi yang pasti, saya beli di SSF, akhir tahun lepas. Asalnya, ini untuk tempat letak abu rokok. Tengok di kiri kanan bekas ada lekuk, tu untuk letak batang rokok. Tapi saya rasa amat la tak praktikal. Abu rokok boleh terbang kalau permukaan macam ni. Saya memandang daripada sudut berbeza. Saya rasa sesuai ni dijadikan deko segera. Saya beli 6 bekas dan setiap satunya harga RM0.75 sen.

Iye, tak tipu. Memang 75 sen. Saya suka beli barang murah dan rezeki pula, mereka nak habiskan stok. Dah terfikir, selepas majlis, kalau nak dijadikan cenderamata pun boleh, macam kat bawah ni

Sumber: Google images
Rancangnya, bekas putih tu boleh la diletak bunga rampai, beserta sekuntum dua bunga ros.-- Ok tipu aje. Tak rancang nak buat macam mana. Tak apa, nanti idea pasti akan muncul.
Ini pulak, bekas baru beli di Jusco. Jualan untuk hari raya agaknya. Saya suka pasal materialnya kaca. Jadi beli, harga dalam RM7.00+, untuk empat bekas. Ni pun bakal diletak di meja beradap. Disusun elok-elok. Dekonya? Tak apa. Google images kan ada *senyum

Muka Mikail di latar belakang sebagai hiasan yang comel.
Idea asasnya macam ni

Sumber: Google images
Lepas majlis, bekas ni semua boleh diguna untuk jadikan tempat letak garam dan gula.
Yang ini, idea terakhir tapi paling penting. Bekas kaca diletak dihadapan kami. Saya tak pandai nak gubah bunga jadi, idea kami, buat deko yang mudah dan praktikal.

Dalam gambar ni, bekas tu berbalut pula. Bekas dibeli di Ikea. Berkenan pasal kacanya tebal.
Tak apa la. Tunggu hari majlis aje insyaAllah.
Tiada apa yang meletup. Semuanya biasa-biasa sahaja. Sepadan la, kami pun orang biasa-biasa sahaja.
Yang paling penting, semua barang-barang ini, kami boleh pakai semula dirumah kami nanti. Baru la betul-betul praktikal. Sekurangnya, bila tengok semula barang-barang ni, teringat saat indah dimeja beradap~~ ayat takmo kalah!
Kita tengok macam mana ye nanti. Dah maklumkan kat abang saya, dia yang kena deko semua ni. Dia cam kaget ;p hihi pasal tak dapat bayangkan saya nak macam mana. Jadi sekarang dalam proses nak lukiskan visual deko meja beradap untuk dia.
1 Oktober 2010