Post terakhir dalam blog ni, saya ada kongsikan papan tanda arah yang cantik dalam post ini. (ye tahu, hampir sebulan yang lepas. hehe)
Post kali ni, pun saya nak berkongsikan tentang papan tanda arah yang bagi saya amat unik kerana apabila membaca papan tanda arah tu, perkara yang pertama saya ingat adalah pengantin itu sendiri. Redza ni kawan daripada sekolah rendah lagi, memang manusia yang amat sempoi dan kelakar.
Rasanya, ini la kali pertama saya jumpa papan tanda arah yang betul-betul menunjukkan personaliti pengantin itu sendiri. Sepanjang menghadiri majlis perkahwinan, sudah banyak saya jumpa papan tanda arah. Pelbagai warna, pelbagai medium dan pelbagai keunikan.
Cuma ini kali pertama saya jumpa papan tanda arah yang betul-betul melekat dihati saya. Walaupun mungkin bagi tetamu lain, agak sukar menentukan arah rumah pengantin apabila nama pengantin dicetak lebih kecil, tetapi bagi saya, mengenali karektor pengantin ini, memang la papan tanda arah ni sesuai untuk pengantin yang suka bergurau ni.
Saya ingatkan papan tanda arah ni satu sahaja yang ditulis gurauan sebegini tapi rupanya, semua tanda arah ke lokasi majlis, semuanya berbentuk gurauan. Tapi saya cuma sempat jumpa yang satu ini sahaja. Yang ini pulak, di lokasi lain, amik daripada FB redza, malam sebelum majlis. Kawan-kawannya sibuk menolong dia tampal tanda arah.
Oh ya, kali pertama dapat doorgift popcorn macam ni. Untuk Dyzhwar, tapi ummi tolong makan kan.
Rupanya, selain papan tanda arah ini, satu lagi kejutan yang saya kira betul-betul mewakili personaliti kawan saya ini, apabila lagu tema Manchester United dipasang selari dengan kehadiran pengantin. Yang ini saya kurang pasti bagaimana dilaksanakan, samada lagu tersebut dipasang ketika ketibaan atau dipasang ketika pengantin dah masuk ke dalam rumah. TU saya kurang pasti. Tapi mengenali beliau yang sememangnya tidak akan mampu melupakan cinta pertamanya iaitu Manchester United, memang itu adalah diri beliau sendiri.
Rileks je letak jersi MU Sumber: FB Redza |
Sungguh, kalau saya tahu Manchester UNited menjadi tema majlis perkahwinan kawan saya ni, saya takkan pakaikan Dyzhwar dengan baju melayu ni.
Saya akan pakaikan dengan jersi Manchester City yang ini
Pasti butthurt Redza. Hehe.
19 Jun 2012
4 comments:
sweeettttt!!!:)
comel kwn ko. Dyzhwar comei juga berbaju melayuuu, x panas kan nak kan? :p
reen, komen hengkau adalah epic hokeey
kih kih kih.....kelas okay! salam kenal
Post a Comment