30 October, 2012

2 Tahun Setelah Dia Terima NIkahnya

Salam dan hai


Dua tahun sudah berlalu sejak dia terima nikahnya di Masjid UPM pada tarikh yang sama hari ni. 

Tahun lepas saya tidak sempat mengabadikan apa-apa yang menarik di dalam blog ini sempena ulangtahun perkahwinan kami yang pertama. Jadi, untuk ulangtahun kedua ini, saya fikir, saya mahu abadikan lambakan gambar-gambar yang mungkin orang tidak tahu apa yang berlaku disebalik tabir sepanjang perjalanan majlis perkahwinan saya, terutama individu-individu yang secara langsung atau tidak langsung menjadi tulang belakang kepada majlis kami. Pujian dan tumpuan banyak diberikan pada saya, sedangkan mereka telah banyak menolong saya tanpa mengharapkan sebarang balasan.

Jujurnya, majlis kami banyak bergantung kepada adik beradik dan ibu bapa kami, kawan-kawan dan vendors. Mereka ini la yang menjadi tulang belakang majlis kami.

Kata-kata tiada maknanya. Lebih baik dijelaskan melalui gambar. 

*Tulisan bewarna merah adalah link terus ke post yang berkaitan dengan gambar yang dikepilkan ya.


Terima kasih Reen dan Wan yang gigih racik daun pandan untuk dijadikan
bunga rampai

Terima kasih K.Rina yang sempat menolong siapkan goodies
untuk kanak-kanak

Terima kasih kedai alat tulis di Garden yang ada jual lilin wax ni.
Merasa la buat ala-ala zaman dolu-dolu

Terima kasih abg sulung saya yang hampir jadi
stalker mengekori saya ke mana-mana dengan video
camera ni

Terima kasih Nity pengapitku yang berjaya merealisasikan
impian bunga tanganku

Terima kasih A. Rashdi untuk kenangan pre wedding paling best.. dan
sanggup perap album ni hampir setengah tahun atas permintaan saya hehe

Terima kasih K.Nurin yang sedia menerima pendapat saya tentang
mekap saya

Terima kasih Nity yang membanting tulang bersama-sama siapkan
hantaran ni

Terima kasih abang sulung saya yang mengetuai perbincangan
serahan daripada famili saya

Terima kasih ayah yang berikan saya kebebasan
untuk menetapkan wang hantaran sendiri- hehe

Terima kasih K.Ina yang designkan baju ni daripada
mula sampai akhir

Terima kasih Abang kedua saya yang sempat lari
ke Secret Recipe untuk amik kek ni

Terima kasih Laling yang sempat belikan jubah ni di Mekah

Terima kasih Nity pengapitku yang melarang saya daripada keluar kereta
selagi D dan rombongannya belum tiba. Takde la nampak
pengantin perempuan yang tunggu pengantin lelaki hehe


Terima kasih tok kadi yang bersabar dengan kelewatan setengah jam
rombongan pengantin.

Terima kasih Laling, temankan ibu aku

Terima abang-abang saya yang telah adjust kedudukan
saya dibelakang pengantin lelaki. Kalau ikutkan, kedudukan saya
diletakkan dibelakang tabir. 

Terima kasih kepada inai klasik yang simple

Terima kasih ibu yang tidak menangis hehe. Terima kasih
pengapitku Nity yang sediakan tisu sentiasa

Terima kasih Reen yang menjadi teman meroyan idea kawin ni

Terima kasih ibu untuk pulut kuning kewajipan saya hehe

Saya memang tak jemput ramai untuk majlis pernikahan saya. Mereka
yang ada, dekat dihati saya

Terima kasih A.Rashdi of Peveyheck untuk gambar spontan ini

Terima kasih kawan-kawan yang sempat menjadi props

Terima kasih sahabat Jamali yang telah banyak membantu saya dalam
menyediakan skrip majlis dan  mengatur susunan perjalanan majlis

Terima kasih kasut pink yang tidak pernah mengkhianati saya,
sama ada saya gemuk atau kurus, kasutnya masih muat dipakai

Terima kasih Mun yang telah sudi escort pengantin ke dewan dengan kereta
idaman D ni

Terima kasih Mun yang tolong ikatkan riben pada kereta
pasal pengantin sedang sibuk bersiap

Terima kasih encik Pengapit Hafiz siap sebelum pengantin
siap. Hebat.
Terima kasih pada Budin yang tolong pengapit kami
pakai sampin. Sampinnya asyik terlondeh

Terima kasih a.Roy Busana Anggun yang berjaya yakinkan saya pakai tiara
dan telah memberikan kami layanan yang sangat-sangat baik dengan budget
terhad kami

Terima kasih ayah yang berjaya pasangkan scallop seperti yang saya bayangkan

Terima kasih D yang layan kerenah saya nak jubah mandi ni

Terima kasih sahabat Awang yang mengambil gambar
 pertama kami sebelum kami bergerak ke majlis

Terima kasih Yazid dan Asha yang sama-sama ikut
escort pengantin

Terima kasih Nity dan Shima untuk pertolongan korang sebelum, ketika
dan sesudah majlis.

Terima kasih Laling wan yang sudi menjadi doorgift lady dan
memberikan aku gosip yang sampai sekarang jadi topik ko, aku dan Reen

Terima kasih Reen dan Wan yang bersungguh-sungguh hias kek
pengantin saya seperti yang saya nak



Terima kasih kepada semua tuan majlis untuk bunga-bunga telur
ini yang telah kami gunakan semula dimajlis kami
untuk buah tangan tetamu. Pantun tu diubah daripada sumber asal
di DBP 

Terima kasih LH Creative yang telah tersilap cetak kad kami berlebihan
seribu kad, yang akhirnya melahirkan idea untuk dijadikan center piece
meja tetamu

Terima kasih kepada kawan ibu yang sudi memberikan saya
resepi biskut coklat chip beliau untuk majlis
saya.

'Terima kasih' pada mereka yang telah merembat bunga manggar saya
habis hilang kedua-dua rumpun 

Terima kasih ayah yang luluskan permohonan nak tempat
letak telur tembaga ni untuk meja beradap. Siap beli lebih 2 biji
untuk kenangan pengantin sendiri hehe

Terima kasih kepada Pameran Kraftangan yang jual tempat broder
suis yang kemudiannya saya jadikan frame untuk buku tetamu
saya

Terima kasih echa yang melukis kartun comel dalam buku tetamu.
Sangat comel

Terima kasih Nuri kerana tampil berbeza untuk buku tetamu aku.
Mana nak cari orang letak gambar ic camni lagi sekarang? hahah
Terima kasih kepada Kumpulan Gamelan yang telah melengkapkan
mood majlis kami


Terima kasih pada ketiga-tiga kereta escort kami
semuanya bewarna hitam. Nampak seragam, suka sangat~~!

Terima kasih kepada kawan adik ipar yang sudi bawakan bunga
pahar mengiringi kami walaupun tiada satu pun
gambarnya yang nampak muka kerana dia sengaja
tutupkan muka dia dengan bunga pahar, dia pemalu orangnya

Terima kasih Nity kerana berjaya menghindarkan adengan
pengantin tersungkur di pentas kerana
kain tersangkut pada kasut

Terima kasih A.Rashdi Peveryheck untuk pose American Pie ini

Terima kasih kepada famili kerana memahami yang kami tidak mahu
merenjis-renjis dipilis.


'Terima kasih' pada D yang terlupa nak kasi
saya mic untuk saya berucap. Kempunan
sampai sekarang nak berucap. Cis

Terima kasih abang kedua saya untuk plat ni. Suka sangat-sangat.

Terima kasih kepada semua tetamu, blogger mahupun silent readers
yang sudi datang ke majlis saya, walaupun saya mengalami
masalah nak cam dalam tempoh waktu yang singkat

Terima kasih Abang sulung saya yang memastikan lagu
Barakallah dipasang ketika saya memotong kek

Terima kasih Awang untuk snap terakhir ini selepas majlis bersurai 

Terima kasih Nity yang banyak tolong saya menghias meja beradap.
Bunga meja potong kek tu kami kitar semula bunga yang digunakan
untuk hantaran kepada D. Hehe. Jimat dan masih cantik

Terima kasih abang kedua saya yang berulang alik ke Floristika
sampai dua kali kerana bunga tidak mencukupi

Dan paling penting, gambar ini

Blogger batch 2010-2011. Sorang-sorang dah hilang ni.. Rindu zaman
B2B yang saling sokong menyokong dan bantu-membantu.
Terima kasih sudi datang ke majlis kami!



Kalau ikutkan hati, mahu beratus-ratus lagi gambar akan saya masukkan. Tapi cukup lah buat masa ini. Kalau ada, saya akan buat versi baru lagi ok?

Terima kasih untuk mantan B2B dan B2B (mahupun bakal B2B) yang masih sudi menjenguk blog Dia Terima Nikahnya ini



Setelah 2 tahun bersama


30 Oktober 2012

21 comments:

  1. ok,..rasa nak nangis bacer ,.... :'(

    Xora, selamat ulangtahun!!!!
    Tetiba rasa nak wat blog gak :P

    ReplyDelete
  2. dalam masa dua tahun kan? bestnya. moga bahagia hingga ke akhir waktu :)

    ReplyDelete
  3. dah lamakan tak menulis? how how? hehehe...by pun sibuk dengan anak dah..diy semua kelaut hahaha. now buka business online. sudi2 lah jenguk. fb/byhijabstyle :D.

    ReplyDelete
  4. tahniah la yer awaknyer. hahaha rasa nak lempang + cubit pipi boboi bleh??? hahahaha

    ko agak2 aku nnti buat entri cam nie ada org nak komen? hehehe

    ReplyDelete
  5. :)

    Smoga bahagia hingga akhir hyt..

    thanks kerana byk tips dan perkongsian yg telah di share kan tanpa rasa prejudis dgn b2b..

    ReplyDelete
  6. aku panik: alamaaakk kad kawen gile glemer nk tampal lupe bawak pulak!!

    lalu aku bukak purse: ahah! ada gambo ic!~

    selamat ulangtahun jorah!

    ReplyDelete
  7. Selamat ulang tahun dan salam kenal dari saya..

    ReplyDelete
  8. touching nye... selamat pengantin baru :) untuk tahun kedua :P

    ReplyDelete
  9. Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Xora...wedding xora dulu memang jadi inspiration utk ramaaaaaaaiiii b2b. Memang best.

    Skrg dah bahagia bersama anak dan suami. Moga sampai ke syurga..

    Errr saya sampai skrg masih tak reti nak pronouce nama anak xora. Acaner nyebutnya? Huhu

    ReplyDelete
  10. happy 2nd anniversary xora! tak sangka 2 tahun lepas kite berjumpa..
    masing2 da ade anak skg..cepatnye masa berlalu kan..

    psst: kina pun tersangkut kain tp bukan pada kasut tp pada tangga..hehe..

    ReplyDelete
  11. dear all: terima kasih utk semua ucapan ulangtahun.. cepat kan masa berlalu. 2 tahun pejam celik pejam celik aje. dulu sampai menghitung hari nak kawen :P


    nama anak saya, walaupun ejaannya Dyzhwar, tapi bunyinya Dizwar aje. hehe.

    ReplyDelete
  12. Best & touching entry nie..mesti orang2 kuat majlis kenduri hari tu sgt terharu bce entry nie..anyway happy 2nd anniversary..doakan majlis sy pon akan berjalan lancar juge =)

    ReplyDelete
  13. ayat tak tahan~

    'dan paling penting, gambar ini... ting!! B2B blogger 2010-2011!!

    padanla rasa macam 'kena seru' nak tengok blog xora. hehe... happy anniversary dear... moga berbahagia hingga ke syurga... insyaallah...

    mood= miss korg... huhu...

    ReplyDelete
  14. rindu ber-email2 dgn xora disaat ku membuat persiapan !heehe

    ReplyDelete
  15. Oppsss.. saya pun mcm an.. terasa mcm diseru.. hahaha

    huhuhu.. saya terharu bl xora tunjukkan gambar bloggers yang dtg kenduri..terselit saya dlm entry xora sekejap.. hikhik..seriously rindu zaman sibuk prepare kenduri dolu2..yup.. mereka sgt supportive.. & sekali jumpa mcm dh kenal lama jer.. hahaha.. itu yg paling best..

    congratulations xora & husband for the wonderful wedding & wonderful years together.. semoga berbahagia hingga ke Jannah.. :)

    ReplyDelete
  16. so sweet u buat post ni..terharu plak baca..anyway let's exchange link kalau sudi yaaa..

    ReplyDelete
  17. selamat ulangtahun...meriah nampkan majlis nye

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)