30 April, 2010

Set Pre-Wedding


Salam dan hai.

Pre-Wedding bertema piknik di taman?

Mungkin gambar kat bawah ni boleh bagi idea untuk lari sikit daripada set tipikal tema ni.


Sumber:
Wildflowerphotos

Boleh pinjam bingkai gambar konvo kat rumah, keluarkan gambar dan tinggalkan sahaja rangka bingkai. Kemudian, ikat di dahan-dahan gagah tu.

Selesai! Gambar boleh guna untuk buat kad kahwin.



30 April 2010

Persiapan Merangkak-rangkak


Salam dan hai.

Terima kasih buat Yana yana,
Aziz Nasir dan Sara yang menggenapkan 212 pembaca tegar.. Terima kasih!

Hari ni hari Jumaat, esok dah cuti yeay! Post kali ni, saya nak tulis sedikit kemas kini tentang perkembangan majlis saya.

Petang ni InsyaAllah D balik daripada Perak. Selesai sudah 2 minggu induksi dia. Jumpa D hari Sabtu nanti. Kami ada 2 jemputan, satu kawan D di Kajang, satu lagi jemputan daripada Mazni. InsyaAllah, kalau takde halangan, sampai la kami ke majlis.

Hari Isnin nanti saya cuti, semata-mata D cuti. Dah lama tak amik cuti. Ingat boleh la lepak-lepak, sambil update hal kahwin dan tengok cite Iron 2. (Sebenarnya, nak kena gi JPJ pasal hari tu dapat surat amaran pasal terkantoi masa road block, tinted kete melebihi 37% haha)

Tapi, saya masih boleh update dengan bangganya kepada Yayang saya perkara yang sudah berjalan, antaranya:-

1. Baju pengapit
Nity dah hantar baju kat Cik Sal. Dia dah ada kain baju warna peach rupanya. Saya hal ni tak berapa kisah asal pengapit selesa dengan penampilan, takde hal bagi saya. Hafiz punye baju dah siap berbulan-bulan dah.

2. Mekap pengapit
Sudah maklumkan kepada MUA untuk mekapkan Nity masa majlis bersanding. Bayaran dibayar pada hari majlis.

3. OP
Hari tu, cuma bayar RM500 aje untuk book tarikh. Terlupa ikut dalam T&C, kena bayar 50%. Jadi, bakinya sudah dibayar awal minggu ni.

4. Gamelan
Sudah bayar deposit RM100 untuk Gamelan

5. Senarai tetamu
Akhirnya, sudah siap. Betul-betul sebelum D balik. psst. Ada reserve untuk kawan-kawan blogger yang lain. Nanti dah dekat dengan majlis, saya update ya?


Lepas dah key-in semua bayaran pakai file budget saya tu, tambah tolak, kali bahagi, sudah 47% daripada belanja keseluruhan majlis sudah dibayar.

Saya rasa Ahad dan Isnin nanti, nak duduk dengan D dan bincang tentang tentatif majlis kami.. Iye la, majlis serentak perlukan kerjasama daripada kedua-dua pihak.

Tapi bila saya dah senaraikan, baru perasan banyak lagi yang belum diputuskan. Hal-hal besar semuanya sudah gerak dan InsyaAllah dipermudahkanNya. Cuma hal-hal kecil ni yang bikin kalut.

Tak apa, diri kena yakin. Boleh ni uruskan.

Ada lagi 5 bulan. Abang saya kawin hari tu, 3 bulan aja merancang. InsyaAllah boleh, berfikir secara positif dan tenang, mesti nampak jalan keluar.

Oh ya, nak kongsi sesuatu. Buat kehadiran si cilik yang mengiringi B2B, ni ada gambar bakul bunga yang saya rasa, betul-betul mendukung maksud bakul bunga pada tahap lebih ekstrim.


Sumber: Google images

Kalau dah habis bunga, boleh baling dengan bakul-bakul ni sekali!


30 April 2010


29 April, 2010

Merah Jambu, Jambu di Hatiku


Salam dan hai

Merah jambu bukan lah warna kegemaran saya.

Tapi kali ni, saya memang akui, cukup cantik majlis perkahwinan bertemakan merah jambu kat dalam gambar di bawah ni. Cukup-cukup cantik pada mata saya.





















Untuk lebih gambar, boleh klik:
From Inspiration to Reality- 1



Tengok sahaja teknik warna pink tu diterapkan dalam majlis, cukup kemas! Pelbagai tona warna pink yang berbeza, tetapi masih ada penegasan warna.

Kat bawah ni, gambar yang paling saya suka pasal dekorasi yang cantik!





Nak tengok video pun ada.




Erm.. Erm.. Rasa cam tergugat aje dah ni. Rasa macam nak warna merah jambu pula untuk nikah :D samping D pun memang ada warna merah jambu. Cuma perlu buat keputusan untuk warna kasut dan warna bunga tangan sahaja untuk naikkan warna tema.

Oh, perasan tak kasut pengapit yang pakai baju warna pastel pink tu, kasut dia shocking pink! Saya nak itu!!

Mungkin baju nikah saya yang banyak mutiara tu,lebih sesuai dengan warna pink?

Ok Ok. Tarik nafas. Tunggu D balik, baru bincang.

Ryna mesti suka post ni pasal dia suka warna pink.


29 April 2010

28 April, 2010

Video Pre Wedding: Musim Pertama

Salam dan hai

Terima kasih kepada pembaca tegar
Zla, Purple Lady, Asma' Comey , Missmieza dan Adawiyah yang kehadiran kawan-kawan pembaca tegar menggenapkan jumlah 209 pembaca tegar. Terima kasih ya!

Post hari ini adalah post malas+tak sempat mengarang topik.

Jadi saya letak dulu video Pre wedding: Musim pertama di sini. Buat cincai aje, asal ada sesuatu untuk dikongsi. Sambungannya, tunggu bulan September nanti ye InsyaAllah.

Tapi maaf ya, pasal pixel gambar pecah sikit, saya kena kecikkan kualiti video, baru muat masuk kat sini :(


Sumber gambar: Peveyheck.com


Pre-wedding kami:
Episod Satu
Episod Dua
Episod Ketiga

Oh ya, saya harap B2B ada baca post berkenaan sanggul tinggi oleh "Me the Bride Zaila". Bagus untuk bahan bacaan kita semua.




28 April 2010

Cyberview Lodge Resort & Spa


Salam dan hai

Semalam dapat (bukan dapat, tapi bayar :P) voucher ni daripada kawan opis.


Hapa ada cicak kat sini???!!! tapi cam gitu la rupa booklet Spa tu.

Takpe, kita bagi peluang. Lagipun saya dah dengar macam-macam cerita best pasal spa ni. Yang bekerja di Cyberjaya atau pernah pergi training di Cyberview Lodge Resort & Spa, mesti tau tempat ni memang sangat cantik (kecuali banyak nyamuk kat luar petang-petang :P Nak buat macam mana. Kata nak bagi suasana "5 Star Tropical Boutique Resort" Memang banyak la nyamuk!) Bahagian paling jauh saya pernah pergi di Cyberview Lodge R&S ni, kat lobi resort sahaja, itu pun pasal bertugas untuk daftar masuk penceramah. Orang putih pakai kebaya memang cantik!

Ni la gift certificate yang saya dapat. Dapat sesi "Give me a Break Package" yang merangkumi urutan, scrub dan mandi. Sah laku sampai Oktober nanti.


Kalau ikut harga pakej asal, dalam RM260++, tapi lepas dapat certificate tu, merasa la buat dalam ratus-ratus. 2 jam? Sama cam balik Muar dengan kelajuan 140km/j.


Simpan dulu gift certificate ni.

Nanti, baru boleh fikir. Sebenarnya, ikut dalam belanjawan, aktiviti memanjakan diri tak termasuk. Tapi ibu saya beria minta saya buat. Jadi buat aje la. Harap-harap duit Nuffnang dapat tampung sikit-sikit. hihi.



28 May 2010

27 April, 2010

Tamat Pre Wedding: Musim Pertama

Salam dan hai

Tutup buku dulu pasal pre-wedding kami, kasi tak?



Gambar Musim Pertama: Zaman Sekolah dah diupload oleh A.Rashdi tapi tak larat nak muat turun semua gambar dalam blog. Banyak pula kerja nak tarik gambar tu ke atas ikut susunan. Kenapa Blogspot macam ni sudah?!

Ingat nanti, dah amik CD pre wedding kami, terus susun semua dalam bentuk video Save-the-Date, sekali harung dengan gambar zaman Universiti dan zaman Kerja, jadikan movie tapi bergambar, tanpa suara, tanpa dialog. Harap-harap, korang faham la jalan ceritanya nanti.


InsyaAllah, dalam bulan September nanti, saya masukkan video tu dalam blog ni ya kawan-kawan?




Sekian dahulu daripada saya.



27 April 2010



Langkah untuk Mengerakkan Si Dia


Salam dan hai

Terima kasih Hamizah, yang hadir di blog sebagai pembaca ke 204! Terima kasih :D Blog ni sudah 10 bulan lebih. Kalau ikut norma, agaknya dah beranak 1 rasanya :P Terima kasih ye semua.

Topik pagi ini: Berapa ramai antara kita hadapi tekanan untuk menggerakkan pengantin lelaki untuk uruskan majlis perkahwinan? Tak kisah la dari segi urusan bila nak masuk minang, nak buat keputusan pemilihan butik, atau nak putuskan bila nak pergi uruskan borang kahwin?

Siapa ada masalah, sila angkat tangan!

Saya terpanggil nak buat topik ini pasal minggu lepas, mak saya bercerita al kisah anak kawan dia.

Ciri-ciri beliau
Lelaki.
Muda setahun daripada saya.
Kawan saya daripada kecil.
Semua adik beradik lelaki.
Bakal berkahwin bulan tujuh ini.

Mak dia sudah pening. Pasal anaknya tak gerak-gerak nak uruskan borang perkahwinan, apa tah lagi nak amik tahu persiapan majlis. Nak minta uruskan aturacara majlis dan segala apa keperluan majlis, lagi la mustahil anak tu nak buat. Jadi akhirnya, mak dia minta saya tolong uruskan aturcara majlis.

Berbalik pada topik utama ni, agak-agaknya kenapa la lelaki suka lepas tangan bab-bab majlis ni??

Bagaikan satu persoalan dunia juga rupanya. Menjadi tanda tanya kita semua; kenapa pihak lelaki susah sangat nak digerakkan dalam hal perihal majlis kahwin ni? Mungkin kah disebabkan?
1. Ada perkara lebih penting perlu diuruskan-- satu lafaz sah masa salam tok kadi
2. Ibu/ kakak/ adik/ tunang boleh uruskan hal majlis
3. Sibuk nak uruskan kehidupan selepas kahwin
4. Tak faham apa sebenarnya orang perempuan ni nak?
5. Malas nak pening kepala layan kerenah. Jadi baik tak yah bangkang dan bagi aje cik tunang uruskan.



Saya selalu juga berkongsi cerita dengan kawan-kawan rapat, kisah tunang masing-masing yang susah sangat nak digerakkan buat keputusan. Kalau boleh, mereka tak mahu survey jauh-jauh, hanya mahu duduk dan terus buat keputusan. Tapi ada pula keadaan, mereka pula beria-ria dan jadi sangat menjengkelkan.

Memetik: It's bad when you have bridezilla, but when bride and groomzilla unite, be afraid....be very very afraid.

Saya pun hadapi masalah yang sama dalam peringkat awal persiapan saya. Majlis kami InsyaAllah adalah majlis serentak. Jadi cuma satu majlis, satu persalinan sanding, satu acara bersanding. Pendek kata, memang 1Majlis. Jadi tiada kuasa veto boleh digunakan pasal semuanya berbalik kepada persetujuan bersama.

Pada mulanya, saya anggap D memang tak mahu amik tau, tak mahu amik berat, tak berminat nak tolong --dan segala jenis negatif TAK MAHU. Saya bersungguh-sungguh bercerita, dia cuma angguk-angguk sahaja.

Tapi lepas sudah 6 bulan persiapan, saya sedari satu perkara. D bukan tak berminat nak tolong saya, jauh sekali malas nak amik tahu. Tapi rupanya, saya telah bebankan D dengan terlalu banyak maklumat dan info. Setiap hari adalah 10 idea yang berbeza.

Kalau sudah seminggu, sudah ada 70 idea baru!

D pendengar yang sangat bagus. Mungkin pasal tu juga dia memang jarang bercakap dan lebih suka mendengar. Jadi logiknya, sedangkan komputer pun ada had memori, apa tah lagi manusia kan?

Jadi, D biarkan saja saya buat perangai, saya google dan cari semuanya. Dia cuma tunggu diam-diam, tunggu saya sedar diri. Akhirnya, saya sendiri rasa letih dan kembali fokus untuk beberapa pendapat baru, berbanding saya humban kesemua idea pada dia tanpa saya hadam dahulu.

Kalau dulu, saya yang tetapkan tarikh bila nak jumpa vendor, bila nak itu, bila nak ini, akhirnya kini saya dan D dapat buat keputusan bersama-sama. Kadang-kadang, D yang ingatkan saya untuk buat sekian-sekian.

Saya perasan satu perkara tentang D; D lebih selesa bekerja atau buat satu tugasan itu berdasarkan jadual yang ditetapkan. Jadi dari situ la saya cipta
Senarai Semak saya. Mungkin kalau saya cakap sahaja, D tak dapat bayangkan, tapi lepas ada senarai semak ni, dia boleh dapat gambaran lebih jelas tentang aktiviti dan bulan tamat, malah dia dapat bagi komen dan pendapat. Mungkin dia rasa merancang majlis kami sudah macam menyediakan drawing kat pejabat dia kot, ada tarikh date line. hihi.

Pada pendapat saya, setiap bakal pengantin lelaki, ada cara nak pujuk mereka untuk bergerak! Cuma terpulang pada kita nak cari titik permulaannya bagaimana.

Walaupun biasanya pengantin perempuan adalah tumpuan majlis, tetapi kita jangan lupa istilah "There is no I in We".








Macam mana pengalaman korang nak gerakkan pasangan untuk uruskan hal kahwin ni? Jom kongsi?! Boleh dapat manfaat sama-sama.



27 April 2010






26 April, 2010

Pakai Spek pun Masih Cantik


Salam dan hai

Hai B2B semua. Macam mana weekend korang? Ada produktif dengan aktiviti pencarian? Saya cuma sempat ke Floristika di Bangsar. Tapi tak dapat amik gambar pasal sudah terang lagi bersuluh, ada gambar kamera dipangkah kat cermin kedai :P Jadi tak boleh amik gambar. Memang wangi la kedai tu. Tapi malangnya, tiada aura keterujaan menyelubungi saya. Mungkin pasal pergi dengan Nity dan bukan dengan D. Tapi sudah dapat idea untuk bunga tangan nikah, terima kasih Nity. Semestinya, bunga tangan saya adalah kombinasi warna sampin D dan takmo warna putih, nanti sia-sia aje pegang bunga tapi bunga tak menonjol dalam gambar.

OK, berhenti pasal bunga.

Saya nak tulis post seperti mana pada tajuk di atas.

Saya ada terima emel dari cik bakal bertunang. Dia tanya pendapat saya tentang nak pakai CL (Contact Lense) untuk hari bertunang dia atau tak. Dia pemakai spek yang tegar dan tak pernah pakai CL, tak kisah masa majlis makan malam atau kenduri.

Saya kongsi di sini, pasal mungkin ada kawan-kawan diluar sana yang masih berkira-kira nak pakai CL atau tidak.

Jawapan saya mudah dan statik: Pakai apa yang kita rasa selesa.

Itu paling asas. Saya faham, kita semua nak kelihatan cantik dan berbeza untuk hari majlis, baru la ada aura. Tapi, semuanya berbalik semula sama ada kita selesa atau tidak dengan penampilan kita pada hari itu. Dah pasti kita tetap mahu kekalkan identiti dan keselesaan kita. Kalau kita tak selesa, semuanya akan amat ketara daripada bahasa gerak geri (body language) kita dan seterusnya, diabadikan dalam gambar. Mesti kita tak mahu kan?

Jadi, berbalik pada soalan kawan muda kita tadi, jawapan saya, kalau benar dia nak cuba CL, jangan buat percubaan pertama pakai pada hari bertunang nanti. Kalau boleh, biasakan diri dengan pemakaian CL 2-3 bulan sebelum majlis. Supaya diri lebih selesa dan biasa dengan rutin pembersihan CL yang cerewet.

Untuk hari majlis, pakai la CL yang pakai buang untuk kegunaan 1 hari. Lebih selesa dan lebih kurang rumit untuk menjaga.

Ok, saya bukan ahli oftalmologi tapi dari sudut pengguna kedua-duanya, itu la nasihat saya.

Tapi, dari gaya emel kawan baru ni, saya rasa dia seperti kurang berminat untuk pakai CL dan hanya mahu kekalkan imej cermin mata dia. Mungkin juga dia takut nak pakai. Tapi apa-apa pun, saya rasa, kalau pun dia kekal memakai cermin mata pada hari bertunang dia, tiada apa masalah.

Dari cara dia bercerita melalui emelnya, dia ni saya kira seorang yang sederhana. Rancangan majlis tunang dia pun memang serba ringkas. Jadi saya rasa, tanpa kehadiran juru mekap profesional sekalipun, saya rasa dia boleh hias dirinya sendiri.

Boleh tengok di YouTube, cara bersolek untuk pemakai cermin mata. Ada banyak YouTuber yang kongsi cara-caranya. Tapi kat bawah ni antara tutorial yang saya rasa terbaik:





Sebelum mengakhiri post ni, saya nak kongsi gambar majlis pernikahan Dzurina Dzulkhaini (Wondermilk owner) dan Khairil Akhbar. Dzurina pakai cermin mata dan takda yang kurang pasal penampilan dia hari tu. Masih cantik dengan aura pengantin dan semua tahu dia la Ratu Sehari majlis.








Sumber:
Fadmanaf

Nota: Walau sekarang tudung sudah bermacam-macam fashion, saya tetap kekal dengan tudung bawal biasa sahaja. Tengok, Datin Norjuma tetap cantik tanpa tudung-tudung berfashion tu pun! (Budget diri cam Datin Norjuma :P)



26 April 2010

23 April, 2010

Menjemput Seorang Mantan Kekasih


Salam dan hai

Pembuka post kali ni nak alukan kedatangan dua orang pembaca tegar diam-diam dan seorang pembaca tegar Nikuze yang lagi sebulan lebih sahaja akan mendirikan rumah tangga :) Terima kasih ye kawan-kawan.

Soalan pagi ini: Perlu tak nak jemput mantan kekasih pada majlis perkahwinan kita??


Sumber: Google images


Rasanya jawapannya bergantung kepada faktor berikut:-

1. Macam mana korang break-up? Secara aman, terpaksa tanpa rela atau berperang besar.
2. Penerimaan encik bakal suami? Adakah dia cemburu gila atau dia menerima dengan hati terbuka.
3. Keperluan majlis? Perlu ke nak jemput, adakah dia memang kawan dari kecil, ada hubungan kekeluargaan, atau sekadar jemputan secara rawak?
4. ________ (sila isikan tempat kosong ikut keadaan individu)

Kawan saya pernah tanya saya soalan macam ni.

Kawan: Rasa-rasanya perlu tak jemput ex aku masa aku kawin nanti?
X: Entah, kenapa nak jemput dia?
Kawan: Entah, saje nak tunjuk suami aku lagi kacak dari dia kot. haha. Takde la, tiba-tiba terfikir, nak jemput ke tak? If ko, ko jemput tak ex ko?
X: Aku tak pernah ada ex.
Kawan: Untungnya ko, takde ex. Tak yah pening-pening.

OK, saya memang takde ex jadi mesti la saya tak reti jawab. Jadi mungkin saya tak tau kot perasaan berbelah bagi yang mungkin ada dihadapi B2B dalam bab-bab nak jemput mantan kekasih ni.

Tapi pada mereka yang sudah berkahwin, macam mana ye korang putuskan sama ada jemput atau tak jemput mantan kekasih korang? Pada yang pernah jemput, macam mana korang mengendalikan suasana?

Erm, terfikir juga nak jemput individu-individu tertentu dalam hidup D dulu. uhuk uhukkkkk.. Kena jemput. Yang sorang tu, masa dia kahwin dia jemput kita kan D? Kita siap amik gambar lagi. Jadi kita jemput dia ye sayang?


23 April 2010

22 April, 2010

Semuanya Dua dalam Satu


Salam dan hai

Saya suka apa-apa yang dua dalam satu.

Macam gambar-gambar kat bawah ni.

Pakai huruf pangkal pasangan, jadikan props pre wedding. Props yang sama boleh guna untuk deko majlis. Gambar yang sama boleh guna untuk kad kahwin.


Payung kat bawah ni, pun boleh guna untuk props, kemudian boleh pakai untuk perarakan pengantin.


Dem..!!! banyaknya buih-buih sabun tu!!! pakai mesin apa ni ye?! Cantik, banyak dan sekata bentuknya!

Sumber semua gambar diatas:
greenweddingshoes.com

21 April, 2010

Penaja Saya

Salam dan hai

OK. Saya akui. Saya ada ego yang agak besar untuk menerima sebarang tajaan daripada mana-mana pihak. Baik saudara mara, kawan-kawan atau D sendiri.

Mungkin pasal saya couple lambat, jadi saya sudah terbiasa kot usahakan semua benda sendiri. Bukan maksudnya orang yang couple awal ni, sudah terbiasa dimanjakan dan dibelai dengan penajaan pasangan masing-masing. Bukan itu. Jangan salah faham.

Cuma untuk keadaan diri saya, saya merasakan mungkin antara salah satu sebab saya terbiasa dengan prinsip, "nak apa-apa kena usahakan sendiri."

Sama juga macam saya nak beli pencuci muka masa umur saya 13 tahun. Ayah tak bagi pasal dia kata saya kecil lagi. Ibu pun tak bagi pasal dia takut tak sesuai. Jadi saya simpan duit elaun saya sampai cukup, kemudian beli sendiri. Ala, bukannya mahal pun Clean & Clear tu. Cuma untuk budak sekolah menengah daripada latar belakang keluarga sederhana, bagi saya itu sudah cukup mahal la kan.

Ok, maaf, terkeluar topik pula.

Berbalik semula kepada topik "Penajaan".

Walaupun saya ada ego sendiri (ego konon nak buktikan diri mampu laksanakan dan realisasikan impian dengan menggunakan duit sendiri), tapi untuk majlis saya, saya kena berpijak di bumi yang nyata juga.

Tak boleh menolak rezeki. Tak boleh menolak tuah. Realitinya, saya sendiri mana mungkin ada duit yang mampu menjamu tetamu yang ramai. Kerja pun belum cukup 3 tahun, duit pinjaman pergi buat joli dulu (ye, nanti aku ada anak, make sure dia tak joli duit!!), kerja hanya dari 8 pagi ke 5 petang, jadi mana mungkin saya ada duit puluhan ribu.

Majlis kita nanti, walaupun memang kita yang diraikan, tetapi banyak pihak yang terlibat secara langsung dan tak langsung dalam majlis ni. Saya mahu gembira pada hari majlis saya dan saya tidak mahu ada hati terluka dek tindakan saya. (masa post ni ditulis, saya belum bertukar menjadi bridezilla lagi ye.. )

Jadi saya nak berterima kasih kepada pihak-pihak penaja (definasi poyo sebenarnya, bukan??) yang sanggup menyatakan kesudian menaja majlis saya :P

1. Ibu ayah kedua-dua pihak- menaja dari segi semua keperluan majlis kenduri, daripada segi kos dewan, makanan, buah tangan, pasukan kompang dan bunga pahar.

2. Nity- Sponsor kek hantaran untuk D. (Nanti kita cari macaroon ye?? Nyums!!. Yahoo Answer tak dapat memberi gambaran rasa macaroon macam mana la pompuan!)

3.
Reen-. Aku dah bagitau mak aku, sediakan ruang untuk tart nenas ko yang amat nyyummy itu!!

4. Kawan-kawan ibu yang mahu sponsor juadah tambahan.

Hiish jangan la ingat saya ni fofular dan berjaya dapatkan tajaan yang banyak. Cukup la empat pihak ni pun, saya rasa sudah menyusahkan mereka sahaja. Tebal kulit muka nak terima. Tapi dah orang niat nak memberi, kita mesti menerima.

Saya berterima kasih sangat pada ibuayah. Mereka tak menerima tajaan membabi buta, tetap rujuk kepada saya dulu. Prinsip mereka "Ni majlis korang". Ibuayah juga tak mahu terlalu banyak campur tangan saudara mara. Mungkin mereka tau perangai saya yang cepat melenting kalau tak kena dengan cara :P

Apa-apa pun, saya cuma nak bagi gambaran sebenar kepada B2B yang pernah emel kepada saya, bertanyakan budget kahwin saya. Perlu dijelaskan, majlis saya dan D ni bukan lah 100% duit kami.

Ibu ayah perlu meneruskan tradisi keluarga kami dari turun temurun, kenduri kendara makan minum ibuayah lah yang tanggung. Tradisi daripada datuk nenek ibu lagi, kepada abang-abang saya, sekarang ini, giliran saya pula.

Kos saya hanya berlegar-legar daripada aspek persiapan pengantin. Jika itu yang B2B tanya, saya boleh menjawab. Tapi daripada aspek kenduri, memang 100 peratus penglibatan ibuayah kedua-dua pihak.

Jadi saya harap, tiada lagi yang kagum bagaimana saya uruskan perbelanjaan majlis saya. Saya rasa lebih kagum, ada bakal pengantin yang mampu uruskan semua aspek perbelanjaan majlis, termasuk kenduri kendara.

Tapi ingat, setiap antara kita rezeki adalah berbeza-beza. Jangan sekali-kali samakan atau bandingkan rezeki kita dengan rezeki orang lain. Ada banyak perkara dalam kehidupan ini, bukanlah untuk dilawan-lawan, tetapi untuk dihargai dan disyukuri.

Usah la kagum melihat majlis orang yang serba serbi mewah, tapi kamu merungut, hanya mampu serba sederhana. Mungkin rezeki mereka mendapatkan majlis sebegitu, tapi mungkin rezeki kamu, kamu akan bunting pelamin atau kamu tidak lagi tinggal berjauhan dengan suami.

Rezeki bukan hanya pada material sahaja, sayang.




21 April 2010


20 April, 2010

DIY Magnet Pelbagai Tujuan


Salam dan hai

Terima kasih kepada Norzariza Rizwan yang menggenapkan bilangan pembaca tegar yang ke 200! Terima kasih juga kepada semua kawan-kawan pembaca tegar dan mereka yang lebih selesa menjadi pemerhati senyap, yang sudi bersama-sama saya dalam perjalanan ke tarikh 31.10.10 saya InsyaAllah :) Sudah lama saya tak mulakan post saya dengan mengalu-alukan kedatangan pembaca semua. Huu, teruk kan!? Sedangkan itu merupakan tradisi blog saya dari awal masa. Baik, saya nak mulakan semula tradisi mengalu-alukan pembaca tegar yang baharu.

OK, Topik pagi ni. Baru-baru ni, masa saya berborak dengan kawan opis, dia tanya saya "Bila majlis?". Saya macam segan nak war-warkan pasal masih awal, walaupun memang sudah ditetapkan.

Dia pesan kat saya "Nanti buat e-kad Save the Date ok. Senang nak reserve tarikh awal-awal."

Saya terfikir, perlu ke? Rasanya dalam budaya kita orang Melayu, memang takde istilah "Save The Date".

Tapi saya rasa, pendapat dia tu ada betulnya. Dapat tau tarikh cepat, senang la tetamu nak buat perancangan. Namun, kita hanya manusia biasa, tetap ada had kawalan kita terhadap sesuatu perkara. Walau macammana bersungguh pun kita nak hadiri majlis orang tu, kalau tiba-tiba ada perkara lain yang menyebabkan kita tak dapat hadiri, tak dapat buat apa juga.

Apa-apa pun, saya tetap rasa, macam suatu yang personal juga kalau kita usahakan. Kalau nak sesuatu yang lebih tradisional atau lebih ada personal touch, mungkin idea DIY Magnet Save the Date ni agak cool juga, tapi dalam budaya majlis orang Melayu, mahu pengsan nak buat dekat 500?? (mewakili 1000 tetamu--anggaran secara kasar)

Sumber: Projectwedding.com



Jadi pendapat saya, mungkin lebih praktikal kalau tukar magnet ni jadi hadiah untuk pengapit atau bridemaids, daripada buat Save the Date. Tulis nama mereka siap-siap dan ucapan khas daripada mempelai atas jasa mereka pada hari majlis. Pasal magnet macam ni, paling tidak pun orang akan letak di peti ais atau CPU komputer. Peratusan untuk dibuang memang rendah.

Nity, ko nak tak? Aku buat besar supaya boleh letak kat tengah-tengah board yang kita beli kat IKEA hari tu?? hihih.

Untuk Cara nak buat magnet ni boleh
klik di sini

Berbalik pada perbualan dengan kawan tu, terus menyebabkan saya sudah ada idea untuk buat video sendiri untuk Save the Date kami. Buat pengganti e-kad. Kemudian letak dalam Facebook untuk Invitation. Video tu akan gunakan gambar-gambar pre wedding kami. Jadikan jalan cerita. Lagu latar belakang pun tetiba sudah saya pilih. Kena lagu yang catchy dan comel. Macam e-invitation paling cool saya pernah tengok dulu tu.

Dulu, D dah bagi pendapat, dia rasa tak perlu pakai slide show untuk majlis kami pasal dewan kami masuk cahaya matahari jadi gambar kat slide show akan jadi tak terang. Ni nak gamelan lagi. Takut terlalu banyak perkara berlaku dalam satu masa dan tetamu tak tau nak fokus kat mana. Jadi buat masa sekarang, kami memang tak mahu slide show. Satu-satunya cara kami nak kongsi gambar pre-wedding kami, adalah dengan buat video Save the Date.

Banyak lak idea datang sekarang ni. Tapi kena tunggu D balik daripada Perak akhir bulan ni, baru boleh bincang.

Oh ya, buat kawan baru yang emel saya semalam, bertanyakan pendapat dan idea untuk gift kepada kawan-kawan dia, mungkin boleh fikirkan DIY Magnet ni sebagai tambahan. Dengarnya, kat CM ada servis ni (kalau masih ada la). Orang tu hanya akan tulis ucapan kita pada mozek (mozek cam kat dinding rumah tu tapi bentuk kecil sedikir), magnet kita boleh beli sendiri dan lekatkan.

Hanya cadangan. Kalau kawan-kawan ada idea lain, jom kongsi kat ruang komentar ya?!


20 April 2010

19 April, 2010

Bilik Pengantin: Langkah Pertama


Salam dan hai.

Hujung minggu lepas, lepas jogging saya luang masa dengan Nity ke IKEA, temankan dia cari barang untuk pejabat dia.


Sambil tu cari barang untuk bilik pengantin sekali. Lagipun, cik bakal-mendeko-bilik pengantin saya, ada bersama, jadi mudah la nak cari idea dulu.

Tapi apa-apa pun, kena sarapan dulu. Nyums.


Ok, sia-sia jogging 3km pagi tu. Haha. I hate you Nity.

Saya suka lampu kecil ni. Cantik sangat. Tapi harganya bagi saya agak mahal untuk benda cinonet ni. Baik beli mangkuk biasa dan letak lilin dalam tu OK. [Saya kedekut dan tak rasa benda ni perlu. Tapi nak amik gambar juga pasal cantik :p]


Tunggu gaji masuk, baru saya nak beli frame gambar ni, muat masuk 7 keping gambar. Saya berkenan sangat, sudah dapat bayangkan nak letak gambar pre wedding kami dalam frame-frame itu, letak di pintu masuk dewan. Tapi kena bincang dulu dengan D. Rasanya mungkin D akan bising pasal harga RM29 tu :P


Kemudian, terjumpa sudah tabir belakang yang sesuai nak letak belakang katil. Pasal bilik saya semua perabot built-in jadi memang tak dapat ubah apa, kecuali katil sahaja. Dah tunjuk kat ibu dan dia setuju. Harga pun tak kebih RM50 dan sudah siap berjahit. Kena tunggu D balik dari Perak baru boleh ajak dia pergi Ikea lagi.



Tujuan lain ke IKEA pasal sebenarnya mencari karpet putih yang Belle kongsi dalam post dia yang ini. Tapi lagi sekali, gagal mencari. yang saya jumpa, karpet bulu kambing biri-biri yang masyaAllah lembutnya!!! harga RM249 (WTH??) Mungkin saya akan lebih bernasib baik lain kali. Nanti bila D dah balik, nak ajak dia ke KK Home Deco, nak tengok candle holder yang Belle tunjuk tu. Cantik gak, tapi nak tengok tingginya macam mana. Thanks Belle!

Dulu, pernah saya bagitau ibu "Recycle aje la bilik Am hari tu. Tak yah beli katil baru". Ibu terus tinggi suara. Ibu tak pernah bangkang apa-apa yang saya nak, tapi dalam hal bilik pengantin ni, tetiba ibu jadi diktator :p Ibu berkeras nak juga bilik saya dijadikan bilik pengantin. Jadi layan aje la, bukan selalu ibu minta apa-apa. Cuma hiasan, ibu kata terpulang pada saya tapi bersyarat; tak mahu kain berkilat. Tak mahu renda-renda.

Bawah katil tinggal lagi 70% nak dibersihkan. Ayah bising, kata "Kotak kasut pun nak simpan? Bukan ada kasutnya lagi" hihihii.. Mungkin dalam lepas raya nanti baru beli katil, jadi sekarang mungkin hanya akan survey dan tempah. Ikutkan mahukan katil yang ada palang/ tiang tu, mana tau boleh asah bakat jadi pole dancer. Tapi pasal keluasan bilik tak sesuai, jadi saya rasa ada baik saya cuma amik katil yang simple sahaja.

Memandangkan hujung minggu ni D masih di Perak, jadi ingat nak selesaikan cepat-cepat senarai akhir tetamu dan senarai penanggah majlis. Sudah lama bertangguh pasal saya malas :P Nanti kalau D buat pemeriksaan mengejut, takde la saya kantoi. hihi.

Kawan-kawan yang sudah mulai deko bilik pengantin, macma mana kemajuan korang? Ada apa-apa tips tak untuk elakkan terbeli benda yang tak perlu?



19 April 2010

18 April, 2010

DIY Pasu Putih


Salam dah hai..

Maaf, rasanya pembaca tegar yang baharu, mesti tak tau yang tradisi blog saya ni, bila tiap kal ada pembaca tegar baru, saya akan tulis nama diorang kat sini dan ombakkan secara beramai~~ tapi skrang selalu terlepas tradisi tu Jadi saya nak mulakan balik, dengan melambungkan pembaca tegar yang baru secara pukal. OMMBAAkk...

Semua yang pernah pergi ke IKEA, mesti tau yang IKEA ada banyak koleksi kaca putih kan?

Cantik kan? Kalau yang murah, memang betul murah. Yang mahal, memang la mahal. Kadang-kadang dah murah, bentuk lak tak berkenan. Yang mahal, berkenan, duit pula takde.

Jom DIY bekas putih ni jom??

Klik aje di sini:
DIY Pasu Putih ala IKEA


Sumber:
ruffledblog.com

Saya memang tak dapat nak DIY, tapi idea DIY yang cantik dan menjimatkan, harus dikongsi2.



18 April 2010



16 April, 2010

DIY Super Bling


Salam dan hai.

Saya baru perasan yang kasut nikah saya belum dibeli. Entah macam mana saya boleh terlupa. Mungkin saya keliru dengan kasut sanding. Kasut sanding tailor akan buatkan, sekali dalam pakej. Tapi kasut nikah, selepas saya berdegil tak mahu pakai kasut putih, jadi kena la cari kasut bewarna ikut warna tema kami.

Mungkin pasal tu juga kot saya asyik tangguh nak beli pasal susah nak cari yang berkenan.

Semestinya la kena cari jenis heel tajam-cucuk-orang-boleh-mati.

Tapi, saya untuk baju saya, saya rasa saya nak cari kasut yang simple sahaja pasal kain saya sudah heavy sangat. Tapi saya tetap nak terapkan elemen bling-bling ni.

Entah camna, terjumpa pulak projek DIY ni, cara nak tambah bling-bling kat tumit kasut kita. Mana la tau, kalau ada B2B yang nak tambah kerlipan kat kawasan itu, boleh
klik caranya di sini





16 April 2010

15 April, 2010

Imitasi


Salam dan hai

Tak tau zon waktu di Egypt, India, Jepun, Jerman dan Ukraine macam mana, tapi di Malaysia, sekarang belum lagi 8pagi.

Saya kurang tidur pagi ni. Semuanya gara-gara berduyun-duyun SMS dan PM yang saya terima di FB. Kali pertama saya SMS 2 jam tanpa henti (sakit oo jari jemari. SMS dengan D pun tak pernah sekerap ni!).

Lucu juga bila terima SMS daripada kawan-kawan yang memang jarang-jarang SMS, SMS yang bermula macam ni.

"Ei, ko dah tido ke?"
"Ko tgh wat apa tu??"
"Ko buka tak FB?"
"Ko kat mane?"


Saya tau tujuan mereka SMS. Semuanya atas alasan yang sama.

OK, terlalu banyak misteri. Jadi mari kita rungkai setiap bahagian penceritaan sebenarnya, daripada mula.

Petang yang ceria (pasal boss saya MC dua hari!! yeyay!!) saya balik tepat pukul 5 dengan gembiranya. Kemudian, terima SMS tulis

"Beb. Si Polan nye pre wed macam ko weh!"

Nasib tak terlanggar tiang masa saya tengah corner cucuk lagi OK.

Berkobar saya balik dan terus buka FB. Nasib la kelajuan Internet kat rumah tidak mengkhianati saya!

OK. Dah buka. Tergamam.

Blur jap.

Kemudian

*tet* SMS pertama masuk daripada sorang kawan sekolah.

*tet** SMS kedua masuk daripada kawan sekolah yang lain.

dan SMS seterusnya daripada pengirim yang berbeza (SMS saya takde la bunyi cam tu. Cuma nak bagi keseragaman bercerita :P)

Ok, dipendekkan cerita, macam ni kesnya. Ada seorang kawan sekolah saya yang menggunakan tema pre wed kembali ke sekolah, macam saya. Maka, kawan-kawan sekolah semua terkejut dengan tema yang sama.

Jangan salah faham. Tiada siapa ada hak mutlak terhadap tema ni. Saya faham pasal masa saya buat pre wed itu pun, saya bukan lah yang pertama. Macam saya tulis kat
post yang ini. Saya antara orang yang menggunakan tema yang zaman sekolah. Cuma mungkin kerana saya dan si X pernah satu sekolah dan berkongsi kawan-kawan sekolah yang sama, jadi kawan-kawan kami perasaan persamaan itu.

Mungkin kalau si X bukan satu sekolah dengan kami, penerimaan mungkin berbeza. Kini, secara automatik, mutual friends kami beranggapan si X meniru tema pre wed kami. Jadi 2 jam saya kena reply SMS kawan-kawan yang teruja nak soksek tentang hal ini.

Penat ok, robot pun boleh jam kalau SMS tanpa henti! Dah atas katil, tapi kena reply juga dengan mata tertutup pasal kesian mereka dah SMS.

Pagi ni, tiada apa-apa perasaan pun. Semua perasaan negatif telah disalur keluar. Cuma mungkin simpati juga dengan si X pasal semua kawan-kawan sudah membina anggapan masing-masing terhadap dia.

Komen saya?

Seni dan idea adalah perkara yang sangat abstrak. Tiada hak milik mutlak.

Seperti yang Qis pernah tulis di
postnya yang ini, "Imitation is the sincerest form of flattery".

Kalau kita cuba mengongkong sesuatu idea tu demi kepentingan masing-masing, teknologi takkan berkembang, kebudayaan tidak dapat disebar, ilmu tidak dapat dipelajari dan sifat kemanusiaan tidak dapat disemai.

Tipu la jika saya tak terkejut masa tonton video tu. Terkejut, tapi saya dah lepasi frasa itu.

Saya fikir, kalau OP saya sendiri boleh bagi sokongan kepada kawan dia, kenapa tidak saya? (sokongan hanya pada OP tu, bukan pada si X tu ye :p) Abang OP si X tu best dan saya pernah bekerjasama dengan dia. Dia memang berbakat besar dan saya tak rasa hal ini akan menjejaskan dia langsung.

Cuma saya rasa, si X mungkin kena hadapi realiti yang rata-rata kawan-kawan sekolah kami akan teringat pre wed saya dulu, sebelum pre wed dia.

Kadang-kadang jadi perintis ni, bagus juga ya :)

Bunga selasih di dalam dulang,
Dibawa orang ke negeri Kemboja;
Buah fikiran diambil orang,
Saya tumpang tertawa sahaja.



16 April 2010



Bed of Roses

Salam dan hai!

Life is not a bed of roses .. tapi, kalau untuk pose di atas katil pengantin, mungkin boleh direalisasikan!


Sumber:
Emersonmade

Cantik untuk koleksi posing atas katil dalam bilik pengantin. Tabur bunga banyak-banyak (elok amik bunga yang besar cam Kekwa kot, murah dan mudah nak penuhkan ruang), kemudian posing cam amik gambar baring di taman.

Macam cite Twilight ni pulak!




15 April 2010

DIY Reality Check


Salam dan hai

Buat B2B dari Jerman, UK, AS, Jepun, Indonesia, Brunei, India, Jordan, Singapura, terima kasih kerana sudi membaca blog saya!

Saya memang suka DIY sebab tu sebolehnya, mana-mana idea DIY yang menarik saya jumpa, mesti saya nak kongsi di sini.

Tapi, untuk diri saya, saya belum pasti samaada saya ada bakat, masa, kesabaran dan ketekunan untuk merealisasikan idea DIY.

Selebihnya, saya rasa, mungkin saya tidak mahu bebankan kepala dan emosi saya untuk projek DIY yang akhirnya boleh memakan diri saya sendiri.

Jangan salah faham, saya suka melihat B2B ekperimentasi dengan projek DIY masing-masing, tapi untuk diri saya, saya takut diakhirnya saya akan jadi stress sampai tak dapat menikmati moment personal itu. Bukan calang-calang bakal pengantin yang sanggup bersengkang mata, korban kan tenaga, waktu tidur dan masa untuk projek DIY masing-masing.

Tapi serius, mana-mana projek DIY yang saya jumpa, saya akan kenal pasti sama ada saya nak teruskan atau tidak. Semuanya saya fikir dulu melalu carta kat bawah ni.


Sumber:
100layercake.com


Harap B2B yang masih berkira-kira nak teruskan dengan project DIY masing-masing atau tidak, harap carta tu dapat membantu korang nak buat keputusan ya?!



15 April 2010

14 April, 2010

Songket dan Segala yang Tradisi


Salam dan hai

Masa dulu-dulu, saya pernah tulis
post berkenaan Buku Tetamu idaman saya.

Masa tu, memang dah set dalam kepala, mahukan PhotoBook.

Sehingga la baru-baru ni lepas saya baca post ni dalam
blog Hana. (Ye saya orang pertama yang komen dalam post tu. Teruja sungguh bukan??)

Saya mahukan Buku Tetamu ini kerana ianya diperbuat daripada songket. Itu sahaja sebabnya. Saya mahu terapkan unsur-unsur tradisional dalam majlis saya, jadi kehadiran Buku Tetamu ini amat kena dengan tema saya.


Sumber: Beaucraft

Baru-baru ni, adik Hana dah buat blog khas untuk promosi perniagaan famili ni di
Beaucraft. Boleh klik link tu untuk jalan-jalan, cuci mata.

Harga: RM300
Material : Pure songket and 100% pewter (all handmade)

Hana ada bagitau saya yang ada juga Buku Tetamu yang pakai material kain broked, harga lebih murah daripada pakej songket. Harga, size buku, warna dan hal-hal lain semuanya boleh dibawa berbincang. Untuk maklumat lebih lanjut, boleh hubungi
Hana atau terus kepada adiknya di Beaucraft.

Nak tunggu bulan 6 ni pasal Hana kata, bulan tu InsyaAllah mama dia akan buka 1 booth dalam Promosi Kerja Kahwin, di Kompleks Kraf Jalan Conlay. Jadi nak tengok buku ni dekat-dekat, nak belek-belek dulu, tenung-tenung dulu..

Jadi, sekarang kena kumpul duit. Berusaha! Ellfazira, mari kita sama-sama kumpul duit!

Pada saat kawan-kawan baca post ni, saya sedang menduduki Ujian Kursus Terjemahan. Doakan saya berjaya ya!

Nota: Saya tidak menerima sebarang bayaran daripada Hana atau Beaucraft . Satu-satunya bayaran yang saya nak adalah daripada Nuffnang. Tabung Nuffnang, sila la aktif supaya saya dapat kumpul duit beli buku tetamu idaman ini!!


14 April 2010

13 April, 2010

9 Perkara (Tak Cukup Lagi 1 Tapi Tak Apa)

Salam dan hai

Ada beberapa B2B yang emel saya, bertanyakan perkembangan persiapan majlis saya. Mungkin pasal kebelakangan ni, saya sudah jarang tulis tentang vendors saya dan perjalanan perkembangan majlis saya.

Bukan apa, cuma semuanya vendors alhamdulillah sudah ditempah dan bayar deposit. Cuma tunggu hasil kerja yang mungkin hanya dapat dilihat, 2H 2010 nanti (Kecuali baju nikah yang dah tersiap awal dengan jayanya) Lagipun, saya hanya mampu merancang, takut terkompang lebih, apa yang dicanang tak dapat dilaksanakan, sudah jadi satu umpatan.

Tapi demi mereka yang rajin emel saya, saya beri jawapan secara pukal ya. Bagus juga untuk rujukan saya dan D (Hai Yayang, B tau D silent reader.. Love you! Reply SMS B!)

1. Bunga pahar
Ahad lepas, kedua-dua ibubapa dah jumpa dan mereka sepakat untuk:-
a. Bunga pahar disediakan oleh famili D; telur pindang disediakan oleh famili saya (sumbangan dari kawan ayah). Ibu kata, bunga pahar mak D buat cantik, jadi saya cuma percayakan saja pendapat Ibu.
b. Akan ada dua kaki bunga pahar di pelamin. Satu lagi bunga pahar (kurang pasti bunga pahar atau bunga emas), diarak masuk oleh sedara kecil D, yang akan berpakaian ikut adat Perpatih (Mak D orang Negeri Sembilan)
c. Seorang sedara D akan diberi tugas bagi bunga telur di atas pelamin masa tepung tawar dan seorang lagi di bahagian lobi dewan, bagi bunga telur kepada tetamu yang berminat nak (pasal zaman sekarang, tak semua orang nak bunga telur. Jadi taknak paksa orang)

2. Silat
Ibu D ada nak buat jemputan silat, tapi pasal saya dan D nak amik gamelan, jadi budget untuk sekumpulan silat, lebih daripada budget kami. Jadi Plan B, mungkin sepupu D yang akan buat silat pengantin, bunga-bunga aje. Takde tetiba nak bertarung kat tengah tu. Aku geget kang! Tak pasal-pasal, aku lak yang buka langkah!

3. Katering
a. Sudah selesai perbezaan pendapat kedua-dua famili. Jadi lauk dan makanan sampingan masih kekal seperti dari awal perbincangan. Mungkin nak letak kerepek kat setiap meja pasal ada kawan ibu yang nak sponsor bekas dan kerepek. Jadi layan aje. Tak perlu fikir center piece lagi.
b. Saya dan D perlu berjumpa A.Arif untuk bincang kek fondant kami dan warna tema majlis. Tapi mungkin akhir bulan 4 nanti baru jumpa pasal D ada induksi seminggu, bermula esok.

4. Baju sanding
Tailor saya menunaikan umrah bermula dari minggu lepas alhamdulillah. Sempat hubungi dia sebelum dia berlepas dan dia sempat melazer saya.

Saya: abang, kalau baju saya tak meletop, saya letopkan abang!
Tailor: Kalau meletop, ko bayar abg dua kali ganda.
Saya: (mencik mencik!!) ahahahah

Dia bagitau yang dia hanya akan hantar sketch lepas dia dah beli kain. Dia takut kalau dia sketch awal-awal, nanti terjumpa kain yang lebih cantik dan idea datang, dia tak dapat nak brain wash saya. Hihi.

5. Meja beradap
Bekas tembaga kecil saya telah saya post dalam
blog ni semalam. Selain daripada itu, hiasan meja beradap mungkin hanya DIY yang tidak terlalu sarat. Mungkin nanti bulan 6 jalan-jalan, boleh terjumpa sesuatu yang bersesuain.

6. Berkat
Tradisi keluarga kami, mesti bagi berkat. Daripada majlis abang yang sulung kepada majlis abang kedua tahun lepas. Dah bincang antara ibuayah kedua-dua pihak, dendeng (Reen dan Laling, sila kesat air liur pasal aku tau korang amat suka kan dendeng famili kami :P) dan acar buah ibuayah akan masak dan packing kan. Buat masa sekarang, 20 bungkus berkat untuk saudara-mara famili D, 20 bungkus berkat untuk pasukan kompang dan 20 bungkus untuk saudara-mara ayahibu. Nasi putih untuk belah saya, tapi belah D, nak nasi minyak. Yang tu masih belum pasti pasal yang itu, mak D kena berurusan dengan katerer. Yang pasti, ibuayah akan bungkus lauk berkat siap-siap dan bagi 40 bungkusan kepada family D. 20 bungkus berkat untuk famili kami insyaAllah takde masalah kalau diizinkanNya.

7. Perarakan Masuk Pengantin
Kedua-dua ibubapa famili dah minta:
a. takde bunga manggar dibawa masa perakan pengantin. Saya setuju juga berdasarkan pengalaman di dewan yang sama, payah benar nak bawa masuk pasal pintu rendah, kemudian lagi satu hal nak cari budak lelaki untuk bawa (budak ye.. bukan bapak budak atau bakal bapak budak yang tidak berpakaian baju melayu walau sudah diberitahu --masih terasa bisanya daripada majlis abang saya yang dulu :P). Tapi saya tetap berdegil mahukan bunga manggar, jadi nak letak kat gate kat pintu masuk bangunan. Saya rasa, impak bunga manggar lagi cantik bila kena matahari, bersinar-sinar (harap hari tak hujan huhu)
b. Atas karpet merah, cuma ada sorang budak [yang dalam perkara 1(b)] dihadapan kami, pengapit di belakang kami dan pasukan kompang. Majlis kami majlis gabung, tiada rombongan dari kedua-dua belah jadi tak perlukan juga meja rombongan. Kalau ditakdirkan ada jemputan kehormat, kami cadang menjemput mereka makan di meja beradab.

8. Pengantin bersiap.
Sudah maklumkan pada famili saya, yang pada hari bersanding, saya dan D akan bersiap di rumah ibuayah saya. Jadi D akan bersiap dalam bilik abang saya dan saya dibilik saya sendiri (kalau satu bilik pun takpe pasal dah sah insyaAllah :p). Tapi saje nak pakai dua-dua bilik, untuk nampak kepelbagaian dalam gambar. Jadi bilik abang saya pun, kena bersihkan dan hias elok sikit. Lepas saya mekap, baru MUA tu akan siapkan D pulak. Pengapit lelaki (Hafiz, pinjam kereta ko :P) akan datang jemput kami dan Nity (Pengapit perempuan pun kena mekap sikit) dan terus ke dewan. Berdasarkan pengalaman masa majlis abang, rumah memang kosong lepas adik beradik saya semua ke dewan, jadi selesa la kami nak bersiap dan tiada siapa yang nak buka tutup pintu bilik (kecuali OP dan MUA)

9. Gamelan
Sudah call pengurus gamelan dan sebut harga mereka boleh diterima. D sudah bagi tarikh majlis, cuma nak tunggu bayaran deposit nak buat lepas D habis induksi. Harap tiada masalah InsyaAllah. Kalau diizinkanNya, saya kena buat perubahan aturcara majlis supaya DJ dan gamelan lebih tersusun, tapi tu bulan 5 la buat. Tak perlu terkejar pun.

Sekian kemas kini persiapan majlis saya. Semua ini masih tentatif dan terbuka untuk sebarang perubahan.




13 April 2010




DIY Buku Tetamu


Salam dan hai

Saya rasa, idea kat bawah ni boleh jadi alternatif yang berguna buat B2B yang berhajat buat buku tetamu tapi mungkin ada kekangan dari segi masa, ruang, kos atau tenaga kerja dalam merealisasikan impian mereka.


Sumber: Lupa apa lak url dia!

Mungkin ruang untuk menulis terhad, tapi rasanya muat untuk tulis nama dan ucapan ringkas, bergantung kepada size yang kita pilih.

Yang paling best, secara tak langsung, buku tetamu ni dah boleh jadi hiasan dinding. Sesuai untuk ruang dewan atau rumah yang terhad. Boleh kurangkan kos hiasan secara tak langsung.

Nak simpan pun senang, beli aje sticky album, tampal aje elok-elok dalam sticky album.

Pilihan untuk B2B, mungkin sejumlah sudah disusun kat dinding, dan bakinya biarkan tetamu ekperimentasi dalam penyusunan. Kena sediakan double selotape siap-siap kat belakang kertas.

Cuma, mungkin jangan letak terlalu atas kot, takut tak tercapai nak ditulis :P Memang tetamu kena berdiri la nak tulis tapi sekurangnya, mereka tak perlu menunggu orang lain habis menulis. Pilih sahaja rama-rama masing-masing kan?



13 April 2010

12 April, 2010

Bekas Tembaga Kecil Saya

Salam dan hai

"Berangan ittew indah"-- slogan saya. Sengaja dieja "ittew" untuk menyerlahkan kegedikan.

Saya ada angan-angan. Kerana saya juga bakal pengantin yang biasa, diulit mimpi dan impian.

Angan-angan saya adalah untuk bagi cendera mata dalam bekas tembaga kepada tetamu-tetamu saya. Tapi bila kos jadi tembok penghalang, maka kena ubah rancangan, tapi tetap saya tak mahu korbankan impian saya. Jadi lepas difikirkan kos, satu-satunya cara untuk saya realisasikan angan saya adalah untuk berikan bekas tembaga ni kepada tetamu yang makan bersama kami di meja beradap.

Iye lah, bukan semua tetamu yang sanggup duduk semeja dengan pengantin, dengan makan mengadap semua orang, gambar tengah ngunyah, ternganga mulut atau perhatikan udang galah--semuanya akan diperhatikan oleh mata tetamu lain dan ditangkap dalam gambar. Tak termasuk lagi, nak makan, baru nak suap makanan, kena letak sudu ke bawah pasal nak bergambar (terutama pengapit).

Jadi, berbalik kepada angan-angan saya. Walaupun bekas tembaga kecil saya nanti tidak la halus buatannya, tidak la siap berukir-- sikit pun bukan macam gambar di bawah ni, tapi bila tengok gambar ni, sekurangnya dah dapat idea sikit nak hias macam mana.

sumber: Google images

Tadi ayah bagitau, bekas tembaga ikut size yang saya nak tu, takda dalam stok. Jadi tukang buat tu kena buat baru. Bila fikir, dah alang-alang tempah khas, baik ukir sekali nama. Tapi tak tau la berapa orang tu akan kenakan. Kalau terlalu mahal, mungkin kena batalkan sahaja niat nak ukir nama saya dan D.

Lagipun, yang saya nak cuma bekas tembaga kecil ni.

Harap saya berjaya dapatkan apa yang saya impikan ni. Kena tunggu sebulan lagi baru dapat tengok hasilnya.





12 April 2010

09 April, 2010

DIY Centerpiece Bundt Pans


Salam dan hai

Sila lihat benda silver disebelah kiri ni, apa namanya pun saya tak tau. Saya gunakan ni masa masak baked sandwich untuk D, tapi saya tak tau namanya. Tahu guna aje :p



Bila saya terjumpa, ada DIY yang gunakan bekas-saya-taktau-namanya-apa, sebagai bekas untuk manisan, rasa kagum!!
Sumber: Google Images


Sumber: Google Images

Tapi bila ada yang mampu lebih kreatif dan hasilkan bunga meja pakai bekas-saya-taktau-namanya-apa, terus saya berada dalam ketakjuban yang bungkam!!



Untuk lebih tau proses DIY bunga meja ni, rasanya, bekas-yang-saya-taktau-namanya tu, dipanggil bundt pans. Boleh
klik di sini untuk tutorial.

Sumber:
ruffledblog.com

Bagus untuk pengantin mahukan suatu kelainan yang tidak memakan kos besar dalam belanjawan mereka. Boleh jadikan bunga meja tetamu.

Lepas majlis, boleh guna memasak.

Aiip! Jangan malas!!


9 April 2010