14 April, 2010

Songket dan Segala yang Tradisi


Salam dan hai

Masa dulu-dulu, saya pernah tulis
post berkenaan Buku Tetamu idaman saya.

Masa tu, memang dah set dalam kepala, mahukan PhotoBook.

Sehingga la baru-baru ni lepas saya baca post ni dalam
blog Hana. (Ye saya orang pertama yang komen dalam post tu. Teruja sungguh bukan??)

Saya mahukan Buku Tetamu ini kerana ianya diperbuat daripada songket. Itu sahaja sebabnya. Saya mahu terapkan unsur-unsur tradisional dalam majlis saya, jadi kehadiran Buku Tetamu ini amat kena dengan tema saya.


Sumber: Beaucraft

Baru-baru ni, adik Hana dah buat blog khas untuk promosi perniagaan famili ni di
Beaucraft. Boleh klik link tu untuk jalan-jalan, cuci mata.

Harga: RM300
Material : Pure songket and 100% pewter (all handmade)

Hana ada bagitau saya yang ada juga Buku Tetamu yang pakai material kain broked, harga lebih murah daripada pakej songket. Harga, size buku, warna dan hal-hal lain semuanya boleh dibawa berbincang. Untuk maklumat lebih lanjut, boleh hubungi
Hana atau terus kepada adiknya di Beaucraft.

Nak tunggu bulan 6 ni pasal Hana kata, bulan tu InsyaAllah mama dia akan buka 1 booth dalam Promosi Kerja Kahwin, di Kompleks Kraf Jalan Conlay. Jadi nak tengok buku ni dekat-dekat, nak belek-belek dulu, tenung-tenung dulu..

Jadi, sekarang kena kumpul duit. Berusaha! Ellfazira, mari kita sama-sama kumpul duit!

Pada saat kawan-kawan baca post ni, saya sedang menduduki Ujian Kursus Terjemahan. Doakan saya berjaya ya!

Nota: Saya tidak menerima sebarang bayaran daripada Hana atau Beaucraft . Satu-satunya bayaran yang saya nak adalah daripada Nuffnang. Tabung Nuffnang, sila la aktif supaya saya dapat kumpul duit beli buku tetamu idaman ini!!


14 April 2010

11 comments:

  1. XORA, terharunye awk buat post utk blogshop adik hana (beaucraft-ku)..hihi..THANKS so much Xora for promoting our bisnes yg baru nak menapak dlm dunia blogger ni.. =)

    InsyaAllah, jika takde aral bulan 6 nnt kite jmp k? kawan2 yg lain pun jemput dtg jenguk2 kami ye..

    ReplyDelete
  2. Cik Xora..mekaseh byk2 kerana sudi promote blog beaucraft.. ;-) nnt saya bg harga special utk cik xora kalau berminat k?

    anyway, gud luck for ur test! doakan xora yg terbaik.

    ReplyDelete
  3. asna xde nak buat guest book =)

    ReplyDelete
  4. wahhh xora..kamu mmg kena beli..sesuai ngan tema kan...so beli jgn x beli...hana pasni bg % sket yer sbb dah tlg promote hahahaha

    ReplyDelete
  5. kak XORA thx yea promote my beaucraft-ku..hehe...wish u all the best for ur test yea..=D

    ReplyDelete
  6. xora..selamat berjaya..

    pastu buku 2 mmg cantik tp rege pun bole tahan..huhu..moga impian jadi kenyatan..

    ReplyDelete
  7. Xora, kelakar tak saya baru tahu beaucraft tu adik Hana punya. (padahal selalu baca blog dia and ber YM)Hahah... But anyway thanks for sharing.... Bagus betul kan support business another bride to be...Xora, nak YM awak, saya nak tanya pasal Dzull De Classique boleh tak ?

    ReplyDelete
  8. oh yes mari kita kumpul duit muahhaha hana,kite pn promote jgk so nak discount herk3;p

    ReplyDelete
  9. Hana : takpe, semua benda kena bertatih dulu. InsyaAllah, bulan 6 ke booth mama Hana! hissh Hana, jgn susah2. ni nanti jenuh hana kena bagi promosi kat semua (Private Msg me ni utk harga diskaun ahaha).

    beautique: Selamat maju jaya dengan perniagaan ye! oh, exam tadi amat teruk.. amat susah.. sakit hati dan leher. sakit zahir dan batin.. ahahah

    Asna: takpe Asna, cuci mata kat sini aje

    Farah: ahah.. saya promote ni takde agenda sembunyi. mula2 kan nak sorok takmo kongsi :P takut org lain beli sebelum saya-- dengki kan saya? :P

    Ryna: sila klik nuffnang saya :P

    Yanie: saya tak dapat online pasal kat opis ken block (i hate you IS department!!!!) jadi malam aje boleh. tapi nanti kamu emel saya id yahoo kamu? nanti saya add ye?

    Ell: Ye, teman penabung saya! kamu lebih awal post tentang Beaucraft kan? mari kita tabung duit seposen.. dua posen.. dah ckup dah lima posen Ell?

    ReplyDelete
  10. dear....my kazen weding hr tu, dia bg bunga pahar d rpd songket!...i xamik gmbr kot..tp kalo x silap, bunga pahar tu ada lg kat rumah...of kos la my mom simpan...t i cr n amik gmbr letak kat blog...kot2 la u nak tgk...

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)