Salam dan hai.
Hujung minggu lepas, lepas jogging saya luang masa dengan Nity ke IKEA, temankan dia cari barang untuk pejabat dia.
Sambil tu cari barang untuk bilik pengantin sekali. Lagipun, cik bakal-mendeko-bilik pengantin saya, ada bersama, jadi mudah la nak cari idea dulu.
Tapi apa-apa pun, kena sarapan dulu. Nyums.
Ok, sia-sia jogging 3km pagi tu. Haha. I hate you Nity.
Saya suka lampu kecil ni. Cantik sangat. Tapi harganya bagi saya agak mahal untuk benda cinonet ni. Baik beli mangkuk biasa dan letak lilin dalam tu OK. [Saya kedekut dan tak rasa benda ni perlu. Tapi nak amik gambar juga pasal cantik :p]
Tunggu gaji masuk, baru saya nak beli frame gambar ni, muat masuk 7 keping gambar. Saya berkenan sangat, sudah dapat bayangkan nak letak gambar pre wedding kami dalam frame-frame itu, letak di pintu masuk dewan. Tapi kena bincang dulu dengan D. Rasanya mungkin D akan bising pasal harga RM29 tu :P
Kemudian, terjumpa sudah tabir belakang yang sesuai nak letak belakang katil. Pasal bilik saya semua perabot built-in jadi memang tak dapat ubah apa, kecuali katil sahaja. Dah tunjuk kat ibu dan dia setuju. Harga pun tak kebih RM50 dan sudah siap berjahit. Kena tunggu D balik dari Perak baru boleh ajak dia pergi Ikea lagi.
Tujuan lain ke IKEA pasal sebenarnya mencari karpet putih yang Belle kongsi dalam post dia yang ini. Tapi lagi sekali, gagal mencari. yang saya jumpa, karpet bulu kambing biri-biri yang masyaAllah lembutnya!!! harga RM249 (WTH??) Mungkin saya akan lebih bernasib baik lain kali. Nanti bila D dah balik, nak ajak dia ke KK Home Deco, nak tengok candle holder yang Belle tunjuk tu. Cantik gak, tapi nak tengok tingginya macam mana. Thanks Belle!
Dulu, pernah saya bagitau ibu "Recycle aje la bilik Am hari tu. Tak yah beli katil baru". Ibu terus tinggi suara. Ibu tak pernah bangkang apa-apa yang saya nak, tapi dalam hal bilik pengantin ni, tetiba ibu jadi diktator :p Ibu berkeras nak juga bilik saya dijadikan bilik pengantin. Jadi layan aje la, bukan selalu ibu minta apa-apa. Cuma hiasan, ibu kata terpulang pada saya tapi bersyarat; tak mahu kain berkilat. Tak mahu renda-renda.
Bawah katil tinggal lagi 70% nak dibersihkan. Ayah bising, kata "Kotak kasut pun nak simpan? Bukan ada kasutnya lagi" hihihii.. Mungkin dalam lepas raya nanti baru beli katil, jadi sekarang mungkin hanya akan survey dan tempah. Ikutkan mahukan katil yang ada palang/ tiang tu, mana tau boleh asah bakat jadi pole dancer. Tapi pasal keluasan bilik tak sesuai, jadi saya rasa ada baik saya cuma amik katil yang simple sahaja.
Memandangkan hujung minggu ni D masih di Perak, jadi ingat nak selesaikan cepat-cepat senarai akhir tetamu dan senarai penanggah majlis. Sudah lama bertangguh pasal saya malas :P Nanti kalau D buat pemeriksaan mengejut, takde la saya kantoi. hihi.
Kawan-kawan yang sudah mulai deko bilik pengantin, macma mana kemajuan korang? Ada apa-apa tips tak untuk elakkan terbeli benda yang tak perlu?
19 April 2010
sue teringin bebenau nk ke ikea tue tp xtau,sb xpernh pegi kn.. ape2 pun,frame gmbr tue sgt cntik la xora..
ReplyDeletepole dancer eh..hehe.. kot2 mlm pertama tu tibe2 ade talent!haaaa
ReplyDeletenanti saya nak pi beli lampu untuk bilik tido...hehe
ReplyDeleteset perabut minggu nie sampai.. bestnya
dear!..kene joging balik 3km tu sbb mkn chicken wing!
ReplyDeletebtw, sgt elegan kan karpet puteh bulu2 lembut g2....i pun cr hr tu...tp x mharap sgt sbb i x kuar dr tganu...mn nak jumpa seh!...wedding u lmbt lg, so, bek u usaha sungguh2 cr yg lebih afordable....jgn sia2 impian itu!
katil yg bertiang2 nampak cantik.. tapi agak amik space.. IKEA mmg syok kalo jalan2..cuci2 mata kn...
ReplyDeleteSue: kalau tau jalan ke OU mesti boleh jmp. tapi kalau saya sendiri drive ke sana, mesti sesat pasal tak igt jalan :P ni baru kali kedua pergi, tu pun org juga drive :P adil tak?
ReplyDeleteFara: berlatih tengok dalam youtube.. sshhhhhhuuuuu....
Riena: Wah! progress semakin kencang!!
Harz: tak tau..ayam tu Nity makan.. nity makan!! :P baik Harz, saya akan igt pesanan kamu. Kena cari. banyak lagi masa kan?
Fiza: Betul. tu la pasal gak, saya kena dahulukan praktikal daripada cantik dimata, sesak di bilik. Thanks Fiza!
alamak, kesian xora, tak jumpa karpet bulu-bulu tuh... terjah tak kawasan carpet2 kat bawah? kawasan tuh ade carpet putih tuh. hehe
ReplyDelete1 Ikea ku terjah. karpet idaman dihajati tidak kutemuiii.. mungkin di Nilai barangkali???
ReplyDeletelast month dla g IKEA, jmpe carpet bulu2 putih...
ReplyDeletesize pn xdela besar sgt...
but seswai letak kt dlm bilik...
price dlm rm79 (klu xsilap la)...
diz week nk g IKEA lg...
nk cr blk carpet 2...hehehe...
nth ade ke x :p