12 April, 2010

Bekas Tembaga Kecil Saya

Salam dan hai

"Berangan ittew indah"-- slogan saya. Sengaja dieja "ittew" untuk menyerlahkan kegedikan.

Saya ada angan-angan. Kerana saya juga bakal pengantin yang biasa, diulit mimpi dan impian.

Angan-angan saya adalah untuk bagi cendera mata dalam bekas tembaga kepada tetamu-tetamu saya. Tapi bila kos jadi tembok penghalang, maka kena ubah rancangan, tapi tetap saya tak mahu korbankan impian saya. Jadi lepas difikirkan kos, satu-satunya cara untuk saya realisasikan angan saya adalah untuk berikan bekas tembaga ni kepada tetamu yang makan bersama kami di meja beradap.

Iye lah, bukan semua tetamu yang sanggup duduk semeja dengan pengantin, dengan makan mengadap semua orang, gambar tengah ngunyah, ternganga mulut atau perhatikan udang galah--semuanya akan diperhatikan oleh mata tetamu lain dan ditangkap dalam gambar. Tak termasuk lagi, nak makan, baru nak suap makanan, kena letak sudu ke bawah pasal nak bergambar (terutama pengapit).

Jadi, berbalik kepada angan-angan saya. Walaupun bekas tembaga kecil saya nanti tidak la halus buatannya, tidak la siap berukir-- sikit pun bukan macam gambar di bawah ni, tapi bila tengok gambar ni, sekurangnya dah dapat idea sikit nak hias macam mana.

sumber: Google images

Tadi ayah bagitau, bekas tembaga ikut size yang saya nak tu, takda dalam stok. Jadi tukang buat tu kena buat baru. Bila fikir, dah alang-alang tempah khas, baik ukir sekali nama. Tapi tak tau la berapa orang tu akan kenakan. Kalau terlalu mahal, mungkin kena batalkan sahaja niat nak ukir nama saya dan D.

Lagipun, yang saya nak cuma bekas tembaga kecil ni.

Harap saya berjaya dapatkan apa yang saya impikan ni. Kena tunggu sebulan lagi baru dapat tengok hasilnya.





12 April 2010

17 comments:

  1. :))
    jangan..!!
    jangan korbankan angan2 itu..
    nnt terkilan..hihi
    cantik dan mmg praktikal bekas tembaga tu..
    smoga ukiran nama tu tak memakan kos yg terlalu bsr n kak xora dpt ukir nama..waaah!! sgt spesel gitu..

    as my dream jgk,berangan nk bg bakul kecil yg dibuat dari kulit manis tu..
    tp mmndgkn org yg amik tempah tu sgt mark-up harga yg mnjdikn impian sy hmpir berkubur..
    maka sy dgn bersungguh2nya telah wat sndri..huhu

    tapi same la mcm kak xora,kuantiti utk vvip (org2 yg mkn kat meja beradab) ngn vip (kwn2 rapat,pengapit or dayang2 kalau ade nnt)..hehe

    ReplyDelete
  2. Menarik jugak kan...n so sweet kalau awak ukir nama...
    nnti bile org lain dapat..
    dorang akan teringat kan kamo...
    saya rasa macam nak jugak la...jgn lupa adiah kan untuk saya ok:-)

    ReplyDelete
  3. great. jangan biarkan kos jadik batu penghalang. Biar ade walaupun sedikit. hehe. good. xora, angan-angan tu indah..jangan biar berkubur..at least, cube realisasikan..banyak ke sikit ke doesn't matter..mesti guests lain dok nyesal..ngape takmo rebut dok makan ngan penanten..dah miss goodies superb. hehe..

    ReplyDelete
  4. wow weee...mmg mengikut tradisi..gud gud.. =)

    ReplyDelete
  5. wahh xora..msti cntik kan bekas tembaga tu..kalau ukir nama lagi sweet..

    ReplyDelete
  6. Keyn: itu la. tetap nak gak bekas kecik tembaga tu :P usaha selagi tak mudaratkan saya dan kewangan. Gudluck ye dgn bekas kulit manis tu. saya pernah tengok dan cantik (wangi lak tu!)

    Nad: Tu la, sedaya upaya nak realisasikan, kalau tak entah bila lagi kan?

    Acik: hihi sempat dia request ye? :P

    Hana: you know me very well :P guestbook songket ye :P eheheh.. cepat la bulan 6, nak gi booth mama kamu!

    ReplyDelete
  7. Dear...it doesn't matter mahal atau murah yg penting skali ianya dtg ikhlas dr hati awk kan :)

    ReplyDelete
  8. Cik Modus, takde la banyak idea saya. mmg nak satu tu aje :P

    Fiza: seikhlas nak bagi bekas tembaga kecil, tapi harga mahal tapi tetap mahu usaha pasal .. (pasal letak 10 kat meja beradap, pengantin pun dapat sekali.. ahhahahahah..)

    ReplyDelete
  9. bleh tau range harge "itteww" :)
    comel2 byk tu nk di decokan

    ReplyDelete
  10. cik xora: jom tgk2 doorgift menarik utk hari bahagia kat sini..
    http://beaucraft-ku.blogspot.com/

    ReplyDelete
  11. memang sangat menawan...harga pon mesti la menawan...hehehe...

    ReplyDelete
  12. saya pon suke!!! macam ni nak sebok2 makan dengan pengantin la.. hihihi..

    ReplyDelete
  13. Journey of a Lady: saya depositkan dulu RM100. Kurang pasti berapa harga pasal kawan ayah yang uruskan di Kelantan.

    Beautique: adik Hana kan? wah bagus muda2 lagi dah buat perniagaan.

    Zainur: menawan dompet :P

    Belle: ni nak duduk nak bekas tembaha ni! :P

    ReplyDelete
  14. alamak, xora dapat bau niat saya. hahaha. larik larik!!

    ReplyDelete
  15. hehe..a ah..beautique tu adik hana.. =) dia mmg minat bisnes dr kecik.

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)