27 April, 2010

Langkah untuk Mengerakkan Si Dia


Salam dan hai

Terima kasih Hamizah, yang hadir di blog sebagai pembaca ke 204! Terima kasih :D Blog ni sudah 10 bulan lebih. Kalau ikut norma, agaknya dah beranak 1 rasanya :P Terima kasih ye semua.

Topik pagi ini: Berapa ramai antara kita hadapi tekanan untuk menggerakkan pengantin lelaki untuk uruskan majlis perkahwinan? Tak kisah la dari segi urusan bila nak masuk minang, nak buat keputusan pemilihan butik, atau nak putuskan bila nak pergi uruskan borang kahwin?

Siapa ada masalah, sila angkat tangan!

Saya terpanggil nak buat topik ini pasal minggu lepas, mak saya bercerita al kisah anak kawan dia.

Ciri-ciri beliau
Lelaki.
Muda setahun daripada saya.
Kawan saya daripada kecil.
Semua adik beradik lelaki.
Bakal berkahwin bulan tujuh ini.

Mak dia sudah pening. Pasal anaknya tak gerak-gerak nak uruskan borang perkahwinan, apa tah lagi nak amik tahu persiapan majlis. Nak minta uruskan aturacara majlis dan segala apa keperluan majlis, lagi la mustahil anak tu nak buat. Jadi akhirnya, mak dia minta saya tolong uruskan aturcara majlis.

Berbalik pada topik utama ni, agak-agaknya kenapa la lelaki suka lepas tangan bab-bab majlis ni??

Bagaikan satu persoalan dunia juga rupanya. Menjadi tanda tanya kita semua; kenapa pihak lelaki susah sangat nak digerakkan dalam hal perihal majlis kahwin ni? Mungkin kah disebabkan?
1. Ada perkara lebih penting perlu diuruskan-- satu lafaz sah masa salam tok kadi
2. Ibu/ kakak/ adik/ tunang boleh uruskan hal majlis
3. Sibuk nak uruskan kehidupan selepas kahwin
4. Tak faham apa sebenarnya orang perempuan ni nak?
5. Malas nak pening kepala layan kerenah. Jadi baik tak yah bangkang dan bagi aje cik tunang uruskan.



Saya selalu juga berkongsi cerita dengan kawan-kawan rapat, kisah tunang masing-masing yang susah sangat nak digerakkan buat keputusan. Kalau boleh, mereka tak mahu survey jauh-jauh, hanya mahu duduk dan terus buat keputusan. Tapi ada pula keadaan, mereka pula beria-ria dan jadi sangat menjengkelkan.

Memetik: It's bad when you have bridezilla, but when bride and groomzilla unite, be afraid....be very very afraid.

Saya pun hadapi masalah yang sama dalam peringkat awal persiapan saya. Majlis kami InsyaAllah adalah majlis serentak. Jadi cuma satu majlis, satu persalinan sanding, satu acara bersanding. Pendek kata, memang 1Majlis. Jadi tiada kuasa veto boleh digunakan pasal semuanya berbalik kepada persetujuan bersama.

Pada mulanya, saya anggap D memang tak mahu amik tau, tak mahu amik berat, tak berminat nak tolong --dan segala jenis negatif TAK MAHU. Saya bersungguh-sungguh bercerita, dia cuma angguk-angguk sahaja.

Tapi lepas sudah 6 bulan persiapan, saya sedari satu perkara. D bukan tak berminat nak tolong saya, jauh sekali malas nak amik tahu. Tapi rupanya, saya telah bebankan D dengan terlalu banyak maklumat dan info. Setiap hari adalah 10 idea yang berbeza.

Kalau sudah seminggu, sudah ada 70 idea baru!

D pendengar yang sangat bagus. Mungkin pasal tu juga dia memang jarang bercakap dan lebih suka mendengar. Jadi logiknya, sedangkan komputer pun ada had memori, apa tah lagi manusia kan?

Jadi, D biarkan saja saya buat perangai, saya google dan cari semuanya. Dia cuma tunggu diam-diam, tunggu saya sedar diri. Akhirnya, saya sendiri rasa letih dan kembali fokus untuk beberapa pendapat baru, berbanding saya humban kesemua idea pada dia tanpa saya hadam dahulu.

Kalau dulu, saya yang tetapkan tarikh bila nak jumpa vendor, bila nak itu, bila nak ini, akhirnya kini saya dan D dapat buat keputusan bersama-sama. Kadang-kadang, D yang ingatkan saya untuk buat sekian-sekian.

Saya perasan satu perkara tentang D; D lebih selesa bekerja atau buat satu tugasan itu berdasarkan jadual yang ditetapkan. Jadi dari situ la saya cipta
Senarai Semak saya. Mungkin kalau saya cakap sahaja, D tak dapat bayangkan, tapi lepas ada senarai semak ni, dia boleh dapat gambaran lebih jelas tentang aktiviti dan bulan tamat, malah dia dapat bagi komen dan pendapat. Mungkin dia rasa merancang majlis kami sudah macam menyediakan drawing kat pejabat dia kot, ada tarikh date line. hihi.

Pada pendapat saya, setiap bakal pengantin lelaki, ada cara nak pujuk mereka untuk bergerak! Cuma terpulang pada kita nak cari titik permulaannya bagaimana.

Walaupun biasanya pengantin perempuan adalah tumpuan majlis, tetapi kita jangan lupa istilah "There is no I in We".








Macam mana pengalaman korang nak gerakkan pasangan untuk uruskan hal kahwin ni? Jom kongsi?! Boleh dapat manfaat sama-sama.



27 April 2010






21 comments:

  1. owhh punye la susah kak. pape hal semua kena tgk timing kerja dia. disebabkan keje dia tak penah nak surut2 asyik naikkkkk jer keje dia tue. Tah biler nak habis pun xtau.

    Tp biler lagi 3 bulan ke tarikh nikah; alhamdulilah.. dia dah mula sibuk2 nak amik tau detail semua tp bab mbeli brg2 semua serah duit, asna g beli sendiri..

    Tp skrg dh xperlu risau lagi sbb most of the thing dah complete tinggal nk final touch n go jer dh nie =))

    ReplyDelete
  2. pada awalnya agak susah juga... 3 bulan sblm mjls, baru nmpk belaiu bersungguh. dulu, kalau dipesan, tak pernah nak buat. sekarang, siap ingatkan kita pula.
    apa2 pun, saya syukur & saya terima belaiu seadanya...

    ReplyDelete
  3. thanks akak for welcoming me=)
    topik akak arini, mmg sgt terkena dgn diri sy.walaupun sy masih baru utk lakukan wed preparation..tapi, makin hari, mkin nmpk cabarannya.Alahai si jejaka, nak berkahwin, tapi boleh diibaratkan baru start enjin,warm up, tapi tak berjalan2 jgk ketenye.mcm tulaa..apa yg mampu, kena bersabar aje.insyaALLAH, tuhan permudahkan sumenye.=)

    ReplyDelete
  4. lelaki mmg camtu t'msuk en.f sy..hihiihi..

    dah akhir2 ni barulah nmpak perubahan yg die tu bersungguh2..

    tp certain2 part,die still suke amek mudah n serahkan pd sy utk decide..

    ReplyDelete
  5. hehe..setuju la xora..kdg tu dia bukan x nak amik tahu, malas or ape2 pon la..tp nya itu la cr lelaki menangani sesuatu perkara..jauh berbeza dgn perempuan yg begitu beria2..sometimes, benda simple pon leh jd complicated..hehe..btw, itu la yg melengkapkan diri kita..=)

    ReplyDelete
  6. hi xora! suka baca entry ni...well, secara umum sy rasa majority kaum lelaki memang tak suka fikir hal remeh temeh tentang sesuatu majlis. segala keputusan banyak kita kaum wanita ni buat selagi tak pelik di mata mereka..

    sekiranya keputusan yg penting dan kita tak pasti cara nak decide barulah kaum lelaki ni akan campur tangan. setakat nak decide design baju nikah & reception, tema2, centerpieces, pelamin etc, tunang saya memang lebih suka sy yg decide walaupun adakalanya kita nak dia bersama2 buat keputusan tu.

    cara sy?? ohh, kena pandai guna psikologi la. jgn nak marah2, merajuk segala.bagitahu dengan elok, mintak tolong dia selesaikan bab yg kita rasa nak dia yg selesaikan. tp, sebagai pasangan, kita kenal jgk tahap penerimaan tunang kita terhadap sesuatu..dah tahu dia memang tak reti buat benda tu, jangan pulak kita paksa jugak! =)

    semuanya berbalik kepada kebijaksanaa masing2.perbincangan anatar cara yg selamat..jgn marah2..sabar banyak2.hehehe

    ReplyDelete
  7. xora,
    sy dulu bg list kat husband
    apa yg dia kn buat..
    sy siap bg due date gak utk tugasan2 tu siap.. hehehe.. kalau nak tunggu dia buat and bergerak sendirik.. mcm lambat sikit le..so tu jek lah cara yg sy gune.. :)

    ReplyDelete
  8. hum. tul tuh. lelaki ni banyak amek mudah. mungkin sebab mende tu simple je tapi kita perempuan yang buat jadi complicated sebab nak cantek & everything sehabis baik. hihi. lelaki ni owang dah majuk baru nak gerak kot? ;p

    ReplyDelete
  9. hi xora hahahha betul tu, lelaki mmg mcm tu...cara sy gerakkan dia, sy terpaksa jadi reminder utk dia..kalau wat senarai semak sure dia cmpak ntah kat mana2..so smua tu sy simpan n remind dia bila nak setle benda itu n ini, lagi senang kan...huhuhu

    ReplyDelete
  10. xora,
    i pon ada problem cmne. tp last2 kami decide, my kekasyfi hati xley cmpur urusan kat my side and i pon x bley cmpur tangan dlm her side. tp still, baju untuk bertandang i pilih sendiri. hehe

    ReplyDelete
  11. hi xora..

    Alhamdulillah... saya tak susah sangat nak menggerakkan bakal tunang saya untuk peduli tentang majlis kami.. (sebab dia sebenarnya yang beria-ria nak bertunang huhu) percayalah dia lebih excited daripada saya..

    soal nak beli barang semua.. seperti biasa orang perempuan memang akan tengok semua pilihan yang ada pastu keluarkan banyak idea2.. saya akan google la.. tgk majalah la.. tgk gamba kawin kawan2 la.. tapi mujur saya mahukan signature saya sendiri untuk majlis kami.. so titik fokusnya lebih jelas hehe

    dan seperti yg xora lalui juga.. hafiq akan menjadi pendengar setia.. bila saya dah habis bercakap barulah dia mengeluarkan ideanya yg lebih bernas kemudian saya akan touch up sket2.. hasilnya.. kami sama2 bersetuju tentang sesuatu perkara

    mungkin juga saya beruntung sebab hafiq yg memulakan semuanya.. dan saya akan menjadi pengikut setia.. tapi kan.. kemungkinan untuk kami menjadi couplezilla tu ada kut hahaha. masing2 nak perfect (tapi ikut budget la juga kan)

    ReplyDelete
  12. hmm rasa nya topik ni terkena batang hidung sendiri..huhu..majlis kitorg tak smpai sebulan lagi..tapi yg pelik me & my fiancee relax jee..mak ayah lak yg bizi amik tau suma detail...suma keputusan mak ayah yg decide, kami follow je..bukan apa, biar satu kepala je yg buat keputusan..takot nnt byk sgt idea, bertambah kelam kabut plak..hehe

    ReplyDelete
  13. Hi,

    I tot i jer yg faced thid kind of problem.. Rupe2 nyer mmg guy mmg totally mcm tu eh..

    I plak hampir putus tunang sbb da give up nak push dier. Dier ckp i suke push n dier xdpt ikut rentak i.

    Smp kitorg kene bebel dgn akak dier sbb i n my fiance ni mcm ada batu besar atas kepala kitorg. Sgt lar keras kepala.

    At last after da kene brain wash br lar i slow down n dier plak move ckit.

    Sbnrnyer tolak ansur sgt lar pntg kn..

    As today tggl 23 ari jer for our big day. Hope semuanya akn berjln lancar. InsyaAllah..

    ReplyDelete
  14. hye xora, my case terbalik pulak. yg lelaki yg beriya lebih, i yg malas nk buat preparation. hehe.. i kalau boleh nk buat yg simple2 je, tp the groom mmg beriya survey sana sini. cerewet pulak tu. haha..

    tp i thankful jugak dia jenis org yg camtu. so tak rasa bersalah sgt nak ajak dia survey2 kat jln TAR etc2. dia ikut jek.. certain2 lelaki kan tak suka nak jln2 survey2 ni kan.. hehe

    anyway, boleh tak i nak mintak checklist kahwin yg u buat tu? my email is sk.adam[at]rocketmail.com. thanx in advance.. :)

    ReplyDelete
  15. sangat menarik idea cik Xora..
    mungkin bila saya nk mendirikan rumah tangga saya akan plan mcm idea cik Xora.. kemas, teratur, tersusun dan ada target :)

    ReplyDelete
  16. hye hye..

    i ari tu, maybe sbb pertunangan nye sekejap je, oleh itu abang pon kelam kabut sama macam i. hehhe.

    tapi btol ape u ckp... kene terangkan kat die details. i dah terbiasa sebelum buat keputusan kene tanye die dulu. so bila ape2, tanye die and nasib baikdie jenis bagi pendapat ikut ape yg die rasa.


    pastu i plak duduk jauh, so dari ari isnin lagi i dah kene plan weekend yang i balik KL tu kene pg mana, kene buat ape...pastu by ari rabu dah kene bgtau die supaya die bole jadi peneman setia utk ke mana-mana. :)

    ReplyDelete
  17. kak xora... tajuk kak xora 2.. mmg betul2 terkena kat diri saya..., mmg susah sgt nk gerakkan org laki nie... may be they love to takes things easily.. bukan semu laki cam 2... dlm kes saya nie, well.. nk "gerakkan" bakal husband nie.. huhuhu, mmg berperang..., coz ayat yg selalu kuar... "lambat lagi, taw la saya nk uat nanti"... sampai terasa sapa yg nk kawin dengan sapa...

    tp alhamdulillah, tinggal lg 2 bln baru nk bergerak...

    ReplyDelete
  18. Asna: bersusah-susah dahulu kan? skrang sudah OK. sama2 ganding bahu kan?

    Mazni: Betul cakap kamu, terima seadanya kan? baru hati pun tak sakit utk perkara yang tak perlu sakit pun.

    Meeya: Haah, permulaan masuk gear 1, kang dah makin dekat, makin pantas masuk gear. jgn masuk gear R sudah :P

    Ayu: Encik F berubah pasal sayang kan kamu kan? :D

    aLLY: betul la, lelaki ada cara mereka sendiri berfikir kan?

    NorR: saya stuju kamu kata jgn mendesak sgt. kalau desak2 boleh jadi gaduh kan? dah gaduh2, masam2 dah tak harmoni!

    Yani: cara kita sama ye? dah itu aje yg berjalan kat diorang kan?

    ReplyDelete
  19. Thal: haah strategi terakhir adalah merajuk! :P

    Farah, kamu buat reminder yg camne?

    Purple: iye baju itu sangat penting kan?! tu harus, kita harus nampak cantik!

    Izan: kamu dan dia banyak persefahaman ya?

    Mya: Haah, kalau byk sgt decision maker, dah satu hal lagi!

    Paw: doakan majlis kamu berjalan dengan lancar ya InsyaAllah!

    SK: biasanya, memang salah sorang aje cam tu. if dua2, tu yg perang!
    hihi

    Fiza: oh ye ke? terima kasih.. tapi kan, lain org lain caranya. Tapi boleh aje kamu cuba cara cam tu dulu :p

    Ida: toleransi tu penting kan?semua perkara boleh dibawa bincang. bagus kamu berdua

    MyNote: topik kali ni ramai yg rasa dekat di hati :P lagi 2 bulan ye majlis? InsyaAllah harap semuanya selamat ya?

    ReplyDelete
  20. same as other B2B...ingatkan i sorang je face camni..iskh3..sadis2.. rupenye mmg most of G2B camtu ek..but then i have discus wit my fiance..die kate lelaki mmg la camtu..as tips bg B2B utk less stress dlm maj pngntin bln mei, ade tip#8..most lelaki mmg prefer simple, so B2B kna tolak ansur sket..sometimes i anggap ni adlh 1 of dugaan bertunang..n pndpt my fiance, die kate die mmg prefer kalu ikut schedule, tapi bab2 survey2 tu mmg llaki kureng suke la..hu3 :P

    ReplyDelete
  21. tengah tengok & baca entry lama akak, terbaca pulak entry ni.
    saya setuju sangat dengan kenyataan akak. memang betul lelaki ni susah nak digerakkan kalau kita yang tak menggerakkan. alasan lambat lagi. tapi bila nak dekat-dekat, bila saya takutkan cakap lagi berapa bulan, baru la semangat. hikhik. (: best sangat kalau dua-dua semangat nak merancang untuk pernikahan & perkahwinan. hanya orang yang mengalaminya sahaja yang akan rasa. kan akak? (:

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)