31 January, 2010

Kenduri Tanpa Peta


Salam dan hai

Saya dan D memang jenis yang tak berkira samada jemputan itu dengan kad atau tanpa kad. Kalau pun hanya menerima jemputan SMS atau E-kad, saya tetap terima dan tetap pergi kalau tiada halangan. Saya tau, kebanyakkan orang ada dan masih lagi menitik beratkan jemputan pakai kad sebab sememangnya, jemputan kad tu lebih rasa personal. Tapi di saat akhir, kadang-kadang, kad lambat sampai, kad tak cukup dan bermacam lagi perkara yang tak dijangka berlaku. Sebab tu saya tak berkira sangat. Kadang-kadang, saya request saja hantarkan e-kad, pasal saya memang selalu terhilang kad kawin. Jadi kalau e-kad boleh print banyak kali :P

OK, tujuan saya tulis pendahuluan tu, pasal jemputan hari ni oleh Syammel dan isteri, di Hulu Langat pun tidak menerima kad, cukup SMS. Lagi haru, pasal tiada peta dan D pulak ingat-ingat lupa rumah kawan matrik dia ni. Jadi kami main redah aje la. Nasib petunjuk arah diletak d tempat yang strategik, jadi takde la kami meriban cari arah.Di mana ada kemahuan, disitu ada highway!

Terus punye terus, dan hanya bergantung pada petunjuk arah, akhirnya kami sampai. lega sangat :P Orang pun memang ramai. Warnanya pulak-- Kuning raja!! Pengantin belum tiba, jadi kami makan dulu.


Makanan sedap, terutama ayam goreng!! Giler sedap.. Masa kami sampai pun, dah terbau ayam goreng. Perghh! Sedap sangat makan time panas-panas. Saya amik dua ketul aje, tapi bila nak tambah, D catu makanan saya pasal saya tidak berdisiplin bila hal makan luar ni. Hihih.


Dalam 15 minit kami tengah makan, pengantin pun tiba. Tak sempat dah ha nak amik gambar :P Pengantin tiba dengan warna kuning! --Adakah ini jodoh??!!dan petanda, saya dan kuning raja tidak dapat dipisahkan?


Berbanding majlis yang lain yang biasanya doa akan dibaca masa pengantin di atas pelamin atau di meja beradap, majlis ni bacaan doa dimulakan bila aje pengantin sampai. Saya rasa sesuatu yang amat indah pasal sebelum mulakan langkah, doa jadikan penghulu. Suka suka..! Tapi rasanya, majlis ini sesuai untuk majlis di rumah kot seperti Syammel ni--dari pandangan saya la.


Pengantin terus ke pelamin di dalam rumah. Jadi saya dan D pun tunggu la sampai habis tepung tawar. Tapi sesuatu telah menarik perhatian saya--hantarannya!! Masa perarakan pengantin, barang hantaran kepada belah lelaki, dibawa bersama. Rasanya adat orang Negeri Sembilan memang cam tu.

Nampak tak apa saya nampak??


Bukan bilangan dulangnya, tapi tentang hantaran menggunakan bantal!!! Saya suka.. saya mahukan macam ini. Kecuali, saya memang tak gunakan alas dulang langsung dan terus lekatkan bantal (tapi takde la segebu dalam gambar ni) pada atas dulang tembaga kami. Lagi satu, hantaran ni langsung tak menggunakan bunga dan hanya riben. Saya suka juga pasal menjimatkan masa dan kos. Tak perlu risaukan tentang bunga :D Kombinasi warna silver, putih dan hitam yang sangat cantik! Setiap hantaran, ada bebulu yang cam kucing.. Hot!!!



Kami balik dapat bunga pahar percuma seorang makcik tu bagi pasal kami naik pelamin bergambar. Terima kasih makcik!!


Hari tu, D penah kata, majlis skrang ni dah lebih cenderung nak bagi duit, berbanding hadiah. Saya pun rasa macam tu. Rasanya, kalau dari 10 orang kawan kami kawin, cuma 3 orang aje kami bagi hadiah. Yang lain, semua bagi duit.

Korang pulak?


31 Januari 2010




Mata Ikan


Salam dan hai

Adakah ini dipanggil Fish Eye?


Sumber: Rashdi Amin

Betulkan saya jika saya silap.

Erm.. Fish Eye atau tidak--- 'Eye' still love this photo very much!

Nota: baru balik dari Pekan, Pahang. Sempena pelancaran Digital Pekan oleh YAB PM.


Tergendala rancangan beli kain nikah minggu ni. Mungkin minggu depan ada rezeki kot InsyaAllah :D Beberapa bayaran deposit perlu diselesaikan minggu ini.

Maaf, terlewat untuk saya alukan kedatangan pembaca tegar ke 101 dan 102- Hazrin (rasanya la, pasal saya tak dapat nak cari dari susunan pembaca tegar, mungkin pasal mengikut blog saya secara private) dan Nurin. Teruskan membaca blog saya ni ye dan harap kita dapat sama-sama kongsi pendapat :D

Terima kasih.


31 Januari 2010

29 January, 2010

Tips Untuk Pre-Wedding

Salam dan hai

Saya rasa, seminggu ni asyik cerita pasal pre-wedding aje kan? Maaf la ye kalau saya membosankan :P tapi sementara semuanya masih segar dalam kepala saya, baik saya coretkan disini untuk tatapan masa hadapan saya :P

Oh tapi sebelum tu, bagi mereka yang masih mencari OP, apa kata korang baca tips2
Pilih Wedding Photographer yang ditulis oleh Acai. Dia juga OP, jadi saya kira ada baiknya korang baca pendapat OP tentang OP :)

Hanya setelah kamu ada OP pilihan (kalau belum, baca dulu tips2 yang Acai bagi ya dan kalau berminat, terus aje sambar dia sebagai OP kamu :P), baru kamu boleh teruskan dengan photoshoot.

Sekarang saya nak kongsi tips untuk pre-wedding. Ini bukanlah tips dari profesional OP ye, tapi ni hanyalah pengalaman saya yg senipis kulit bawang. Tapi hati tetap meronta nak kongsi dengan kawan-kawan. Iye la sementara saya masih ingat kalau tak dapat banyak, sikit pun jadi la.

Tips ini sama sekali tidak akan menjanjikan kamu akan dapat gambar terbaik, tapi sekurangnya, kamu akan jumpa OP kamu dengan sedikit pengetahuan tentang apa yang kamu nak, tidak lah kamu terbangak depan OP. Ini pre-wedding kamu. Kamu tentukan hala tujunya.

1. Idea
a. Tema

Macam juga merancang majlis kahwin, tema adalah perkara asas yg perlu ditetapkan. Sekarang, kalau kamu google, bermacam tema yang kamu boleh jumpa; tema 60-an, tema santai, tema budak sekolah, tema gothic, tema arab, apa juga tema yang kamu dan pasangan setuju dan selesa, ajukan pada OP dan bertukar fikiran dari situ. Mungkin OP dapat memperkemaskan lagi tema kamu. Macam saya dan D pun, kami hanya ada tema zaman sekolah, tapi lepas jumpa A.Rashdi, dia tambah-tambah idea, maka jadilah prewedding tiga zaman kami.
b. Jalan cerita
Kamu pun perlu tau apa jalan cerita untuk pre wedding kamu. Samaada kamu memang hanya nak bergambar sahaja atau kamu mempunyai jalan cerita tertentu untuk disampaikan. Mungkin kamu nak gambar tu menceritakan dari saat kamu berkenalan, bercinta dan melamar ke kan? Bincang dengan OP kamu, mana tau dia ada pendapat yang lebih bernas-- belajar percayakan orang, sesuatu yg saya susah nak buat :P

2. Pakaian
Pakaian kamu bergantung kepada tema yang dipilih. Cari sesuatu yang dapat menggambarkan zaman atau situasi tema kamu. Tapi kamu kena pastikan, jangan tersalah zaman. Contoh, kamu pakai tema 60an, tapi kat tangan ada jam Esprit edisi 2010 ke. Kan tak kena dah tu. Pendek kata, pastikan dari hujung tudung/rambut ke hujung kaki, takde yang terlepas pandang. Memang betul, dalam gambar takde siapa pun perasan. Tapi bila kamu tengok balik dan perasan, akan jadi tak puas ati.

Selain pakaian, penampilan diri pun memainkan peranan. Sebagai contoh, pre wedding kami, kami buat secara terbalik, iaitu dari zaman kerja, ke zaman universiti baru ke zaman sekolah. Pasal? Pasal untuk zaman sekolah, D akan cukur misai dan janggutnya, jadi nampak beza untuk zaman-zaman tu (idea A.Rashdi juge :P). Saya pula, pada mulanya nak pakai cermin mata masa sekolah, tapi bila fikir, jadi cam nerd lak. Maka cancel :p

3. Lokasi
Kamu ada lokasi yang kamu amat suka dan nak bergambar di sana? Pastikan lokasi juga bersesuaian dengan tema kamu. Bagitau pada OP tempat mana yang kamu berminat. Kalau kamu tiada idea, OP boleh membantu. Mungkin dia ada cadangan yang lebih sesuai. Kalau kamu perlukan kebenaran untuk masuk ke tempat tu, pergi jumpa guard dulu siap-siap dan minta kebenaran sebelum tarikh shooting. Kami ada masalah sikit kat UPM tapi nasib A.Rashdi sudah ada Plan B, jadi kami ikut aje la.

4. Posing Idea
a. Candid atau pose penuh gaya?
Buat keputusan samada mahukan candid, pose, atau kedua-duanya. Biasanya bincangkan perkara ni dengan OP kamu. Macam saya, pada mulanya tak kisah mana-mana pun pasal yang penting bagi kita B2B ni, asal amik gambar. Tapi memandangkan soalan tu diaju oleh A.Rashdi, jadi lepas bincang dengan D, kami mahukan candid, tanpa satu pun memandang camera. Pemilihan adalah bergantung pada diri dan pasangan kamu, jangan ikut orang dan tiada siapa kata candid lebih cantik , atau vice versa.

Macam kes saya, kami pilih candid kerana:
i) D segan dan tidak selesa nak bergambar pandang camera sambil pose
ii) Saya teringin nak tengok gambar saya candid kerana tak pernah ada gambar candid saya, dalam keadaan semenggah :P Bila candid, confirm muka buruk :P

Jadi, sepanjang photoshoot, A.Rashdi tetapkan kedudukan poster badan kami, tapi body language, mimik muka semua, bergantung pada kita, tapi tu pun berdasarkan komen A.Rashdi. Dia selalu ingatkan untuk senyum atau ketawa selebar-lebarnya.

5. Props
a. Props mati
Props mati kat sini adalah sebarang apa peralatan atau perkakasan yang digunakan untuk menaikkan lagi seri tema pre wedding ni. Biasanya props mati kena la bersesuaian dengan tema. Contoh(sekadar memberi beberapa contoh);
i) Tema sawah padi di kampung: payung, mangkuk tingkat, tikar, gitar atau basikal tua
ii) Tema Santai: Scrap book bercinta, buih-buih sabun, belon, bakul piknik, gitar,

b. Props hidup
Props hidup ni adalah makhluk hidup yang akan menyerikan lagi pre wedding kita, boleh jadi kawan-kawan rapat, kucing kesayangan kita ke, atau apa sahaja. Tapi jangan lupa, maklumkan pada props kamu kehadiran mereka dan pemakaian macam mana mereka perlu pakai. Mana tau, kamu mahukan mereka sedondon tshirt putih dan jeans biru ke. Sekurangnya, bagi tempoh waktu seminggu atau lebih untuk mereka menyediakan apa yang perlu. Mereka pun nak juga kelihatan cantik dalam gambar, bukan kita aje.

Maka, saya kira, setelah kamu dah ada 5 senarai ni, kamu akan lebih bersedia untuk buat photoshoot. Senarai ni memang masih belum lengkap dan mungkin ada yang saya tertinggal. Jadi kalau ada sesiapa yang nak tambah, dipersilakan sangat-sangat.

Oh ya, kalau kamu agak control freak macam saya, mungkin senarai semak ni boleh bantu kamu untuk semakan semula senarai apa yang perlu dan tak perlu sebelum bertolak.



Tips-tips terakhir sebelum hari shooting:

1. Jangan lupa bawa baju dan kasut extra. Mana tau, pemilihan kamu tak sesuai. Sekurangnya kamu masih ada alternatif. Gadis, jangan lupa bawa barang makeup dan kertas serap minyak. Bagi saya, makeup mata yang paling mudah jika kamu tidak pandai bermain dengan kaler eye shadow, mungkin boleh pakai Contact Lense Fresh Kon yang warna hitam/ coklat, supaya anak mata nampak lebih besar dari biasa. Jadi cam anak kucing.. meow!!!

2. Dengar.. dengar.. dengar!! Dengar arahan OP. Jangan jadi cam saya, asyik borak dengan kawan-kawan dan hilang fokus. heheheh. Nasib A.Rashdi sabar juga :p

3. Eye contact. Jangan lupa eye contact itu penting antara kamu, pasangan dan props (Tips penting A.Rashdi)

4. Komunikasi. Bagitau pada OP apa pose yang kamu nak dan samada sesuai atau tak. OP biasanya akan guide kamu dalam pose yang sesuai berdasarkan apa yang mereka lihat pada camera mereka. Kalau kamu dah mati akal, tanya aje kat OP "Abang, ni nak pose macam mana ni?" . Kalau OP suruh buat sesuatu dalam keadaan slow-mo, sila dengar arahan. Jangan jadi cam saya dan rakan-rakan, menggelupo :P Nanti camera tak dapat nak capture moment tu.

5. Pastikan minyak kereta penuh. Mana tau kena buat de-tour cam saya, sekurangnya takde la buang masa isi minyak.

6. Sediakan 100 plus untuk kamu dan OP. Kadang-kadang, kalau haus sangat, pose pun tak dapat buat yang terbaik.

7. Cari keserasian. Kamu lebih kenal pasangan kamu. Kalau kamu jenis yang biasa bergambar dan dia tidak, kamu harus bagi dia ruang yang selesa untuk dia. Kamu boleh berborak-borak dengan dia, usik-usik dia ke, bantu dia untuk poster badan yang sesuai.. buat seolah-olah tiada OP di depan kamu.

8. Hubungi OP untuk final briefing. Macam saya, malam sebelum shooting, baru A.Rashdi call dan bagitau apa yang saya perlu bawa dan terangkan apa yang patut saya jangkakan masa shooting tu. Tetapkan masa dan tempat di mana kamu perlu bertemu. Jangan lewat.

9. Hubungi Props (jika ada). Ingatkan mereka semula apa yang perlu dipakai atau apa-apa sahaja. Bagitau mereka waktu mereka perlu ada di sekian-sekian tempat. Sudah cukup baik mereka sudi jadi props, maka itu tanggungjawab kamu untuk ingatkan mereka apa yang perlu.

10. Paling penting --- HAVE FUN! itu adalah kunci nya. Jangan stress kalau ada benda terlupa disaat akhir, kalau apa dirancang tak menjadi, kalau ada props tak dapat hadir, kalau kamu terlupa pose yang kamu nak sangat buat. Enjoy saje setiap saat, tak perlu tekankan nak kesempurnaan. Kalau kamu gembira, hasilnya akan nampak pada gambar. Redha dan redah!

Sesuatu yang saya belajar, kalau korang ada video cam, apa kata bawa sekali dan pasang (atau minta rakan rakamkan) sepanjang photoshoot. Kenapa? Sebab sebagai rujukan, dari video tu baru korang tau macam mana pose dan betapa kakunya korang :P Lagipun moment spontan macam ni, bukan boleh dibeli oleh duit tau!

Aha, kalau kamu memang kaku bergambar, apa kata kamu google images dan cari pose2 yang cantik bagi kamu, print dan bawa pada hari shooting. Serius, mungkin itu boleh membantu kamu untuk kurang kelihatan kaku. Jangan lupa, pelbagaikan pose. Jangan stuck dengan pose yang sama untuk tempoh yang lama--jangan jadi macam saya (lagi sekali) :P hihihi..

Jangan lupa, amalkan minum air masak sentiasa dan jangan tidur lewat malam sebelumnya. Nanti mata nampak tak bermaya. Jaga kulit! Tiada siapa ingin 'Miss J' datang melawat sebelum hari photoshoot ok!!

Ok, saya uploadkan beberapa video di bawah ini. Mungkin korang boleh dapat gambaran camne keadaan shooting nanti.

Jangan risau. OP akan bantu korang untuk pose. Jangan terkejut kalau mereka mula memanjat sana sini, baring kat lantai. Biarkan..biarkan mereka bekerja.



Dengar arahan OP. Kalau dia kata 'Tukar', maka 'Tukar' la pose tu--walau merepek camne sekali pun mimik muka masa tu.


dan.. apa yang saya boleh kata, photoshoot kami amat bingit, bising, kecoh dan sewaktu dengannya. Kami terlalu banyak bercakap. Mungkin kawan-kawan saya terlalu menghayati watak yang diberi.Harap dalam kekecohan, dapat beri pose yang menarik, ye A.Rashdi?



Kalau ada sesiapa nak tambah lagi tips, sila kan ya?!

Usah bandingkan diri kita dengan model yang sedia ada. Usah tekankan diri dengan pose-pose yang kita sendiri tak tau kita boleh bawa ke tak. Jadi diri sendiri, cuma jadikannya lebih baik dari biasa. Sentiasa komunikasi dengan OP, setiap OP ada cara mereka sendiri. Mereka akan bantu kamu untuk melepasi frasa tu. Jangan jadi control freak cam saya :P Oooh, mahu lupakan era masa saya jadi control freak tersebut :P

Berseronok la! Anggap ini 'warm up' sebelum hari majlis kamu nanti.



Nota kaki: Pada masa korang baca ni, saya sudah dalam perjalanan ke Pekan, Pahang atas tuntutan kerja.Kerja hari Sabtu amat tidak best!!haii takpe la bukan selalu pun jadi petugas protokol.. Jadi segala komen akan saya approve pada hari Ahad. Terima kasih.


29 Januari 2010


27 January, 2010

Pre-Wedding Photos: Back To School

Salam dan hai

Nota: KhairulHaya, post ini untuk kamu! All the best untuk pre wedding kamu nanti ye! Buat yang terbaik tau!! :D Saya tunggu gambar kamu nanti :D



Mempersembahkan..


Tema: Kembali ke sekolah


Bosan gilak!!! Ko faham ke apa yang diajar?


Jom buli si ulat buku tersebut dengan balingan maut bebola kertas.


Aku rasa soalan ni, soalan spot SPM tahun ni. Confirm!


Kena belajar rajin-rajin untuk SPM! Nak ibuayah berbangga dengan pencapaian kami.


D: Korang baling kertas tadi ye?


X: Ko pehal tuduh kitorang baling kertas kat ko?
D: Dalam kelas ni, cuma kita berlima aje la. Takkan OP dua orang tu lak yang baling?!


Kena sound sikit budak Dzulq ni. Nak tulis apa ye..


Jawab soalan Add Math pun, muka tak serius camni hokey

p.s tudung senget pasal sebelum tu tudung dah kena tarik dengan Fieza dan takde masa nak betulkan :P


Ini bukan surat cinta. Ini surat ajak gaduh belakang kelas.


LAGI~~~






Sekian, terima kasih. Wassalam.


27 Januari 2010

Pre-Wedding: Zaman Universiti & Zaman Kerja

Salam dan hai!!

100!

Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua Bakal B2B, B2B dan Mantan B2B yang telah menjadi pengikut saya. Dan
Siti Nur Hawa (serius ok, masa buka blog dia, saya teringat lagu Nur Kasih. Tak tau kenapa) telah melengkapi jumlah pembaca tegar kepada 100 orang.. Terima kasih!!

Erm.. Korang bosan tak kalau saya masih nak menulis tentang Pre-Wedding saya? Tak bosan kan?? Ha, korang memang paling best!

Kali ni dah tak cerita pasal zaman sekolah dah. Saya nak kongsi video sepanjang tempoh photoshoot masa zaman Universiti pulak. Sebenarnya, pada mulanya kami ke UPM, di Fakulti Kejuruteraan, tapi banyak sangat peraturan dan ada kawasan kami tak dibenarkan masuk.

Jadi atas nasihat A.Rashdi, kami ke UKM, ke Perpustakaan Tun Sri Lanang. Mengikut kata A.Rashdi, kat sana, ada ruang belajar di luar perpustakaan, jadi molek untuk amik gambar di sana.

Saya sempat rakam video masa shooting ni.

Props kami selain kawan-kawan kami, adalah buku dan kertas kajang nota-nota lama masa zaman uni dulu, dan dua laptop. Ok, jalan cerita untuk zaman ini: Saya dan D di universiti berbeza, kiranya jarak jauh dan hanya berhubung di Internet. Sebab tu, kami tiada langsung pose bersama. Saya bersama kawan-kawan saya dan D bertemankan suami Fieza, plus seorang mamat terjun yang tengah belajar sorang-sorang kat salah satu meja tu, dan dia amat sporting untuk jadi props, asalkan jangan kacau dia study :p

Takde banyak dapat saya rakam, jadi kat bawah ni aje la rakaman video yang sempat diambil.



Lepas selesai shoot di UKM, kami pusing ke Secret Recipe di Bangi untuk selesaikan kesudahan ceritera kami-- lamaran! Kami dah pergi pagi tu, tapi kedai belum buka. Itu la pasal kami sudahkan dulu shooting di UKM. Memang penat pasal 2 kali kena salin baju kerja.

Saya rasa, saya lebih selesa bergambar di khalyak ramai di tengah bandar Kajang tu daripada shoot depan kawan-kawan saya. Segan gila depan diorang. haiissshh!! Dah la diorang tu bising mengejak saya :P Tapi tebalkan aje muka depan mereka.

Tapi disebabkan kehadiran mereka juga, dapat idea untuk benamkan cincin ke dasar kek. Kiranya saya kena olok-olok hampir termakan cincin yang dibenamkan. Kalau dengar betul-betul dalam video ni, mereka dok jerit suruh benamkan cincin. "Potong pakai garfu" :P A. Rashdi pun layan aje idea tu.



Pada post lain, nanti saya akan berikan tips bagaimana nak kawal keadaan dan diri bila bergambar di khalyak ramai. Walaupun saya tidak la pro, tapi saya rasa, perlu untuk saya kongsikan dengan B2B yang lain kerana kebanyakkan kita, kali pertama bergambar posing bagai di khalyak ramai, adalah pada hari kita kawin nanti. Saya pun seperti kamu, langsung tiada pengalaman. Mana tau kesilapan saya, kamu boleh elakkan masa bergambar pada majlis kahwin nanti.

Selama ini, saya ingatkan bergambar ni bukan la masalah. Tapi bila saya tengok semula pose-pose saya dalam video ni, baru saya faham, susah gila ok jadi model!! Patut la peserta ANTM tu sampai nangis-nangis lepas shoot tak bagus. Saya tengok pose saya tiada kepelbagaian langsung.

Hai.. perlu diperbaiki lagi!

27 Januari 2010




26 January, 2010

Teaser- Pre Wedding Photos


Salam dan hai.

Teaser untuk Pre-Wedding kami tempoh hari. Baru dari 'ketuhar' A.Rashdi. Buat tatapan Bride-to-Be yang sudi dan rajin singgah ke blog saya ni. Terima kasih.

Ni la D saya. Siapa yang Google D saya hari tu, --Ni tuan punya diri. Tengok puas-puas (saya tak cemburu, cuma risau--erm. bunyi cam seorang yang tidak menerima hakikat kan? :P).


Sumber:
Rashdi Amin

p.s masa ni kami memang betul-betul tengah bergossip :P



26 Januari 2010

Kenapa Google Nama D Saya?


Salam dan hai

Selamat datang ke blog saya buat pembaca tegar ke 99- Lynda! Yeayyy!!!! Terima kasih Lynda!

Ok, bukan la cara saya untuk update blog di pejabat. Tapi kali ni, update dibuat di pejabat.

Tadi saya buka Nuffnang saya, sekadar nak tengok Analytics tentang blog saya ni. B2B yang pakai aplikasi Nuffnang dalam blog mereka, tau la komposisi Analytics macam mana.

Tapi yang buat saya rasa tak sedap hati, bila saya klik kat Keywords dan keluar "Dzulq Serdang"



Saya tak kisah kalau sebelum ini, Keywords yang lain-lain, macam "Restu Rezeki Enterprise", "Pengantin Bertudung 2009", "Warna hantaran pilihan 2010", "Kertas Kerja Majlis Perkahwinan", atau "Belanja Kahwin" merupakan Keywords yang dimasukkan, lalu terselit la blog saya.

Tapi bila nama D saya yang di Google, saya amat concern.

Selama ni, saya memang jaga identiti siapa diri saya, siapa kawan-kawan saya, famili saya, pekerjaan saya. Kalau saya ceritakan pun, tidak terlalu terperinci. Sekadar terselit nama mereka sahaja dan gambar mereka.

Sebelum ni, tak pernah orang Google nama D. Sehingga la saya masukkan post pre-wedding kami, beserta video kami. Nasib la saya tidak menulis nama D secara penuh dan D sendiri menggunakan nama pena untuk akaun siber dia. D juga tak berminat sangat untuk terlibat dalam social networking macam Facebook dan Friendster. Jadi result Google Search atas nama Dzulq tu pun, tak banyak.

Saya tau hal ni kecik aja. Tapi entah la. Saya rasa seperti ada kepentingan untuk tidak terlalu mendedahkan identiti saya dan mereka yang rapat dengan saya. Saya bekerja dalam keadaan dan pengetahuan yang cukup peka tentang bagaimana teknologi selalu disalah guna oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Jadi mungkin sebab itu saya berjaga-jaga dalam hal ini.

Saya cuma mahu dua kehidupan yang berbeza untuk Xora di alam siber dan diri saya yang sebenar di alam nyata.

Itu sahaja.

Biar Xora diminati untuk penulisan dia, dan bukan siapa dirinya selepas keluar dari akaun Blogspot.

Cukup.

Terima kasih kerana memahami.


26 Januari 2010






24 January, 2010

Disebalik Tabir Pre-Wedding

Salam dan hai..

Demi kawan-kawan B2B yang comey-comey ni, saya uploadkan sedikit preview pre wedding kami-- tema Kembali ke Sekolah. Saya edit sendiri, cincai aje :( Kalau A.Rashdi yang buat, lagi cantik .. hohoh..

Tapi serius, saya buat ni masa tengah letih sangat-sangat, jadi maaf , memang buat ala kadar aje, Saya buat sekadar cukup-cukup untuk menjamu kawan-kawan B2B yang lain buat masa ini.

Kalau baca
post sebelum ini, jadi dah tau jalan cerita ni macam mana.

Bayar upah utk OP+belanja makan= RM sekian sekian.
Meluangkan masa bersama D dan kawan-kawan rapat kami, pada hari jadi saya-- TAK TERNILAI

Terima kasih.

Enjoy video yang tak semenggah editing dari saya yang ngantuk ni! Tiada apa yang saya nak ubah tentang jalan cerita nya.

1. Kami memang jahat masa sekolah.
2. D memang nerdy dan baik.
3. Saya suka dulu padanya :D

Jadi apa yang korang tengok masa Di Sebalik Tabir ni, memang realiti kehidupan zaman sekolah kami dulu. Cari gaduh dengan orang. Buat bising dalam kelas. Semuanya tiada yang rekaan.

Dan tiada apa pun saya nak ubah tentang itu :D Kesian gak tengok A.Rashdi nak kawal kami berempat yang terlebih loud sangat :P

oh ya, saya tak pernah letak sebarang gambar saya dalam blog ni sejak menulis 6 bulan yang lalu. Saya yang baju bewarna Ungu. Pengawas Koperasi.



Terima kasih untuk semua ucapan hari jadi :D Sudah 16 tahun---buat kali ke sepuluh :P

24 Januari 2010

Xora Sudah 26 Tahun!!


Salam dan hai!!!!

Oh sangat excited nak menulis. Tapi terlebih dahulu, nak alukan pembaca tegar yang baharu; Fiza, Zaa dan Astalavista ke blog saya ni. Terima kasih!

Ok, perkara yang excited saya mahu cerita tentang pre wedding saya. Tapi memandangkan OP kami adalah Abang Rashdi Amin dari Peveyheck, jadi saya tak dapat kongsikan gambar di sini pasal memang tak pegang camera apa pun.

Tapi terlebih dahulu, saya nak warm up dengan sambutan hari jadi yang kawan-kawan saya buat-- Shima, Fieza, Nity.

Sebenarnya, tarikh Pre-Wedding saya, saja saya buat pada hari jadi saya kerana saya nak abadikan gambar bersama-sama kawan-kawan paling rapat yang saya ada. Walaupun kami asyik gaduh dan pernah putus kawan beberapa kali, tapi kami baik semula. Letak ke tepi perbezaan kami, dan bersama-sama jayakan photoshoot hari ni.

Ok, so-Called surprise sebenarnya tapi D memang tak pandai menipu, jadi saya sudah syak sesuatu yang pelik. Dulu kawan2 saya pernah nyanyi di luar gate rumah, sampai dua-tiga rumah jiran saya, keluar tengok mereka menyanyi. Jadi saya dapat agak potensi mereka nak buat benda-benda yang memeranjatkan pada hari jadi saya :P

Tapi memandangkan sudah terbocor, namun disebabkan saya ni mudah teruja, jadi saya tetap excited!



Jangan main-main. Kek ni Shima buat sendiri tau!! Fieza pun ada buat kek (serius terlupa pulak apa namanya sekarang!)


OK, demi kawan-kawan blog saya ni, saya kongsi la sikit apa tema pre wedding kami. Dulu saya pernah tulis sedikit di post yang ini

Ramai yang sudah dapat agak, temanya zaman sekolah.

Betul!! Saya dan D memang dah lama rancang untuk buat tema sekolah ni memandangkan kami berdua dari sekolah yang sama dan kenal di sana. Bila kami sampaikan hajat kami pada A.Rashdi dulu, dia telah tambah idea-idea baru dan atas inisiatif dia, kami telah ada 3 jalan cerita :D

Tapi tu baru suku dari jalan cerita penuh kami. Sepenuhnya, seperti ini:-

Tema 1: Zaman sekolah
Saya, Shima, Fieza dan Nity amat la jahat (sama cam masa sekolah dulu). Suka cari pasal dengan budak-budak lelaki, terutama yang baik-baik. Jadi D kami adalah budak yang ulat buku. Mangsa mudah. Jadi kami buli dia.. Sehingga la satu hari saya tergolek masuk longkang masa berjalan bersama-sama kawan-kawan saya. D dtg menolong saya, tika kawan saya buat dek aje pada saya.. Terus... tergolek hatiku...

Tema 2: Zaman Universiti
Saya, Shima, Fieza dan Nity satu Universiti tapi D diuniversiti yang lain (sebenarnya kami cuma asing meja aje ehehehe.. Buat kat UKM, Perpustakaan Sri Lanang. Props lelaki, pinjam suami Fieza yang amat sporting. Dan seorang budak UKM yang duduk sorang-sorang kat meja tu :p ) Kami terpisah oleh jarak (sebagai bukti, takde satu pun gambar kami berdua :P), tapi kami berhubung melalui gmail chat ( pasal D takde Facebook dan tak berminat untuk buka Facebook)

Tema 3: Zaman Kerjaya
Saya dan D sudah bekerja. Kami berjalan-jalan ke sana sini tanpa endahkan orang sekeliling. Kemudian kami makan kek dan D lamar saya dengan memasukkan cincin ke dalam kek :) dan saya hampir termakan cincin tu, dan terus.. OOOOO.. (serius, real life saya suruh dia buat cam ni, tapi dia takmo. Jadi dia hantar mak dia masuk minang :P-tapi akhirnya dapat dalam gambar pun, jadi la :P) Jadi happy ending pada cerita kami (InsyaAllah, doakan kami ya!), InsyaAllah, adalah perkahwinan.

Ok, gambar untuk pre wedding, kena tunggu dari A.Rashdi.

Nak tengok macam mana kami buli D, tunggu la gambar A.Rashdi.

Nak tengok kami beruniform lengkap sekolah (bukan hal baju sekolah masih ada yang jadi isu, tapi hal kami masih buat memakai uniform sekolah tu--merupakan pencapaian!!) kena la tunggu gambar A.Rashdi.

Nak tengok saya jadi tutor kawan-kawan saya masa di Universiti, kena tunggu gambar dari A.Rashdi.

Nak tengok reaksi 'konon terkejut' saya bila dapat cincin tu, tunggu la gambar A.Rashdi.

Saya kena bersabar, jadi saya harap kawan2 pun turut bersama saya ya, bersabar-sabar menunggu gambar ini :D

Boleh kan? Pasal saya tak terdaya bersabar sorang-sorang. Harap kalian bersama saya :D


p.s Serius, masa kat Secret Recipe, rasa D cam artis lak dan A.Rashdi macam paparazi yang amik gambar Paris Hilton beli kek... Serius.. Patut la Britney Spears boleh jadi gila pasal paparazi.. Apa-apa pun, mendapat kerjasama yang cukup baik dari A.Rashdi, anak buahnya Ijan, kawan-kawan saya Shima, Nity, Fieza, suami Fieza Khairol.. Staff Secret Recipe dan guard Sekolah pun bagi kerjasama yang bagus. Cuaca pun mengizinkan alhamdulillah.. Cuma teramat penat--menyalin baju.. 3 persalinan.. sangat penat..! saya tak tau camna la orang boleh salin baju masa kahwin sampai 5-6 pasang..


24 Januari 2010


21 January, 2010

Sambutan Ulangtahun Kami

Salam dan hai

Hari ni, lepas kerja D amik saya di pejabat. Hari ni mahu sambut ulang tahun ke 5 kami bersama.

Bila saya dah turun dan nak masuk kereta, D minta saya alihkan beg kerja dia yang dia letak di kerusi 'co-pilot' ke dalam bonet kereta. Mudah untuk saya duduk. Kat sit belakang dah berlambak kertas kerja dia. Jadi saya buat aje la. Bila saya buka bonet--wahh!!! Banyak sangat bunga!!!! Penuh satu bonet ;D Semuanya merah!! hua hua hua..mesti beratus ni!Siap masa saya buka, terus ada belon terbang ke udara.. suka suka.. Memang surprise sangat-sangat!

Dan saya perasan sesuatu! Rupanya D dah sangkutkan kotak cincin yang saya nak sangat tu kat salah satu belon tu. Nasib belon tu dah diikat kuat2 supaya tak terbang sama dengan belon-belon yang lain. hihih.. Cantik!! Saya suka :D

Tetiba D dari belakang ucapkan, "Selamat Ulangtahun Sayang."

Terima kasih D!! :D

Kami masuk dalam kereta cepat-cepat pasal segan kalau kawan opis saya nampak..
Dia tanya saya, nak makan kat mana?
Saya kata, mana-mana sahaja yang D nak, B ikut aje.
D angguk aje.

Akhirnya, kami makan candle light dinner yang cukup sempurna, dari segi makanan, layanan dan masa kualiti bersama.

Memang sambutan ulangtahun yang cukup sempurna :)

.
.
.
.
.
.


REALITI : Tak satu pun perkara di atas tu berlaku.

Kenyataannya, D hanya amik saya di rumah malam selepas ayah ibu saya balik dari masjid. Kami ke Secret Recipe, niat nak makan kek bersama. Sesuatu yang cukup ringkas diatas kekangan masa yang kami ada.

Tapi rupanya, kedai tu dah nak tutup dan hanya boleh take away aje. Maka, take away juga la.



Kemudian, kami keliru macam anak kecil sesat di pusat membeli belah. Tak tau nak makan kat mana.

Jadi kami fikir, Oh makan aje di dalam kereta. Nasib tempat parking tu terang dan takde la kot2 cermin tetiba kena ketuk dari luar (Dialog fofular --ni dah kawin ke belum ni?)


Sekeping kek dikongsi berdua (ok tipu, D cuma makan dua sudu aje. Yang lain saya taram. Nyums!!)

Makan cepat-cepat dalam kereta.



Tiada siapa hidangkan apa-apa.

Tiada hadiah atau bunga.

Sekadar D ucapkan "Selamat Ulangtahun Sayang" sebelum saya suapkan suapan pertama kepada dia.

Tapi semuanya cukup sempurna pada saya.

Kerana saya tak perlukan material itu semua. B
ukan hari ini.

Tipu la jika saya menindakkan fitrah manusia mahukan belaian kebendaan.

Tiada apa yang menjijikkan jika mahukan itu dan ini. Naluri manusia jangan dinafikan.

Saya pun begitu..

Dan masih begitu :P hihihi

Cuma setelah sekian lamanya.

Khas untuk hari ini.

Akhirnya,

Saya bukan lagi gadis itu yang senyumnya bergantung hidup pada mewahnya harta pemberian.

Bukan lagi gadis itu yang bahagianya bergantung nadi pada omongan kata cinta.

Jadi sayang,

Sudah, jangan ditanya lagi.

Jangan kata lagi "Maaf B, D tak dapat nak raikan ulangtahun kita mewah-mewah macam dulu-dulu"

Cukup.

B bahagia begini.

Sebab B ada D sebagai kekasih B.

Satu perkara apa pun, B takkan ubah.


Langsung tiada.

Noktah.



Terima kasih D untuk 5 tahun yang penuh senyum dan ketawa ini :D


Ok, tak boleh tulis jiwang-jiwang panjang sangat kat blog. Saya ada kawan-kawan yang kenal saya real life jadi karang terasa pelik pulak nanti kalau bersua muka :p


21 Januari 2010


20 January, 2010

Lakaran Hantaran + 5 Tahun

Salam dan hai

Berhutang ucapan mengalukan kepada pembaca tegar yang baharu - Intan Suhana, Lady B dan Elly. Terima kasih kerana sudi membaca coretan saya.

Semalam, saya tidak post apa-apa tajuk baru.

Saje mahu berehat. Saya tau, saya akan update blog ni hampir setiap hari kan? Cuma semalam, belum ada yang nak dikongsi.

Biasanya post saya tulis waktu malam dan terus jadualkan dalam sistem blog untuk disiarkan esok pagi. Keadaan waktu malam lebih mudah untuk saya menulis.

Hari ni pun rasa cam tak mahu menulis. Sehingga la saya chatting dengan Fieza tengah hari tadi.

Fieza agaknya kurang bz sikit dengan kerja dia, jadi rajin pula dia layan saya chat. Tanya update tentang pre-wedding dan hantaran.

Nota: Ye Fieza, aku takkan marah laki ko. Aku tau aku bossy, tapi if aku nak marah, ko adalah subjek paling senang untuk dimarahi :P

Jadi dia telah emailkan pada saya sesuatu yang saya rasa amat cute dan buat hati saya tersentuh tengok kesungguhan dia mencuri masa melukis lakaran hantaran saya.



Jadi kawan-kawan, begini la rupa hantaran saya nanti InsyaAllah.

Nanti saya update macam mana saya dan ibu buat bantal sebagai alas hantaran. Sesuatu yang saya belajar dari blog kegemaran saya --
Amirul Shafique

Sekarang saya di pejabat. Tak best update dari sana. Tak rasa bebas :P

Tadi ni pun baru balik dari tempat Jamali, bincangkan pasal pelamin. Walaupun keadaan tak mengizinkan dia jadi ketua projek untuk majlis saya, tapi dia dah janji boleh consult saya bila-bila masa. Yeay!! Erm, pelamin mungkin hanya boleh ditentukan lepas tengok koleksi vendors kot kan? Tapi rasanya mahukan sesuatu yang simple dan lapang pasal family D amat la besar. Jadi kena sediakan space yang cukup untuk mereka bergambar.

Terasa bless sangat ada ramai kawan-kawan yang amik berat. Walaupun kadang-kadang sampai saya sendiri sudah confius, tapi sekurangnya ada juga hasil dari perbincangan.

Oh ya, hari ni sudah genap 5 tahun bahagia dan sedih saya & D. Memandangkan tarikh ulangtahun kami dan hari jadi saya dekat, kami biasanya akan sambut serentak sahaja.

Ahad nanti, saya updatekan sesuatu yang istimewa buat kawan-kawan ya InsyaAllah :D


20 January 2010

18 January, 2010

Wedding Monogram


Salam dan hai

Teruskan membaca buat pembaca tegar ke 91-- Marry Me! . Terima kasih kerana sudi untuk klik menjadi pembaca tegar saya :D

Ok, sana sini, saya perhatikan dah makin ramai B2B yang giat menyiapkan kad kawin masing-masing. Majoriti menempah, tapi ada juga yang DIY!

Memandangkan saya berhajat (ok, berangan.. tak tau dapat ke tak) nak reka sendiri kad kahwin kami, jadi saya pun sudah memulakan lompat blog sana sini untuk cari info berkenaan belian kertas. Antara info yang berguna saya jumpa adalah di blog
Yanie.

Sudah dapat sikit intro untuk harga kertas, saya cari pulak contoh-contoh monogram kat Internet.



Memang banyak laman web yang mengajar cara-cara nak buat monogram.

Tapi yang paling saya suka--
WeddingMonograms.blogspot ni. Tapi malangnya, dah takde update dari blog ni atas sebab tuan punye blog dah amik keputusan untuk berhenti menulis. Namun, post-post dahulu dia pun memadai buat yang baru nak belajar.

Dalam blog ni ada ajar setiap satu langkah, dari asas nak letakkan huruf, kepada la tahap boleh bengkok-bengkokkan border.

Ikut pada jadual saya, proses sediakan draft untuk kad kahwin ni mula bulan Februari nanti. Jadi sekarang boleh google imej untuk dapatkan idea dulu.

Proses pertama-- menentukan monogram-- sudah bincang dengan D. Walaupun pangkal nama panggilan saya mula dengan I, tapi bila disusun D-I, atau I-D nampak cam tak best pulak. Jadi saya pakai pangkal huruf pertama nama saya, N. Jadi D-N. Tapi kami tetap akan gunakan nama penuh kami pada kad, dan bukan nama panggilan. Sebab bagi saya, setiap nama membawa maksud. Kalau anak kecil nak dipanggil atau dimarahi pun, kita digalakkan panggil dia dengan nama penuh dia.

Monogram itu kami buat untuk rancangan yang lain. Nanti kalau menjadi baru saya boleh post di sini ya :)


18 Januari 2010

16 January, 2010

Petanda Apakah?

Salam dan hai.

Selamat membaca buat pembaca tegar kita
Janggut (wah kita ada pembaca lelaki?), Isyah , Girl with a Little Dream dan Aweennya. Terima kasih ye kawan-kawan, pembaca tegar baru yang melengkapi jumlah 90 orang :) Terima kasih kerana sudi singgah!

Ok, baca tak tajuk di atas tu? tentang petanda? Ni petanda yang saya agak concern. Setakat cakap-cakap kawan-kawan, bagi saya takde apa itu semua. Tapi bila ayah saya yang bercakap, tu memang banyak perlu amik tahu.

Petang tengah makan cheese tart
, ayah saya bagi tau, baru-baru ni dia ada mimpi, tentang dewan kami. Dalam mimpi dia dewan tu ada la tiang-tiang teracak, kiranya cam dewan tu tak lengkap. Dalam dunia realiti, dewan tu memang akan buat renovation tapi untuk tarikh kami nanti, InsyaAllah dah selesai.

Tapi mimpikan kadang-kadang bukan ada maksud jelas. Jadi apa yang ayah saya cakap, bukan maksudnya dewan tu tak siap. Tapi maksudnya majlis kami nanti mungkin tak sesempurna yang saya mahukan dan ada aje yang tak kena

Terus rasa cam nak marah--tak patut kan? hihihi

Iye la, saya selalu cerita kat ibu, apa rancangan saya lepas ni, apa yang nak dibuat lepas ni. Ayah kat sebelah pura-pura tengok tv, tapi dia pun dengar juga apa saya cakap

Jadi saya concern la bila ayah cakap cam tu.

Maka dalam rasa marah terkata
"cam tu, tak yah la rancang apa. Tengok aje la camne majlis."

Tapi ibu kata, bukan maksud tak boleh merancang, cuma jangan terlalu berharap rancangan dilaksanakan dengan sempurna. Oh, tu memang sudah dipelajari masa abang saya kahwin dulu. Ada aje yang tak kena, biasa la takkan wujud perkataan sempurna kecuali untukNya.

Saya tau, saya selalu ganggu kawan-kawan saya terutama Nity, Fieza, Reen dan Laling nak tanya pendapat itu dan ini. Erm, mungkin itu juga antara kebongkakan untuk kesempurnaan? Tapi saya bertanya kerana saya perlukan bantuan dan pendapat pihak ketiga kerana saya memang mempunyai kecendurungan untuk syok sendiri

Terfikir juga, adakah ada post blog saya yang mana saya lupa diri dan menulis perkara yang seolahnya membesar-besarkan majlis saya nanti? Walau pada asalnya, saya menulis dengan tujuan untuk berkongsi pendapat dan sebagai catitan di hari muka. Tak sangka pulak blog saya mendapat perhatian B2B yang lain. Terima kasih.

Haiii.. kalau difikirkan risau, apa pun takkan berjalan. Vendors takkan datang ke rumah kalau tak dicari. Maka, samada betul atau tidak, tetap kena menguruskan hal majlis ni. Kalau tanpa usaha, itu memang terang-terang mahu kalah sebelum mencuba. Redha dan tawakal tetap kena dengan usaha

Tapi hati tetap risau. Nak nya, ramai kawan-kawan yang asyik kata

"Tak sabar nak tunggu majlis kahwin ko",
"majlis kahwin ko mesti jadi wedding of the year budak-budak kita",
"Mesti baju ko nanti cantik. Tak sabar nak tengok!"


Aduh.. tak sangka begitu besar harapan mereka. Tapi memang bukan salah mereka. Bukan mereka yang meletakkan jangkaan tu, tapi saya yang meletakkan tanpa sedar. Dari percakapan saya, dari idea saya, dari blog saya. Sampai dalam manis bicara, terselit sedikit harapan. Harapan yang seterusnya membentuk ilusi. Ilusi kesempurnaan yang mereka jangkakan.

Silapnya juga ada pada saya, kan?

Jadi, perkara terbaik yang ibu nasihatkan, solat jangan tinggal dan banyak berdoa.

Kalau ada pembaca yang pernah terfikir, betapa riaknya saya merencana majlis saya, saya minta maaf. Blog ni sememangnya blog peribadi pada asalnya. Saya menulis sebagai memori di masa hadapan. Cuma apabila mendapat perhatian orang, maka mustahil untuk saya tak kongsi perjalanan saya.

Doakan terbaik untuk saya.

Saya tak harapkan kesempurnaan, tapi biarlah majlis berjalan dengan lancar.

p/s baru tadi jumpa guard sekolah kami dulu. Dah bagitau nak buat pre wedding kat sekolah dan pakcik guard tu kata boleh datang hari ahad untuk amik gambar tapi tak dapat naik tingkat atas pasal pagar kunci. Tapi dibenarkan untuk masuk pakai kelas2 kat bawah tu. Lega dengan kerjasama beliau :D dan D menepati dateline beliau :P Terima kasih Yayang!


16 Januari 2010


15 January, 2010

Takpa Tanpa Tiara


Salam dan hai

Huh! Rajin betul saya update blog kan? Hampir hari-hari saya upload post baru. hihi. Tak pe la, sementara masih ada masa panjang lagi ni. Nanti dah makin dekat, mungkin masa tu sedikit berhabuk la blog ni.

Ok, saya tau ada follower baru di blog ni. Tapi saya tak dapat nak jejak empunya diri. Rasanya ada follower ke 85 dan 86, tapi yang saya dapat jejaki cuma Pinkchoc02 sahaja. Apa sekali pun, selamat membaca ye kawan-kawan baru.

Kali ni saya nk tulis tentang TIARA.

Ye satu-satunya masa kita dibenarkan memakai tiara tanpa diumpat adalah

1. Masa kita ditabalkan sebagai ratu cantik
2. Masa kita menjadi raja sehari.

Nombor 1 tu amat mustahil la kan atau mungkin satu dalam sejuta aje la. Tapi satu-satu nye peluang yang biasanya normal muncul untuk membenarkan kita memakai tiara, adalah pada hari kita menjadi raja sehari.

Tapi saya memang bukan 'gadis tiara'. Substitue pada tiara, cekak butterfly tu juga, pun saya tak mahu.

Saya tak percaya yang seri pengantin akan hilang tanpa memakai tiara, walau apa sekali orang kata (makcik-makcik saya pasti akan bising tengok saya tanpa tiara nanti :P). Perasaan ini makin kuat lepas saya tengok gambar dari
Daniel Zain.

Lihat, dia tak pakai tiara langsung pun untuk kedua-dua majlis dia.Tapi mungkin juga pemangkin pada serinya terarah pada baju dan empunya diri (tambah dekorasi majlis yang indah) yang memang sudah cukup cantik dan tak perlukan tiara untuk jadi 'penanda arah' di mana pengantin.

Ni masa upacara nikah


Ini pulak upacara resepsi.


Lihat, dia tak perlukan tiara pun!

Leher pengantin jinjang dan amat la cantik bila dia pakai tudung cam tu.. !! Erm.. takkan nak pakai besi cam kat bawah ni kasi leher jinjang?? Huu takpe la, bersyukur dengan apa yang ada.


Sumber: Google

Si pengantin cantik tu cuma memakai veil yang cukup heavy dan itu sudah pun mencukupi pada mata saya.

Sama juga pada tudung. Saya tidak mahu tudung yang penuh dengan butiran manik, tak perlu juga kerlipan bagai. Memang cantik, memang meriah. Cuma mungkin saya bukan orangnya. Saya hanya mahukan tudung polos, seperti si cantik di atas.

Aha, berkenan sangat dengan baju nikah dan baju resepsi dia!!! Cantik dan penuh di bahagian atas, tapi bahagian pinggang ke bawah tak penuh sangat (boleh pergi ke
link ini untuk gambar penuh) Mungkin sesuai untuk saya yang tidak mahu tumpuan terarah ke bahagian bawah yang--erm lebih besar dari biasa :P Bisa ye Sitti?



Malam ni, saya agak ter'hook' dengan blog Daniel ni. Kali pertama saya tau pasal dia masa kawan opis saya forward url blog dia. Tapi bukan pasal hasil kerja dia. Tapi pasal rupa Daniel ni yang saya kira.. erm.. Harus pandang kiri kanan sebelum keluar statement ni :P OK, saya tak kata, tapi kawan-kawan saya, kalau amik dia sebagai photographer, susah nak bagi tumpuan pasal photographer kacak.

p.s Untuk D, Laling kata muka D cam Daniel. Nama pangkal depan pun dah sama, jadi D tak marah ye? :P

Ye ye.. Kacak.

Ok tapi hasil kerja dia lebih utama ya?

Tumpuan. Fokus. Ok, hasil kerja dia saya suka. Mungkin mata kita sebagai seorang bakal pengantin, cepat aje dapat perasan sesuatu yang cantik dan berbeza.

Bila dah tengok gambar pengantin cam ni, maka makin la dapat idea.

Tengok, si jejaka selitkan sapu tangan sedondon dengan warna sampin. Alternatif untuk yang mahu alternatif lain selain warna stoking yang sepadan macam dalam
post saya tempoh hari.


Terasa hendak pakai gelang ini pula pasal saya tak mahu pakai rantai leher mahupun tiara. Tapi mungkin boleh sebagai ganti, nak pakai gelang kaki ni. Rasanya mak kawan saya ada gelang ni. Harap jangan la berat macam cerita Pontianak Harum Sundal Malam tu!



Siapa kata meja bulat sahaja sesuai untuk majlis kenduri? Lihat, meja empat segi pun kalau dihias kena pada cara, tetap cantik!


Banyak lagi gambar-gambar menarik di blog Daniel, yang kamu hanya perlu klik di bahagian OP Hebat di belah kanan blog ini.

Berbalik pada topik saya, memang saya tak mahukan tiara, baik untuk majlis nikah atau resepsi.

Bila saya bagitau kawan-kawan saya yang saya tak mahu pakai tiara, macam yang penah saya
post di sini, macam-macam reaksi yang saya terima. Saya tau apa juga pilihan saya, mereka akan sokong dan saya faham mereka nak saya kelihatan cantik pada hari majlis nanti. Tapi entah la. Saya memang takde nafsu langsung nak pakai tiara. Rasa cam ada benda kat atas kepala saya (oh atau mungkin masih trauma masa lipas terbang melekat kat rambut saya, jadi tak suka apa-apa kat atas kepala saya kecuali tudung).

Walaupun saya bukan peminat tiara, tapi saya memang peminat veil. Lagi panjang, lagi jatuh pada badan--lagi saya suka. Harap kelebihan pada ketinggian saya, memungkinkan saya untuk pakai veil labuh ke lutut ke (oh boleh sampai ke lantai?? erm. belum sampai ke situ saya fikir buat masa ini)

Cuma buat masa ini, saya memang belum ada keinginan untuk memakai tiara. Tapi siapa tahu kan, mungkin seminggu sebelum majlis, saya ubah fikiran dan mahukan tiara paling besar saya nampak! :P




Nota: Post ini adalah pendapat peribadi dan bukan untuk menidakkan atau mengiyakan pemakaian tiara oleh siapa-siapa sahaja.

15 Januari 2010


14 January, 2010

.. Sehingga Hujung Kaki


Salam dan hai

Saya nak buat aluan secara pukal kepada pembaca tegar yang baru aje join blog ni; Shareeda, Escadagurl, Asna dan seorang pembaca yang saya rasa mungkin dia follow blog ni secara private, jadi saya tak dapat nak track siapakah gerangan. Tapi walau apa pun, terima kasih sebab sudi membaca blog saya ni.

Post ni ringkat. Masa google image, terjumpa gambar ni


Sumber: Google images

Saya tahu, bukanlah dalam kod berpakaian seorang lelaki untuk memakai stoking warna kuning semata-mata untuk disepadankan dengan kasut perempuan.

Tapi saya rasa cute juga kalau dapat tangkap hal sekecil ni.

Rasanya, ramai dah pengantin zaman sekarang yang berani untuk tidak memadankan warna kasut dengan warna yang sepadan dengan warna baju. Kadang-kadang, warna kasut yang dipilih amat kontra dari warna tema, yang lebih menonjol, kan?


Saya mahukan gaya ini! Tapi mungkin hanya untuk nikah sebab rasanya, warna putih dipadankan dengan apa juga warna terang, baru la tumpuan terus ke kaki.

14 Januari 2010

13 January, 2010

Latar Belakang yang Tak Diperlukan

Salam dan hai

Saya dah lama fikirkan hal ni, tapi takde keberanian nak tanya pada siapa-siapa. Mungkin masa tu saya tak kenal ramai orang yang terlibat dalam majlis perkahwinan, macam mak andam, OP, Butik, dan pihak-pihak lain.

Tapi soalan ni memang sudah lama saya nak tanya. Tapi semakin hari semakin dilupai. Sehingga la Fieza hari tu gmail saya, dia kata "Nanti ko kahwin, kitorang berempat nak duduk belakang ko boleh?"

Oh, ya! tentang 'pemandangan belakang' pengantin perempuan.

Tau, hal kecik, takde sapa pun peduli. Tapi saya takmo ada 'pemandangan belakang' yang tak semenggah. (gambar makcik tengah ternganga, tengah bergossip, budak-budak tengah angkat kain, main handphone, amik gambar sendiri-- semua saya pernah tengok)

Baru-baru ni, baru saya ada keberanian nak tanya dan saya dapat jawapan :P

Saya suka bertanya pada Acai Jawe pasal dia rajin menjawab dan suka kongsi pendapat.

Soalan saya:
Ada idea tak camne takmo ada latar belakang makcik2 kat belakang? hahah. giler tamak saya. terfikir nak fokus kat diri sendiri aje :P

Jawapan Acai:
Haha, sebenarnya boleh je kalau taknak makcik2 kat belakang tu..kena ada sorang yang awal2 lagi reservekan tempat duduk semua orang..termasuk pengantin dan sedara mara..pastikan kawan baik duduk rapat kat tepi dan ada sorang jaga kat belakang supaya tak kacau background,hehe..pernah nampak sekali dulu kat banting..:) dan paling senang nak block ruang kalau ada barang hantaran..taruk je belakang pengantin. hehe..

Saya memang nak sangat sebelah kiri pengapit saya, sebelah kanan ibu saya. Belakang saya, saya hanya mahu kawan-kawan paling rapat saya duduk pasal saya nak muka mereka ada dalam album :P (... dan mereka adalah antara orang yang ada reaksi paling ikhlas. Kalau bosan, memang terserlah. Kalau jakun, memang ketara).

Thank Acai pasal bagi idea begini! Kalau korang nak tengok hasil kerja Acai, link web dia ada di bawah kategori OP Terpilih, atau klik saja
di sini


Rasanya, nak minta abang-abang saya yang uruskan kedudukan dalam masjid nanti. Harap situasi pada masa tu mengizinkan susunan itu nanti.


13 Januari 2010

12 January, 2010

Nak Sign Sini?


Salam dan hai

Kali ni saya nak menulis tentang Guestbook. Sekarang ni, ramai kan B2B yang sediakan Guestbook masa majlis masing-masing?

Untuk majlis saya juga, saya pun mahukan Guestbook InsyaAllah kalau ada rezeki.

Pasal? Pasal saya rasa, mesti saya takkan sempat jumpa semo tetamu yang datang. Walau tarikh saya bukanlah tarikh mahal 10.10.0, tapi mesti ada tetamu yang kena berkejar ke majlis lain, jadi tak sempat tunggu saya selesai. Guestbook ini aje la salah satu medium untuk memberitahu kehadiran mereka (selain gambar kat majlis saya dan kad untuk hadiah).

Nota: semua gambar adalah hasil Google Images, kecuali mana yang dinyatakan sebaliknya.

Mula-mula dulu masa merancang, saya dan D rancang (ok tipu-- D tak amik kisah pun. Dia kata, B buat aje la apa-apa yang B nak asal tak rosakkan majlis) nak letakkan slide berhampiran meja Guestbook.



Tapi lepas fikir, betapa besarnya imej tu nanti disebabkan slideshow, takut tetamu rasa cam ada pertunjukan 3D pulak dengan gambar yang besar gedebak, tambahan amik kira projektor takleh pasang terlalu lama, takut terbakar mentolnya, jadi saya pun tak jadi buat macam ni.

Kemudian saya beralih kepada sesuatu yang unik--konon tak mo sama cam orang lain.

Jadi terjumpa la idea tanda tangan kat pinggan seramik


Tapi bila fikir, tak best pulak pasal
1. ucapan takleh tulis panjang-panjang
2. Nanti lepas majlis, larat ke nak letak banyak-banyak kat rumah? (tak suka lap perabot pasal saya alah habuk)

Idea potong kertas size bussines card dan campak dalam balang camni pun, pernah terlintas kat kepala. Ucapan pun lebih personal pasal orang lain tak tau kita tulis apa.




Sama juga kalau nak gantung-gantung macam ni.


Atau simpan cam business card


Kalau terlebih rajin, buat sampul


Tapi bila fikir kerja kena buat lepas majlis--betapa lecehnya usaha untuk simpan menyimpan ni, jadi saya cancel juga yang ini. Tau-tau aje la, lepas kawin dah macam-macam aktiviti dilakukan bersama suami :P Takut kang semuanya berhabuk bersawang!

Kemudian, saya beralih pula pada idea Poloroid. Sesuatu yang unik dan ucapan boleh ditulis dibelakang gambar.


Tapi lepas fikir banyak kali, takmo juga selepas amik kira kos, termasuk poloroid camera, orang yang kena assign untuk amikan gambar, photo booth, jadi saya rasa, mungkin tidak.

Kemudian, ada juga terfikir, buatkan aje banner, tanda tangan kat atas banner tu.

Sumber:
Fathinz

Tapi bila fikir, besar camni nak letak celah mana kat rumah kami nanti. Lagipun takut juga orang conteng tang muka saya :P

Lepas banyak-banyak idea saya tengok, akhirnya saya rasa saya kena redha dengan sesuatu yang lebih praktikal. Untuk Guestbook, pakai kan aje buku. Nama pun .. Guestbook=Buku Tetamu. mesti la pakai buku kan?

Sesuatu yang ada ruang cukup untuk tetamu saya melukis ke, menulis, memberi kata-kata nasihat ke. Macam gambar-gambar kat bawah ni.




Lepas saya dan D amik keputusan untuk buat pre-wedding, saya terpikir, mungkin boleh print gambar pre-wedding kami dalam bentuk buku dan dapatkan tanda tangan tetamu. Macam kat bawah ni.


Kalau bukan buku, kalau tampal cam ni pun cara juge!


Yang ini kami paling berkenan. Mungkin akan diteruskan dengan ini, jika kos mengizinkan. Lagipun, best sikit nak selak buku kalau ada gambar-gambar pre wedding kami. Dan tetamu pun boleh cuci mata sikit.

Kena letak pensil kaler macam-macam, mana tau ada yang nak melukis ke apa ke.


Jadi sekarang, sudah tetapkan untuk pakai buku sahaja. Lebih praktikal dan mesra tetamu. Cuma bentuk macam mana buku tu dipersembahkan, masih lagi dalam perancangan.

Lepas sudah ada keputusan tentang medium tandatangan tu, kami beralih pula pada deko.. deko.. deko !

Deko untuk meja Guestbook, pada mulanya, mahukan yang ini! Lepas kahwin pun boleh guna kan? (tengok pre wedding Lan Kristal tu! Tema sekolah :P) Letak bertentangan dengan meja Guestbook.





Tapi bila fikir transportation untuk bawa rak ini ke dewan, saya rasa tak perlu la.

Kemudian, terfikir lak untuk campakkan aja gambar pre wedding berterabur kat meja Guestbook macam kat bawah.


Tapi sayang oo.. Kang orang penyekkan pulak!

Kalau ada baget lebih, mampu la buat gantung gambar cam kat bawah ni, yang saya jumpa masa gi Pameran Pengantin tahun lepas.


Tapi nampak cam kena cucuk aje lak mata tetamu.

Kemudian, saya terfikir, mahu sesuatu yang moden: Digital Frame. Letak sahaja di meja Guestbook, boleh juga pakai lepas majlis. Tapi lepas fikir, takut pula ada tangan gatal yang merosakkan digital frame tu, jadi saya fikir, tak perlu la. Lepas kahwin pun, boleh beli letak kat rumah.



Maka rasa sederhana lebih selamat, letak frame gambar macam kat bawah ni pun jadi la.



Lepas saya surfing banyak-banyak, saya rasa lebih elok saya kekal pada sesuatu yang praktikal, kos berpatutan dan sederhana. Rasa cam nak gunakan khidmata PhotoBook Malaysia ni. Tapi masih dalam peringkat perahan idea.

Nanti la, bila dah dekat majlis saya akan tulis ya.

Bukan kedekut, tapi takut nanti saya ubah fikiran lagi :P

I'm always open for options . hihi

Tapi sesuatu yang saya belajar lepas teropong sana sini-- jadi unik dari orang lain dan perintis kepada idea baru memang menyeronokkan. Buat kita rasa majlis kita istimewa. Buat orang lain rasa kita kreatif. Tapi sudahnya, saya tetap kena fikirkan praktikalitinya dikemudian hari. Sebab sesuatu yang praktikal tu, kalau kena pada gaya dan aturnya, tetap nampak cantik dan molek, kan?

12 Januari 2010