100!
Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua Bakal B2B, B2B dan Mantan B2B yang telah menjadi pengikut saya. Dan Siti Nur Hawa (serius ok, masa buka blog dia, saya teringat lagu Nur Kasih. Tak tau kenapa) telah melengkapi jumlah pembaca tegar kepada 100 orang.. Terima kasih!!
Erm.. Korang bosan tak kalau saya masih nak menulis tentang Pre-Wedding saya? Tak bosan kan?? Ha, korang memang paling best!
Kali ni dah tak cerita pasal zaman sekolah dah. Saya nak kongsi video sepanjang tempoh photoshoot masa zaman Universiti pulak. Sebenarnya, pada mulanya kami ke UPM, di Fakulti Kejuruteraan, tapi banyak sangat peraturan dan ada kawasan kami tak dibenarkan masuk.
Jadi atas nasihat A.Rashdi, kami ke UKM, ke Perpustakaan Tun Sri Lanang. Mengikut kata A.Rashdi, kat sana, ada ruang belajar di luar perpustakaan, jadi molek untuk amik gambar di sana.
Saya sempat rakam video masa shooting ni.
Props kami selain kawan-kawan kami, adalah buku dan kertas kajang nota-nota lama masa zaman uni dulu, dan dua laptop. Ok, jalan cerita untuk zaman ini: Saya dan D di universiti berbeza, kiranya jarak jauh dan hanya berhubung di Internet. Sebab tu, kami tiada langsung pose bersama. Saya bersama kawan-kawan saya dan D bertemankan suami Fieza, plus seorang mamat terjun yang tengah belajar sorang-sorang kat salah satu meja tu, dan dia amat sporting untuk jadi props, asalkan jangan kacau dia study :p
Takde banyak dapat saya rakam, jadi kat bawah ni aje la rakaman video yang sempat diambil.
Lepas selesai shoot di UKM, kami pusing ke Secret Recipe di Bangi untuk selesaikan kesudahan ceritera kami-- lamaran! Kami dah pergi pagi tu, tapi kedai belum buka. Itu la pasal kami sudahkan dulu shooting di UKM. Memang penat pasal 2 kali kena salin baju kerja.
Saya rasa, saya lebih selesa bergambar di khalyak ramai di tengah bandar Kajang tu daripada shoot depan kawan-kawan saya. Segan gila depan diorang. haiissshh!! Dah la diorang tu bising mengejak saya :P Tapi tebalkan aje muka depan mereka.
Tapi disebabkan kehadiran mereka juga, dapat idea untuk benamkan cincin ke dasar kek. Kiranya saya kena olok-olok hampir termakan cincin yang dibenamkan. Kalau dengar betul-betul dalam video ni, mereka dok jerit suruh benamkan cincin. "Potong pakai garfu" :P A. Rashdi pun layan aje idea tu.
Pada post lain, nanti saya akan berikan tips bagaimana nak kawal keadaan dan diri bila bergambar di khalyak ramai. Walaupun saya tidak la pro, tapi saya rasa, perlu untuk saya kongsikan dengan B2B yang lain kerana kebanyakkan kita, kali pertama bergambar posing bagai di khalyak ramai, adalah pada hari kita kawin nanti. Saya pun seperti kamu, langsung tiada pengalaman. Mana tau kesilapan saya, kamu boleh elakkan masa bergambar pada majlis kahwin nanti.
Selama ini, saya ingatkan bergambar ni bukan la masalah. Tapi bila saya tengok semula pose-pose saya dalam video ni, baru saya faham, susah gila ok jadi model!! Patut la peserta ANTM tu sampai nangis-nangis lepas shoot tak bagus. Saya tengok pose saya tiada kepelbagaian langsung.
Hai.. perlu diperbaiki lagi!
27 Januari 2010
owh... inikah moment yg aku miss ittew ? huhuhu... mesti hasil kerja OP tu cantik..x sbr nk tgk..
ReplyDeleteLaling, takpe. nanti if OP upload kat FB, aku tagged ko kat sebelah aku ye?
ReplyDeletethx for the tips my dear... rasanya, mmg sgt2 berguna utk suma B2B...
ReplyDelete'practice makes perfect..'
dear...x tganggu ek dgn geng2 u yg duk tgk tu...hehehe...msti kekok je kan..
ReplyDeleteflow progress yg pantas..hehe..bagus2.. =)
ReplyDeleteHarz: Ternganggu gila pasal diorang cam geli tengok saya ayu-ayu. kena tebalkan muka :P Lagi susah nk pose depan diorang dari pose kat jalan raya tengah ramai org :P
ReplyDeleteHana: terima kasih Hana :D
cik Xora, dlu study UPM ker?? cm best jek amik gambar kt U ni kn... teringat dlu masa i konvo amik pakej bergambar pakai jubah konvo, wpn bpeluh cz jubah UPM tu berat n tebal tapi tetap seronok giler....
ReplyDeleteFiza: tak, saya studnet UiTM tapi D student UPM :D.. kamu masa convo mesti tempat wajib amik, kat entrance batu UPM tu kan?? :P
ReplyDeletehehehe...~!
ReplyDeleteha ar dah 100 da kan tu blom termasuk silent reader ag tu~!
:-p
hhee..tingat nur kasih yek?:-p
Ekceli nur baru jek tuko url tu, tu yang ilang sume link kawan2, nk wat semule leceh skit, tunggu time xbz skiit..skang bz macam2 urusan dunia;(
huhuhu..nti add kat fesbuk yak~!
Xora~! thanks..da dapat da email..ehhee..;)macih2~!
ReplyDeletelen x dokumen per2 yg berkaitan wedding or majlis anta gk ye~!..hehe
*blog stalking*
ReplyDeletenampak mcm leceh kan p hasilnya tentu memuaskan...:)
hehe pandai cik xora.. tu mmg tempat feveret seantero UPM.. pastu depan dewan besar pksssass (xtau bape byk SSSS)... tapi scenery kt UPM cantik.. dulu masa konvo siap pi ladang kuda bergambar sakan :D
ReplyDelete