24 January, 2010

Xora Sudah 26 Tahun!!


Salam dan hai!!!!

Oh sangat excited nak menulis. Tapi terlebih dahulu, nak alukan pembaca tegar yang baharu; Fiza, Zaa dan Astalavista ke blog saya ni. Terima kasih!

Ok, perkara yang excited saya mahu cerita tentang pre wedding saya. Tapi memandangkan OP kami adalah Abang Rashdi Amin dari Peveyheck, jadi saya tak dapat kongsikan gambar di sini pasal memang tak pegang camera apa pun.

Tapi terlebih dahulu, saya nak warm up dengan sambutan hari jadi yang kawan-kawan saya buat-- Shima, Fieza, Nity.

Sebenarnya, tarikh Pre-Wedding saya, saja saya buat pada hari jadi saya kerana saya nak abadikan gambar bersama-sama kawan-kawan paling rapat yang saya ada. Walaupun kami asyik gaduh dan pernah putus kawan beberapa kali, tapi kami baik semula. Letak ke tepi perbezaan kami, dan bersama-sama jayakan photoshoot hari ni.

Ok, so-Called surprise sebenarnya tapi D memang tak pandai menipu, jadi saya sudah syak sesuatu yang pelik. Dulu kawan2 saya pernah nyanyi di luar gate rumah, sampai dua-tiga rumah jiran saya, keluar tengok mereka menyanyi. Jadi saya dapat agak potensi mereka nak buat benda-benda yang memeranjatkan pada hari jadi saya :P

Tapi memandangkan sudah terbocor, namun disebabkan saya ni mudah teruja, jadi saya tetap excited!



Jangan main-main. Kek ni Shima buat sendiri tau!! Fieza pun ada buat kek (serius terlupa pulak apa namanya sekarang!)


OK, demi kawan-kawan blog saya ni, saya kongsi la sikit apa tema pre wedding kami. Dulu saya pernah tulis sedikit di post yang ini

Ramai yang sudah dapat agak, temanya zaman sekolah.

Betul!! Saya dan D memang dah lama rancang untuk buat tema sekolah ni memandangkan kami berdua dari sekolah yang sama dan kenal di sana. Bila kami sampaikan hajat kami pada A.Rashdi dulu, dia telah tambah idea-idea baru dan atas inisiatif dia, kami telah ada 3 jalan cerita :D

Tapi tu baru suku dari jalan cerita penuh kami. Sepenuhnya, seperti ini:-

Tema 1: Zaman sekolah
Saya, Shima, Fieza dan Nity amat la jahat (sama cam masa sekolah dulu). Suka cari pasal dengan budak-budak lelaki, terutama yang baik-baik. Jadi D kami adalah budak yang ulat buku. Mangsa mudah. Jadi kami buli dia.. Sehingga la satu hari saya tergolek masuk longkang masa berjalan bersama-sama kawan-kawan saya. D dtg menolong saya, tika kawan saya buat dek aje pada saya.. Terus... tergolek hatiku...

Tema 2: Zaman Universiti
Saya, Shima, Fieza dan Nity satu Universiti tapi D diuniversiti yang lain (sebenarnya kami cuma asing meja aje ehehehe.. Buat kat UKM, Perpustakaan Sri Lanang. Props lelaki, pinjam suami Fieza yang amat sporting. Dan seorang budak UKM yang duduk sorang-sorang kat meja tu :p ) Kami terpisah oleh jarak (sebagai bukti, takde satu pun gambar kami berdua :P), tapi kami berhubung melalui gmail chat ( pasal D takde Facebook dan tak berminat untuk buka Facebook)

Tema 3: Zaman Kerjaya
Saya dan D sudah bekerja. Kami berjalan-jalan ke sana sini tanpa endahkan orang sekeliling. Kemudian kami makan kek dan D lamar saya dengan memasukkan cincin ke dalam kek :) dan saya hampir termakan cincin tu, dan terus.. OOOOO.. (serius, real life saya suruh dia buat cam ni, tapi dia takmo. Jadi dia hantar mak dia masuk minang :P-tapi akhirnya dapat dalam gambar pun, jadi la :P) Jadi happy ending pada cerita kami (InsyaAllah, doakan kami ya!), InsyaAllah, adalah perkahwinan.

Ok, gambar untuk pre wedding, kena tunggu dari A.Rashdi.

Nak tengok macam mana kami buli D, tunggu la gambar A.Rashdi.

Nak tengok kami beruniform lengkap sekolah (bukan hal baju sekolah masih ada yang jadi isu, tapi hal kami masih buat memakai uniform sekolah tu--merupakan pencapaian!!) kena la tunggu gambar A.Rashdi.

Nak tengok saya jadi tutor kawan-kawan saya masa di Universiti, kena tunggu gambar dari A.Rashdi.

Nak tengok reaksi 'konon terkejut' saya bila dapat cincin tu, tunggu la gambar A.Rashdi.

Saya kena bersabar, jadi saya harap kawan2 pun turut bersama saya ya, bersabar-sabar menunggu gambar ini :D

Boleh kan? Pasal saya tak terdaya bersabar sorang-sorang. Harap kalian bersama saya :D


p.s Serius, masa kat Secret Recipe, rasa D cam artis lak dan A.Rashdi macam paparazi yang amik gambar Paris Hilton beli kek... Serius.. Patut la Britney Spears boleh jadi gila pasal paparazi.. Apa-apa pun, mendapat kerjasama yang cukup baik dari A.Rashdi, anak buahnya Ijan, kawan-kawan saya Shima, Nity, Fieza, suami Fieza Khairol.. Staff Secret Recipe dan guard Sekolah pun bagi kerjasama yang bagus. Cuaca pun mengizinkan alhamdulillah.. Cuma teramat penat--menyalin baju.. 3 persalinan.. sangat penat..! saya tak tau camna la orang boleh salin baju masa kahwin sampai 5-6 pasang..


24 Januari 2010


12 comments:

  1. pre wedding yg besh..!!!!

    tak sbr nk tgk..

    ReplyDelete
  2. a. rashid tolongggglah cepat2 upload photo. sangat tak sabar nak tengok. siap ade scene lagi nih. bape kali take ni xora? hehehe...

    ReplyDelete
  3. Xora - 1st..HAPPY BURSTDAY!! 2nd..sgt suweet tema pre wedding kamu! Serius..sgt x sabar nk tgk hasilnya..hehe

    ReplyDelete
  4. Ayu, Azian, Wan: korang, saya akan uplod video disebalik tabir kami. Tapi maaf editing amat la tak de seni :P tapi saya buat utk tatapan kamu sementara nak tunggu gambar yg sebenar ya? :D

    ReplyDelete
  5. wah... sgt teruja tak sabar nak tgk gambar! btw, Happy birthday xora!!!

    ReplyDelete
  6. eh, lupe nak wish. happy birthday bride-to-be!!! :)

    ReplyDelete
  7. Yuny: InsyaAllah bila A.Rashdi dah ada yg dia siap edit, dia akan masukkan. So kita sama2 aje la tunggu

    Azian: thanks for the wish! BTW, sesi yg amat penat pasal dari Kajang ke Serdang ke UKM ke Bangi ke Serdang semula. fenat berbaloi :P

    ReplyDelete
  8. wah cik xora.. cant wait to see those pix... mesti cute... cpt2 upload :D

    ReplyDelete
  9. ops lupa... happy belated bday cik xora...

    ReplyDelete
  10. kepada peminat peminat blog xora...prewedding dia mmg BEST!!!!!

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)