Salam dan hai.
Selamat membaca buat pembaca tegar kita Janggut (wah kita ada pembaca lelaki?), Isyah , Girl with a Little Dream dan Aweennya. Terima kasih ye kawan-kawan, pembaca tegar baru yang melengkapi jumlah 90 orang :) Terima kasih kerana sudi singgah!
Ok, baca tak tajuk di atas tu? tentang petanda? Ni petanda yang saya agak concern. Setakat cakap-cakap kawan-kawan, bagi saya takde apa itu semua. Tapi bila ayah saya yang bercakap, tu memang banyak perlu amik tahu.
Petang tengah makan cheese tart, ayah saya bagi tau, baru-baru ni dia ada mimpi, tentang dewan kami. Dalam mimpi dia dewan tu ada la tiang-tiang teracak, kiranya cam dewan tu tak lengkap. Dalam dunia realiti, dewan tu memang akan buat renovation tapi untuk tarikh kami nanti, InsyaAllah dah selesai.
Tapi mimpikan kadang-kadang bukan ada maksud jelas. Jadi apa yang ayah saya cakap, bukan maksudnya dewan tu tak siap. Tapi maksudnya majlis kami nanti mungkin tak sesempurna yang saya mahukan dan ada aje yang tak kena
Terus rasa cam nak marah--tak patut kan? hihihi
Iye la, saya selalu cerita kat ibu, apa rancangan saya lepas ni, apa yang nak dibuat lepas ni. Ayah kat sebelah pura-pura tengok tv, tapi dia pun dengar juga apa saya cakap
Jadi saya concern la bila ayah cakap cam tu.
Maka dalam rasa marah terkata "cam tu, tak yah la rancang apa. Tengok aje la camne majlis."
Tapi ibu kata, bukan maksud tak boleh merancang, cuma jangan terlalu berharap rancangan dilaksanakan dengan sempurna. Oh, tu memang sudah dipelajari masa abang saya kahwin dulu. Ada aje yang tak kena, biasa la takkan wujud perkataan sempurna kecuali untukNya.
Saya tau, saya selalu ganggu kawan-kawan saya terutama Nity, Fieza, Reen dan Laling nak tanya pendapat itu dan ini. Erm, mungkin itu juga antara kebongkakan untuk kesempurnaan? Tapi saya bertanya kerana saya perlukan bantuan dan pendapat pihak ketiga kerana saya memang mempunyai kecendurungan untuk syok sendiri
Terfikir juga, adakah ada post blog saya yang mana saya lupa diri dan menulis perkara yang seolahnya membesar-besarkan majlis saya nanti? Walau pada asalnya, saya menulis dengan tujuan untuk berkongsi pendapat dan sebagai catitan di hari muka. Tak sangka pulak blog saya mendapat perhatian B2B yang lain. Terima kasih.
Haiii.. kalau difikirkan risau, apa pun takkan berjalan. Vendors takkan datang ke rumah kalau tak dicari. Maka, samada betul atau tidak, tetap kena menguruskan hal majlis ni. Kalau tanpa usaha, itu memang terang-terang mahu kalah sebelum mencuba. Redha dan tawakal tetap kena dengan usaha
Tapi hati tetap risau. Nak nya, ramai kawan-kawan yang asyik kata
"Tak sabar nak tunggu majlis kahwin ko",
"majlis kahwin ko mesti jadi wedding of the year budak-budak kita",
"Mesti baju ko nanti cantik. Tak sabar nak tengok!"
Aduh.. tak sangka begitu besar harapan mereka. Tapi memang bukan salah mereka. Bukan mereka yang meletakkan jangkaan tu, tapi saya yang meletakkan tanpa sedar. Dari percakapan saya, dari idea saya, dari blog saya. Sampai dalam manis bicara, terselit sedikit harapan. Harapan yang seterusnya membentuk ilusi. Ilusi kesempurnaan yang mereka jangkakan.
Silapnya juga ada pada saya, kan?
Jadi, perkara terbaik yang ibu nasihatkan, solat jangan tinggal dan banyak berdoa.
Kalau ada pembaca yang pernah terfikir, betapa riaknya saya merencana majlis saya, saya minta maaf. Blog ni sememangnya blog peribadi pada asalnya. Saya menulis sebagai memori di masa hadapan. Cuma apabila mendapat perhatian orang, maka mustahil untuk saya tak kongsi perjalanan saya.
Doakan terbaik untuk saya.
Saya tak harapkan kesempurnaan, tapi biarlah majlis berjalan dengan lancar.
p/s baru tadi jumpa guard sekolah kami dulu. Dah bagitau nak buat pre wedding kat sekolah dan pakcik guard tu kata boleh datang hari ahad untuk amik gambar tapi tak dapat naik tingkat atas pasal pagar kunci. Tapi dibenarkan untuk masuk pakai kelas2 kat bawah tu. Lega dengan kerjasama beliau :D dan D menepati dateline beliau :P Terima kasih Yayang!
16 Januari 2010

Xora, hope awak jgn stess sgt. Truskan perancangan majlis indah awak, tanpa ketepikan pesanan orang tua. Mana yang baik kita amik utk masa depan..yang tak baik kita amik wat benteng pertahanan. Chaiyok!!
ReplyDeleteWan: InsyaAllah, dgn sokongan B2B lain, saya elakkan unsur2 stress :P Alhamdulillah, so far semua ok lagi. Thanks for ur concern. Tapi kecut gak la.. huaaaaa hahahah.. Oh ya, harap kamu dah jmp penyelesaian pada idea kamu tu ye?
ReplyDeletexora, saya syg awak dan penulisan awak... u always seems to be able to put the right words to explain things...
ReplyDeletesaya juga bimbang saya sendiri telah meletakkan harapan kepada kwn2 yg membaca... sedangkan semua itu hanyalah harapan saya sendiri (hasilnya belum tahu lagi... buat masa ni saya hanya berusaha apa yg terdaya). saya kagum mereka2 yg diam2 tetapi majlisnya mengkagumkan!
tujuan saya juga sekadar berkongsi... tiada niat membesar2kan perkara...
saya hargai perkongsian informasi xora & bloggers yg lain. we need this really. soothe our stress, i'd say. hehehe... thanks again. saya berada dlm kasut yg sama ;)
Dalam menuju kesempurnaan pasti ada yang tercicir.Yang penting, jgn abaikan prasaan ibu bapa kita semasa kita dlm proses merancang tu.jgn kecikkan hati mereka.
ReplyDeletemoga saya pun akan ingat pesanan ini =)
Qis: Betul tu Qis. Coretan hari ni adalah untuk tatapan hari muka kan? :)
ReplyDeleteAween: ye betul. Drama2 tu normal sgt kan? bila semua pihak stress, mula la tak sedar apa yg dikata. huaa! harap saya dapat seimbangkan semuanya.
xora dearie...enrty ni mmg kene dgn my situation now....im not ank org femes ke apa..but i hv my own career.. i enjoy sepenuhnya apa yg i ada skang...i x duduk kat bndar2 besar cam u..but my fren kat sini used to see me as bgaya(ntah la)...n everybody sangka im high standard...sedangkan i rs x..mebe diaorg judge me from my handbegs n shoes kot..so...as 4 my wedding, mcm u la...semua org kata "mesti mjlis u grand"..."mesti baju u cantik"....even kawan i pernah ckp,"aku ingt ko 100% fresh flowers nanti"..huhu...high expectation...plus, among my frens, i je yg ada blog n suke brangan depan komputer...so, mcm u rs la...kita tulis ni, as a way to luahkan apa yg kita rs, kita hadapi...bukan tuk riak..bukan tuk org letak harapan yg besar kat mjlis kita kan...bnda2 ni la kdg2 wat i stress....
ReplyDeletemy dear xora, kau tak menggangu :)
ReplyDeletexora..dun worry.we have tried our best for our wedding to look perfect..so, ape yg kite usahakan itulah yg kite dapat. as or the mimpi..its maybe a sign ataupun juz mainan tidur yg mungkin ayah xora sebenarnye terlampau memikirkan ttg perkahwinan xora sampai terbawa-bawa ke tidur..so, we juz have to do the best and tawakal padaNya dat sumenya akan berjalan dengan lancar..ameen..
ReplyDeletexora...
ReplyDeletesya sentiasa doakan setiap perancangan perkahwinan berjln lancar..penuh kenangan..kenangan terindah buat mempelai,ahli keluarga dan kwn2..
salam Xora..
ReplyDeletehahaha..i pun pernah ada perasaan macam you. i buat blog wedding 2 months b4 my BigDay.
i buat blog pun orang kata i sibuk mencanang my BigDay..riak with my preparation..even i buat kat hall pun, neighbourhood said i menunjuk2..nak berlawan2 majlis grand2..i detailed kan sikit about my preparation pun, people said pengantin sibuk nak tahu every single things.."kesian pengantin penat-penatkan diri"..
mulut orang..kata-kata orang..hush..memang boleh buat kita gila kalau difikirkan..so, biarkan je..
yg penting, we tried our best for our own memorable yet important day..lepas usaha, kita tawakal & berdoa..
sometimes i terfikir yg semua orang perlu buka minda sebelum baca blog kot..baru 'nampak' & fikir yg positive..orang yg 'sempit' minda, baca apape pun mesti nak salah tafsir sebab asyik fikir negative je..
=)
good luck dear!