26 January, 2010

Kenapa Google Nama D Saya?


Salam dan hai

Selamat datang ke blog saya buat pembaca tegar ke 99- Lynda! Yeayyy!!!! Terima kasih Lynda!

Ok, bukan la cara saya untuk update blog di pejabat. Tapi kali ni, update dibuat di pejabat.

Tadi saya buka Nuffnang saya, sekadar nak tengok Analytics tentang blog saya ni. B2B yang pakai aplikasi Nuffnang dalam blog mereka, tau la komposisi Analytics macam mana.

Tapi yang buat saya rasa tak sedap hati, bila saya klik kat Keywords dan keluar "Dzulq Serdang"



Saya tak kisah kalau sebelum ini, Keywords yang lain-lain, macam "Restu Rezeki Enterprise", "Pengantin Bertudung 2009", "Warna hantaran pilihan 2010", "Kertas Kerja Majlis Perkahwinan", atau "Belanja Kahwin" merupakan Keywords yang dimasukkan, lalu terselit la blog saya.

Tapi bila nama D saya yang di Google, saya amat concern.

Selama ni, saya memang jaga identiti siapa diri saya, siapa kawan-kawan saya, famili saya, pekerjaan saya. Kalau saya ceritakan pun, tidak terlalu terperinci. Sekadar terselit nama mereka sahaja dan gambar mereka.

Sebelum ni, tak pernah orang Google nama D. Sehingga la saya masukkan post pre-wedding kami, beserta video kami. Nasib la saya tidak menulis nama D secara penuh dan D sendiri menggunakan nama pena untuk akaun siber dia. D juga tak berminat sangat untuk terlibat dalam social networking macam Facebook dan Friendster. Jadi result Google Search atas nama Dzulq tu pun, tak banyak.

Saya tau hal ni kecik aja. Tapi entah la. Saya rasa seperti ada kepentingan untuk tidak terlalu mendedahkan identiti saya dan mereka yang rapat dengan saya. Saya bekerja dalam keadaan dan pengetahuan yang cukup peka tentang bagaimana teknologi selalu disalah guna oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Jadi mungkin sebab itu saya berjaga-jaga dalam hal ini.

Saya cuma mahu dua kehidupan yang berbeza untuk Xora di alam siber dan diri saya yang sebenar di alam nyata.

Itu sahaja.

Biar Xora diminati untuk penulisan dia, dan bukan siapa dirinya selepas keluar dari akaun Blogspot.

Cukup.

Terima kasih kerana memahami.


26 Januari 2010






9 comments:

  1. salam xora...

    harap sabar yea..saya juga sedang mengalami fasa paling sukar dlm hidup..saya teruk dihukum di FB..saya sangat menderita..hilang seri bakal pengantin baru (dlm sedih sempat jugak perasannnn tu)

    ReplyDelete
  2. Fakhariah: Salam. Serius ke? do share with me, offline. email saya kat diaterimanikahnya@gmail.com saya pun ada benda nak share dengan kamu

    ReplyDelete
  3. ermm.. tak tau nak cakap.. serius tak terfikir benda2 mcm ni..sy memang guna full identity utk cyber account etc.. akan bermasalah eh?

    ReplyDelete
  4. Ctfza: guna full name bagus gak pasal kalau orang nak search senang, esp. social networking. jumpa balik kawan2 lama. Tak de masalah. Cuma tak best dari segi privacy la. Kadang2 employer pun dah start buat background search employee. Jadi saya suka guna dua identiti berbeza. jadi dapat pisahkan 2 kehidupan berlainan. Tu utk saya la. tapi Fza jgn la risau. takde apa2 kot utk kamu :D

    ReplyDelete
  5. Uish..kalo jadi kat saya hal ni..mmg boleh rasa cemburu tahap dewa dewi ni.haih!

    ReplyDelete
  6. Wan: hihih.. saya tak cemburu, cuma agak concern utk keselamatan dia :P

    ReplyDelete
  7. uwaaa takut juga sbb sy mmg guina nama penuh siap binti lagi kt facebook... huhuhu~~ kena hati2 juga la kn...

    ReplyDelete
  8. dear...ntah2 u n D ade peminat misteri kot...tp tu yg wat kita cam cuak semacam je kan...
    btw, nak letak jugak la bnda alah nufnang tu...tp x reti!

    ReplyDelete
  9. Fiza: cuba kamu google nama kamu, apa yang keluar?

    Harz: peminat takpe, jangan stalker.. ngeri~~!!

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)