13 January, 2010

Latar Belakang yang Tak Diperlukan

Salam dan hai

Saya dah lama fikirkan hal ni, tapi takde keberanian nak tanya pada siapa-siapa. Mungkin masa tu saya tak kenal ramai orang yang terlibat dalam majlis perkahwinan, macam mak andam, OP, Butik, dan pihak-pihak lain.

Tapi soalan ni memang sudah lama saya nak tanya. Tapi semakin hari semakin dilupai. Sehingga la Fieza hari tu gmail saya, dia kata "Nanti ko kahwin, kitorang berempat nak duduk belakang ko boleh?"

Oh, ya! tentang 'pemandangan belakang' pengantin perempuan.

Tau, hal kecik, takde sapa pun peduli. Tapi saya takmo ada 'pemandangan belakang' yang tak semenggah. (gambar makcik tengah ternganga, tengah bergossip, budak-budak tengah angkat kain, main handphone, amik gambar sendiri-- semua saya pernah tengok)

Baru-baru ni, baru saya ada keberanian nak tanya dan saya dapat jawapan :P

Saya suka bertanya pada Acai Jawe pasal dia rajin menjawab dan suka kongsi pendapat.

Soalan saya:
Ada idea tak camne takmo ada latar belakang makcik2 kat belakang? hahah. giler tamak saya. terfikir nak fokus kat diri sendiri aje :P

Jawapan Acai:
Haha, sebenarnya boleh je kalau taknak makcik2 kat belakang tu..kena ada sorang yang awal2 lagi reservekan tempat duduk semua orang..termasuk pengantin dan sedara mara..pastikan kawan baik duduk rapat kat tepi dan ada sorang jaga kat belakang supaya tak kacau background,hehe..pernah nampak sekali dulu kat banting..:) dan paling senang nak block ruang kalau ada barang hantaran..taruk je belakang pengantin. hehe..

Saya memang nak sangat sebelah kiri pengapit saya, sebelah kanan ibu saya. Belakang saya, saya hanya mahu kawan-kawan paling rapat saya duduk pasal saya nak muka mereka ada dalam album :P (... dan mereka adalah antara orang yang ada reaksi paling ikhlas. Kalau bosan, memang terserlah. Kalau jakun, memang ketara).

Thank Acai pasal bagi idea begini! Kalau korang nak tengok hasil kerja Acai, link web dia ada di bawah kategori OP Terpilih, atau klik saja
di sini


Rasanya, nak minta abang-abang saya yang uruskan kedudukan dalam masjid nanti. Harap situasi pada masa tu mengizinkan susunan itu nanti.


13 Januari 2010

11 comments:

  1. ni lah part yg paling emo ni..mak sya pakai wheel chair..dah dpt rsakan sayunya bila dia dipapah msuk masjid nak tgk anak dara dia ni nikah..

    ReplyDelete
  2. Fakhariah: saya pulak tetiba terasa sayu gak.. :(

    ReplyDelete
  3. tumpang tanye...=)
    kalu nak pegi rumah kebaya,
    kene wat appointment dulu ke?
    tq...
    =)

    ReplyDelete
  4. Seeloknya buat la, just utk tuan rumah tau bila Liya nak datang, mana tau date clash dgn aktiviti lain. Liya boleh dapatkan no phone Sitti dari website dia. Paling mudah, saya rasa Liya add dulu Sitti kat Facebook dan boleh msg dgn dia kat sana dulu pasal Sitti dan suami dia di Indon sampai 23hb ni. Tapi rasanya kalau msg di Facebook dia tetap buka. Sitti baik orgnya, Liya tak perlu risau.

    ReplyDelete
  5. yelah..kadang2 ada yg tah apa2 jd latar belakang..my advice, duduk kat mini pelamin..hehehhe..

    ReplyDelete
  6. Betul la Yani. kalau buat di rumah mmg confirm pakai mini pelamin. Saya pernah nampak 2 situasi

    1. Cam kawan saya, cincin sarung kat rumah, akad aje kat masjid. Tapi kami buat semua di masjid, termasuk makan minum skali. Boleh tak saya nk letak bantal besar2 dan duduk kat atas tu :P nk bina pelamin kat masjid UPM ni, rasanya cam akan jadi payah pulak.

    2. Pengantin perempuan tunggu kat bilik VIP/ bilik menunggu dalam masjid. Jadi tempat tu pun tak crowded dan takde latar belakang yg tak perlu. cuma syg al coz takde gambar berdua masa dengan taklimat :(

    ReplyDelete
  7. oh xora! thanks a lot for sharing this... x tpikir plak... ye, saya pon nak letak sebarisan dayang2 yg terdiri drpd kawan rapat... lg best kalo warna baju diorg lebih kurang sama... itu pasti satu background yg indah!

    ReplyDelete
  8. Qis: Sama-sama, tapi saya tak deserve credit ni pasal Acai yang bagi pendapat dan saya cuma kongsi dgn B2B yg lain. Alternatif pada cadangan Acai, saya pernah tgk kat gambar, nikah kat masjid Putrajaya if tak silap, dia letak signage Pengantin kat mana, saksi kat mana, pengantin perempuan kat mane. If nak lebih teratur pun, maybe Qis boleh buat cam tu. tapi bincang dulu dgn tok Kadi n kaum keluarga. So nanti leh prepare signage siap2 dan letak kat kedudukan mana kita nak. Lagi teratur (kalau dapat kerjasama dari semua pihak).. Oh, amat benar, dayang2 berpakaian sedondon amat cantik dijadikan latar belakang. Abg OP pun mesti seronok amik gambar :P

    ReplyDelete
  9. hi dear...i camni la..sekali sekala 0n9, bc ur pages, nak komen semua..hehehe...i pun mmg tfikir bnda ni...kalo boleh bialkah latar belakang kita tu, org2 yg kita syg kan...tp i x byk soal pun sl ni sbb mcm susah nak ejas je...tp br je dis morning my mom sibuk duk tny sal mini pelamin...dia nak jugak biar i duk kat tempat cun sket masa tunggu akad nikah tu..

    ReplyDelete
  10. Harz: tu kelebihan org akad nikah kat rumah, leh letak mini pelamin, confirm molek duduk malu2 kat situ.. huaaa...nak juge..

    ReplyDelete
  11. wawaaaaaa, thanks sebab taruk link sy kat sini walaupun sy lum terer lagi,huhuhu..:) semoga semuanya berjalan lancar ye nanti,chaiyok!!

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)