Salam dan hai
Kali ni saya nak menulis tentang Guestbook. Sekarang ni, ramai kan B2B yang sediakan Guestbook masa majlis masing-masing?
Untuk majlis saya juga, saya pun mahukan Guestbook InsyaAllah kalau ada rezeki.
Pasal? Pasal saya rasa, mesti saya takkan sempat jumpa semo tetamu yang datang. Walau tarikh saya bukanlah tarikh mahal 10.10.0, tapi mesti ada tetamu yang kena berkejar ke majlis lain, jadi tak sempat tunggu saya selesai. Guestbook ini aje la salah satu medium untuk memberitahu kehadiran mereka (selain gambar kat majlis saya dan kad untuk hadiah).
Mula-mula dulu masa merancang, saya dan D rancang (ok tipu-- D tak amik kisah pun. Dia kata, B buat aje la apa-apa yang B nak asal tak rosakkan majlis) nak letakkan slide berhampiran meja Guestbook.
Tapi lepas fikir, betapa besarnya imej tu nanti disebabkan slideshow, takut tetamu rasa cam ada pertunjukan 3D pulak dengan gambar yang besar gedebak, tambahan amik kira projektor takleh pasang terlalu lama, takut terbakar mentolnya, jadi saya pun tak jadi buat macam ni.
Kemudian saya beralih kepada sesuatu yang unik--konon tak mo sama cam orang lain.
Jadi terjumpa la idea tanda tangan kat pinggan seramik
Tapi bila fikir, tak best pulak pasal
1. ucapan takleh tulis panjang-panjang
2. Nanti lepas majlis, larat ke nak letak banyak-banyak kat rumah? (tak suka lap perabot pasal saya alah habuk)
Idea potong kertas size bussines card dan campak dalam balang camni pun, pernah terlintas kat kepala. Ucapan pun lebih personal pasal orang lain tak tau kita tulis apa.
Sama juga kalau nak gantung-gantung macam ni.
Atau simpan cam business card
Kalau terlebih rajin, buat sampul
Tapi bila fikir kerja kena buat lepas majlis--betapa lecehnya usaha untuk simpan menyimpan ni, jadi saya cancel juga yang ini. Tau-tau aje la, lepas kawin dah macam-macam aktiviti dilakukan bersama suami :P Takut kang semuanya berhabuk bersawang!
Kemudian, saya beralih pula pada idea Poloroid. Sesuatu yang unik dan ucapan boleh ditulis dibelakang gambar.
Tapi lepas fikir banyak kali, takmo juga selepas amik kira kos, termasuk poloroid camera, orang yang kena assign untuk amikan gambar, photo booth, jadi saya rasa, mungkin tidak.
Kemudian, ada juga terfikir, buatkan aje banner, tanda tangan kat atas banner tu.
Sumber: Fathinz
Tapi bila fikir, besar camni nak letak celah mana kat rumah kami nanti. Lagipun takut juga orang conteng tang muka saya :P
Lepas banyak-banyak idea saya tengok, akhirnya saya rasa saya kena redha dengan sesuatu yang lebih praktikal. Untuk Guestbook, pakai kan aje buku. Nama pun .. Guestbook=Buku Tetamu. mesti la pakai buku kan?
Sesuatu yang ada ruang cukup untuk tetamu saya melukis ke, menulis, memberi kata-kata nasihat ke. Macam gambar-gambar kat bawah ni.
Lepas saya dan D amik keputusan untuk buat pre-wedding, saya terpikir, mungkin boleh print gambar pre-wedding kami dalam bentuk buku dan dapatkan tanda tangan tetamu. Macam kat bawah ni.
Kalau bukan buku, kalau tampal cam ni pun cara juge!
Yang ini kami paling berkenan. Mungkin akan diteruskan dengan ini, jika kos mengizinkan. Lagipun, best sikit nak selak buku kalau ada gambar-gambar pre wedding kami. Dan tetamu pun boleh cuci mata sikit.
Kena letak pensil kaler macam-macam, mana tau ada yang nak melukis ke apa ke.
Jadi sekarang, sudah tetapkan untuk pakai buku sahaja. Lebih praktikal dan mesra tetamu. Cuma bentuk macam mana buku tu dipersembahkan, masih lagi dalam perancangan.
Lepas sudah ada keputusan tentang medium tandatangan tu, kami beralih pula pada deko.. deko.. deko !
Deko untuk meja Guestbook, pada mulanya, mahukan yang ini! Lepas kahwin pun boleh guna kan? (tengok pre wedding Lan Kristal tu! Tema sekolah :P) Letak bertentangan dengan meja Guestbook.
Tapi bila fikir transportation untuk bawa rak ini ke dewan, saya rasa tak perlu la.
Kemudian, terfikir lak untuk campakkan aja gambar pre wedding berterabur kat meja Guestbook macam kat bawah.
Tapi sayang oo.. Kang orang penyekkan pulak!
Kalau ada baget lebih, mampu la buat gantung gambar cam kat bawah ni, yang saya jumpa masa gi Pameran Pengantin tahun lepas.
Tapi nampak cam kena cucuk aje lak mata tetamu.
Kemudian, saya terfikir, mahu sesuatu yang moden: Digital Frame. Letak sahaja di meja Guestbook, boleh juga pakai lepas majlis. Tapi lepas fikir, takut pula ada tangan gatal yang merosakkan digital frame tu, jadi saya fikir, tak perlu la. Lepas kahwin pun, boleh beli letak kat rumah.
Maka rasa sederhana lebih selamat, letak frame gambar macam kat bawah ni pun jadi la.
Lepas saya surfing banyak-banyak, saya rasa lebih elok saya kekal pada sesuatu yang praktikal, kos berpatutan dan sederhana. Rasa cam nak gunakan khidmata PhotoBook Malaysia ni. Tapi masih dalam peringkat perahan idea.
Nanti la, bila dah dekat majlis saya akan tulis ya.
Bukan kedekut, tapi takut nanti saya ubah fikiran lagi :P
I'm always open for options . hihi
Tapi sesuatu yang saya belajar lepas teropong sana sini-- jadi unik dari orang lain dan perintis kepada idea baru memang menyeronokkan. Buat kita rasa majlis kita istimewa. Buat orang lain rasa kita kreatif. Tapi sudahnya, saya tetap kena fikirkan praktikalitinya dikemudian hari. Sebab sesuatu yang praktikal tu, kalau kena pada gaya dan aturnya, tetap nampak cantik dan molek, kan?
12 Januari 2010
you think too much dear... just like me... huhu... dok t'fikir2... kalo bole nak sesuatu yg lain dari yang lain... yet must be practical too... last2 pening dok fikir... hihi..
ReplyDeleteape2 pn, nice entry! thanks 4 sharing... (^_^)
Wah..sgt best pilihan2 guestbook kamu xora..Thanks for sharing. Tp saya rasanya pilih konsep kertas saiz bisnes kad and balang kaca tu kot..tetamu x perlu menunggu/beratur pjg hanya untk tulis ucapan 3 4 patah perkataan..huhu..Again thanks for sharing!=)
ReplyDeleteItu la Bunga. ada masa lapang, makin pantas pulak otak berfikir :P dah pening2, then tak tau nk mula camne :)
ReplyDeletexora....mmg guestbook guna buku lebih praktikal n mudah...but dear, im sure ada tetamu yg nak tulis tu, dia selak dulu yg org lain tulis...mebe dia duk ralit bc dulu apa yg org lain tulis...org selepas dia mebe akan ttunggu2...last2 x jdi tulis...xpun dia suh org lain blakang dia dulu tulis..pastu...xtulis2...tu my opinion la..
ReplyDeletekalo wat kad kecik2 pastu letak dlm balang pun ok jugak...kalo ade gak tetamu duk seluk balang amik apa yg org lain tulis...xtau la i nak ckp camne lg..hahaha...
n 4 the pic yg letak as deco, make sure dear, ade org jg la c2..karang ada plak tgn2 yg mbawa pulang gmbr korng...
Harz: tu la, dah la org kita ni mmg suka nk tau hal org (saya la antaranya :P) tapi saya suka ruang besar dia pasal saya penah nmpak org melukis kat buku, so rasa cam sweet sgt :P maybe option yg saya ada, having both! :P kan? kan? oh, ada org nk bawa lari buku saya..terasa cam artis lak kalau cam tu :P saya plan nk letak gambar family kedua2 pihak so atleast tetamu tau mana satu makayah pengantin perempuan dan lelaki. Thanks Harz sbb sudi kongsi pendpat :D
ReplyDeletesalam.tq share psl guestbook ni.
ReplyDeletei pon tgh pk2 nk cr guestbook area jb.ssh lorr nk dpt..rase2 pakai guestbook lg practical compared yg laenkn.terpulang pd cr msg2.
gudluck 4 u k.
=)
m.Eyta: tak tau la kalau ni membantu ke tak, tapi cam saya, saya terpikir nak print gambar prewedding di www.photobook.com.my kita leh arrange sendiri gambar dan buat editing. so sambil2 sign, boleh tgk gambar :p
ReplyDeletefyda pun nk wat guestbook for my wedding gak.. wat masa ni fikir nk wat yg simple je.. iaitu guna sketch book dan tepek pic kami & tulisan 'destinasi cinta' hasil tgn sendiri.. just simple..
ReplyDelete