31 October, 2009

Doakan yang Terbaik!

Salam dan hai

Persiapan terakhir yang makan separuh hari saya! Hai bunga rampai.. sapa la yang dapat idea mewujudkan bunga rampai dalam tradisi ni..


dan ayah juga hampir separuh hari siapkan bunga pahar.. pakai telur masin pasal nak warna ungu-putih. Simpan dulu telur pindang untuk majlis-- saya mungkin? :P



petang pula mencari bunga ros.. dapat bunga ros ungu (serius tak tau ada wujud bunga ros ungu) tapi tak amik pasal lebam. jadi terus tukar bunga yang saya tak tau namanya apa. Tapi pasal satu ikat yang dapat dalam 5-6 kuntum dalam harga RM1, terus beli. Lebih murah dari sekuntum ros yang harga RM1. Saaat akhir mencari bunga memang mencabar!



nasib baik juga, dalam waktu menunggu katerer siapkan dewan, sempat siapkan bunga manggar. Nasib baik sangat (dan amat terhutang budi pada Nity dan Nuriah) diorang cadangkan buat bunga manggar tadi. Rupanya tak cukup daunnya! Menggagah pergi cari, tapi baru teringat kat rumah ada extra bunga manggar kuning dan putih. Jadi selitkan aje.. Hasilnya begini la..



.. Bila keluar dari bilik VIP, kami tengok ni la hasil pekerja katering tu :)




Alhamdulillah. Macam yang kami nak.Harap makanan mereka esok pun seperti yang kami harapkan..

tapi sekarang kami satu famili panik pasal takut makanan tak cukup.. Konvoi abang2 saya datang dengan amat ramainya.. haaaii.. takut!!!

Doakan yang terbaik..

Dan terima kasih pada semua yang sentiasa menolong memberi pendapat dan pandangan.

.
.
.
TAKUTNYA..

.
.
.
"Ni belum kamu yang kahwin lagi!! wakakaka"<--- OP kami bagitau saya ni.. Haiish!


31 Oktober 2009

30 October, 2009

Status Terkini DIY


Salam dan hai

Hari tu saya ada post tentang
bakul isi bawang yang akan dapatkan extream make over-- Konon la sangat..

Sudah beberapa hari fikirkan nak buat macam mana.

Nak beli kain satin ungu yang baru, amat la membazir.

Nak hias dengan bunga, pun dah tak tau camne.

Jadi tadi, masa tengah kemas bilik pengantin, fikir punye fikir, tetiba dapat idea yang takde la hebat sangat, tapi pada waktu tu, idea ni aje yang berjalan dan ada :P

Nak tau apa saya buat?

Saya balut bakul tu dengan alas dulang hantaran abang saya. Kemudian, recycle bunga hantaran belah perempuan (harap mereka tak perasan) pasal sudah saya serahkan pada K.Rina tapi dia tak mahu. Dia kata nanti buruk siku. Jadi tak tau nak buat apa dengan bunga hantaran ni, lalu saya biarkan elok kat bakul bawang ni.

Hasilnya??

Macam ni!


Hahaha. Dalam gambar nampak serabut, tapi tengok dengan mata, orang kat rumah kata cantik (atau mungkin mereka nak jaga ati saya?? :P) Harap jengketan kain tu akan tak ketara sangat bila bunga rampai diletak di situ. Maka saya anggap sesi menghias bakul bawang tu telah selesai. Sekarang nak buat bunga rampai.

Sebagai orang Jawa, tak sah majlis kalau takde berkat. Jadi, ayah dah amik keputusan nak bagi berkat kat saudara mara terdekat dan rombongan perempuan. Buat masa sekarang, dendeng dan acar buah memang dah lama siap tapi dendeng belum packing, cuma acar buah aje sudah dalam bekas yang comey ni.



Petang tadi, kawan ibu hantar kuih ni untuk jadikan menu tambahan..Makcik tu kasi 15 biji, jadi lepas potong 8 bahagian setiap 1, dapat dalam 120.


Pada waktu yang sama, ibu pun dah buat kek buah. Lepas masuk dalam peket comey ni, ada la dalam 200+ dapat.


Kemudian, sorang lagi kawan ibu bagi rempeyek. ada la dalam 250++.

Hai.. tambah lagi dengan menu tambahan yang memang ayah dah tempah, tak tau la macam mana setting dengan katerer.

Yang pasti, bila tengok semua menu ni, cuma satu perkara yang terlintas kat kepala saya

"typical Jawa"

Kalau tetamu datang, ditatang penuh..! Makanan kalau tak cukup dalam balang, di bawa keluar tin :)

Walau kadang-kadang penat, tapi seronok juga :)




30 Oktober 2009

Skrip Untuk Emcee

Salam dan hai

Skrip untuk emcee telah siap.

Saya tak sangka payah rupanya menyediakan skrip ni, walaupun dengan bantuan google. Pada waktu nak tulis skrip tu, membayangkan sekali perjalanan majlis.

Saya bukan pandai berkata-kata, jadi susah untuk saya cipta skrip emcee. Oleh itu, saya gunakan banyak pantun bagi menyampaikan maksud majlis. Terima kasih pada sahabat baik di opis saya yang telah susah payah menggodeh segala file dia, demi mencari salinan skrip yang pernah dia baca ketika menjadi emcee. Berpandukan salinan dia, saya bina sikit demi sikit skrip untuk majlis ini.

Sudah pasti, saya bagi kebebasan untuk emcee mengatur majlis, tapi pada saat ketibaan pengantin,dia harus ikut skrip yang telah diberi.

Nak tau hasil skrip untuk majlis ini?

Tada-----

p/s memandangkan saya amik skrip ni pun cebisan dari google dan blog orang lain, jadi saya tak kisah kalau ada yang mahu copy bulat-bulat skrip ini. Sharing is caring kan?
____________________________

Masa: 11.00 pagi ; Ketibaan tetamu

[MAINKAN SELEKSI LAGU]
[EMCEE BEBAS MENGATUR MAJLIS]

Masa: 12.30 petang; Mengalukan kehadiran tetamu

Tali perahu terap belaka
Tali kuah mengayuh sampan
Salam perkenalan pembuka kata
Eratkan siratulrahim tanda persahabatan

Assalammualaikum Warah Matullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan selamat datang ke majlis perkahwinan Encik Muhamad Hambali Bin Saaman dan Puan Maziana Binti A.Ghani.

Yang jauh diundang dengan surat
Yang dekat diundang dengan tepak
Kini yang diundang sudah tiba
Yang dipesan sudah datang
Yang dipanggil sudah disahut
Yang duduk sudah bertemu lutut
Yang berdiri sudah bertemu bahu

Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, dapat kita berkumpul pada hari yang permai ini untuk meraikan majlis menyambut menantu oleh Tuan Haji Saaman dan Puan Hajah Sabariah.

Atas nama yang empunya majlis
Atas nama yang empunya hajat
Atas nama kaum kerabat
Ketibaan jemputan yang mulia
Kami sambut dengan adat

Majlis ingin berterima kasih kepada para tetamu yang hadir pada majlis yang berbahagia ini.

[MAINKAN SELEKSI LAGU]
[MENANTI KETIBAAN PENGANTIN]

Masa: 1 petang; Ketibaan Pengantin dan Rombongan

[PENGANTIN TIBA DI PERKARANGAN DEWAN BERSAMA ROMBONGAN]
[SUSUN ATUR PERARAKAN PENGANTIN]
[EMCEE TUNGGU SIGNAL DARI WAKIL KELUARGA]
[MUZIK GAMELAN DIPASANG]

Para hadirin, kini tibalah masanya untuk kita untuk meraikan pasangan mempelai ini.

[EMCEE TUNGGU SEHINGGA PENANGGAH BUNGA MANGGAR MASUK DAN BERJALAN DI KARPET MERAH SEBELUM TERUSKAN UPACARA]

Bunga disanggul seri wajahnya
Wajah pula umpama ratu
Penuh adab kami terima
Dua jiwa dapat bersatu

Para hadirin, dengan segala hormatnya, majlis meraikan ketibaan pasangan raja sehari kita, Encik Mohamad Hambali Saaman dan Puan Maziana A.Ghani, dengan diiringi paluan kompang dari Persatuan Kompang Ummatul Falah dari Taman Seri Andalas, Serdang.

[MUZIK GAMELAN DIHENTIKAN]
[KOMPANG DIPALU]
[PENGANTIN MASUK KE DEWAN]
[PERARAKAN PENGANTIN DAN ROMBONGAN]
[PENGANTIN NAIK KE PENTAS DAN DUDUK DI PELAMIN, DIIRINGI PENGAPIT]
[ROMBONGAN PEREMPUAN DUDUK DI MEJA ROMBONGAN]
[KUMPULAN KOMPANG BERKUMPUL BERDEKATAN DENGAN MEJA EMCEE. KOMPANG TERUS MAINKAN DUA-TIGA LAGU]
[KOMPANG TAMAT]

[EMCEE PANDANG KE ARAH PENGANTIN]
Tanam serai berumpun-rumpun
Disiram air setiap hari
Lamah gemalai hayun tersusun
Maklumlah kan dipanggil raja sehari

[EMCEE PANDANG KE ARAH ROMBONGAN PEREMPUAN]
Buah pauh si bunga rampai
Kilauan bintang sungguh mengasyikkan
Orang jauh sudahlah sampai
Selamat datang kami ucapkan

Yang dihormati Tuan Haji Saaman bin Haji Mohamed dan Puan Hajjah Sabariah Binti Mt. Thani, selaku tuan rumah kepada Majlis Perkahwinan kita pada hari ini

Yang diraikan pasangan mempelai; Encik Mohamad Hambali Bin Saaman dan Puan Maziana Binti A.Ghani.

Yang dihormati ahli keluarga, saudara-mara, keluarga dari sebelah pengantin perempuan dari Kuala Terengganu, rakan-rakan dari jauh dan dekat, hadirin dan hadirat para tetamu yang diRahmati Allah S.W.T. sekalian, majlis mengalu-alukan kehadiran tuan/puan semua.

Sekali lagi sanjungan kasih kami abadikan.

Masa: 1.15 petang; Bacaan Doa
[EMCEE PANDANG KE ARAH TETAMU]

Buah rambai tumbuh dihutan
Dihujung ranting buahnya lebat
Mari beramai kita doakan
Semoga majlis mendapat berkat

Bagi memberkati majlis pada hari ini, majlis mempersilakan Muhamad Shahrul Hanif Bin Mohamad Rasedi untuk bacaan doa. Dipersilakan.

[BACAAN DOA]
[TAMAT BACAAN DOA]

Terima kasih Hanif di atas bacaan doa sebentar tadi.

Mawar merah harum mewangi
Jambangan digubah berseri-seri
Doa restu kami iringi
Baik berpakat suami isteri

Masa: 1.30 petang; Makan Beradab

[PASANG SEMULA MUZIK GAMELAN SEBAGAI LATAR]

Dalam mencanai sibesi waja
Dibanding segala malah dijaga
Malam berinai adat sahaja
Bersanding pula samalah juga

Majlis seterusnya menjemput pasangan Raja Sehari, dengan diiringi pengapit, untuk turun dari pelaminan ke santapan beradap. Dipersilakan.

[TUNGGU SEHINGGA PENGANTIN DUDUK DI MEJA BERADAP, DISISI PENGAPIT]

Rendang kambing memanglah sedap
Ketupat palas jual di pekan
Duduk pengantin makan beradab
Suap berbalas makan sepinggan

Bagi menyempurnakan upacara makan beradap, majlis menjemput Yang Berbahagia, Datuk Abdullah Thalith dan Datin Kamisah, ayahanda dan bonda saudara kepada pengantin lelaki ke meja beradap.

[TUNGGU SEHINGGA JEMPUTAN DUDUK]

Seterusnya, dipersilakan, Encik A.Ghani Bin Omar dan Aminah Binti Ali, ayahanda dan bonda kepada pengantin perempuan.

[TUNGGU SEHINGGA JEMPUTAN DUDUK]

Dipersilakan Encik Hanapi dan Puan Rahimah, besan kepada keluarga pengantin perempuan untuk ke meja beradab.

[EMCEE BACAKAN BIODATA PASANGAN]

Adinda Hambali dan Adinda Maziana, majlis mengucapkan selamat pengantin baru kepada adinda berdua.

Sambil tetamu-tetamu dan pasangan mempelai kita menikmati hidangan yang disediakan, majlis ingin menyingkap bibit-bibit perkenalan pasangan pengantin ini.

Mohamad Hambali Bin Saaman, berasal dari Serdang, merupakan anak kedua daripada empat orang adik beradik. Beliau kini bertugas di Multimedia Universiti.

Pasangan beliau, Puan Maziana A.Ghani, berasal dari Kuala Terengganu merupakan bekas pelajar Universiti Melaya dalam bidang bahasa dan lingustik. Beliau kini bekerja di Bandar Sunway.

Mereka mula berkenalan pada Ogos 2007. Perkenalan yang tidak disengajakan itu, akhirnya memutikkan rasa cinta dalam hati kedua-dua pasangan ini.

Setelah mengenal hati budi masing-masing dan mendapat restu keluarga, kedua-dua mempelai ini telah selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz, pada 24 Oktober 2009 di Kuala Terengganu.

Buat Hambali dan juga Maziana,
Janganlah risau jangan gundah,
Ambik senang ambik mudah
Pesan tok imam dalam khutbah nikah,
Sentiasa waras dalam susah
Jangan seperti retak menunggu belah
Rahsia di rumah jangan di bawa ke tanah
Didengar org jadi fitnah
Banyak sabar banyak tabah
InsyaAllah rukun damai serumah-rumah.
Sama beringat pesan dan nasihat,
Pesan org tua membawa berkat.

[TAMAT ACARA MAKAN BERADAP]
[TAMAT LAGU GAMELAN]

Masa: 2.00 petang; Memotong kek
Hadirin yg dimuliakan, kita bertukar gelanggang sekarang ke acara seterusnya iaitu upacara memotong kek. Dipersilakan kedua mempelai berangkat ke sudut kiri bersebelahan dengan meja beradab untuk upacara memotong kek. Atas permintaan pengantin, upacara ini akan diiringi oleh lagu “Sketsa Sebuah Cinta”.

[EMCEE PASANG "LAGU SKETSA SEBUAH CINTA" DARI KUMPULAN MAY]
[PENGANTIN MEMOTONG KEK]

Masa:2.15 petang; Sesi Bergambar
Majlis mempersilakan pasangan mempelai, sambil diiringi pengapit, sekali lagi untuk duduk di pelamin bagi sesi bergambar bersama keluarga.

[TUNGGU SEHINGGA PENGANTIN DUDUK DI ATAS PELAMIN DENGAN SELESA]

Dengan hormatnya, majlis menjemput Tuan Haji Saaman dan Puan Hajah Sabariah, ayahanda dan bonda kepada pengantin lelaki untuk ke atas pentas bagi sesi bergambar bersama mempelai.

[PENGANTIN BERGAMBAR BERSAMA TUAN HJ. SAAMAN DAN PUAN HJH. SABARIAH]

Seterusnya, majlis menjemput Encik A.Ghani Bin Omar dan Aminah Binti Ali, ayahanda dan bonda pengantin perempuan, untuk naik ke atas pentas bagi sesi bergambar bersama mempelai dan keluarga besan yang baharu.

[TUAN HJ. SAAMAN DAN PUAN HJH. SABARIAH KEKAL DI ATAS PENTAS PENTAS]
[PENGANTIN BERGAMBAR BERSAMA KEDUA-DUA IBUBAPA]
[TUAN HAJI SAAMAN DAN PUAN HAJAH SABARIAH TURUN DARI PENTAS]
[SESI BERGAMBAR DENGAN ENCIK A.GHANI DAN PUAN AMINAH]

Masa: 2.30 petang; Bersurai

Dengan berakhirnya sesi bergambar bersama kedua-dua ayahanda dan bonda pengantin, selesai la sudah majlis yang berbahagia ini. Majlis seterusnya menjemput pasangan mempelai untuk bertemu sua dengan para jemputan. Para hadirin yang berhajat mengabadikan gambar bersama pasangan mempelai, jangan malu jangan segan. Sila tampil kehadapan.

Buat pasangan mempelai, majlis ingin berpesan,
Kalau lautan sama direnangi
Kalau lurah sama dituruni
Kalau sampan sama berdayung

Kalau lesung sama menumbuk
Cubit peha kiri
Peha kanan sakit juga
Susah sama susah
Senang sama senang
Adat orang bersuami isteri,
Pahit manis sama dirasa

Kalau sedikit, sesudu seorang,
Kalau banyak, sesenduk seorang
Tikar sehelai, sama ditiduri,
Selimut satu, sama dikongsi

Majlis ingin berterima kasih kepada para tetamu yang hadir pada majlis yang berbahagia ini.

Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarung di pohon buluh,
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah bersusun jari sepuluh

Jikalau ada terdapat silap dan salah, bagi pihak tuan rumah, majlis meminta berbanyak ampun dan maaf.

Kalau ada wajah yang tersalah pandang,
Kalau ada nama yang tersalah sebut
Kalau ada gelar yang tersalah ucap,
Kalau ada yang duduk di salah tempat
Kalau ada hidangan yang salah bekas,
Kalau gelas tersalah letak
Kalau nasi tersalah tambah

Bak kata orang,
Kalau memanjat, sudah sampai ke puncak,
Kalau menurun, sudah sampai ke lembah,
Umpama belayar sudah sampai ke pulau,
Umpama berjalan sudah sampai ke batas.

Yang termimpi-mimpi sudah terjadi
Yang terbayang-bayang sudah dipandang.
Adat sudah diisi
Lembaga sudah dituang.

Semoga persuraian kita ini dipelihara oleh Allah S.W.T. dan akan diberkati dgn pertemuan selanjutnya pada masa ketika yg diizinkanNYA. Dengan ini, saya sudahi dengan Wabilah Hitaufik Wal Hidayah, Assalammualaikum Warah Matullahi Wabarakatuh.
Terima Kasih
[SELEKSI LAGU]


30 Oktober 2009

29 October, 2009

Seleksi Lagu Perkahwinan

Salam dan hai

Kali ni saya menulis berkenaan seleksi lagu untuk majlis perkahwinan.

Masih kah kita ingat, saat dan ketika kadang-kadang kita akan berkerut dahi dengar seleksi lagu di majlis perkahwinan?

Sapa tak pernah, jangan angkat tangan.

Mana mungkin lagu seperti "Jatuh Cinta Lagi" nyanyian Matta atau "Ku Tunggu Jandamu" dipasang pada majlis dapat memberi reaksi normal pada tetamu (yang menghayati lirik dan memahami tujuan lagu itu)..

Whatthefish~~!?

Untuk itu, saya mengambil inisiatif untuk buat sendiri pemilihan lagu untuk majlis abang saya. Tempoh hari, tanya pada emcee, dia bagitau, dia boleh mainkan lagu dalam pendrive. Lega juga sebab sekurangnya mudah untuk saya backup dua tiga pendrive kan? :)

Maka dengan gigihnya, saya mencari lagu yang sesuai untuk majlis abang saya. Kalau tengok pada list, saya rasa, mungkin juga ada yang saya terlepas pandang pada liriknya disebabkan melodi yang lunak. Ini yang telah disenaraikan dan akan ditambah kemudian.

Indigo - Istimewa
Afgan - Bukan Cinta Biasa
Afgan - Terima Kasih Cinta
Aizat - Lagu Kita
Glenn Fredly - Aku Cinta Padamu
Altimet Feat. Adeep - Chanteq
Andra & The Backbone - Tak Ada yang Bisa
Andra & The Backbone - Sempurna
Ari Lasso Feat. BCL - Aku dan kamu
Faizal Tahir - Sampai Syurga
Glenn & Amy Mastura - Dengarkanlah
Imran Ajmain - 1000 Tahun
Innuendo - Belaian Jiwa
Adibah Noor - Keroncong Hujan
KD - Mencintaimu
Nidji - Laskar Pelangi
Siti - Cahaya Cinta
Anuar Zain - I'm The Lucky One
Anuar Zain - Ketulusan Hari
Anuar Zain - Lelaki ini
BCL - Pernah Muda
Camelia & Innuendo - Akhirnya
Siti - Kau Ku Sayang
Kerispatih - Lagu Rindu
Kopratasa - Permata untuk Isteriku --Lagu ni meruntun jiwa saya.
M. Nasir & Siti - Bagaikan Sakti
Melly Goeslow Feat Amee - Ketika Cinta Bertasbih
Ungu Feat. Rossa - Tercipta Untukku
Rossa - Ayat-ayat Cinta
Plain White- 1234
Yassin - Nur Kasih
Michael Buble - Everything
Marc Anthony - My Baby You
Nat King Cole - LOVE
Ronan Keating - When You Say Nothing At All

Tapi untuk tempoh makan beradap, hanya skor muzik gamelan akan dipasang.

Dan istimewa untuk acara memotong kek, mempelai secara spesifik telah meminta lagu rock kangkang dari kumpulan May, "Sketsa Sebuah Cinta" untuk mengiringi mereka.

Jawapan saya?

Whatthefish??!!!

Pitam!!!

tergamam.. Tapi yang penting, kalau lagu tersebut memberi 1001 kenangan buat mereka, maka biarkan lah. lagipun, mereka raja sehari. Bukannya kita. Bersungguh K.Rina minta diputarkan lagu tu.

Ye, saya perasan tiada lagu perkahwinan tradisional gendang-gendang yang dipasang. Mesti ada yang bahas, kata bila lagi lagu kahwin nak dipasang kalau bukan pada majlis perkahwinan? Tak rasa aura majlis kahwin kalau lagu omputih dipasang. Jawapan saya; tetamu yang datang bukan hanya pada satu golongan aje. Jadi kami sebagai tuan rumah, cuba sedayanya untuk alunkan muzik yang sedap di telinga semua. Mana mungkin dapat puaskan hati semuorang. Tapi asal tak pasang lagu cinta tiga segi, sudahlah kan? :)

Lagipun, mengenali abang saya, dia sudah pasti takmo lagu-lagu kahwin yang biasa kita dengar.

Jadi semuanya, berbalik kepada kehendak tuan rumah.

Dah terpenting, larangan keras untuk karoeke. Sudah pesan pada emcee takmo bawa set karoeke. Pasal saya tak suka dengar suara orang yang bukan artis menyanyi.

29 Oktober 2009


Flower Ladies


Salam dan hai

Nota: Disebabkan tuntutan kerja di opis dan di rumah, semua post telah saya tulis terlebih dahulu dan simpan sebagai post berjadual untuk bacaan bloggers. Saya tetap akan approve comments ya :)

Hal tak penting pun, tapi saje aje buat (gaya cam takde kerja aje tapi sebenarnya berlambak tak buat lagi..!). Saya buat 10 bekas paper beg molek untuk Nuriah beri pada flower ladies yang bertugas.

Kertas keras warna pink, saya cuma lilitkan riben warna ungu yang masih berbaki 3 gulung penuh (haiii.. lain kali jangan beli bundle. Jenuh nak habiskan) dan diletak bunga ungu kecil tu, baki daripada hantaran yang tidak digunakan.

Maka ini la hasilnya.



Hasil yang biasa aje tapi cukup la untuk gadis-gadis pegang bunga rampai dengan mudah, kan?

Oh ya, K.Rina bagi terus dulang butterfly masa hantaran dari pihak dia. Banyak amat. Ada 2 dulang besar, 2 dulang sederhana dan 2 dulang kecik. Jadi rasanya nak gunakan dulang yang ada sebagai ganti untuk bakul yang saya tunjuk tempoh hari. Mungkin susah nak pegang banding bakul, tapi dalam kes kami, bakul tu cuma ada 1. Jadi untuk keseragaman, kurangkan kos dan mudah, kami pakai semula aje dulang yang cantik ni untuk penanggah yang tugas beri gula-gula pada si cilik.

Erm. ada 6 biji dulang ni, kalau buat business menyewa dulang ni pun ok ni hihihih :P



28 Oktober 2009

28 October, 2009

Senarai Semak Majlis Menyambut Menantu

Salam dan hai

Terima kasih pda MissaDDa yang menjadi pembaca tegar yang ke 29.! *tepuk tepuk*

Ok skrang saya nak buat semakan untuk perincian majlis menyambut menantu. kita kongsi ramai-ramai kat sini, boleh jadi rujukan saya dan mungkin juga rujukan pada bloggers yang lain.
Nota: harga dan bayaran tidak didedahkan untuk post kali ni. Mungkin akan masuk perincian itu di post lain yang bersesuaian.

Kalau ada yang saya tertinggal sila maklumkan. Terima kasih!

1. Katering
*Booking pakej lengkap hidangan pengantin (set lengkap menu, pelayan, kek pengantin- siap
*Pemilihan pakej untuk tetamu (menu asas+menu tambahan+perkakasan+pelayan+ meja rombongan perempuan)- siap

*Dekorasi majlis (lapik kerusi dan meja tetamu+deko meja pengantin+ scallop di pintu masuk 2+arch di pintu masuk dewan+ red carpet)-
siap
* Bayaran untuk katering- 80% telah dibayar. Cuma tinggal lagi 20%, akan dibayar selepas majlis. KIV
*Pemasangan kelengkapan- KIV. Sudah diskusi bersama katerer, pemasangan pelamin, kerusi, meja, etc akan dijalankan sehari sebelum majlis.

2. Hal berkaitan majlis
*Pembaca doa- Siap. Ketua pasukan kompang akan bacakan doa
*Bunga manggar- beli siap. Tapi masih belum dicucuk. Bakal dicucuk dalam sehari sebelum majlis. KIV untuk bunga manggar.
*Tunjuk arah- Rasa cam susah nak siap tulis berapa kilometer di hadapan, maka buat aje asas tunjuk arah-- cuma nama pengantin dan tarikh majlis pada kertas A3, yang akan ditampal pada cupboard kotak. Gambar anak panah print berasingan untuk fleksibiliti menampal arah pada kertas tunjuk arah. Kayu nak amik dari construction. Maka status untuk kertas tunjuk arah Siap, mencacak papan tanda dilakukan KIV, dijalankan pada pagi majlis.

3. Hal berkaitan dewan
*Tengok dewan- Siap sudah tengok dewan. Katerer pernah buat majlis di dewan tu, jadi tiada masalah
*Sewa dewan- Sudah bayar full dan sudah diberi kebenaran untuk guna bilik VIP untuk simpan barang dan kunci akan diambil sehari sebelum majlis. Status Siap.
*Hiasan DIY kat Pintu Masuk 1. Dah minta kebenaran pinjam kain Nuriah. Akan dibuat bersama Nuriah dan Nity sehari sebelum majlis, tapi nak tengok kesesuaian majlis. Status
Code Red
*Bunting- Siap dan dah amik pun bunting. dapat dua bunting!! yeay.. jadi, satu diletak di luar pintu masuk bangunan dan satu lagi di pintu masuk dewan. Tapi untuk tugasan menyangkut oleh abang saya, statusnya KIV pasal akan diuruskan pagi majlis
*Rak Tingkat- Siap! Cuma bunga rampai diletak pagi nikah nanti.
*Bunga rampai- Status siap! jangan main-main, tangan pengantin tau yang racik daun pandan tu :P

4. Hal berkaitan penanggah
* Pemberi buah tangan- Sudah dapat persetujuan K.Ana, Laling, Falin dan Nity. Mungkin Nuriah akan tolong selepas habis tugasan sebagai chief flower ladies. Kek akan diberi bila tetamu keluar dari dewan untuk balik. Gula-gula akan diberi oleh Icik dan dua orang sepupunya. Siap!
* Penyambut tetamu- Siap. Sedara mara belah ibu dan ayah. Senarai masih berubah-ubah, tapi buat masa ni sudah ada 3 orang + 2 (ibu ayah).
* Flower ladies- Sudah beritahu kepada 8 gadis berikut (Laling, Reen, Fieza, Shima, Nity, Nailah, Along, Yati) untuk menjadi flower ladies. Nuriah sebagai chief flower ladies, sudah dimaklumkan tugasan. Saya percayakan dia untuk uruskan hal ni. Status Siap
* Penanggah bunga manggar- Sudah dimaklumkan tapi akan diingatkan semula kepada dua orang bujang tersebut dalam waktu terdekat nanti. Status KIV
* Gadis pembuat bunga rampai- sudah maklumkan pada 4 orang gadis + 3 mak dara, untuk buat bunga rampai malam hari sebelum majlis. Status: Siap
* Buat paper bag untuk flower ladies- dah siap walau hanya paper bag kecil bagi memudahkan mereka pegang bunga.

5. Hiburan
*DJ dan PA System- dah booking. Teks untuk emcee pun dah siap dan sudah diserahkan pada yang bertugas. Status Siap.
*Booking kumpulan kompang- Siap. Sudah booking tarikh dengan ketua kompang tapi bayaran selepas majlis. Kad kahwin pun sudah diberi. Sehari sebelum majlis akan ingatkan ketua mereka.

6. Hal pengantin
*Pakej pengantin-Siap. Sudah fitting. Tunggu nak amik aje.
*Pengapit- Siap. Sudah diputuskan pengantin. Baju mereka sendirian berhad.
*Hiasan kereta pengantin- Sunguh merepek.. pengantin bertegas nak drive ke dewan juga? Jadi layankan aje. Hiasan kereta pengantin tak jadi pasal pengantin takmo kereta sukan dia nampak feminin. Riben untuk konvoi telah diambil dari kedai. Malas dah fikir nak buat sendiri. Status Siap. Abang saya akan bagi pada marshall dalam waktu terdekat.

7. Bilik Pengantin
*Langsir- siap dijahit ibu
*Cadar katil dan sarung bantal- siap juga dijahit ibu
*Deko bilik pengantin - Katil telah siap, pengantin dah tido pun. Langsir pun dah pasang. Cuma tinggal 50% lagi--nak tinggal lap perabot dan hiasan bunga hidup. Status KIV.
* Bunga hidup- Sudah beli petang sehari sebelum majlis.. murah aje.. tapi tak tau bunga apa. tak jadi amik ros pasal dia lebam pulak

8. Jemputan
*Senarai jemputan- Tak sedia dari awal, jadi lintang pukang juga. tapi main ingat aje la.. status siap
*Kad jemputan- Siap. Disaster atas kecuaian pihak kad. Tapi warna dan kad cantik :)
*Edar kad- Selesai by orang tengah, posmen dan campak kad & lari. Siap
*Senarai jemputan dari belah perempuan yang akan duduk di meja beradap- Sudah dapat list dari K.Rina, kira-kira 20 orang lebih datang. Yang duduk di meja beradab juga sudah diberikan tempat. Tunggu untuk dimaklumkan aje. Status Siap

9. Foto dan Video
*OP- booking sudah dan dah briefing OP. Email gambar dewan pun sudah dihantar. Status Siap
*Video- Sudah putuskan dan dipersetujui seperti masa nikah, tugas dipikul abang pertama saya. Siap!

10. Buah tangan tetamu
* Tetamu dewasa- sudah booking. akan dapat sehari sebelum majlis-- status KIV
* Tetamu cilik- Siap dibungkus. 300 bungkusan semuanya.
* Berkat Rombongan perempuan- Dendeng dan acar telah dimasak dan dibekukan. Nasi dimasak malam majlis. Masa tu akan packing kan bekalan. Rasa cam singkat sangat sebab tu letak status Code Red. Tapi plastik untuk isi berkat sudah siap dibeli. Air kotak pun sudah dibeli. Nak packing pun dibuat pada malam hari yang sama. Status KIV.
* Goodie bag untuk rombongan- sudah siap diletak riben sebelum puasa lagi.. yeay! Siap!
* Bunga pahar untuk rombongan perempuan-Siap untuk status bunga pahar pasal beli siap. Telur masin juga sudah diambil, 100 biji jumlahnya. Direbus 2 hari sebelum majlis

11. Hal pakaian
* Ibuayah- siap tempah dan sudah diambil dari tailor.
* Rozek dan riben- Beli siap di Nilai
* Pakaian adik beradik- Saya beli siap di Jakarta dan abang yang pertama, baju raya tahun ni Ungu jadi jimat sudah kos. Siap!
* Pakaian untuk Flower ladies- Sudah siap dimaklumkan, pakai pakaian bewarna pink paling cantik mereka ada, koleksi sendirian berhad.
* Pakaian Pengapit-- kos dengan sukarela ditanggung oleh pengapit's'. Maka siap juga la statusnya.

12. Hal rumah
* Sewa kediaman untuk sedara mara-- Tiada kos penginapan terlibat sebab semua kena pandai-pandai cari tempat tinggal. Bukan ada rewang pun.. status Siap
*Hiasan rumah- Tak risau sangat pasal majlis di dewan jadi rumah memangh takde sapa.Cukup sekadar kemas dan bersih. Status siap!


13. Hal rombongan perempuan dari Terengganu
*Semua siap diuruskan oleh K.Rina, melibatkan kos tempahan bas, penempatan dan sebagainya, ditanggung oleh belah sana.

14. Ingatan Tulus Ikhlas
* Sudah hantar sms dan email pada semua penanggah dan PIC untuk ingatkan tugasan masing-masing. Status Siap. OP dan Kompang sudah sms.

15. YOU TELL ME, PLEASE...!!


28 Oktober 2009

Boleh ke tak?


Salam dan hai

Minta pendapat

Gambar di bawah ni adalah tempat serba guna--tapi kebanyakkan digunakan di dapur untuk isi bawang-bawang.

Abang saya baru beli bakul ni di Terengganu, belum dipakai. Tapi tatkala mata terpandang bakul-bakul ni, saya terus terfikir, nak jadikan tempat letak bunga rampai.

Mari saya terangkan kedudukan bakul di mana.

Dewan ada 2 pintu masuk. Bila tetamu sampai, perlu lalu pintu masuk 1, menembusi bahagian yang saya panggil lobi. Kemudian untuk masuk ke dalam dewan makan, akan ada pintu masuk 2 yang akan dihiasi dengan scallop, ada dua pintu yang ditengahnya ada pembahagi. Pintu dibuka ke dalam. Cadangan yang saya ada, untuk meletakkan bakul tu ditengah-tengah pembahagi tu, jadi tetamu yang keluar masuk melalui pintu tu, akan diiringi bau bunga rampai.

Dan semestinya la, bakul tu takkan dibiarkan gonjeng begitu aje. Saya akan lilit dengan riben atau apa-apa yang bersesuaian supaya tidak nampak terlalu ringkas.

Korang rasa macam mana? Boleh ke tak boleh??

28 Oktober 2009

27 October, 2009

Kemas Kini Sekali Harung


Salam dan hai

Terima kasih pada yang masih sudi menyelak dan klik ke blog ini walaupun tau, amat sukar untuk saya menulis sesuatu yang menarik untuk dikongsi dalam keadaan serba tak sempurna lagi.

Tapi apa-apa pun, perlu update blog. Jadi bloggers-- post sekali harung untuk beberapa update tentang perkembangan majlis.

1.Door gift untuk si cilik
Alhamdulillah, telah siap bungkus 300 peket. Harap cukup. Dah habis conteng kotak ni dengan ubat semut, supaya semut tak nyibuk


2. Riben konvoi
Ingat tak post
DIY riben untuk konvoi? Serius, kali ni saya serah kalah lepas korbankan beberapa ela riben. Ingat memang nak buat sendiri dan dah google cara buat riben kat youtube, tapi tangan masih baru, maka riben tak menjadi. Terus hantar ke kedai barang kahwin berhampiran untuk upah membuat riben. Berjaya dapat dalam 30 riben comey, RM1 setiap satu (pejam aje mata pada harga kos...)


3.Bilik Pengantin
Sudah dirasmikan oleh pengantin pun pasal rumah mereka belum siap dikemas. Tapi demi nak hias gak, maka ni la hasil dalam 30%. Seperti sedia maklum, takmo ropol-ropol mahupun fabrik berkilat. Maka kami pilih sesuatu yang lebih praktikal untuk mereka bawa ke rumah baru mereka nanti. Tak de la membazir terperuk dalam beg kain semua cadar dan sarung bantal. Deko amat simple pada langsir. Cukup dengan jerujai kristal aje. Walaupun pada mula nak pakai
jerujai yang ini, tapi bila dah letak, kurang sesuai pulak. Semuanya jadi ungu pulak!

Kami kawinkan kain langsir dengan sarung bantal kecik-kecik :P. Kami biarkan kosong tanpa ada leretan jerujai di sekeliling bantal comey ni pasal mungkin k.Rina nak buat deko sendiri. Cadar katil hanya cadar warna cream yang polos, tapi amat selesa fabriknya. Lepas ni, hanya mencari bunga hidup untuk naikkan seri. Perabot dah built in, jadi cuma lap dan buang habuk aje.




4. Bunting
Ingatkan kisah kesilapan paling besar mana-mana kedai kad kahwin
di sini. Saya belajar tentang sesuatu yang amat penting dalam mengekalkan adab. Marah memang boleh buat kita rasa lebih tenang, tapi kesabaran boleh bawa kita lebih jauh :) Sebab sesungguhnya, dunia ini amat kecil.

Rasanya, kalau saya sudah serang orang kedai tu awal-awal, mana mungkin saya berjaya dapat 2 bunting secara percuma :P hihih.. Ok, mungkin masih ada kemungkinan untuk dapat percuma setelah apa yang terjadi, tapi mungkin tokei tu bagi separuh hati atau bagi dalam hati yang marah-marah juga. Masa saya amik bunting ni, tuan kedai tu layan saya lebih elok dari kali pertama dan kedua saya ke sana. Erm.. mungkin PR beliau telah semakin maju? tapi apa-apa pun, saya yang ambil bunting petang tu pun, pergi ke sana tanpa ada perasaan marah. Yang penting, misi mendapatkan dua bunting percuma telah berjaya! :)


5.Bakul untuk gula-gula

Bakul ni, keluarga kami dapat dari belah perempuan masa tukar barang hantaran. Sangat cantik! saya suka dengan bunga pink lip lap. Jadi terus aje amik keputusan untuk recycle, gunakan untuk isi gula-gula, bagi sepupu-sepupu yang kecil untuk bagi gula-gula pada tetamu cilik. Maka sudah tak perlu risau pasal bakul. Tapi sekarang, cuma ada satu bakul begini. Ada lagi satu bakul, tapi bewarna oren. erm... tengah fikir camne ni..


Ini saja dapat saya kongsikan buat masa ini. Amat sibuk dengan kerja di pejabat dan kerja adhoc ini.. cabaran!


27 Oktober 2009

26 October, 2009

Dia Terima Nikahnya

Salam dan hai

Alhamdulillah



Sekali lafaz, si lelaki menjadi suami. Si gadis menjadi isteri.






Majlis pernikahan yang berlangsung di Terengganu dengan selamat.



Banyak yang saya nak kongsi disini, tapi perlukan keadaan yang tenang untuk berkarya. Masih ada urusan perlu dilangsaikan.


Jadi, layan dulu gambar ye kawan-kawan :)

p/s: Ucapan selamat datang buat pengikut baru; Hasnah dan Hunny


26 Oktober 2009



23 October, 2009

Ghanu Kita!


Salam dan hai..

Sabtu, 24 Oktober, abang saya akan bernikah dengan K.Rina InsyaAllah.

Doakan semuanya selamat ye. Kami sekeluarga akan berangkat ke Terengganu sehari sebelum nikah dan hanya akan pulang pada hari Ahad.

Blog tidak dapat dikemaskini dan segala komen hanya dapat dilepaskan sekembalinya saya ke dunia siber ye.

Terima kasih sangat-sangat pada korang yang tak jemu-jemu membaca cebisan pengalaman yang tak seberapa ni.

Oh ya, hari tu saya tanya abang saya,
"Mok, lagi 3 hari ko dah nak jadi laki orang oi"

Dia bagi reaksi macam ni.



23 Oktober 2009

22 October, 2009

Hantaran- Selesai!

Salam dan hai

Kalau kawan-kawan yang dah lama ikut blog ni, dari awal sampai skrang, mesti tau yang gubahan hantaran ni, dilakukan dengan cara DIY. Sebabnya mudah, demi kos dan demi pengalaman. Bantuan hanya pada google images, nasihat dan pendapat kawan-kawan dan usaha diri sendiri.

7 dulang perlu disediakan. Kami amik keputusan untuk gunakan white tray pada 4 dulang. Boleh klik disini untuk baca pengalaman mencari white tray ni.

Usah bandingkan dengan penggubah pro di luar sana. Ilmu saya setakat jari kelingking, mana mungkin akan sama dengan jari telunjuk kan?

Tapi puas sangat-sangat. Yang penting abang saya suka. Tu paling penting. Tema kami--sederhana. Hendak di bawa 8jam ke Terengganu, mana mungkin nak buat begitu vas kan?

Malam ni, hantaran ni semua akan dibungkus molek-molek.

Tutup buku tentang barang hantaran.Lega sangat..

Maka ni la hasilnya

1. Penghulu segala hantaran-- Tepak Sireh
Tepak tanpa sireh pasal sireh cuma akan dipetik hari esok sebelum pergi ke Terengganu. Sama gak dengan kapur, gambir dan segala apa yang perlu disumbat di tepak sireh ni, belum diletak. Bunga rampai pun sepatutnya di letak di dalam kotak, tapi semuanya akan diselesaikan pagi sebelum majlis akad. Masa gambar ni di ambil, tepak sireh belum digilap lagi.




2. Telekung dan Al-Quran

Hantaran fav. abang saya. Dia suka telekung tu dijadikan macam baju kebaya. Saya kurang suka pasal saya lebih suka dilipat macam kipas sahaja. tapi yang penting, tuan punya badan suka, jadi layan sahaja la..!



3. Mas kahwin, wang hantaran dan barang kemas
Satu-satu gubahan yang saya terpaksa berseni sambil mellihat tunjuk ajar dari YouTube. Mula-mula saya nak gulungkan aje duit kertas tu elok-elok tapi abang saya nak ros, maka saya buat la menjadi sejambak ros.

Pakai duit RM1 untuk kelopak bunga dan RM5 untuk bentukkan daun. Selitkan juga daun dan riben ungu.




Wang hantaran dalam buku simpanan.. Jarang sekali dibuat macam ni.. Amik!!! Di Terengganu (at least di tempat K.Rina), tok kadi agak cerewet tentang hal wang hantaran. Sebab dah banyak kali terjadi kes cek tendang. Jadi untuk melindungi warga Terengganu, maka atas buat buku simpanan macam ni lebih terjamin. Maka dibuat la buku ini. Takleh hias beria, maka saya cuma ribenkan aje dan letak molek-molek dalam kotak kayu. Nanti pagi nikah, nak letak bunga rampai dalam kotak kayu tu.

Jumlah hantaran amat rahsia kan dengan cara ini? Boleh kita tengok sapa yang berani buka riben tu sebelum pengantin!! :P


Jadi keseluruhan dulang, rupanya macam ni.. Mas kahwin RM80 (Terengganu takde mas kahwin, tapi atas perbincangan, kami amik keputusan untuk gunakan adat Selangor atas
sebab ini), cincin dua bentuk dan gelang. Bekas tembaga tu akan diletak dengan bunga rampai juga nanti.


Bunga orkid jangan lupa selitkan sikit di sudut sisi dulang.



4. Hantaran makeup dan perfume.
Sekali lagi, takde apa berenda. Cuma simple riben dan bunga orkid di sudut tepi. Siap sudah.. Beli jenama Elizabeth Arden untuk kedua-duanya. Beli di Sogo untuk dapatkan harga yang best! :)Kami bandingkan dengan pakej yang sama di Jusco dan Metrojaya, beza hampir RM100.. jimat!


5.Hantaran kasut dan wallet
Ingat lagi masa ekpidisi mencari barang yang dua ni. sungguh mencabar. Akhirnya, beli juga di Sembonia. Hias tetap simple aje.


6. Hantaran kain ela, tudung dan brooch
Kain ni dah beli dari awal tahun lagi. Kain songket warna ungu. semuanya Ungu.. Tudung tu kononnya nak buat macam bunga ros, dah tu jadi macam ni, pasrah aje la..



7. Hantaran buah dan coklat
Mula-mula, cuma buah dijadikan hantaran. Tapi saya rasa cam tak best lak takde makanan untuk si cilik-cilik di sana. Jadi beli la coklat Vouhelle. Beli pun pasal nak ikut warna tema ungu. hihihi.. Buah yang kami pilih adalah oren, epal hijau dan buah prum. semua bulat-bulat. Ayah cadangkan anggur, tapi ntah, saya beli prum pasal prum sedap dan jarang dimakan. jadi nak bagi sesuatu yang orang jarang makan. Jerujai Ungu tu pun ntah kenapa ada disitu. Mungkin saja nak tambah element ungu lagi.

Masa gambar ni di ambil, saya cuma main campak aje buah-buahan tanpa ada susunan yang betul. Mungkin pagi nikah, baru akan deko betul-betul semula



Jadi kawan-kawan, sudah siap hantaran kami.. 7 dulang dari pihak lelaki. Disiapkan dalam tempoh 3 bulan, dibantu oleh pendapat kawan-kawan di cyber dan di dunia sebenar.

Selepas semuanya selesai, pendapat saya tentang DIY Hantaran? A must try!! Seronok sangat buat. Mungkin hasil tak de la dasyat macam professional di luar sana, tapi bagi saya, pengalaman seumur hidup. Dari pengalaman mencari bahan-bahan, ke cara-cara nak gubah.

Pengajaran yang saya belajar:
1. Jangan impikan sesuatu yang exactly macam kita jumpa dari google images. Jadikan apa yang kita nak tu sebagai rujukan, tapi usah la harapkan hasil yang sejibik sejiban. Macam saya juga. Sudah senaraikan segala rupa yang saya nak, tapi tup-tup langsung tak sama.

2. Jangan beli barang secara bundle. Cam kes saya, terbeli riben ungu silk dengan pukal. satu gulung pun belum habis, sedangkan ada lagi 5 gulung penuh. Kecuali la kita memang nak amik upah buat hantaran atau sudah ada sedara mara/ kawan-kawan yang akan berkahwin dalam waktu terdekat, maybe belian secara pukal ni lebih jimat. Tapi kalau kita buat sekali ni aje, amat rugi.

3. Tau tahap diri di mana. Kalau kita rasa kita tak mampu buat bunga ros kecik-kecik pakai riben, usah buat. Kadang-kadang beli yang telah sedia siap lebih murah dari segi kos dan masa.

4. Dengar kritikan orang. Jangan syok sendiri. Dulu, percubaan pertama yang gagal amat memutuskan semangat saya. Percubaan kedua pun sama takde beza. Ramai yang membantu dari segi nasihat dan pendapat, tapi kita perlu bezakan kritikan yang membina dan membinasa. Ada beza. Kalau kritikan membina, sambil orang tu kritik, dia akan bagi pendapat dan penyelesaian, lalu buat kita terpikir "Haah, kalau buat cam tu mungkin akan lebih elok". Kritikan membinasa, kritikan yang langsung takde hala tuju dan hanya bertujuan nak lemahkan semangat kita. Bezakan antara dua dan pastikan diri sedia untuk dikritik.

5. Cantik itu subjektif. Sila amik perhatian. Apa yang cantik kat mata kita, tak mungkin cantik pada mata orang. Ada orang rasa, bunga serumpun banyak lebih dari hantaran, tu lebih cantik dan berseni. Tapi ada orang rasa, cukup dekorasi bunga yang sederhana untuk naikkan seri lebih cantik. Ada yang kata, letak kotak plastik ada renda-renda baru rasa cam hantaran. Ada yang anggap cukup riben dua-tiga disisi dulang, sudah cukup ada aura. Maka, kita kena ingat, kita tak dapat puaskan hati semua pihak. Yang penting bagi saya, cuma ada 3 pihak yang penting; abang saya (si bakal pengantin), mak ayah saya, dan saya sendiri.

Jadi kawan-kawan yang ingin buat DIY hantaran, saya ucapkan selamat maju jaya dan jangan putus asa. Kalau mula dari kosong pun tak apa. Saya juga begitu. Langsung tak pernah pegang dan terlibat dalam membuat hantaran. Tau-tau, tetiba mampu membentuk bunga ros dari duit kertas. Tapi yang penting, kita kena sedia untuk belajar.

Ada juga suara manusia yang berkata
"Upah aje kan senang. Cantik pun confirm cantik. Tak yah pening-pening"

Mungkin saya suka buktikan pada orang
"Tak semua benda dalam dunia, kita boleh beli dengan duit"



22 Oktober 2009

20 October, 2009

Kad Kahwin DIY


Salam dan hai

Saya amat sukakan kad kahwin DIY.

Aura yang sangat positif mengelilingi kad DIY ni. Kad DIY ni sentiasa meberikan kejutan pada saya.

Kali pertama dapat kad kahwin DIY ni daripada
Falin.

Semalam, dapat kad kahwin DIY daripada Shima yang bakal melangsungkan majlis dia seminggu selepas abang saya.

abaikan warna kuning tersebut. amik gambar di bawah lampu di dalam kete, jadi warna kuning lak. tapi kad warna putih dan sedikit hijau

Sangat cantik!

Saya suka dari kualiti kertasnya yang sedap dipegang dan segala puitis ayat yang ditulis dalam kad tu.



Shima malu pasal kad tu terlalu puitis. Tunang Shima, Ilham yang mereka kad ni. Bagi saya, asal DIY, hasilnya amat unik dan ikhlas.

Sedikit info berkenaan kad ni. Setahu saya, Ilham amik masa lama juga nak design dan buat amendments pada kad ni. Kad ni dihantar untuk printing di Pudu. Dapat 60 sen sekeping, kad berjumlah melebihi 2000. Size kad besar A4 dan dilipat dua, siap ada sampul surat bertulis nama kedua bakal pengantin. jadi harga tu pada saya sudah ekonomikal. Warna pun cantik.

Yang penting, design takkan sama dengan mana-mana kad di luar sana.

InsyaAllah, saya pun nak buat kad kahwin DIY kalau masa dan tenaga mengizinkan! Sungguh semangat..!! Beberapa design sudah berlegar di kepala ini.

Mungkin masih kekalkan penggunaan kuning raja :) ---Kalau tak ubah fikiran la.. hihihi

20 Oktober 2009

Dua Dulang Lagi


Salam dan hai

Pendahuluan post: terima kasih kepada Yuny dan Salina yang menjadi pembaca tegar blog saya yang ke 24 dan 25 *tepuk tepuk

Rujuk semula perkembangan barang hantaran abang saya di post ini . Sudah siap lima dulang, yang tinggal lagi dua dulang.Kemudian semua hantaran dibiarkan terbengkalai demi menghormati bulan Ramadhan dan Syawal..

Sekarang, dalam detik-detik terakhr sebelum menjelang majlis, maka operasi menggubah hantaran dimulakan semula.

Karat.. karat.. otak sudah berkarat... Jadi buat je takat mampu.


Jadi, gambar di atas adalah hasil kemalasan menghias bakul buah, Bunga orkid diletak di tepi bakul, dialas dengan kain satin ungu. Kemudian rancang nak letak jerujai ungu tu di atas buah untuk naikkan warna tema. Rancangnya, nak beli buah oren, epal hijau dan blackcurrent hari khamis, sehari sebelum ke Terengganu. Mungkin nak selitkan juga coklat. Tengok camne nanti ye. Tapi takleh susun tinggi, cukup sebaris aje pasal bakulnye tepi tu rendah. Kang jatuh pulak buah.

Selesai hal hantaran buah

Mas kahwin ni satu isu yang lain. Mula-mula saya rancang nak gulung-gulung dengan kayu manis dan ikat dengan riben. Letak molek-molek dalam kotak kayu, dan tada--- siap, macam gambar-gambar kat bawah ni.. sweet!




Tapi abang saya nak bunga ros. Jadi pikir camne ye nak buat. Google-google, akhirnya jumpa laman web ni:
cara buat bunga ros pakai duit kertas

Tengok macam senang, taip lepas cuba, hampir putus asa gak la bila tengok hasil camni aje.


Tapi lepas tekun aje buat, dapat la hasilnya, 5 kuntum besar bunga ros+ 1 kuntum bunga ros yang kucup.. pasal tak pandai nak agak berapa banyak duit kertas diperlukan untuk sekuntum bunga, tu yang ada berbaki.

Siap kuntuman dan daun aje dulu. Nak jadikan jambak, hari esok akan diteruskan operasi.

Ada tak rupa cam bunga ros??




Abang saya kata, bunga ros tu cam buah nenas :p dem yuuuh!!

20 Oktober 2009

18 October, 2009

Perkembangan Persiapan


Salam dan hai

Terlebih dulu, nak ucapkan terima kasih kepada Nur Farihin yang telah menjadi follower yang ke 23 blog ini * tepuk tepuk* . Terima kasih.

OK, sekarang saya nak kongsi update. Sekali harung, nak buat 2 updates

1. Baju nikah
2. Gula-gula untuk si cilik


Nota: Hasil mutu gambar amat tak best pasal amik waktu malam tanpa gunakan flash.

Abang saya dan K.rina beli kain di Jakel dan tempah di Kimi Kajang. Tapi masa kali pertama ke Kimi Kajang untuk amik (Kimi Kajang menepati hari. 12 hb 10 siap, maka 12 hb juga lah siap! Bagus!) Baju abang saya memang elok fit kat badan dia, tapi baju K.Rina pulak yang longgar di bahagian bawah. Mungkin sudah kurus atau mungkin masa amik ukuran dulu, pakai jeans. Tapi lepas dah outer semula dan diambil, semuanya ok. Terletak elok kat badan dia.

Kalau siapa-siapa nak jahit di sana, upah jahit untuk baju lelaki RM130 dan untuk baju perempuan RM260 untuk baju kurung moden, kipas belakang.

Oh ya, Kimi berjaya merealisasikan impian abang saya nak songket di kolar dan kocek (amik impian saya!! dem yuuhh). Jahitan Kimi sangat kemas.


Komen tentang Kimi Kajang saya akan tulis selepas majlis selesai ok?

Kemudian, dah alang amik baju nikah, terus gi selesaikan urusan baju sanding. Dah amik ukuran, terus amik aksesori sekali. Alhamdulillah, dapat la apa yang K.Rina nak. K.Rina, jangan marah tau kita masukkan dalam blog ni.. :P

Selendang dan tudung


Kasut, anak tudung dan cekak butterfly


2. Kami sediakan dalam 250-300 bungkusan gula-gula untuk tetamu cilik. Ayah beli gula-gula ni di chowkit, orang kata murah. Tapi bila bandingkan harga dengan kedai belakang rumah kami, beza cuma sepuluh sen aje. Cehh!


Biasanya, orang selalu gunakan bekas kain organza bunjut untuk bungkus gula-gula, tapi untuk famili kami, kami hanya mahukan wrapper plastik yang amat simple ini. Idea ni saya dapat selepas majlis Falin. Dia pun pakai peket macam ni, cuma bezanya peket dia dilipat, tapi kami jenis diikat. Saya amat berkenan, jadi tu pasal mencari juga di Nilai. Murah sangat, dalam 100 peket dapat lebih kurang RM3. Yang penting, kalau dibuang pun, takkan rasa rugi. Plastik ni pun mudah dikoyak oleh tangan-tangan sikecil nanti.



Bungkus 4 jenis gula-gula, 1 coklat dan 1 waffer bar, dapatlah hasil macam ni.


Ok, siap sudah 4 peket. lagi 246 lagi perlu disiapkan! :P




Pada waktu saya menulis ini, hampir 115 peket gula-gula berjaya disiapkan dalam tempoh 2 jam (bukan sorang-sorang sambil tengok tv memang akan lambat kerja :P hihihi). Kerja tergendala sebab waffer bar tu dah habis. Tunggu ayah beli dan baru boleh sambung semula operasi.


18 Oktober 2009