18 October, 2009

Perkembangan Persiapan


Salam dan hai

Terlebih dulu, nak ucapkan terima kasih kepada Nur Farihin yang telah menjadi follower yang ke 23 blog ini * tepuk tepuk* . Terima kasih.

OK, sekarang saya nak kongsi update. Sekali harung, nak buat 2 updates

1. Baju nikah
2. Gula-gula untuk si cilik


Nota: Hasil mutu gambar amat tak best pasal amik waktu malam tanpa gunakan flash.

Abang saya dan K.rina beli kain di Jakel dan tempah di Kimi Kajang. Tapi masa kali pertama ke Kimi Kajang untuk amik (Kimi Kajang menepati hari. 12 hb 10 siap, maka 12 hb juga lah siap! Bagus!) Baju abang saya memang elok fit kat badan dia, tapi baju K.Rina pulak yang longgar di bahagian bawah. Mungkin sudah kurus atau mungkin masa amik ukuran dulu, pakai jeans. Tapi lepas dah outer semula dan diambil, semuanya ok. Terletak elok kat badan dia.

Kalau siapa-siapa nak jahit di sana, upah jahit untuk baju lelaki RM130 dan untuk baju perempuan RM260 untuk baju kurung moden, kipas belakang.

Oh ya, Kimi berjaya merealisasikan impian abang saya nak songket di kolar dan kocek (amik impian saya!! dem yuuhh). Jahitan Kimi sangat kemas.


Komen tentang Kimi Kajang saya akan tulis selepas majlis selesai ok?

Kemudian, dah alang amik baju nikah, terus gi selesaikan urusan baju sanding. Dah amik ukuran, terus amik aksesori sekali. Alhamdulillah, dapat la apa yang K.Rina nak. K.Rina, jangan marah tau kita masukkan dalam blog ni.. :P

Selendang dan tudung


Kasut, anak tudung dan cekak butterfly


2. Kami sediakan dalam 250-300 bungkusan gula-gula untuk tetamu cilik. Ayah beli gula-gula ni di chowkit, orang kata murah. Tapi bila bandingkan harga dengan kedai belakang rumah kami, beza cuma sepuluh sen aje. Cehh!


Biasanya, orang selalu gunakan bekas kain organza bunjut untuk bungkus gula-gula, tapi untuk famili kami, kami hanya mahukan wrapper plastik yang amat simple ini. Idea ni saya dapat selepas majlis Falin. Dia pun pakai peket macam ni, cuma bezanya peket dia dilipat, tapi kami jenis diikat. Saya amat berkenan, jadi tu pasal mencari juga di Nilai. Murah sangat, dalam 100 peket dapat lebih kurang RM3. Yang penting, kalau dibuang pun, takkan rasa rugi. Plastik ni pun mudah dikoyak oleh tangan-tangan sikecil nanti.



Bungkus 4 jenis gula-gula, 1 coklat dan 1 waffer bar, dapatlah hasil macam ni.


Ok, siap sudah 4 peket. lagi 246 lagi perlu disiapkan! :P




Pada waktu saya menulis ini, hampir 115 peket gula-gula berjaya disiapkan dalam tempoh 2 jam (bukan sorang-sorang sambil tengok tv memang akan lambat kerja :P hihihi). Kerja tergendala sebab waffer bar tu dah habis. Tunggu ayah beli dan baru boleh sambung semula operasi.


18 Oktober 2009

7 comments:

  1. cantik baju akad nikah tu..color pon sweet.. I luv that colors..ader pinky pinky kan..

    ReplyDelete
  2. hehe.. same lh idea kite ttg goodies yg nk dikasik pd tetamu kecil ni. haah, pkai plastik je mudah+murah. klo dibuang.. xde la kite yg tgk ni ralat ;)

    ReplyDelete
  3. Fira: thanks!! haah, kaler pink.. sampin abang saya pun warna pink, utk match dgn tema :)

    Afidah: kita ni cam kembar kan! saya nak declare kmu sbg kembar saya! :P

    ReplyDelete
  4. salam, saya nie silent reader, just nak tnya mana nak dpatkan plastik wrapper gula2 tu..thanks..

    ReplyDelete
  5. hai salina..! wah silent reader telah bersuara.. saya beli di kedai ThankQ kat Nilai 3. Masa tu harga dalam RM2-RM3 cam tu, dapat 100 peket.ada byk kaler, tapi ungu takde.. jadi amik biru :( size pun macam2 ada. harap maklumat membantu! :)

    ReplyDelete
  6. hello :))

    nak tanye la, how to contact kimi kajang ek? if got number or email, do u mind sharing it with me?

    email me at utterlybeautifool@gmail.com

    -xx; ash

    ps: selamat hari raya!

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)