22 October, 2009

Hantaran- Selesai!

Salam dan hai

Kalau kawan-kawan yang dah lama ikut blog ni, dari awal sampai skrang, mesti tau yang gubahan hantaran ni, dilakukan dengan cara DIY. Sebabnya mudah, demi kos dan demi pengalaman. Bantuan hanya pada google images, nasihat dan pendapat kawan-kawan dan usaha diri sendiri.

7 dulang perlu disediakan. Kami amik keputusan untuk gunakan white tray pada 4 dulang. Boleh klik disini untuk baca pengalaman mencari white tray ni.

Usah bandingkan dengan penggubah pro di luar sana. Ilmu saya setakat jari kelingking, mana mungkin akan sama dengan jari telunjuk kan?

Tapi puas sangat-sangat. Yang penting abang saya suka. Tu paling penting. Tema kami--sederhana. Hendak di bawa 8jam ke Terengganu, mana mungkin nak buat begitu vas kan?

Malam ni, hantaran ni semua akan dibungkus molek-molek.

Tutup buku tentang barang hantaran.Lega sangat..

Maka ni la hasilnya

1. Penghulu segala hantaran-- Tepak Sireh
Tepak tanpa sireh pasal sireh cuma akan dipetik hari esok sebelum pergi ke Terengganu. Sama gak dengan kapur, gambir dan segala apa yang perlu disumbat di tepak sireh ni, belum diletak. Bunga rampai pun sepatutnya di letak di dalam kotak, tapi semuanya akan diselesaikan pagi sebelum majlis akad. Masa gambar ni di ambil, tepak sireh belum digilap lagi.




2. Telekung dan Al-Quran

Hantaran fav. abang saya. Dia suka telekung tu dijadikan macam baju kebaya. Saya kurang suka pasal saya lebih suka dilipat macam kipas sahaja. tapi yang penting, tuan punya badan suka, jadi layan sahaja la..!



3. Mas kahwin, wang hantaran dan barang kemas
Satu-satu gubahan yang saya terpaksa berseni sambil mellihat tunjuk ajar dari YouTube. Mula-mula saya nak gulungkan aje duit kertas tu elok-elok tapi abang saya nak ros, maka saya buat la menjadi sejambak ros.

Pakai duit RM1 untuk kelopak bunga dan RM5 untuk bentukkan daun. Selitkan juga daun dan riben ungu.




Wang hantaran dalam buku simpanan.. Jarang sekali dibuat macam ni.. Amik!!! Di Terengganu (at least di tempat K.Rina), tok kadi agak cerewet tentang hal wang hantaran. Sebab dah banyak kali terjadi kes cek tendang. Jadi untuk melindungi warga Terengganu, maka atas buat buku simpanan macam ni lebih terjamin. Maka dibuat la buku ini. Takleh hias beria, maka saya cuma ribenkan aje dan letak molek-molek dalam kotak kayu. Nanti pagi nikah, nak letak bunga rampai dalam kotak kayu tu.

Jumlah hantaran amat rahsia kan dengan cara ini? Boleh kita tengok sapa yang berani buka riben tu sebelum pengantin!! :P


Jadi keseluruhan dulang, rupanya macam ni.. Mas kahwin RM80 (Terengganu takde mas kahwin, tapi atas perbincangan, kami amik keputusan untuk gunakan adat Selangor atas
sebab ini), cincin dua bentuk dan gelang. Bekas tembaga tu akan diletak dengan bunga rampai juga nanti.


Bunga orkid jangan lupa selitkan sikit di sudut sisi dulang.



4. Hantaran makeup dan perfume.
Sekali lagi, takde apa berenda. Cuma simple riben dan bunga orkid di sudut tepi. Siap sudah.. Beli jenama Elizabeth Arden untuk kedua-duanya. Beli di Sogo untuk dapatkan harga yang best! :)Kami bandingkan dengan pakej yang sama di Jusco dan Metrojaya, beza hampir RM100.. jimat!


5.Hantaran kasut dan wallet
Ingat lagi masa ekpidisi mencari barang yang dua ni. sungguh mencabar. Akhirnya, beli juga di Sembonia. Hias tetap simple aje.


6. Hantaran kain ela, tudung dan brooch
Kain ni dah beli dari awal tahun lagi. Kain songket warna ungu. semuanya Ungu.. Tudung tu kononnya nak buat macam bunga ros, dah tu jadi macam ni, pasrah aje la..



7. Hantaran buah dan coklat
Mula-mula, cuma buah dijadikan hantaran. Tapi saya rasa cam tak best lak takde makanan untuk si cilik-cilik di sana. Jadi beli la coklat Vouhelle. Beli pun pasal nak ikut warna tema ungu. hihihi.. Buah yang kami pilih adalah oren, epal hijau dan buah prum. semua bulat-bulat. Ayah cadangkan anggur, tapi ntah, saya beli prum pasal prum sedap dan jarang dimakan. jadi nak bagi sesuatu yang orang jarang makan. Jerujai Ungu tu pun ntah kenapa ada disitu. Mungkin saja nak tambah element ungu lagi.

Masa gambar ni di ambil, saya cuma main campak aje buah-buahan tanpa ada susunan yang betul. Mungkin pagi nikah, baru akan deko betul-betul semula



Jadi kawan-kawan, sudah siap hantaran kami.. 7 dulang dari pihak lelaki. Disiapkan dalam tempoh 3 bulan, dibantu oleh pendapat kawan-kawan di cyber dan di dunia sebenar.

Selepas semuanya selesai, pendapat saya tentang DIY Hantaran? A must try!! Seronok sangat buat. Mungkin hasil tak de la dasyat macam professional di luar sana, tapi bagi saya, pengalaman seumur hidup. Dari pengalaman mencari bahan-bahan, ke cara-cara nak gubah.

Pengajaran yang saya belajar:
1. Jangan impikan sesuatu yang exactly macam kita jumpa dari google images. Jadikan apa yang kita nak tu sebagai rujukan, tapi usah la harapkan hasil yang sejibik sejiban. Macam saya juga. Sudah senaraikan segala rupa yang saya nak, tapi tup-tup langsung tak sama.

2. Jangan beli barang secara bundle. Cam kes saya, terbeli riben ungu silk dengan pukal. satu gulung pun belum habis, sedangkan ada lagi 5 gulung penuh. Kecuali la kita memang nak amik upah buat hantaran atau sudah ada sedara mara/ kawan-kawan yang akan berkahwin dalam waktu terdekat, maybe belian secara pukal ni lebih jimat. Tapi kalau kita buat sekali ni aje, amat rugi.

3. Tau tahap diri di mana. Kalau kita rasa kita tak mampu buat bunga ros kecik-kecik pakai riben, usah buat. Kadang-kadang beli yang telah sedia siap lebih murah dari segi kos dan masa.

4. Dengar kritikan orang. Jangan syok sendiri. Dulu, percubaan pertama yang gagal amat memutuskan semangat saya. Percubaan kedua pun sama takde beza. Ramai yang membantu dari segi nasihat dan pendapat, tapi kita perlu bezakan kritikan yang membina dan membinasa. Ada beza. Kalau kritikan membina, sambil orang tu kritik, dia akan bagi pendapat dan penyelesaian, lalu buat kita terpikir "Haah, kalau buat cam tu mungkin akan lebih elok". Kritikan membinasa, kritikan yang langsung takde hala tuju dan hanya bertujuan nak lemahkan semangat kita. Bezakan antara dua dan pastikan diri sedia untuk dikritik.

5. Cantik itu subjektif. Sila amik perhatian. Apa yang cantik kat mata kita, tak mungkin cantik pada mata orang. Ada orang rasa, bunga serumpun banyak lebih dari hantaran, tu lebih cantik dan berseni. Tapi ada orang rasa, cukup dekorasi bunga yang sederhana untuk naikkan seri lebih cantik. Ada yang kata, letak kotak plastik ada renda-renda baru rasa cam hantaran. Ada yang anggap cukup riben dua-tiga disisi dulang, sudah cukup ada aura. Maka, kita kena ingat, kita tak dapat puaskan hati semua pihak. Yang penting bagi saya, cuma ada 3 pihak yang penting; abang saya (si bakal pengantin), mak ayah saya, dan saya sendiri.

Jadi kawan-kawan yang ingin buat DIY hantaran, saya ucapkan selamat maju jaya dan jangan putus asa. Kalau mula dari kosong pun tak apa. Saya juga begitu. Langsung tak pernah pegang dan terlibat dalam membuat hantaran. Tau-tau, tetiba mampu membentuk bunga ros dari duit kertas. Tapi yang penting, kita kena sedia untuk belajar.

Ada juga suara manusia yang berkata
"Upah aje kan senang. Cantik pun confirm cantik. Tak yah pening-pening"

Mungkin saya suka buktikan pada orang
"Tak semua benda dalam dunia, kita boleh beli dengan duit"



22 Oktober 2009

9 comments:

  1. babe..yg buat kebaya tu telekung kan? bkn alquran..

    ReplyDelete
  2. cik modus: entah, buah prun tu ada kat jusco. saya main beli. mula2 ingat nak cari buah lain, tapi tetiba nak beli prun :P

    falin: byk sgt benda dalam kepala maka apa yg aku tulis kat tgn, tak selari dgn yang kat kepala. tapi yg penting, jadi kebaya :)

    ReplyDelete
  3. cik ixa..silat letak olive oil pada buah itu supaya nampak segar bugar lagi berkilat..jika tiada olive oil, bolela guna baby oil disapukan kepada buah buahan itu..
    sekian terima kasih...

    ReplyDelete
  4. shimashimy: yup, memang dah bawa pun, cuma hanya akan letak pagi masa nikah.. :) thanks for the gentle reminder

    ReplyDelete
  5. xora, tahniah..puas ati tak tgk hasil kerja tgn sendiri? bes la kreatif, bleh jimat..sy plg suka duit mas kahwin yg awak gubah tu..two thumbs up!

    ReplyDelete
  6. Xora, nak tanye...xora beli riben secare pukal tu kat mane? hehe.

    ReplyDelete
  7. SCR: saya rasa utk hantaran ni, saya beli riben kat minlon. mmgkena beli sekali byk. Tapi skrang ni, ada baik kamu cari kat SinYin atau Feh Lean @ Balakong. lagi murah skit daripada Minlon

    ReplyDelete
  8. wah! terima kasih wahai Xora yang baik hati. Memang tengah mencari tempat nak beli riben secare bundle. hehehe. tengkiu! ^_^

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)