Salam dan hai
Saya amat sukakan kad kahwin DIY.
Aura yang sangat positif mengelilingi kad DIY ni. Kad DIY ni sentiasa meberikan kejutan pada saya.
Kali pertama dapat kad kahwin DIY ni daripada Falin.
Semalam, dapat kad kahwin DIY daripada Shima yang bakal melangsungkan majlis dia seminggu selepas abang saya.
abaikan warna kuning tersebut. amik gambar di bawah lampu di dalam kete, jadi warna kuning lak. tapi kad warna putih dan sedikit hijau
Sangat cantik!
Saya suka dari kualiti kertasnya yang sedap dipegang dan segala puitis ayat yang ditulis dalam kad tu.
Shima malu pasal kad tu terlalu puitis. Tunang Shima, Ilham yang mereka kad ni. Bagi saya, asal DIY, hasilnya amat unik dan ikhlas.
Sedikit info berkenaan kad ni. Setahu saya, Ilham amik masa lama juga nak design dan buat amendments pada kad ni. Kad ni dihantar untuk printing di Pudu. Dapat 60 sen sekeping, kad berjumlah melebihi 2000. Size kad besar A4 dan dilipat dua, siap ada sampul surat bertulis nama kedua bakal pengantin. jadi harga tu pada saya sudah ekonomikal. Warna pun cantik.
Yang penting, design takkan sama dengan mana-mana kad di luar sana.
InsyaAllah, saya pun nak buat kad kahwin DIY kalau masa dan tenaga mengizinkan! Sungguh semangat..!! Beberapa design sudah berlegar di kepala ini.
Mungkin masih kekalkan penggunaan kuning raja :) ---Kalau tak ubah fikiran la.. hihihi
20 Oktober 2009
cantik la...0.60 sen harga skali ngn sampul ke???
ReplyDeleteSelamat ber DIY
ReplyDeleteLyna: sorry lyna, yang sampul tu, kurang pasti la samada termasuk dengan kos 60 sen tu ke tak..
ReplyDeleteNizam: nizam, kamu design kad utk saya ye!! :P
tolong design boleh, tapi pastikan ianya tak semurah yang di jangka. :D
ReplyDeletecik lyna..60 sen tu termasuk dengan sampul skali...murah sebab saya buat banyak kad...kalau tak dalam 80 sen..
ReplyDeletetu dia.. cik shima dah jawabkan
ReplyDeletekad diy mmg sgt2 best. i opt for the handmade card.
ReplyDeletehttp://4.bp.blogspot.com/_vByV_w-yuwc/SvOme-lveGI/AAAAAAAABJ4/VuDGsgDG5rs/s1600-h/invitation+card+for+our+wedding+copy.jpg
tp tu e-card die la. the real card, felt free to check my blog. hehe
Ada step by step macam mana buat kad kahwin sendiri ke?
ReplyDelete