Salam dan hai
Rasanya ada istilah yang betul dalam bahasa inggeris untuk gantikan nama "jubah mandi" tapi tak peduli. Sila lihat gambar di bawah untuk faham apa yang saya cuba sampaikan.
Saya dah simpan idea ni agak lama juga. Simpan dan terus lupa idea ni. Selalu kes macam ni, kes yang cari gambar kat google, right click-save image as- kemudian terlupa.
Bila pendrive penuh, baru terhegeh-hegeh nak buang gambar untuk kurangkan memori.
Kemudian terjumpa gambar ni.
Iye ni merupakan salah satu impian saya-- Nak beli jubah mandi seorang satu dan kemudian tulis Groom-Bride kat belakangnya. Nanti masa majlis sanding (majlis sanding pasal D InsyaAllah bersiap kat rumah saya dalam bilik abang saya), ingat boleh la merasa buat pose macam dalam gambar ni.
Pasal masa bersiap ye cik-cik manis semua, kita kena pakai baju yang butang depan. Senang nak salin ke baju pengantin tanpa merosakkan mekap. Jadi jubah mandi ni antara alternatif yang bagus pasal cuma ikat.
Isu: harga jubah mandi ni mungkin menjadi penghalang untuk saya. Rata-rata saya tengok, cecah beratus juga. Yang murah ada, tapi material tak serap air pula.
Pada waktu ini, saya masih mencari lagi jubah mandi. Masih belum menyerah kalah!! (berangan ittew indah!)
Jadi kepada B2B yang berkemampuan atau ada budget lebih, teringin nak sesuatu yang dibuat khas untuk diri mereka, boleh la guna idea ni. Beli jubah mandi kat Jusco ke, kemudian hantar ke kedai jahit, minta diorang jahit (ke apa ye proses tu dipanggil.. kurang pasti) nama tu kat belakang jubah.
Lepas kahwin, hari-hari boleh rasa macam pengantin baru.
30 Jun 2010
Salam dan hai
Saya nak tulis perkembangan perjalanan majlis ni. Post untuk diri sendiri dan kenangan untuk masa depan nanti.
Buat masa sekarang, semua masih dalam kawalan. Ada juga yang tak capai dateline tapi tak apa la. Kena tangguh ke bulan lain.
Hari ni, hari terakhir dalam bulan Jun. Saya cuma tinggal 3 bulan sahaja lagi nak uruskan. Teringat dulu masa abang saya bagitau yang dia nak kahwin, lebih kurang dalam tempoh yang sama ini la. Tapi masa tu rasa lebih tenang sikit. Mungkin bukan majlis sendiri kot.
Bulan Jun ni berjaya selesaikan:-
Jumpa Vendor pelamin
Temujanji untuk design baju sanding
Final design untuk baju sanding
Tempah kad kahwin
Ayah uruskan borang kebenaran nikah di masjid
Perkara dalam bulan Jun yang akan diselesaikan dalam bulan Julai
Buat video Save the date
Ibu jahit bantal hantaran
Ibu jahit bantal nikah
Saya masih tercari-cari kasut nikah idaman saya.
Kenapa takde orang buat kasut tapak bewarna macam ni?? Saya cuma mahukan tapak kasut saya bewarna (Kang ada jadi kes aku spray tapak kasut aku ni kang!)
Pernah terlintas nak tempah, tapi bila fikir semula, amat la tak berbaloi. Kasut sahaja. Tak perlu nak boros atau cerewet sangat. Pilihan terakhir, mungkin berpuas hati sahaja dengan kasut yang mana sudah menjadi rezeki saya.
Tak perlu nak tetapkan daripada hujung rambut ke hujung kaki segalanya sempurna.
Tiada masa nak jadi cerewet hanya kerana sepasang kasut. Banyak perkara lain kena fikir.
Bulan Julai yang menanti saya:-
Tempah bunga untuk majlis nikah, sanding, deko bilik dan bunga tangan
Door gift Meja beradap
Cat rumah
Jumpa katerer bincang kek dan warna tema
Idea Bilik pengantin
Jahit langsir
Semak contoh kad kahwin
Projek khas untuk Am
Cari tudung nikah
Trip ke Nilai 3 bersama ibu ayah
Amik cincin dan gelang nikah
Printing senarai nama tetamu atas sticker
InsyaAllah, boleh uruskan ni.
Yakin. Yakin! Kena yakin!! Kalau tak yakin pun, lama-lama jadi yakin!
Nota 1: Kali terakhir saya alukan pembaca tegar pada yang ke 230. Jadi ada 30+ pembaca tegar baru yang saya tak sempat alukan, terima kasih ye sudi ikut blog ni. Pada yang selalu hantar komen, minta maaf sangat kalau saya tak reply pada komen box tu. Mana yang saya sempat buat balasan secara pukal, saya balas. Tapi semua komen saya baca. Terima kasih sangat-sangat.
Nota 2: Pada B2B yang hantar emel minta saya masukkan gambar pre wedding saya, tunggu dulu ya cik-cik manis semua. Lagi 2 bulan nanti InsyaAllah saya masukkan video *senyum. Jadi buat masa sekarang, saya tukar gambar utama kat ruang "Pre Wedding Kami" sahaja la dulu ye? Bulan ni saya masukkan gambar-gambar masa kat 'Zaman Universiti'
30 Jun 2010
Salam dan hai
Tak tau la kalau tips ni berguna atau tak, tapi ni pendapat peribadi saya; melihat semula gambar-gambar majlis dalam dewan yang sama mungkin boleh tolong kita idea kasar macam mana nak setup kedudukan dalam dewan. Sambil tu, boleh nilai sekali presentation katerer.
OK, sekurangnya bagi saya mungkin kerana kami buat di dewan yang sama, katerer yang sama. Melihat semula gambar-gambar dalam majlis abang saya hari tu, sedikit sebanyak dapat bantu saya ingatkan semula susun atur kedudukan dalam dewan macam mana, di mana yang kurang dan apa yang boleh diperbaiki.
Bukan mencari kesempurnaan tapi kalau dapat menutup apa yang kurang atau dapat betulkan sedikit keadaan, pun cukup la.
Gambar bawah ni pintu utama dewan. Bunga tu ada pasal sehari sebelum majlis abang saya, ada majlis lain disitu. Jadi untuk majlis saya, tak tau la pihak pengurusan akan letakkan atau tidak. Bunting kami, insyaAllah diletak di tempat yang sama. Hiasan kat atas pintu tu memang minit terakhir. Tu yang nampak tak nampak sahaja. Pun memikirkan deko DIY kalau rajin atau masa mengizinkan. Kalau tidak, biarkan sahaja. Majlis tetap berlangsung, kan?!
Ni ruang lobi dewan. Sudah belajar daripada pengalaman lepas, tak mahu terlalu ramai orang berada dalam ruang ni. Jadi kalau saudara mara nak duduk-duduk, kami nak letak kerusi kat bahagian dalam dewan, di belakangnya. Tapi tak tau la kot-kot mereka pergi angkut kerusi dan bawa keluar. Masa tu, memang tak dapat kawal orang pun kan. Kat kawasan lobi ni nak letak meja buah tangan, meja buku tetamu dan meja hadiah.
Ruang ni saya nak jadikan ruang letak buku tetamu. Kena minta caterer sediakan meja. Ingat bersebelah dengan meja buku tetamu, nak letak meja letak hadiah (cukup syarat sahaja *senyum*).
Dewan ni dewan serbaguna. Jadi memang la ada line badminton. Lepas makan boleh main badminton—beregu! Haha. Tak apa, abaikan sahaja. Memadai dewan ni memuatkan tetamu pada budget kami—itu keutamaan famili kami. Kerusi stadium kat kiri kanan dewan ni, tak pasti berada kat mana pasal baru-baru ni dewan ni mengalami ubah suai tapi tak tau kalau melibatkan ruang dalam dewan atau tak.
Red carpet amik daripada katerer. Jadi kali ni nak pastikan saya bawa selotape yang warna hitam tu untuk lekatkan hujung karpet, takut ada tersadung.
Katering amik catering yang sama, jadi rasanya deko majlis takkan lari banyak InsyaAllah.
Ikut pakej caterer, bunga meja beradap cuma kat depan pengantin sahaja. Pasal tu saya nak buat DIY deko sikit-sikit. Kalau nak upah orang, mungkin makan tiga-empat ratus. Tak mampu. Ingat nak buat permintaan kat caterer, gunakan warna ros warna champagne. Kalau tak dapat, apa-apa sahaja bunga warna putih dan peach.
Ni keadaan pentas dewan menggunakan lensa Mata ikan. Tabir dewan warna biru. Kurang pasti berapa kaki tingginya. Tapi dah tunjukkan kat vendor pelamin, dia akan cuba tutup pakai backdrop. Memandangkan saya dah batalkan pergola potong kek, jadi potong kek mungkin berada di sebelah kanan pentas. Tapi kedudukannya, nanti kena fikirkan.
Abaikan pengantin lama berseluar pendek. Scallop depan pintu masuk tu, tak pasti nak buat apa. Sama ada nak letak scallop atau lagi satu projet DIY. Yang pasti, tempat bunga rampai yang kecil di tengah-tengah tu, tak pakai dah. Saya nak pakai idea lain pula. Mungkin untuk memudahkan kerja, nak bincang dapatkan walkway tambahan daripada vendor pelamin. Kita tengok macam mana nanti.
Perasan tak scallop dewan kat belah kiri dan kanan ada yang terjatuh. Masa majlis ni tak perasan pula. Jadi ni kena periksa semula.
Ni meja potong kek, dalam pakej caterer. Saya nak minta kek fondant. Katerer kata, kalau saya amik cream, dapat tiga tingkat, tapi tak apa la. Saya nak kek fondant juga. Sudah ada projek untuk ini. Mungkin nak beli kaki kek untuk tinggikan sikit ketinggian kek. Rancangnya sahaja *senyum sumbing*.
Rasanya, itu sahaja ruang dewan yang penting untuk diambil kira. Yang lain-lain macam susunan kerusi dan meja, saya serahkan sahaja pada caterer. Mereka pernah buat majlis di dewan ni dah banyak kali, jadi rasanya percayakan sahaja pada pengalaman mereka. Biarkan mereka buat kerja mereka.
29 Jun 2010
Salam dan hai
Post ni nukilan untuk kami pada masa depan, tanpa gambar pasal D tak kasi letak gambar masa beli barang kemas takut menimbulkan riak (Reen, ko boleh skip post ni pasal ko cuma suka tengok gambar. *uwek*). Jadi pasal sudah kena tegur, terus takda semangat nak snap gambar lain-lain *tipu- pasal sebenarnya terlupa nak snap gambar-gambar lain*
1. Barang Kemas selesai
Tak rancang pun nak beli barang kemas, tapi D sungguh-sungguh ajak, jadi saya pun ikut. Rancangan awal, nak beli masa bulan Ramadhan nanti pasal biasanya mesti kedai barang kemas ada sale. Tapi agaknya dah takdir, dalam saja nak tengok, berkenan lalu terbeli.
Bakul-sampahkan semua pengetahuan tentang 4C tentang kualiti berlian.
Bakul-sampahkan juga semua artikel tentang cara nak memilih cincin.
Saya memilih cincin saya bukan atas mana-mana faktor yang saya pernah baca. Saya pilih ikut kriteria terpenting kami; budget dan citarasa.
Saya tak rasa saya perlu luang masa nak faham tentang barang kemas ni pasal tak mampu nak paksa diri memahami benda yang saya tak mungkin fahami dan tak berminat, walau beribu kali baca artikel tentangnya.
Yang saya tahu, saya tak sesuai pakai diamond solitaire. Walau saya tahu, memang biasanya diamond solitaire dipilih untuk nikah kerana reka bentuk yang lebih menonjol dan bila dalam gambar, nampak cantik sangat!
Tapi mungkin jari saya dan diamond solitaire tiada jodoh. Saya tak suka rupa diamond solitaire kat jari saya. Macam--erm.. gajah yang diletakkan slim bag. Ha macam tu la perumpamaannya. Jari besar kedabak, letak cincin cinonet aje. Jadi saya pilih cincin yang kelihatan cantik dan penuh kat jari saya.
Sepanjang kat kedai emas tu, saya perhatikan memang design cincin emas putih lebih moden dan cantik berbanding design emas kuning. Harga kedua-duanya lebih kurang sahaja.
Tapi pasal memang saya mahukan emas kuning, jadi pilihan saya memang terhad. Tapi syukur juga dalam terhad tu, tetap ada yang saya berkenan.
2. Kad Kahwin
Trip kedua ke LH Creative. Sebelum ni pergi sana dua kali tapi orang takde pun langsung. Tapi kali ni mungkin kami pergi lepas tengah hari, ramai pulak pelanggan. Sampai kami duduk termangu-mangu kat tepi tu.
Tapi nasib ada staff yang dapat layan kami. Amik tempahan dan spesifikasi kad kami.
SK, maaf sangat, tak sempat nak tanya sebut harga bagi pihak kamu.
Jadi kita tunggu 10 hari lagi untuk draft pertama.
3. Bantal hantaran
Saya pergi pula ke SSF, mencari jerujai nak letak kat hujung bucu setiap bantal. Tapi entah kenapa la 'pandai' sangat, terlupa terus nak bawa kain contoh. Pasal kat sana ada banyak warna, tapi nak cari yang paling dekat dengan warna emas. Akhirnya, agak punya agak, saya pilih jerujai yang spesifikasinya tertulis "brown". Lantak, bagi mata saya macam warna emas.
Balik tu, cepat-cepat saya pergi tengok sama ada sepadan ke tak dengan warna lilitan yang saya dah beli.
OK Lega. Sama. Erm.. Ok tipu, hampir sama. Tapi jadi la. Bukan tak jadi hantaran pun kalau warnanya tak sama. Asal tak lari jauh ton warnanya, sudah :)
Saya ke kedai Bunga Riben (Terima kasih Belle!) dan jumpa pun sesuatu yang saya cari bagi melengkapkan bantal hantaran saya.
4. Vendor Pelamin
Jumpa vendor pelamin di Tesco Puchong dan dia bawa kami ke stor dia. Ada kawan saya yang cadangkan pergi jumpa vendor pelamin dan tengok barang-barang yang akan digunakan. Jangan bergantung dengan gambar semata pasal boleh jadi barang retak sana sini, warna tak sama macam dalam gambar.
Jadi ikut sahaja la cadangan kawan tu. Kita bersedia aje, apa-apa yang nak jadi kemudiannya, redha aje la. Daripada pihak kita, kita dah usahakan. Selebihnya berserah sahaja pada Allah dan ketentuanNya.
Pergi ke stor vendor saya. Tengok walkway mana yang dia akan gunakan, panel pelamin macam mana dan bincang tentang perubahan rancangan kami. Pada awalnya kami nak letak pergola untuk letak sebagai tempat potong kek, tapi lepas fikir praktikaliti (potong kek pun cuma kurang daripada 5 minit pun kan!) jadi batalkan. Duit yang dijimatkan boleh buat gi road trip lepas kahwin ye D?
Pelamin kami off white sahaja. Cuma bunga sahaja mainkan peranan naikkan seri pelamin. D sudah tukar pilihan kerusi pelamin kami. Gara-gara, dia tumpang duduk kat satu kerusi ni dan terus sahaja dia berkenan pasal dia kata, macam kerusi dalam kereta dia. *fine*.
D nye piawaian kerusi pelamin: Kerusi pelamin kena selesa macam kerusi dalam kereta.
Jadi, warna bunga sudah ditetapkan, deko pun sudah ada muktamad, sekarang cuma tunggu awal bulan 10 untuk dia ukur pentas dan dewan. Tapi sudah pesan kat vendor, harap dia flesibel daripada segi perubahan saat akhir pasal majlis serentak ni kena penuhi 2 pasang ibubapa.
5. Deko meja beradap
Saya tau, dulu saya pernah buat percubaan DIY Meja beradap. Masa berjalan di SSF, terjumpa satu bekas yang saya amat berkenan *suka*. Walaupun kegunaan asal bekas tu untuk perkara lain, tapi saya rasa masih boleh digunakan untuk projek saya. Murah, bawah seringgit *senyum lagi* . Jadi rembat 6 bekas.
Saya fikir, kalau la harga bunga naik atau saya tak sempat nak deko meja beradap, sekurangnya masih ada alternatif untuk menghias dengan cepat pada kos lebih murah. Bekas tu selepas majlis boleh balut dan dalam tu letak coklat ke apa ke.
6. Kemas kini belanjawan
Lepas beli semua benda-benda kahwin, masukkan dalam excel. Ingat ye kawan-kawan, lepas beli barang sila update belanjawan masing-masing. Jangan tangguh lama-lama, nanti jadi malas dan terlupa.
Saya pernah dapat emel daripada seorang B2B yang bertanyakan cara pembayaran bila berurusan dengan vendor macam mana. Sama ada cek atau tunai atau kad kredit. Saya sempat bertanya pada salah seorang vendor saya, sama ada dia kisah atau tak kalau kami buat bank draft. Walau dia tak kata "tak nak" tapi dia cakap berlapik yang dia perlu buat bayaran untukupah pekerja. Jadi daripada situ kita faham yang dia lebih suka kalau kita bayar tunai.
Jadi kepada B2B, cara pembayaran ni kadang-kadang atas budi bicara dengan vendor juga. Ada yang suka tunai atau sebaliknya.
Macam saya, saya lebih suka kalau buat bank draft pasal tak perlu takut tentang hilang atau apa-apa masalah kemudian hari. Tapi iye la, ada vendor lebih sukakan tunai pasal kadang-kadang bila bank draft ni, banyak pula masalah nak tunggu clear.
Tak kisah apa juga cara bayaran, yang penting bincang dulu dengan vendor pasal setiap vendor ada pilihan masing-masing. Yang penting kalau berurusan dengan tunai, yang paling penting, kalau kita dah janji nak bayar kepada A, jangan bagi kepada B. Pastikan A yang dapat duit tu. Pasal pernah terjadi orang yang menyamar jadi staff vendor dan minta bagi bayaran bagi pihak boss, tapi rupanya menipu.
Jadi sama-sama la kita beringat ye. Ni ingatan untuk diri sendiri juga.
28 Jun 2010
Salam dan hai
Entah macam mana terselit gambar ni dalam pendrive saya.
Sumber: tak tau
Mungkin saya simpan gambar ni pasal dress pengantin ni. Atau mungkin juga pasal kerusi tu.
Saya rasa kalau ada kawan-kawan yang nak bertunang dan hanya mahukan deko yang simple, boleh pakai idea ni. Rasanya dengan kerusi yang sesuai kat rumah, idea ni boleh direalisasikan.
Jimat duit, tak perlu sewa pelamin mini.
26 Jun 2010
Salam dan hai
Post pendek berkenaan persiapan saya
1. Hantaran
Ibu gigih nak siapkan bantal hantaran. Tema daripada belah saya; hitam, merah dan kuning tembaga. Saya memang tak gunakan lapik dulang dan saya gantikan dengan bantal. Ayah tak berapa suka sangat dengan idea warna hitam, ibu pula layankan aje permintaan saya. Apa-apa pun, saya amik sahaja risiko biar semuanya siap atas dulang, baru boleh nilai hasilnya.
2. Kain ela
Motif nak beli kain cotton banyak-banyak-- Saya pun tak tau. Tapi rasanya kesan panik bila beberapa kawan yang dah kahwin bagitau, baik siapkan beberapa baju baru pasal lepas kahwin, kadang-kadang ada banyak jemputan dan kena melawat saudara mara. Kalau tak baru pun, biar la cantik. Nama pun pengantin baru. Katanya "Ko jangan jadi cam akak. Gi rumah makcik dia pakai jeans. Dan2 tu kena tegur!. Memang sekarang orang tak kisah,tapi apa salahnya berbaju kurung. Tak rugi pun.". Saya pun "Baik!!! Ke Geylang beli kain!!" (Masa tu kat Singapura) Bila sudah beli, baru fikir-fikir dan teringat, Oh ya dah pesan juga sehelai kain cotton daripada Bandung daripada K.Nadz.. Erm dan ada 2 pasang lagi belum jahit. Bagus! *gigit jari* (tengok banyak kali, kain cotton yang belah kanan tu, sudah macam cadar meja)
3. Tukar hantaran
Sebenarnya, sekadar mencari alasan nak beli kain lagi. Hantaran D kepada saya bertemakan pink dan kain lace hantaran yang dibeli dulu memang tiada masalah walaupun kuning, cuma pembelian ni pasal gatal nak simpan koleksi. Jadi pujuk D untuk jadikan ni kain hantaran yang baru. Saya memang seorang yang sukakan fabrik. Suka sangat-sangat. Jadi, Yayang pun kena suka gak ye!
4. Lain-lain persiapan
InsyaAllah, Sabtu ni nak jumpa 3 vendor serentak kalau sempat. Nanti saya update hari Isnin nanti InsyaAllah :)
25 Jun 2010
Salam dan hai.
Semalam saya kemas kini senarai semak saya. Sudah berterabur pasal kali terakhir saya kemas kini, rasanya sebulan yang lepas. Banyak perkara baru yang saya tak masukkan, janji temu yang telah selesai dan perubahan jadual.
Dalam tengok senarai tu, ada la senarai "Design penunjuk arah" yang kena dibuat bulan ni. Erm, bulan ni pun dah nak berakhir tapi saya tak buat pun. Jadi saya menggunakan langkah efisyen, iaitu mengubah date linenya *senyum*. Haha. Bestnya takde wedding planner, boleh sesukati nak ubah apa-apa!
Tapi serius, saya tak rasa penunjuk jalan adalah sesuatu yang saya akan luangkan masa untuk design bagai. Penunjuk jalan adalah penunjuk jalan-- Itu sahaja fungsinya. Cantik macam mana pun saya design, tetamu hanya berminat nak baca arah dan nama pengantin. Cuma tak dinafikan, bila penunjuk arah berebut ruang kat tiang lampu isyarat, penunjuk arah yang unik memang akan lebih menyerlah daripada yang lain.
Jadi, demi meyakinkan diri sendiri untuk mengelak memikirkan bersungguh perkara remeh macam ni, saya pinda senarai tu ke bulan 10 nanti. Yang penting penunjuk jalan saya mudah dan simple, tak perlu nak rumitkan diri nak fikir.
Yang menariknya tentang penunjuk jalan, sekarang ni penunjuk arah untuk majlis kahwin ni sudah bermacam-macam digunakan.
Pengantin makin kreatif nak hasilkan penunjuk arah masing-masing.
Ada yang bentukkan bunga manggar jadi bentuk 'Hati', macam Huda buat.
Ada yang letak gambar.
Ada yang hanya pakai perkataan.
Yang ni bila tengok, teringat idea Qistin dulu. Belon-belon helium!
Tapi yang ini, kalau tak dapat tarik perhatian juga, tak tau la..!
Oh kat Malaysia, boleh ke buat penunjuk arah macam ini??!!!! Ke kena tindakan nanti?
Eh tak, tak. Saya tak buat macam ini. Saje nak kongsi idea ni dengan B2B.
Sumber gambar: Google Images & 100 layer cake
Nota 1: Kepada B2B yang pernah minta file excel belanjawan daripada saya, mungkin boleh juga rujuk file budget Sarah daripada BridalSupernova. Yang baru nak bertunang pun, Sarah ada sediakan budget bertunang.
Nota 2: Semalam saya ada post berkenaan video DIY kan? Kalau ada B2B yang kurang biasa gunakan program Window Movie Maker, mungkin boleh pergi laman web Animoto. Saya dapat tau website ni masa pergi training hari tu. Website ni akan susun gambar kita (dan boleh selitkan video sekali) dan jadikan slideshow. Tapi untuk pendaftaran percuma (Basic), kalau tak silap, hanya boleh gunakan slideshow selama 30 saat sahaja. Tapi memang sangat memudahkan kerja! Lebih best, boleh terus selitkan ke dalam akaun Facebook kita! Alternatif yang memudahkan kerja kita.
25 Jun 2010
Salam dan hai
Saya ada tulis yang saya tengah usahakan nak masukkan video majlis nikah Laling kat blog ni tapi tak dapat-dapat. Entah apa masalahnya!
Malas nak fikir masalahnya dengan blogspot ni sampai tak dapat upload, jadi saya upload kat Youtube.
Dengan rendah hati, saya kongsi video DIY saya untuk Laling pasal sudah berjanji. Kalau nak tengok video majlis tu, link kat bawah ni. Saya suka sangat moment suami Laling acah-acah, tersasar masa nak cium dahi :P
Laling Tujuan saya tulis post pasal video DIY ni, dulu, saya ada tulis yang saya nak buat post berkenaan pemilihan lagu untuk video DIY. Tapi saya rasa, tak sesuai untuk saya seorang menulis tentang ni sedangkan ramai lagi B2B yang pernah buat video masing-masing, terbaru Harz. Mesti masing-masing ada cerita dan pendapat nak dikongsi.
Perlu diingat, hasil video DIY yang dirakam pakai handycam, takkan sama dengan hasil videographer pro, baik daripada segi kualiti, angle dan idea. Bagi mereka yang ada budget untuk upah videographer, baik teruskan. Saya sendiri, kalau bukan diatas faktor kekangan kos, saya pun akan upah videographer pro. Tapi tak apa, syukur dengan handycam yang ada, saya cuba hasilkan memori sendiri.
Jadi, apa kata kita bincang kat ruang komen tentang:-
1. Bagaimana korang buat pemilihan lagu; adakah berdasarkan lagu tema korang? atau lagu popular waktu tu? atau lagu kegemaran korang?
2. Apa yang kamu titik beratkan tentang susunan gambar/ video; masukkan muka orang-orang penting? atau perkara-perkara kecil yang orang selalu terlepas pandang? atau selarikan tempoh gambar dengan tempoh muzik?
3. Lagi?? Jom kongsi!! Boleh tolong B2B yang lain!
Kalau untuk saya, lagu saya pilih biasanya mewakili macam mana saya nak suasana video tu dilihat. Macam video' Save the Date' saya, lagu memang langsung tak popular tapi saya pilih pasal saya menggambarkan kesesuaian lagu catchy dan rileks tu mengiringi gambar-gambar pre wedding saya. Daripada segi penyusunan gambar, saya jenis suka padankan tempoh gambar dengan lagu. Jadi kalau laju lagunya, laju juga gambar :P
Korang pulak macam mana?
24 Jun 2010
Salam dan hai
Cepat sangat masa berlalu! Pejam celik, hari ni dah setahun blog ni saya bela :D
Saya tak pernah bercerita sejarah blog ni kan? Jadi sempena ulangtahun pertamanya, saya nak kongsi dengan kawan-kawan tentang blog saya ni.
Sebenarnya, sejarah blog ni bermula bila saya asyik ganggu Fieza dengan rancangan kahwin saya. Merepek sungguh masa tu pasal dia yang kahwin dulu, tapi saya yang dok sibuk merancang majlis saya. Fieza la orang yang mencadangkan saya buat blog kawin. Kurang pasti dia cadangkan tu; atas sebab tak mo saya ganggu dia dengan idea-idea kahwin saya yang merepek tu atau dia mahu saya salurkan tenaga ke jalan yang betul (Tapi rasanya, dia dah malas nak layan saya :P)
Bila saya rasa idea buat blog kahwin ni cool, baru la mula operasi mencari nama blog. Hafizah bagi idea macam "WTF? I'm getting married?" tapi tak boleh daftar pasal ada tanda soal (Fieza, ko memang tak genius!) Kemudian cari punya cari, entah macam mana timbul idea Aku Terima Nikahnya pasal D selalu praktis lafaz "Aku Terima Nikahnya .." depan saya. Tapi perkataan 'Aku' tu tak sesuai pasal bukan saya yang akan lafazkan. Fikir punya fikir, akhirnya saya tukar kepada "Dia Terima Nikahnya" dan kekal sampai hari ini.
Masa tu, saya tak tau kewujudan buku "Aku Terima Nikahnya" (kalau kawan-kawan yang selalu baca blog saya, korang tau kan saya tak suka membaca buku :P). Masa cari buku agama untuk hantaran D, ternampak judul buku ni dan terus teringat blog saya :P Patut la dalam search Nuffnang saya, ada tulis "Aku Terima Nikahnya"! Tapi alamat blog saya pula yang muncul! :P Baru nak perasan diva orang search nama blog kat google :P
Lepas selesai nama blog, isu kedua adalah nama saya. Saya memang tak mahu guna nama sebenar saya untuk menulis pasal saya agak bimbang hal privacy dan tak suka bila orang google nama saya, keluar pula nama blog ni nanti. Saya ada nama siber dan rata-rata kawan-kawan memang tau tu nama saya. Kalau search kat google, memang lengkap semua senarai nama siber saya.
Tapi saya tak mahu guna itu juga. Saya nak orang baca post saya tanpa memikirkan latar belakang saya atau peribadi saya. Pasal itu, akhirnya nama "Xora" yang muncul, dan saya pun lebih selesa B2B panggil saya dengan nama tu. Nama yang baru tanpa apa-apa sejarah sebelum ni.
Tak ramai tahu kewujudan blog saya ni. Saya tak letakkan di Facebook pasal tak mahu kawan-kawan opis tahu. Kawan-kawan Serdang pun saya tak bagitau. Cuma beberapa kawan-kawan rapat yang saya paksa jadi pengikut saya (Nity, best kan kena paksa dengan aku? :P), sahaja yang tahu kewujudan blog ni.
Saya ingat lagi, pada peringkat awal menulis blog ni, post saya tiada langsung komen dan tak apa. Kita menulis bukan kerana nama, jauh sekali untuk dapatkan komen yang banyak. Kita menulis untuk sampaikan pendapat kita. Itu sahaja. Jadi buat B2B yang rasa tak de semangat nak menulis pasal takde komen daripada B2B lain, jangan macam tu. Teruskan menulis. Kita menulis untuk diri kita, bukan untuk puaskan pihak lain.
Peringkat awal saya menulis, masa tu tak tau macam mana nak bergaul dengan blogger yang lain. Saya memang menulis blog sebelum ni, tapi blog saya private dan hanya untuk tatapan saya dan beberapa kawan rapat sahaja. Jadi bila blog kahwin ni dibaca umum, lain rasanya. Blog private saya tak perlu peduli bahasa dan kandungan post saya. Tapi bila blog umum, ada hati yang perlu saya jaga dan kalau saya salah cara penyampaian, orang dah salah faham apa maksud saya.
Sambil menulis, saya pun lompat lompat juga ke blog B2B yang lain (kebanyakkan sudah jadi wife sekarang :D), tengok macam mana persiapan mereka, apa rancangan mereka dan macam-macam lagi. Daripada situ, saya belajar apa yang perlu kita buat, macam mana nak berdepan dengan konflik dan banyak lagi. Lompat-lompat blog ni pun adalah antara cara untuk bagi blogger lain kenal kita dan blog kita.
Pada peringkat awal blog ni, saya tiada tarikh lagi bila majlis kami akan berlangsung. Jadi memang macam segan bila orang bertanya bila tarikhnya, tak dapat bagi tarikh muktamad. Tapi tu tetap tak buat saya berhenti menulis.
Memandangkan saya tiada topik untuk hal kahwin saya, saya lebih banyak berkongsi idea yang saya rasa mungkin kalau bukan saya dapat manfaat, mungkin ada B2B lain yang boleh guna. Kemudian, abang saya pula nak kahwin. Masa tu, baru la ligat dengan persiapan bagai. Masa tu baru la belajar, apa yang dalam gambar, belum tentu boleh praktikkan.
Belajar juga cara menapis impian dan realiti.
Dan perkongsian tu adalah antara perkara yang saya masih cuba kekalkan dalam menulis blog ni. Saya takkan menulis kisah perjalanan perkahwinan saya semata. Saya akan tetap menulis mana-mana idea yang saya rasa sesuai untuk digunakan oleh B2B lain. Bagi saya, itu identiti blog saya. Bukan tumpuan hanya kepada majlis saya.
5 Disember, selepas merisik, baru la saya berani nak berkongsi perjalanan persiapan saya dan D.
Kalau B2B ikut blog saya daripada awal, perjalanan saya tidak la selancar mana. Saya tetap ada masalah dengan vendor, saya tetap ada masalah dengan keluarga, cuma mungkin saya jenis yang akan bising di luar, jauh daripada alam siber ni dan bila dalam blog, saya cuba jadikan cerita tu lebih neutral, walaupun kadang-kadang tak la berjaya sangat :P Emosi bukan boleh dipisahkan :)
Saya tak pernah tukar layout blog ni pasal saya pernah tukar sekali dan kesannya, semua list kat tepi tu hilang. Sejak daripada itu, saya trauma dan takmo ubah sudah! :P
Iye, bahasa penulisan saya memang formal. Saya bukan seorang yang kelakar tapi tidak la seorang yang sangat serius. Saya menulis gaya formal saya kerana saya tidak mahu mencemarkan bahasa melayu kita. Itu adalah sesuatu yang saya cuba jaga. Walau kadang-kadang terbabas juga, tapi mana yang saya boleh elak, saya elakkan.
Lagi apa ye? Oh berkenaan Pengikut saya. Terima kasih kawan-kawan yang menjadi pengikut secara nyata (255 orang sempena ulang tahun pertama yeay! Terima kasih!) atau sorok-sorok. Daripada awal blog ni, saya meraikan pengikut-pengikut baru, tapi cuma kebelakangan ini, saya sudah hilang pengiraan siapa pengikut baru, jadi saya akan raikan mereka secara pukal :P
Dan satu lagi, berkenaan kotak komen. Ye, saya pernah tulis sebelum ni, saya kurang pasti sama ada perlu atau tak saya balas kat ruang komen ni pasal bagi saya, ruang komen ni adalah ruang untuk B2B memberi pendapat tanpa ada campur tangan saya. Jadi kadang-kadang, memang saya akan terlepas nak balas. Tapi tak bermaksud saya tak baca komen tu semua.
Hari tu, saya sempat chatting dengan kawan setaman ni. Dia asyik tulis 'DTN'. Saya puas la fikir apa itu 'DTN' tapi rupanya, tu singkatan untuk blog saya Dia Terima Nikahnya=DTN.
OH, ok!
Rasanya ini sahaja kot cerita yang saya boleh kongsi. Kalau kawan-kawan ada nak tanya apa-apa, boleh sahaja tinggal di ruang komen ya?
Yayang terima kasih jadi silent reader B selama ni. Cuma komen di luar sahaja ye sayang? :) Shima, Fieza, Izzah, Laling, Nity dan Reen-- terima kasih wei bagi pendapat dan ulasan off record yang bagus (walau korang adalah golongan awal yang aku paksa masuk blog aku dan klik Nuffnang aku :P). B2B, future B2B dan mantan B2B, terima kasih untuk sokongan korang, link kan saya dalam blog korang (walau saya kadang-kadang selalu terlepas nak link kan balik :(), bagi pendapat kat kotak komen dan bermurah hati bagi saya Anugerah Terindah kat tepi ni. Pada yang selalu emel saya, baik B2B atau pembaca senyap, harap kita boleh bincang banyak lagi ye, bertukar-tukar pendapat dan bertukar-tukar vendor yang perlu dijauhi :P
Perasan nak bagi teks ucapan cam dapat anugerah Oscar! :P
Dalam ayat pendek : Terima kasih semua untuk setahun yang menyeronokkan ni!!
24 June 2010
Salam dan hai
Petang semalam, jumpa vendor baju sanding. Mahu selesaikan cepat-cepat perbincangan yang dah tertangguh 3 bulan! Pasal saya malas :P Iye, siapa yang selalu rasa saya seorang yang teratur, sila fikir semula :p ada masanya (erm.. banyak masanya la :P) saya amat malas juga nak siapkan persiapan kahwin.
Dalam kemalasan petang, saya gi juga ke butiknya dengan D. Semangat sungguh designer tu cadangkan design yang dia nak syorkan. Dia pilih berdasarkan bentuk badan dan ketinggian saya. Kebaya labuh. Teringat dulu, K.Ina masa buat baju nikah saya pun, beria-ria cadangkan saya buat design yang macam tu juga.
Saya tengok, dalam hati sudah tak sedap. Dah terdetik "Ah, sudah. Cam baju nikah aku aje! Mesti kena lazer aku ni nanti."
Saya sudah berbelah bagi, nak tunjuk ke tak nak baju nikah saya. Saya memang sengaja bawa baju nikah saya masa jumpa dengan dia supaya dia dapat fikirkan design macam mana dia perlu buat supaya baju sanding tampil berbeza daripada baju nikah saya. Kita yang bercakap tanpa pengalaman dalam design-design ni, kena bawa bahan bukti, lebih memudahkan kerja. Pasal tu saya amik inisiatif bawa baju nikah saya.
Beranikan diri tunjuk walau masa tu dah dapat bayangkan dialog yang akan keluar "Oit perempuan, baju cam ni orang tak buat nikah! Orang buat sanding!".
Dan ye.. dialog yang sama keluar.. Dah imun. hahahah.
Mungkin kerana leretan ekor kain ni?? Norjuma boleh pakai, aku takleh ke :p
OK. tak kisah pun kongsi sikit pecisan gambar (dah minta kebenaran D untuk masukkan gambar)
Maka terpaksa la cerita kombinasi rentetan cerita dan drama yang berlaku yang telah menghasilkan baju nikah saya;
saya panik dan tak tau nak pilih design apa + baju kurung moden tak sesuai kat badan saya + dulu ingat nak sewa baju daripada ex-vendor baju sanding jadi kena all out utk baju nikah ikut design idaman pasal tu aje yang saya dapat simpan untuk kenangan + tak terfikir tailor mampu buat baju nikah macam tu + tak tau apa yang saya fikir masa tu.
Tengok, saya bukan la teratur sangat. Tetap banyak buat silapnya :)
Tapi tak kisah, tak amik hati pun pasal masing-masing ada pendapat sendiri. Kena biasakan telinga dengar, nanti hari majlis dah dapat dianggarkan mesti komen yang sama akan keluar.
Redha dan redah!
Memandangkan baju nikah dah siap dahulu, jadi designer tu ubah rekaan baju sanding saya. Nasib dia amat fleksibel daripada segi tu.
Saya pun jenis tak kisah sangat design apa (pasal baju nikah sudah saya realisasikan baju idaman saya kot :p pasal tu dah tak kisah apa dah :P), asalkan sesuai dengan badan saya. Jadi, biarkan sahaja dia pilih design. Hasilnya, kita tunggu dan lihat sahaja nanti.
Lepas dapat persetujuan untuk rekaan, jadi tutup buku dulu hal baju sanding. Warna tetap kekal kuning, cuma sudah bukan kuning raja tapi tone warna kuning yang sesuai dengan warna kulit D. Tone macam kat bawah ni, tapi sedikit gelap lagi, dan akan cuba cari songket penuh.
Designer tu pun faham yang D konservatif sikit, jadi dia reka design baju saya ikut spesifikasi D.
Seminggu selepas raya, designer suruh datang butik untuk fitting pertama (mana tau saya sudah kurus :P). Mungkin kalau semuanya selamat dan saya puas hati dengan hasil kerjanya, baru saya akan bagitau siapa vendor baju sanding saya. Dan pada siapa yang emel tempoh hari, tak. Bukan RR atau Unaisah.
Pada peringkat sekarang, kita sama-sama tunggu dan lihat sahaja la ye. Saya pun kena belajar percayakan hasil kerja orang yang lebih arif tentang ni.
InsyaAllah, harapkan yang terbaik!
NOTA: takut kalau ada salah faham tentang post ni. Saya tiada masalah dengan vendor baju sanding saya. Post ni hanya bercerita perjalanan persiapan untuk baju sanding saya, itu sahaja. Takut ada salah faham disitu.
23 June 2010
Salam dan hai
Tengok buaian ni, terus teringat cerita Bawang Merah, Bawang Putih (Ke Bawang Putih, Bawang Merah??)
Sumber: Google Images
Terfikir, kalau ada B2B yang ada halaman rumah yang luas (bertuahnya...!) mungkin boleh guna idea buaian ni.
Tapi pastikan buaian tu selamat diduduk dan selamat dihayun!!
Tiada yang lebih dasyat daripada seorang pengantin jatuh cam nangka busuk ok. Tiada siapa suka dan satu-satunya orang yang mungkin dapat faedah, adalah OP pasal dapat capture moment yang tersangat --erm.. berlainan??
22 Jun 2010
Salam dan hai
Laling bersanding pada hari Ahad, 12 June. Pagi-pagi lagi sudah dapat SMS jemput sarapan kat rumah Laling. Nyums!!
Nasib ada kawan opis yang datang daripada hari Laling nikah, jadi dengan dia la saya ke hulu hilir, temankan Laling gi butik untuk mekap.
Semua moment transformasi Laling saya rakam dalam video. Jadi tak dapat nak upload kat sini pasal terlalu lama dan terlalu besar.
Pendekkan cerita--- TING!!
Laling selepas transformasi
Walau dah dapat title Puan, dia masih nak buat pose macam ni!
Abaikan pengantin lelaki mana ntah belakang gambar tu. Fokus pada kain Laling! B2B yang kain meleret, ini adalah pose wajib ok!
Lepas dah mekap, balik semula ke rumah pengantin. Minta Laling posing atas katil. Empuknya karpet bulu kucing tu!! Geram sangat kot!
Berpuluh-puluh video dan gambar saya amik, jadi tak perlu kot nak letak semua dalam sini.
Saya tak dapat tunggu Laling lama pasal petang tu sudah janji sama ayah ibu nak gi Padang Besar. Kami tak pernah sampai ke sana, jadi mesti la kena jejak juga walau sekali. Jadi, saya ke dewan dahulu, tinggalkan Laling posing dulu.
Majlis berlangsung di Kelab Laguna Merbok. Masa saya sampai, tetamu pun dah ramai. Ada juga kawan-kawan opis yang turun dari KL.
Makanan sedap sangat pasal ada ayam goreng! Nasi minyak hujan panas (rasanya naa diberi) pun cantik!
Saya memang nak pergi tengok pelamin Laling pasal Laling ada bagitau yang pelamin dia, ada slack daripada segi pemilihan warna hijau. Jadi saya nak la pergi tengok.
Serius, tak dapat kesan apa yang tak kena dengan pelamin Laling. Saya tengok cantik aje. Tapi iye la, kita tetamu, mungkin kita tak tengok perspektif daripada kaca mata seorang pengantin. Apa-apa pun, bagi saya, pelamin Laling cantik dan sesuai untuk pentas tu. Memang la, rasanya warna hijau memang menyelamatkan keadaan.
Meja potong kek baru tengah nak disiapkan. Jadi sempat la amik gambar juga. Sebenarnya, kek ini dummy cake, tapi serius, kali pertama tengok rasa cam kek betul. Pasal kek ini kek aising, bukan fondant. Cuma kat bawah tu aje yang betul, kat atas semua dummy. Tapi struktur aising yang tak sekata, buatkan kek ni nampak cam betu!
Apa ini???!! Bakul kecil diletak begini?
Bunga rampai! LIKE! Laling pernah bagitau saya yang dia nak gunakan idea bunga rampai ni pasal masa abang saya kawin dulu yang saya letak bunga rampai kat pintu masuk dewan. Tak kisah pun pasal idea ni memang untuk kegunaan semua. Tradisi kita, harus kita teruskan! Wangi pentas tu, saya suka!
Saya tak dapat tunggu Laling datang dewan pasal sudah mahu gerak ke Padang Besar. Tapi puas hati dapat luang masa dengan dia dua hari berturut-turut, temankan dia nikah. Memang sangat best!
Nak berguru dengan Laling, macam mana nak jadi pengantin yang sempoi dan rilek!
Hari saya sampai ke Malaysia, hari yang sama majlis bertandang Laling. Tak dapat datang :( Tapi bila tengok gambar daripada Facebook kawan opis, suka sangat tengok Laling dalam songket ungu ni!
Kek tu dibuat oleh Vanilla Cakes & Such
ALERT-- Idea deko kek! Tabur kelopak bunga dan boleh letakkan kad kahwin kita juga!
Alhamdulillah, majlis Laling sudah selesai. Tengok senyuman dia, tiada siapa dapat duga hati dia macam mana kan?
Sangat kagum dengan ketabahan Laling :)
Nota: Kedah sangat cantik! Sangat tenang dan sangat saujana mata memandang! Jangan lupa singgah makan ayam Radix Fried Chicken!! Nyums!!! Teruja kali pertama jumpa dan sangat suka kentang lenyek dia :D
22 Jun 2010
Salam dan hai
11 June!-- Kali pertama ke Kedah!
Kami turun ke Kedah untuk majlis pernikahan Laling. D tak ikut, dia duk diam-diam aje kat rumah :P Cuma saya, adik dan ibuayah aje turun.
Giler mamai keluar rumah seawal 6 pagi pasal nak kejar waktu nikah Laling lepas Asar pada hari yang sama.
Kami sampai dalam 12 lebih, terus check in homestay. Rehat-rehat.
Hari yang sangat kucar kacir pasal saya tak tau Laling nak bersiap pukul berapa. Saya tak pernah bertanya tentang persiapan dia sejak ‘kejadian’ itu. Kejadian apa, nanti saya tulis kat akhir post ni.
Saya nak la menyibuk masa dia mekap. Nasib ada sorang lagi kawan opis yang turun ke Kedah, jadi runner Laling pasal Laling mekap kat butik.
Jadi janji terus nak jumpa Laling kat butik.
Banyak gambar saya amik tapi tak perlu nak upload semua kat sini kot. Banyak gambar ngada-ngada :P
Tapi saya upload juga la beberapa keping gambar Laling sepanjang persiapan dia daripada butik ke rumah dia.
Cantik kan bilik pengantin Laling!!! Karpet bulu kucing yang amat best!
Lepas posing sekejap dalam bilik pengantin, baru gerak ke masjid.
Selebihnya, pada waktu akad nikah, saya rakam video jadi tiada gambar diambil.
Hujan rahmat turun elok masa Laling dah sampai masjid. Elok lepas akad nikah, ada pula pelangi ni :D
Sepanjang majlis pernikahan ni, tiada satu apa pun bagi mata saya yang kurang. Majlis pernikahan yang bermula dengan syahdu diakhiri dengan gelak ketawa.
Kali pertama saya saksikan pengantin lelaki yang menangis lepas akad nikah.
Lepas akad nikah, seronok sangat rakam saat sarung gelang, cium dahi, cium tangan.. semuanya kelakar. Ada aje lawak yang suami Laling, Azhar nak buat. Memang seronok. Semua tetamu pun amik peluang nak buli pengantin.
Rasanya, ramai yang hampir terlupa apa yang berlaku pada ayah Laling disebalik gelak tawa.
Seminggu lebih sebelum majlis pernikahan ni, ayah Laling masuk hospital. Sakit yang saya kurang pasti apa nama saintifiknya. Tapi memang mebahaya dan semua ahli keluarga dah bagai berkampung kat hospital. Laling memang tak fikir langsung tentang majlis kahwinnya lagi. Kalau boleh, dia nak tangguhkan sahaja tapi pasal kad pun sudah diedar, semuanya dah dirancang, jadi tetap kena teruskan.
Bila Laling SMS bagitau keadaan ayah dia, saya kadang-kadang sampai mati ayat nak balas apa pasal saya tau, tiada kata yang saya boleh susun untuk tenangkan dia. Sungguh, cakap tu memang senang. Tapi hati yang menanggung, cuma tuhan sahaja yang tahu.
Rasanya laling sempat kembali buat persiapan nikah pun, dalam sehari sebelum majlis. Baru dia mulakan semula. Disebabkan itu juga, banyak perkara lari daripada rancangan. Apa yang Laling rancang nak buat, tak dapat dibuat atas kekangan masa dan tenaga.
Tapi dia redha.
Sikit pun dia tak mencuka. Sikit pun dia tak mengungkit.
Senyum memang tak pernah lekang.
Dia nampak sangat bersinar.
Kalau orang luar yang tak tau apa yang telah berlaku, memang takkan sangka macam mana dalamnya dia simpan emosi jauh-jauh dalam hati.
Semua tetamu dia raikan dengan senyuman dan gurauan.
Laling masih teringatkan ayah dia yang terlantar di hospital. Cuma dia tak mahu emosi dia merosakkan suasana yang sepatutnya menggembirakan ramai hati. Masa tok kadi bacakan berkenaan wali, Laling tiba-tiba genggam tangan saya kuat-kuat dan mata dia sudah berkaca. Tapi setitik air mata pun takde jatuh kat pipi dia. Masih mampu menguntum senyuman.
Dia asyik kata “Redha aje”.
Laling sangat redha.. dan sempoi! Walau ada kasut nikah sendiri, tapi sampai masa, dia lebih selesa berselipar!
Bila lihat majlis dia begitu lancar, tiada celanya, memang semuanya berbalik semula kepada keredhaan. Banyak yang Laling rancangkan, tak dapat dilaksanakan, tapi keredhaan dia meyempurnakan majlis tu.
Redha tu bukan setakat apa yang dilafaz pada mulut, tapi datang daripada hati.
Keredhaan itu urusan kita dan tuhan.
Kita boleh kumpul duit berpuluh ribu, upah vendor paling hebat dalam industri, tapi tiada duit kat dunia ni yang boleh beli keredhaan seorang pengantin.
Bila saya ingat kembali, kisah-kisah pengantin yang tension dengan campur tangan kedua ibu bapa dalam persiapan mereka, tiba-tiba terfikir, agaknya, adakah pengantin tu semua masih akan lantang bersuara tentang apa yang mereka tak puas ati? ---Sedangkan sesungguhnya mereka adalah antara insan yang amat bertuah, masih ada ibu bapa disisi untuk menyaksikan hari bersejarah mereka.
Nota: sebenarnya daripada pagi tadi cuba masukkan video yang saya dah edit sepanjang majlis nikah Laling, tapi tak dapat masuk-masuk. Kat Facebook boleh aje, cepat aje siap.. Haish!
21 Jun 2010