Salam dan hai
Saya nak tulis perkembangan perjalanan majlis ni. Post untuk diri sendiri dan kenangan untuk masa depan nanti.
Buat masa sekarang, semua masih dalam kawalan. Ada juga yang tak capai dateline tapi tak apa la. Kena tangguh ke bulan lain.
Hari ni, hari terakhir dalam bulan Jun. Saya cuma tinggal 3 bulan sahaja lagi nak uruskan. Teringat dulu masa abang saya bagitau yang dia nak kahwin, lebih kurang dalam tempoh yang sama ini la. Tapi masa tu rasa lebih tenang sikit. Mungkin bukan majlis sendiri kot.
Bulan Jun ni berjaya selesaikan:-
Jumpa Vendor pelamin
Temujanji untuk design baju sanding
Final design untuk baju sanding
Tempah kad kahwin
Ayah uruskan borang kebenaran nikah di masjid
Perkara dalam bulan Jun yang akan diselesaikan dalam bulan Julai
Buat video Save the date
Ibu jahit bantal hantaran
Ibu jahit bantal nikah
Saya masih tercari-cari kasut nikah idaman saya.
Kenapa takde orang buat kasut tapak bewarna macam ni?? Saya cuma mahukan tapak kasut saya bewarna (Kang ada jadi kes aku spray tapak kasut aku ni kang!)
Pernah terlintas nak tempah, tapi bila fikir semula, amat la tak berbaloi. Kasut sahaja. Tak perlu nak boros atau cerewet sangat. Pilihan terakhir, mungkin berpuas hati sahaja dengan kasut yang mana sudah menjadi rezeki saya.
Tak perlu nak tetapkan daripada hujung rambut ke hujung kaki segalanya sempurna.
Tiada masa nak jadi cerewet hanya kerana sepasang kasut. Banyak perkara lain kena fikir.
Bulan Julai yang menanti saya:-
Tempah bunga untuk majlis nikah, sanding, deko bilik dan bunga tangan
Door gift Meja beradap
Cat rumah
Jumpa katerer bincang kek dan warna tema
Idea Bilik pengantin
Jahit langsir
Semak contoh kad kahwin
Projek khas untuk Am
Cari tudung nikah
Trip ke Nilai 3 bersama ibu ayah
Amik cincin dan gelang nikah
Printing senarai nama tetamu atas sticker
InsyaAllah, boleh uruskan ni.
Yakin. Yakin! Kena yakin!! Kalau tak yakin pun, lama-lama jadi yakin!
Nota 1: Kali terakhir saya alukan pembaca tegar pada yang ke 230. Jadi ada 30+ pembaca tegar baru yang saya tak sempat alukan, terima kasih ye sudi ikut blog ni. Pada yang selalu hantar komen, minta maaf sangat kalau saya tak reply pada komen box tu. Mana yang saya sempat buat balasan secara pukal, saya balas. Tapi semua komen saya baca. Terima kasih sangat-sangat.
Nota 2: Pada B2B yang hantar emel minta saya masukkan gambar pre wedding saya, tunggu dulu ya cik-cik manis semua. Lagi 2 bulan nanti InsyaAllah saya masukkan video *senyum. Jadi buat masa sekarang, saya tukar gambar utama kat ruang "Pre Wedding Kami" sahaja la dulu ye? Bulan ni saya masukkan gambar-gambar masa kat 'Zaman Universiti'
30 Jun 2010
try click link blog nih..rase cam ade kasut yang tapak bwarna..hope dapat membantu..
ReplyDeletehttp://lolitacandy.blogspot.com/search?updated-max=2010-06-09T19:18:00-07:00&max-results=7
hi xora...mia pun akan cari kasut yg kena pd tema baju kot.mmg nampak cantik klu ada tapak berwarna..ble amik gmbr...wah mesti gourgeous nye
ReplyDeletexora...semoga semuanya berjalan lancar ya..harus yakin!!!
ReplyDeleteyeay!! chaiyok chaiyok..esok aku tuka department...yeay!!!!
ReplyDeletekalo tak ade blog boleh jadi pembaca tegar xora tak?;)
ReplyDelete~siti~