24 June, 2010

Dia Terima Nikahnya Kini Setahun!


Salam dan hai

Cepat sangat masa berlalu! Pejam celik, hari ni dah setahun blog ni saya bela :D



Saya tak pernah bercerita sejarah blog ni kan? Jadi sempena ulangtahun pertamanya, saya nak kongsi dengan kawan-kawan tentang blog saya ni.

Sebenarnya, sejarah blog ni bermula bila saya asyik ganggu Fieza dengan rancangan kahwin saya. Merepek sungguh masa tu pasal dia yang kahwin dulu, tapi saya yang dok sibuk merancang majlis saya.
Fieza la orang yang mencadangkan saya buat blog kawin. Kurang pasti dia cadangkan tu; atas sebab tak mo saya ganggu dia dengan idea-idea kahwin saya yang merepek tu atau dia mahu saya salurkan tenaga ke jalan yang betul (Tapi rasanya, dia dah malas nak layan saya :P)

Bila saya rasa idea buat blog kahwin ni cool, baru la mula operasi mencari nama blog. Hafizah bagi idea macam "WTF? I'm getting married?" tapi tak boleh daftar pasal ada tanda soal (Fieza, ko memang tak genius!) Kemudian cari punya cari, entah macam mana timbul idea Aku Terima Nikahnya pasal D selalu praktis lafaz "Aku Terima Nikahnya .." depan saya. Tapi perkataan 'Aku' tu tak sesuai pasal bukan saya yang akan lafazkan. Fikir punya fikir, akhirnya saya tukar kepada "Dia Terima Nikahnya" dan kekal sampai hari ini.

Masa tu, saya tak tau kewujudan buku "Aku Terima Nikahnya" (kalau kawan-kawan yang selalu baca blog saya, korang tau kan saya tak suka membaca buku :P). Masa cari buku agama untuk hantaran D, ternampak judul buku ni dan terus teringat blog saya :P Patut la dalam search Nuffnang saya, ada tulis "Aku Terima Nikahnya"! Tapi alamat blog saya pula yang muncul! :P Baru nak perasan diva orang search nama blog kat google :P

Lepas selesai nama blog, isu kedua adalah nama saya. Saya memang tak mahu guna nama sebenar saya untuk menulis pasal saya agak bimbang hal privacy dan tak suka bila orang google nama saya, keluar pula nama blog ni nanti. Saya ada nama siber dan rata-rata kawan-kawan memang tau tu nama saya. Kalau search kat google, memang lengkap semua senarai nama siber saya.

Tapi saya tak mahu guna itu juga. Saya nak orang baca post saya tanpa memikirkan latar belakang saya atau peribadi saya. Pasal itu, akhirnya nama "Xora" yang muncul, dan saya pun lebih selesa B2B panggil saya dengan nama tu. Nama yang baru tanpa apa-apa sejarah sebelum ni.

Tak ramai tahu kewujudan blog saya ni. Saya tak letakkan di Facebook pasal tak mahu kawan-kawan opis tahu. Kawan-kawan Serdang pun saya tak bagitau. Cuma beberapa kawan-kawan rapat yang saya paksa jadi pengikut saya (Nity, best kan kena paksa dengan aku? :P), sahaja yang tahu kewujudan blog ni.

Saya ingat lagi, pada peringkat awal
menulis blog ni, post saya tiada langsung komen dan tak apa. Kita menulis bukan kerana nama, jauh sekali untuk dapatkan komen yang banyak. Kita menulis untuk sampaikan pendapat kita. Itu sahaja. Jadi buat B2B yang rasa tak de semangat nak menulis pasal takde komen daripada B2B lain, jangan macam tu. Teruskan menulis. Kita menulis untuk diri kita, bukan untuk puaskan pihak lain.

Peringkat awal saya menulis, masa tu tak tau macam mana nak bergaul dengan blogger yang lain. Saya memang menulis blog sebelum ni, tapi blog saya private dan hanya untuk tatapan saya dan beberapa kawan rapat sahaja. Jadi bila blog kahwin ni dibaca umum, lain rasanya. Blog private saya tak perlu peduli bahasa dan kandungan post saya. Tapi bila blog umum, ada hati yang perlu saya jaga dan kalau saya salah cara penyampaian, orang dah salah faham apa maksud saya.

Sambil menulis, saya pun lompat lompat juga ke blog B2B yang lain (kebanyakkan sudah jadi wife sekarang :D), tengok macam mana persiapan mereka, apa rancangan mereka dan macam-macam lagi. Daripada situ, saya belajar apa yang perlu kita buat, macam mana nak berdepan dengan konflik dan banyak lagi. Lompat-lompat blog ni pun adalah antara cara untuk bagi blogger lain kenal kita dan blog kita.

Pada peringkat awal blog ni, saya tiada tarikh lagi bila majlis kami akan berlangsung. Jadi memang macam segan bila orang bertanya bila tarikhnya, tak dapat bagi tarikh muktamad. Tapi tu tetap tak buat saya berhenti menulis.

Memandangkan saya tiada topik untuk hal kahwin saya, saya lebih banyak berkongsi idea yang saya rasa mungkin kalau bukan saya dapat manfaat, mungkin ada B2B lain yang boleh guna. Kemudian, abang saya pula nak kahwin. Masa tu, baru la ligat dengan persiapan bagai. Masa tu baru la belajar, apa yang dalam gambar, belum tentu boleh praktikkan.

Belajar juga cara menapis impian dan realiti.

Dan perkongsian tu adalah antara perkara yang saya masih cuba kekalkan dalam menulis blog ni. Saya takkan menulis kisah perjalanan perkahwinan saya semata. Saya akan tetap menulis mana-mana idea yang saya rasa sesuai untuk digunakan oleh B2B lain. Bagi saya, itu identiti blog saya. Bukan tumpuan hanya kepada majlis saya.

5 Disember, selepas
merisik, baru la saya berani nak berkongsi perjalanan persiapan saya dan D.

Kalau B2B ikut blog saya daripada awal, perjalanan saya tidak la selancar mana. Saya tetap ada
masalah dengan vendor, saya tetap ada masalah dengan keluarga, cuma mungkin saya jenis yang akan bising di luar, jauh daripada alam siber ni dan bila dalam blog, saya cuba jadikan cerita tu lebih neutral, walaupun kadang-kadang tak la berjaya sangat :P Emosi bukan boleh dipisahkan :)

Saya tak pernah tukar layout blog ni pasal saya pernah tukar sekali dan kesannya, semua list kat tepi tu hilang. Sejak daripada itu, saya trauma dan takmo ubah sudah! :P

Iye, bahasa penulisan saya memang formal. Saya bukan seorang yang kelakar tapi tidak la seorang yang sangat serius. Saya menulis gaya formal saya kerana saya tidak mahu mencemarkan bahasa melayu kita. Itu adalah sesuatu yang saya cuba jaga. Walau kadang-kadang terbabas juga, tapi mana yang saya boleh elak, saya elakkan.

Lagi apa ye? Oh berkenaan Pengikut saya. Terima kasih kawan-kawan yang menjadi pengikut secara nyata (255 orang sempena ulang tahun pertama yeay! Terima kasih!) atau sorok-sorok. Daripada awal blog ni, saya meraikan pengikut-pengikut baru, tapi cuma kebelakangan ini, saya sudah hilang pengiraan siapa pengikut baru, jadi saya akan raikan mereka secara pukal :P

Dan satu lagi, berkenaan kotak komen. Ye, saya pernah tulis sebelum ni, saya kurang pasti sama ada perlu atau tak saya balas kat ruang komen ni pasal bagi saya, ruang komen ni adalah ruang untuk B2B memberi pendapat tanpa ada campur tangan saya. Jadi kadang-kadang, memang saya akan terlepas nak balas. Tapi tak bermaksud saya tak baca komen tu semua.

Hari tu, saya sempat chatting dengan kawan setaman ni. Dia asyik tulis 'DTN'. Saya puas la fikir apa itu 'DTN' tapi rupanya, tu singkatan untuk blog saya Dia Terima Nikahnya=DTN.

OH, ok!

Rasanya ini sahaja kot cerita yang saya boleh kongsi. Kalau kawan-kawan ada nak tanya apa-apa, boleh sahaja tinggal di ruang komen ya?

Yayang terima kasih jadi silent reader B selama ni. Cuma komen di luar sahaja ye sayang? :) Shima, Fieza, Izzah, Laling, Nity dan Reen-- terima kasih wei bagi pendapat dan ulasan off record yang bagus (walau korang adalah golongan awal yang aku paksa masuk blog aku dan klik Nuffnang aku :P). B2B, future B2B dan mantan B2B, terima kasih untuk sokongan korang, link kan saya dalam blog korang (walau saya kadang-kadang selalu terlepas nak link kan balik :(), bagi pendapat kat kotak komen dan bermurah hati bagi saya Anugerah Terindah kat tepi ni. Pada yang selalu emel saya, baik B2B atau pembaca senyap, harap kita boleh bincang banyak lagi ye, bertukar-tukar pendapat dan bertukar-tukar vendor yang perlu dijauhi :P

Perasan nak bagi teks ucapan cam dapat anugerah Oscar! :P

Dalam ayat pendek : Terima kasih semua untuk setahun yang menyeronokkan ni!!


24 June 2010





13 comments:

  1. Cik Xora sayang , tetiba aku rasa touching baca post ko nie..hikhikhikhikhik

    ReplyDelete
  2. Xora, congrats..teruskan usaha!

    ReplyDelete
  3. hepy anniversary cik Xora :DD

    dunia blogging ni menyeronokkan if kita tau menggunakannya sebaiknya. world wide web really helps me! =)

    ReplyDelete
  4. congratsss babe! blog kamu ternyata seronok & jadi inspirasi saya di pagi hari tatkala mata sebu masuk office :D keep it up girl!!

    ReplyDelete
  5. ooo dah setahun yer tahniah....
    baru semalam ai terpikir pasal nama u..'XORA' nama betul dia ke? hahaha now dah dpt tahu...nama y ai guna pun bukan nama sebenar huhuhuh bahaya letak nama betul ni..xgitu? =)

    ReplyDelete
  6. kak xora.. teruskan usaha, blog kak xora dh jd buku rujukan untuk wani yg terkial-kial mencari idea untuk persiapan hari bersejarah wani... ribuan terima kasih, kerana subi berkongis idea yg di luar kotak .. wani suka idea yg out of the box, sbb bukan semua org berani mencuba... terima kasih sekali lagi kak xora.

    ReplyDelete
  7. tahniah xora~!! blog u mmg best~!! wpun sy bkn nak prepare for wedding, tp tetap suke bace blog xora. bcause i love the beautiful in weddings. rase mcm nak kawen balik.. haha~!! anyway, all the best xora.. :)

    ReplyDelete
  8. happy birthday !
    confession: saya adalah silent reader blog ini yang agak lama. sebab masa tu tak berani nak berangan jauh pasal wedding. suka baca gaya tulisan yang formal, tapi sempoi cik xora..n the ideasssss. u inspired me dear. thanks!

    btw..saya pun ada history tu jugak. dan saya jugak pegang konsep utk diri sndiri. nanti bleh refer2.

    ReplyDelete
  9. tahniah dan selamat ulangtahun atas usaha kamu selama ini..semoga perjalann majlis kamu nnti akan dipermudahkan olehNYA..

    ReplyDelete
  10. happy birthday blog xora ;)
    blog kamu sungguh berinformasi! keep it up..

    ReplyDelete
  11. TAHNIAH..kak xora..
    semoga semuanya berjalan lancar..nanti.
    hee...
    byk yg i dpt kat blog ni..
    informative n inspiring n everything!..
    very grateful when found your blog.. :)
    keep up ur good work..

    ReplyDelete
  12. tahniahhhhh usia blog anda sudah sethun! sy merupakan silent reader blog anda..
    bg sy anda seorg penulis blog yg humble..tp blog anda sgt informatif..terima kasih krn sudi berkonngsi cerita dgn pembace2 blog...semoga persiapan hari bahagia anda berjalan dgn lancar..insya Allah..ameen...

    ReplyDelete
  13. Dear all, terima kasih ye utk semua ucapan!! Saya akan tingkatkan usaha lagi <--- ayat skima untuk appraisal akhir tahun kat opis :P

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)