Salam dan hai
Saya ada tulis yang saya tengah usahakan nak masukkan video majlis nikah Laling kat blog ni tapi tak dapat-dapat. Entah apa masalahnya!
Malas nak fikir masalahnya dengan blogspot ni sampai tak dapat upload, jadi saya upload kat Youtube.
Dengan rendah hati, saya kongsi video DIY saya untuk Laling pasal sudah berjanji. Kalau nak tengok video majlis tu, link kat bawah ni. Saya suka sangat moment suami Laling acah-acah, tersasar masa nak cium dahi :P
Laling
Tujuan saya tulis post pasal video DIY ni, dulu, saya ada tulis yang saya nak buat post berkenaan pemilihan lagu untuk video DIY. Tapi saya rasa, tak sesuai untuk saya seorang menulis tentang ni sedangkan ramai lagi B2B yang pernah buat video masing-masing, terbaru Harz. Mesti masing-masing ada cerita dan pendapat nak dikongsi.
Perlu diingat, hasil video DIY yang dirakam pakai handycam, takkan sama dengan hasil videographer pro, baik daripada segi kualiti, angle dan idea. Bagi mereka yang ada budget untuk upah videographer, baik teruskan. Saya sendiri, kalau bukan diatas faktor kekangan kos, saya pun akan upah videographer pro. Tapi tak apa, syukur dengan handycam yang ada, saya cuba hasilkan memori sendiri.
Jadi, apa kata kita bincang kat ruang komen tentang:-
1. Bagaimana korang buat pemilihan lagu; adakah berdasarkan lagu tema korang? atau lagu popular waktu tu? atau lagu kegemaran korang?
2. Apa yang kamu titik beratkan tentang susunan gambar/ video; masukkan muka orang-orang penting? atau perkara-perkara kecil yang orang selalu terlepas pandang? atau selarikan tempoh gambar dengan tempoh muzik?
3. Lagi?? Jom kongsi!! Boleh tolong B2B yang lain!
Kalau untuk saya, lagu saya pilih biasanya mewakili macam mana saya nak suasana video tu dilihat. Macam video' Save the Date' saya, lagu memang langsung tak popular tapi saya pilih pasal saya menggambarkan kesesuaian lagu catchy dan rileks tu mengiringi gambar-gambar pre wedding saya. Daripada segi penyusunan gambar, saya jenis suka padankan tempoh gambar dengan lagu. Jadi kalau laju lagunya, laju juga gambar :P
Korang pulak macam mana?
24 Jun 2010
to me, lagu mestilah seiring ngan kejadian time tu huhuhu rakam semua keadaan yg melibatkan pengantin...ucapan kawan2 or sedara2 perlu dimasukkan sekalu sbg intro n ending...ok ke? huhu
ReplyDeletelagu romantik2 yg menggambarkan pasangan itu..hihi..
ReplyDeletedah tgk video tu..hihi..comelnya that couple..hubby dia lak suke gurau2 cam tu..for sure OP dpt capture yg best2..hihi..
ReplyDeleteeh..lupe nak komen sekali..kalo psl pemilihan lagu, sy suke yg sesuai dgn suasana n juga couple tu sendiri..kalo sesuai tp couple tu x suke, x syok juga..hihi
ReplyDelete