Salam dan hai
Baru kebah daripada demam. Reen yang kahwin, saya yang demam urat. Haha.
Sedikit sorotan post akan datang tentang majlis Reen.
Kali ni saya nak menulis tentang baju sanding kuning kami. Saya jarang-jarang berkongsi perjalanan nak buat baju ini secara terperinci. Mungkin belajar daripada pengalaman lepas, selagi hasil belum selamat sampai ke tangan saya, selagi tu saya akan lebih berahsia dengan siapa saya berurusan.
Selepas tak jadi amik vendor yang pertama, saya terus hubungi Nity dan minta dia cadangkan mana-mana vendor yang dia kenal. Dia cadangkan A.Roy daripada Roy Busana Anggun, Semua House.
Saya memang tak pernah dengar nama dia. Satu-satunya kerja dia yang saya pernah tengok, masa saya hadiri majlis Amyrah.Saya amat sukakan kerlipan baju Amyrah bila disirami cahaya dewan. Jadi, memandangkan saya malas nak cari lagi dan mahu vendor yang boleh bekerja dengan saya, jadi saya pun setuju aje.
Kali pertama jumpa A.Roy, pada bulan Februari, bersama Nity {Post}
Tapi saya tetap kena bawa D untuk jumpa A.Roy, jadi bawa D pada bulan Mac. Sekadar berborak kosong sahaja, nak kenal hati budi A.Roy macam mana, hasil kerja dia sebelum ini dan sekadar nak bina keserasian dengan dia. Kami bagitau apa yang kami mahukan, warna kuning tetap tak berganjak dan harga yang kami persetujui. Yang buat saya memang muktamad nak ambil dia, pasal dia akan sediakan baju sanding untuk kami yang memang kami akan ambil terus, bukan sahaja baju, tapi termasuk tengkolok, kasut dan veil. Jadi pada harga yang kami berdua mampu, terus sahaja setuju. Tapi, masa tu kami tak bayar deposit langsung pun. Selamba aje kan, kalau vendor lain mesti kami dah kena tinggal kot :P
A.Roy minta datang semula bulan enam nanti untuk bincangkan rekaan yang kami nak dengan muktamad. A.Roy masa tu cadangkan kami buat baju kebaya labuh macam Erra Fazira tu. Saya masa tu sudah termagu-magu pasal saya rasa baju nikah saya sudah rekaan baju kebaya labuh, jadi tak mahu la rekaan yang sama. Cuma masa tu, saya diamkan sahaja pasal tiada baju nikah di tangan untuk ditunjuk.
Bila bulan Jun tiba, saya datang semula ke butik A.Roy, bersama-sama dengan baju nikah saya.{Post}. Jadi, lepas fikirkan balik, kami setuju untuk buat rekaan baju kebaya pendek sahaja. A.Roy yang cadangkan guna material songket penuh, berbanding songket tabur. Songket tu dijadikan dress labuh, kemudian buat baju lace potongan kebaya dipakai diluar. Memandangkan baju ni hak kami, jadi a.Roy nak rekakan sesuatu yang kami boleh pakai kemudian hari. Pasal tu dia jadikan dress songket dan kebaya lace saya dua bahagian yang bercerai dan tak dijahit sama. Jadi nanti saya boleh padankan dengan koleksi saya sendiri. Dress songket tu pun memang tak meleret. D pula, boleh pakai baju kuning melayu tu bila-bila dia mahu (Oh, tolak tepi jaket songket itu hehe) Kami ikut sahaja, asalkan kuning. Warna kuning kami, kami serah bulat-bulat untuk dia pilihkan. Kami cuma ambil tahu tentang rekaan baju sahaja.
Sejak itu, kami tak hubungi A.Roy. Saya sendiri tak pernah SMS dia tanya perkembangan. Memang serah bulat-bulat kat dia. Mungkin saya sendiri malas nak fikir dan cerewet. Dalam bulan Oktober, baru saya SMS dia bertanyakan tentang fitting baju. A.Roy dah jadualkan kami untuk datang fitting selepas bulan puasa, jadi kami pun ikut sahaja.
Datang ke butik A.Roy dalam keadaan bercampur baur. Masa ni la, baru nak ragui bakat A.Roy haha. D pun dah bosan saya asyik bebel dalam kereta, takut A.Roy salah pilih warna dan rekaan.
Tapi bila kami sampai dan lihat baju kali buat kali pertama {Post} memang satu perasaan yang sukar diungkap. Berbeza dengan baju yang kita dah nampak pada mata dan tunggu untuk fitting, baju tempah baru sentiasa berisiko. Tapi bila hasilnya seperti yang kita mahu, senyuman lebar jangan cakap la!
Memang rasa puas hati sangat, bersyukur sangat-sangat warna kuning yang dipilih, cukup cantik. Memang tak dapat sorokkan rasa teruja kami. Banyak sebenarnya gambar saya ambil masa fitting, tapi cuma kongsikan tiga keping pun cukup la. Hehe
Secara keseluruhan, memang kami berpuas hati dengan baju sanding kami. Cuma kain saya senteng sedikit dibahagian depan, jadi A.Roy tambahkan patching lace. Hal manik saya tak seimbang {Post}, memang dah tak kisah sangat pasal manik yang ada dibaju memang sangat-sangat saya suka. Penuh, tapi tidak terlalu sarat. Cantik, tanpa perlu beria-ria menjerit untuk perhatian.
Veil saya pun ditukar kepada yang lebih simple dan tak terlalu sarat {Post}
Ini yang diberi.
Dapat yang lebih simple. Saya suka!
Untuk rekaan ini, saya diberi anak tudung. Tapi seperti yang saya sudah kongsikan dalam post yang ini {Post}, akhirnya pada hari majlis, K.Nurin ubahsuai penggunaan tudung dan anak tudung saya, lalu menghasilkan sesuatu yang istimewa untuk majlis saya {Post}.
Walaupun sedikit kekurangan apda baju sanding saya, tapi dalam 'waktu kecederaan' macma ini, saya dah tak kisah. Lagipun, bila tengok dalam gambar dan video, betapa berkelipnya manik pada baju saya (D kata, macam lampu LED), saya syukur dan berterima kasih kepada A.Roy yang dapat merealisasikan baju sanding kuning idaman kami.
Kepada mereka yang berminat nak mendapatkan perkhidmatan A.Roy, berikut maklumat yang kamu perlu tahu
Dato Roy Azman daripada Butik Roy Busana Anggun
Lokasi: Semua House G15, Berhampiran dengan Habib Jewel.
Hubungi: Dato Roy Azman {Profile Roy Busana Anggun}
Saya doakan mereka yang ingin mendapatkan khidmat A.Roy, bakal turut berpuas hati dengan perkhidmatan beliau. Saya tidak la berani menjamin hasilnya, tapi saya sentiasa mendoakan semua yang baik-baik untuk bakal pengantin. Maaf, saya tak dapat dedahkan berapa caj yang kami bayar untuk A.Roy atas permintaan beliau. Jadi, saya harap pada B2B, sila gunakan skill berunding kamu ya?
29 November 2010

cantik la plak warna kuning kan.. nyum2x.. bleh jd tema kita gak ni..
ReplyDelete:)
cantik dan sesuai dgn u.i mcm tak sesuai sgt kuning
ReplyDeletecik puan xora.. kalo free jemput singgah page sy ada tag utk awk :)
ReplyDeletesaya mmg suka bersanding pakai kaler kuning.. kata pun nak jadik raja kan.. hehe... demam urat? huhu.. camne tuh...
ReplyDeletewah..dato ke..
ReplyDeletebaju xora memang cntik..tgk dgn mata kepala sdri masa majlis..;)..
Rynn: nyum2 sama2.. heheh
ReplyDeleteCha: tak pe Cha, kamu pilih warna yg sesuai pada kamu tau--dan pasangan! jgn lupa tu.
Fiza: huaa.. byk tu 25 info kena kasitau.. ai malu!
Leonora: demam urat tu yg saya sendiri pun tak faham camne boleh kena. pengantin rilek aje!
Kina: Dato tapi dia ok dan sangat humble. Tak minta pun kita panggil dia Dato, sekadar Abang Roy aje.
xora mora si comell i xdapat u punyer email la yayang... cube email kat cini
ReplyDeleteizzati.ghani@jpa.gov.my
Dato roy??? penipu gila dia tu... lain kita minta lain kita dapat.. on my friends wedding, kata pelamin guna all import flowers n fresh..smpai hari nak set up everythings , dia guna bunga PLASTIK!!!!! u tahu brape die charge myfriends tu?? 15ks!!!!!! mmg bangsat la... ingatkan myfriend je terkena,,rupa2 nya ada lg 3 org pun kena sama juga..
ReplyDeletemulot die mmg manis, jgn terpedaya... lain yg dia kata lain yg dia buat.dalam Fb die tu, semua pelamin yg lawa2 tu bukan hasil tgn dia okeyh..itu semua sample yg client minta.
so please, jgn la korang deal dg rOY aZMAN BANGSAT NI.