Salam dan hai
Mahukan alternatif lebih murah, mudah dan menyihatkan berbanding Candy buffet?
Perkenalkan: Fruit buffet! (yang juga boleh dicampur dengan sayuran!)
Dalam majlis orang melayu, pencuci mulut ni memang dah sinonim. Baik untuk majlis tunang, aqiqah atau rumah terbuka. Tapi yang biasanya kita tengok, kalau tembikai mesti diletak dalam tray, dipotong tiga segi aje kan?
Apa kata ubah bentuknya kepada ini
.. Tak semestinya kena pakai buah-buah mahal. Kalau mangga, epal hijau, dipotong molek-molek pun ok
Buah pear yang disalut gula.
Rumusannya, kalau kita hidangkan ulam-ulaman macam lobak merah dan kacang panjang, tetap akan nampak menarik kalau dihidangkan dengan cara yang menarik mata memandang. Daripada diletak mati dalam tray, boleh sahaja ulam tu disusun menegak macam pensil dalam gelas, macam dalam gambar diatas.
Murah pun murah, berkhasiat lagi tu! Nak deko, punya la mudah! Tak perlu bunga-bunga yang mahal. Pakai sahaja buah-buah tomato ke, kubis ke buat deko. Lepas majlis, buah-buah tu masih boleh digunakan untuk memasak.
Dalam majlis orang Melayu ni, semuanya sudah ada terbentang. Yang penting, semuanya berbalik kepada cara kita persembahkan makanan tu. Kan?
Selamat mencuba!
29November 2010
Canteq deco utk dessert section....
ReplyDeleteKpd sesape yg ade 'Lady Susan' klu x silap name & ejaannye.....alaa,bende yg bulat boleh pusing2 yg kt ats meja makan 2....
Bg bende 2 kt caterer & soh deme potong buah & susun kt ats bende 2. Lebih cantik klu LS 2 kaca. Maaf...xde pic nk tunjuk.
wow..menarik!!
ReplyDeletexora,idea best ni
ReplyDeleteboleh diaplikasi masa wedding abang saya.
thanks 4 ur idea
waa..awesome punyer idea!
ReplyDeletekak xora, u memang best la! tak kedekut idea even belum/after kahwin. best2!
ReplyDeletehaish kalaula sume benda yg kita nak boleh berjalan lancar kan best. kdg2 bila ckp dgn org tua dorg tak brp kisah sgt bab2 food presentation ni kan. tp seriously menarik sgt :D
ReplyDeleteyummy!! last week di opis sy kami buat kenduri buah-buahan tempatan.. mmg best wpn penat ronda satu KL cari buah2 ni... tapi ni sesuatu yg baik dan sehat :)
ReplyDeletepetang2..lapo!huhu..
ReplyDeleteixa!!! menarik2..tak pernah terpikri punnn..hihi
ReplyDeleteaah kan:) mesti suma orang suka kalo dba wt fruit buffet time wedding t :)
ReplyDeletemenarik idea nih..lebih murah huhu =)
ReplyDeletewah.. sangat canggih.. ehehehe.. salah.. sangat cantik!! menarik!! tertarik...
ReplyDeletebetul2..best idea ni..
ReplyDeleten silap2, lobak,timun tu bkn stakat jd deco, bole di ngap skali..sbb ade stgh2 tmpt wat jamuan pelbagai menu..nsi myk ade, nsi putih lauk2 kampung ade..terfikir kalau buat lauk2 kampung tu, lobak,timun,kcg ke..bole jd ulam..nyum3..^^