Salam dan hai
Baru-baru ni, saya dapat undangan ke dua majlis perkahwinan yang serentak harinya, cuma lain waktunya. Satu siang dan satu malam.
Yang majlis siang, saya dan si dia ingat nak pergi belah lelaki minggu depan, tapi tup-tup atas sebab keadaan, kami pergi aje belah perempuan. Kedua-dua pasangan ni satu sekolah dengan saya, walaupun saya tak berpeluang untuk berkawan rapat dengan mereka, tapi saya kenal muka dan nama mereka. Rumah pengantin perempuan di Bukti Mahkota, dekat juga, tak sampai setengah jam sudah sampai. Rumah pun amat senang dicari, berdasarkan tempat letak tanda arah yang amat strategik.
Kami disambut dengan ramah oleh orang kuat majlis, tema putih dan silver. Cantik dan suci.
Kami tak perlu tunggu lama untuk pengantin sebab kami sampai betul-betul pada waktu yang sama pengantin lelaki tiba. Sesuatu yang baru untuk saya sebab rombongan lelaki datang bersama barang-barang hantaran. Risik punye risik, rupanya malam semalam mereka sudah bernikah tapi memang barang hantaran dibawa pada hari majlis. Bagus juga, sebab sekurangnya, saya boleh tengok gubahan hantaran. Tapi tak dapat saya snap pasal segan. Tapi warna tema hitam dan putih.
Saya rasa kebelakangan ni, hitam memang jadi pilihan yang semakin kerap digunakan.
Oh ya, ni la gambar pengantin. Ala-ala Saloma kan rambut dia? Saya sebenarnya nak pergi dekat-dekat, betul-betul atas kepala dia untuk tengok camne mak andam buat rambut dia, tapi saya takut nanti dia tak selesa. Saya suka makeup Ezura, nampak lembut, sepadan dengan gaun inggeris yang dipakainya.
Banyak perkara yang saya suka dalam wedding dia (selain air sirap limau yang sedap gila!)
Pelamin yang sepadan dengan tema baju mereka. Saya tau, pelamin kotak dengan pomander ball ni dah semakin kerap digunakan. Tapi saya tetap nak kata, saya sukakan ini
Bunga telur!! dengan bunga rampai.. saya pernah terfikirkan idea ni untuk abang saya dulu, tapi lepas tak jadi gunakan telur pindang, terus lupa idea ni. saya suka bunga rampai ni, walaupun dipotong kasar, tapi baunye cukup sedap. Bekas telur pun ikut warna tema--putih!
Saya memang lebih sukakan pulut kuning dari kek. Jadi bila nampak pulut kuning, cepat-cepat saya amik gambar. Saya pun memang nak pakai pulut kuning pada hari saya nanti InsyaAllah, tapi kalau la dapat kek percuma katerer berikan, macam abang saya hari tu, mungkin saya akan bawa upacara potong pulut kuning ni, pada hari pernikahan. Tapi yang pasti, memang lebih nak potong pulut kuning :)
Petang tu, selepas majlis, cepat-cepat bersiap untuk temankan Nity, membantu dia sebagai penanggah majlis kawan sepejabatnya. Majlis jenis RSVP, di Dewan-saya-dah-lupa-nama-tapi-kat Felda, jadi kerja yang penting adalah registration.
Kali pertama terlibat dengan majlis sebegini, jadi saya belajar sedikit tentang protokol pengantin mengadap VVIP, protokol bergambar dan aturcara majlis.
Memang penat dan kecoh. Apa tah lagi yang datang, gelaran di depan lebih panjang dari nama sebenar mereka! Kadang-kadang, tengok datang rilek aje muka, sekali kena alukan dia sebagai Tan Sri. Jadi tip di masa hadapan kalau kena jaga registration: Sentiasa alukan tetamu sebagai Tuan dan Puan.
Susah sebenarnya kalau nak periksa senarai tetamu berdasarkan semakan rawak menggunakan kertas. Nak nya kami penyambut tetamu hanya berada di sana pada hari, jadi kami memang menggelupo juga. Mencari nama-nama yang begitu asing bagi kami.
Saya rasa, mana-mana majlis yang buat RSVP (kedudukan tempat berdasarkan jemputan dari belah mana), kalau la ada registration kaunter, sila la:
1. Sediakan laptop 2-3 untuk petugas. Serius. Dengan laptop, kami hanya perlu tekan Clrl-F dan berjaya mencari nama yang kami kehendaki, tanpa perlu selak dari satu muka surat ke satu muka surat yang lain.
2. Alternatif lain--Kalau ada cukup dari segi peralatan dan kemudahan dewan, mungkin boleh sediakan satu board dengan nama tetamu beserta nombor meja mereka, supaya tetamu boleh periksa sendiri kalau tidak mahu ke kaunter. Semestinya susunan nama mengikut abjad. Sebab kadang-kadang, tetamu nak juga tau mereka duduk semeja dengan siapa.
Hal-hal lain tentang majlis, semua berjalan dengan lancar Alhamdulillah. Nasi pengantin sedap! Door gift berupa lilin denga ukiran ros juga amat cantik.
Saya sukakan bunga manggar yang ada jerujai kristal yang cantik dan kali pertama saya tengok. Berkenan juga :) sesuatu yang berkilat memang sentiasa menarik perhatian saya.
Oh ya, akhirnya berjaya memegang secara life bunga tangan yang sedikit berbeza :) Ada mutiara di tengah kuntuman. Saya suka. Amat cantik bila lampu pentas memberi ilusi sinar pada bunga tangan tu. Cantik :)
OK. Sekian sahaja review perkahwinan untuk kali ni.
Sekarang, saya tengah tekun beli kain dan hantar ke tailor cepat-cepat pasal bulan 12 ni aje, sudah ada dapat 4 undangan perkahwinan yang perlu dipenuhi InsyaAllah
17 November 2009
hai xora..
ReplyDeletelame x menerjah blog xora,busy sket kebelakangan nih..
wah..roy bkenan kek pulut kuning tu..idea mau memotong pulut kuning mase psandingan roy nnt tetap akn diteruskan..lagi2 tema roy pon kuning..so ala2 permaisuri la roy nnt..huhu..
perasan plak roy ni..
org dah semakin dekat menghitung hari.. bestnye!! :) nnt pakai pulut kuning, jgn lupa snap gambar.. sebagai inspirasi pada saya :)
ReplyDeleteyup...nak komen sal pulut kuning gak sebenarnya...suke jgk!!
ReplyDeletebunga ada pearl tu fress flower ke xora?
Haah, fresh flower.. saya dok godek camne dia lekatkan mutiara tu pakai benang.. ermm!
ReplyDeletepicca penantin tuh seakan ku kenali dia~...
ReplyDeleteezura, xstudent itm..
mcm junior sebilek jeq ngn i waktu di kediaman kolej seroja....
kalau x slah org la...
pelok cium tahniah utk beliau..
-farra-
Cik Farra. ye dia la, ezura. kecik aje dunia ni kan? :)
ReplyDeleteyew~...
ReplyDeletesunggoh tecik dunia neh...
pusing2,masih ketemu org yg sama..
mao lihat picca kawin ezura~..
ade link ke??..
-farra-
xde gambar pasal tak amik byk pun, ramai tetamu nak bergambar dgn dia. gambar yg dekat tu pun, pasal ada makcik dia nk amik, jadi saya nyelit skali :P
ReplyDelete