15 November, 2009

Perarakan Pengantin

Salam dan hai

Minggu lepas, entah macam mana, boleh dapat idea ni masa tengah chat dengan Nuriah dan Intan. Saya kata kan pada mereka berdua (serentak tapi sorang kat gmail, sorang kat email); masa saya kahwin, nak perarakan saya, selepas pengapit, nak jemput kawan-kawan yang sudah berkahwin, ikut berarak sekali. Sudah terlalu cliche menggunakan gadis sunti untuk jadi 'dayang-dayang'. Maka saya nak gunakan 'mak dara' pulak mengiringi saya, sambil berpimpin tangan dengan suami masing-masing.

Makna kata, semua kawan-kawan yang telah berstatus Puan, akan sama berarak dengan saya, memakai baju nikah mereka.

Nuriah amat setuju, katanya "aku kena jalan paling depan pasal aku kawin 2-3 minggu aje sebelum ko. Inai pun masih merah"

Intan pulak kata "Ahh! takde2, Nuriah paling last kawen, dia dok paling last. Bagi aku yg dah lama kawen ni enteprem!"

Ha.. rebut-rebut..!

Kesudahannya, mak saya kata "Ibu taknak siapa-siapa pun jalan atas red carpet, kecuali korang"

Dan si dia pun kata "Takmo, D nak jalan berdua aje dengan B sambil diiringi lagu *** (lagu tema berarak kami sudah ada--jangan main-mai.. hahahah)"

Maka kesimpulannya, takde la perarakan oleh kawan-kawan.

Jangan terperanjat kalau perarakan pengantin cuma kami, pengapit dan kumpulan kompang ya :)

Sebab tu saya berani tulis kat sini, pasal confirm memang takde ye :P

Pasal tak dapat pelepasan penyimpan mohor besar :P hahahah

Tapi takpe kot Intan n Nuriah, korang dah merasa jalan kat red carpet, kan? hihihi

14 November 2009

3 comments:

  1. wahahahaha!~musnah harapan nk menggedik atas red kapet br balik hanimun~~~

    ReplyDelete
  2. xpe la xjd pun...org lain ble pakai idea nih..haha..tp,sy xde rmai kwn2 yg btol2 besfren yg dah kawen la..cam sy je yg mula langkah dulu..eh eh..oppsss..fara bride-to-be-blogger dulu la..lupa lak..niway she is my besfren since skolah rendah..

    ReplyDelete
  3. Idea menarik tp btol la kata mak awak..biarla pengantin berdua je yg berjalan ats red carpet.pasukan kompang pun kalo bleh iring smp pintu gerbang jek..baru la best.cuma kamu dan dia..atas karpet merah itu..aiceh..*glamernya*

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)