Salam dan hai
Alhamdulillah, sudah tiga minggu sejak dia terima nikahnya.
Macam pasangan pengantin baru yang lain, saya pun tak terlepas daripada diaju soalan
"Macam mana hidup suami isteri?"
"So camne life sekarang? Dah ada suami ni."
.. dan macam-macam lagi soalan
Tapi amat syukur, saya tak disoal soalan yang kurang ajar, dalam erti kata hal intim suami isteri. Mungkin saya tak dikelilingi oleh jenis manusia macam tu. Atau mungkin jenis manusia macam tu, sendiri segan dan tahu tempat mereka dimana sebelum bertanyakan soalan macam tu.
Yang boleh saya kata kan, hidup suami isteri ini lebih jauh penting daripada sekadar meletakkan kata-kata "Best! bila bangun tidur dah nampak laki aku" atau "Best ooh dah kahwin." Kehidupan suami isteri jauh lebih indah, mencabar dan penuh dengan proses pembelajaran. Bukan sekadar teman sekatil, jauh sekali sekadar dah halal untuk hubungan intim.
Kebanyakkan nasihat yang kami berdua terima daripada sanak saudara, baik daripada lisan, ucapan di buku tetamu dan video, kebanyakkannya mengingatkan kami supaya banyak bersabar. Pucuk pangkalnya, kesabaran itu penting. Sebagaimana kita berusaha merealisasikan suatu majlis perkahwinan, begitu lah usaha yang sama kita perlu teruskan untuk ikatan suami isteri.
Bila saya diajukan soalan diatas, saya pasti akan memberi jawapan konsisten *yang saya ceduk daripada tips Laling. heheh*.
"Alhamdulillah. Masih dalam proses penyesuaian diri, keluarga, masa, kerjaya dan macam-macam lagi"
Biasanya jawapan tu tidak akan menjurus kepada senyuman nakal atau kerlingan mata penuh tanda tanya. *Terima kasih Laling!!
Memang kami masih dalam proses penyesuaian diri. Keserasian itu memang sudah lama wujud, cuma perlu diperkayakan lagi. Walaupun kadang-kadang saya rasa D sudah kenal saya, tapi rupanya masih banyak perkara yang kami perlu belajar tentang masing-masing. Perkara yang bagi saya biasa, menjadi luar biasa bagi D. Macam D terkejut, pertama kali tengok kami sekeluarga jadikan cili hijau tu ulam, siap bertukar cili dengan alasan "Cili ni tak pedas la". Tergamam D. D tahu saya memang suka makanan pedas, tapi tak sangka ke tahap macam tu.
Buat mereka yang bakal berkahwin, jangan terlalu berangan-angan akan kehidupan selepas kahwin bagaimana. Jangan jadikan kisah orang lain, impian kita. Jangan kisahkan hal manis kehidupan rumah tangga orang. Setiap kita ada pasangan masing-masing, dan setiap pasangan akan berhadapan dengan masalah yang berbeza, kebahagiaan yang berlainan. Seperti mana majlis perkahwinan, kita hanya perlu redah dan redha, SELEPAS berusaha. Yang penting, kita kena bersedia denga realiti kehidupan. Kita takkan tahu betapa manisnya madu, kalau kita tak rasa betapa pahitnya hempedu kan? Jadi, jalani lah kehidupan berumah tangga masing-masing, dengan cara kita sendiri. Ingat pesan ibu ayah dan jangan tinggal solat lima waktu.
Itu la sedikit yang saya dapat kongsikan tentang kehidupan berumah tangga. Masih mentah untuk saya mengulas lebih. Kami masih dalam fasa berbulan madu, jadi semuanya masih indah dan bahagia.
Tiga minggu setelah dia terima nikahnya , ini lah aktiviti kami
1. Mesyuarat komuniti kawasan setempat yang bakal kami kediami.
Ikut sahaja D dan kawannya. *Satu benda aku tak faham. Terus SMS dengan Laling borak-borak heheh.
2. Temankan kawan ke Nilai
Idea sireh junjung best untuk deko.
Bunga yang digubah daripada bulu ayam!Cantik dan sesuai jika kena dengan temanya.
3. Memahami sudut pandangan seorang lelaki
Kereta itu penting. Sudah macam-macam D rancang untuk Hugo. * Tak faham juga. Bosan.
4. Meraikan raja sehari!
Meraikan pasangan mempelai Faridah dan suaminya.
.. Dan kami memakai kasut masa bersanding dulu (saya cabutkan riben depan kasut. Hehe)
Kemudian, meraikan kawan sekolah kami, Khairy Dan yang berkahwin pada sama tarikh dengan kami. Kami selalu usik dia sebagai kembar tarikh kami. Nasib kami sudah balik daripada bulan madu masa majlis bertandang dia, jadi boleh la meraikan dia.
Daging hitam tu amat sedap!!!
Pasal kami datang lewat, kami diberi kek pengantin dan dihantar khas oleh pengantin sendiri!
Ini gambar pengapit daripada jauh. Masa majlis kami tempoh hari, kami sangat terkejut bila dia datang pasal dia pengapit untuk Khairi masa majlis bersanding. Jadi kami tak jangkakan dia sempat hadir. Terharu*
Semalam pula, meraikan pasangan Aida dan suaminya. Sangat suka perwatakan mereka, sangat mesra tetamu dan sangat ceria!
Makanan sedap, pengantin ramah, buah tangan praktikal! Saya suka idea ni. Memang daripada dulu mahukan idea ni tapi pasal tak boleh diselitkan dalam majlis kami, jadi bila tengok orang lain buat, rasa sangat seronok!
5. Kad jemputan lebihan?
Ingat lagi kisah ini? {Post}. Sudah dijadikan centerpiece pun, masih banyak bakinya. Jadi saya jadikan kad jemputan kami sebagai kad hadiah.
Riben yang over tu terjumpa dalam barang hantaran D. Jadi gunakan juga. Lain kali nak tampal kertas lain diatasnya, sekurangnya tak ada la terlalu terdedah nama kami. hehe
6. Lanyak kasut nikah
Semata-mata kasut nikah saya amat terang warnanya, bukan bermakna saya akan biarkan ianya tersimpan dalam kotak. Dah selamba pakai ke pejabat.
Yang penting, muka perlu segaris takde perasaan bila pakai supaya terasa yakin :P
7. Raya Haji
Balik ke Muar sambut Raya Haji dengan atuk dan nenek. Baru dapat perkenalkan D kat atuk nenek pasal masa majlis kami tempoh hari, mereka tak dapat nak tunggu lama, jadi kena balik terus ke Muar.
Ni bukan atuk nenek. Ni ibu ayah yang nak berangan, konon merasa duduk di kampung tengok anak menantu balik semula ke KL. haha
Fiuuh!!! Kongsi semuanya secara pukal. Penat juga ya.
Rumusan: Majlis perkahwinan hanya la satu hari sambutan, walaupun akan dikenang seumur hidup. Jadi, bila harinya sudah berlalu, realiti kehidupan tetap perlu diteruskan. Pelamin yang tersergam indah, deko yang serba serbi gah dan penampilan yang anggun daripada hujung rambut ke hujung kaki --itu semua bukan jaminan kehidupan selepas kahwin. Kita boleh teruskan aura "bulan madu" kita selepas majlis, tapi kena beringat, segala pujian mahupun majlis perkahwinan yang dikagumi orang lain, bukan la jaminan kerukunan rumah tangga kita.
Doakan yang baik-baik sahaja untuk D dan saya ya!
22 November 2010
Salam sis,
ReplyDeleteIngat lagi saya???yg minta budget etc dr sis...Saya kira silent reader sis gak..hehe..Congratz for ur wedding day...Semoga tabah mengharungi perkahwinan ini..Saya nk share 1 prinsip dr seorang ustaz..."Bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah"...
saya suka rumusan kamu :)
ReplyDeleteixa...kasut kaler kuning tu..kasot sanding yeh?? beli kat ne :D
ReplyDeleteIman: suka prinsip tu! terima kasih berkongsi dgn kami!
ReplyDeleteLisa: Hehe. rumusan yang merumuskan semuanya
Elya: Tu kasut dalam pakej baju sanding kami. amik dgn kasut2 sekali. nnt saya buat post baju sanding saya ye. masih menunggu gambar
sila jadi penulis majalah :)
ReplyDeletenad doakan yang baik-baik..aminn..:)
ReplyDeletethe best entry Xora :)
ReplyDeletei soookaaa!
no 5 = tak penah tefikir la idea tu, cool
ReplyDeletewahhh mmg pukal sungguh kamu xora..hehehe bakal menjadi seperti kamu juga hujung minggu ni..doakan semuanya ok ya
ReplyDeleteentry yg best & byk panduan yg boleh diikuti :)
ReplyDeletethanks Xora!
makna sebuah perkahwinan kdg2 sukar nak diterjemah kn. bahagia y dicipta. mudah2an kasih dan jodoh bkekalan selamanya ;)
ReplyDeletelove ur summary dear! marriage life bukan majlis sementara..hubungan sampai mati!
ReplyDeleteXora... dah 3 minggu ya...
ReplyDeleteTak ingat dah ucap tahniah untuk wedding kamu ke blom... sorry couldn't make it... been away and busy, with limited internet connection.
Masa untuk khatam semua pos yg tertinggal ;)
Lupa nak cakap...
ReplyDeleteTAHNIAH - great event, gorgeous bride...