19 November, 2010

Majlis Buka Hadiah-- Baru Tahu


Salam dan hai

Ok maaf. Saya lompat cerita lagi sekali. Ni bukan takat melompat majlis sanding, tapi dengan cerita bulan madu sekali. Terus lompat ke upacara membuka hadiah selepas balik bulan madu. Tak sempat nak buat post berjadual, jadi post yang ini memang sudah sedia ada, jadi publish sahaja la.

Saya sebenarnya tak tahu, ada majlis khas untuk membuka hadiah. Mungkin pasal dalam famili saya, kami tak amalkan. Masa awi buka hadiah dulu, dia memang ada rakam video, jadi saya pun ada la tengah tengok dia buka hadiah. Tapi ibu ayah takda. Masa Am buka hadiah, pun saya tak ingat, tiba-tiba hadiah dah buka :p

Kalau tak diberitahu D,yang akan ada majlis khas untuk buka hadiah, memang saya tak tahu--atau mungkin dah lama saya buka hadiah tu tanpa sesiapa Hihi.

Kami buka hadiah di rumah Mak. Masa tu selepas kami balik daripada bulan madu. Segan juga tengok hadiah-hadiah tu makan sebehagian besar daripada ruang tamu rumah mak, tapi memang tiada pilihan. Rumah kami belum siap, jadi kena tumpang rumah mak ayah dulu.

TIPS 1: Bagi majlis yang dijalankan di dewan, kena bincang dan tetapkan kereta siapa yang akan angkut hadiah balik ke rumah. Macam kami, kami tumpang Avanza kawan ayah. Memang penuh satu avanza tu dengan hadiah kami.


Sebahagian daripada hadiah yang masih suci dan belum dibuka dengan rakus.

Saya telefon ibu ayah untuk jemput mereka ke rumah Mak. Dah alang-alang, boleh makan malam serentak.Tapi abang-abang saya tak dapat datang pasal masing-masing masih bekerja dan baru balik kerja. Kesian pula nak desak.

Saya tak pandai sangat buka hadiah secara berhemah (harus berhemah dan lemah lembut membuka hadiah di hadapan keluarga eheheh), jadi saya biarkan D yang buka. Adik-adik lelaki D pun saya bagi mereka bukakan hadiah. Cepat sikit habis.



Rasanya hampir sejam kot kami buka hadiah. Semua kad-kad kecil, kami simpan dan letak di dalam buku tetamu. Memang kembung betul buka tetamu kami dengan kad kecil tu.

TIPS 2: Kad ucapan jangan dibuang. Kalau kamu ada buat buku tetamu, boleh masukkan kad ucapan dalam tu.

Ni kad paling kreatif saya jumpa!~


Terima kasih kepada semua yang bermurah hati menghadiahkan bermacam-macam barang elektrik, buku, pinggang mangkuk, makan kesihatan, peralatan memasak, bingkai ayat-ayat suci al-Quran dan macam-macam lagi. Sampai set lengkap memasak pun kami dapat!


*Nasib takde hadiah kinky. Kalau dapat, memang keras aje aku kat situ!!

TIPS3: Kalau rajin, mungkin boleh catitkan siapa bagi apa. Memudahkan kamu jejak (jejak ni bukan untuk recycle hadiah kasi kat orang lain. Bad*) hadiah mereka.

Ni selepas habis operasi membuka hadiah.



Terima kasih teramat pada semua! Serius, amat tak sabar nak masuk rumah kami, boleh la gunakan semua hadiah yang diberi!


Hafizah: aku dah check wishlist aku, aku nak mixer buat kuih, ok?




19 November 2010

12 comments:

  1. xpe, tumpang rumah mak dulu. saya dulu pun camtu. sampai berhabuklah hadiah tu dok kat ruang tamu rumah mak.
    nanti bila dah pndah umah sendiri, angkut semua, mesti penuh rumah. banyak benda dah tak payah beli, terutamanya barang dapur...

    ReplyDelete
  2. bestnye dpt bnyk hadiah..seronok tgk hadiah menimbun ek..

    ReplyDelete
  3. xora..lepas kawen..saat2 bukak hadiah mmg teruja..

    lagi2 dapat banyak hadiah dan banyak yg praktikal..mana yg boleh guna di dapur ke bilik ker..so x yah beli lagi kan..

    kawan2 yg bagi hadiah kecik ker beso mmg depa baik hati kan..huhu..

    ReplyDelete
  4. kot ye pun takyh arr post kt blog :p hahahaha.. ader bg kuali? bestnye.. mmg msk rumah baru cuci kaki la :D

    ReplyDelete
  5. wahh ada acara buka hadiah ek....mesti meriah kan buka ramai2..=)

    ReplyDelete
  6. saat buka hadiah. phewww. i bukak adiah malam, smbung esok pagi nya.
    siyes, tak larat!

    ohh. kad2 orang bagi i letak dalam satu kotak. good idea. nanti i nak tampal juga dalam guest book laa :)

    ReplyDelete
  7. hi Xora..byknya hadiah..
    Btol jgk kan! kena wat list sape yg bagi ape kan?sbb my sis pernah jadi terbagi kat org yg bagi hadiah pd dier..
    last2 kitorg cabut balik kad yg ader nama kitorg.hehe

    ReplyDelete
  8. best nyeee dapat bnyk adiah pas kawenn...hihi

    ReplyDelete
  9. dear all"terima kasih utk semua komen.

    fieza: Sbg jaminan ko wajib beli mixer kuih

    ReplyDelete
  10. xora, utk family aku mmg ada majlis bukak hadiah nie. slalu nyer mlm pas abes majlis terus bukak. tp time aku nie xtau la kan, pasal confirm seme penat sbb kerahan tenaga tak ramai...

    ReplyDelete
  11. hihi...dlm byk2 hadiah...hadiah ape yg paling grand?..hehe mcm teka teki lak....kalu org melyu ade wish list ke? omputeh ade kan...

    ReplyDelete
  12. kalo umah ada budak2, budak2 lah plg excited buka hadiah walaupun bukan tuk derang pun hadiah tu...hehe...

    sepupu2 kecik sy tlg buka hadiah...sy dah pesan awal2 kne bgtau hadia tu dr siapa..kene bc kad pada hadiah...kelakar pulak bila derang mjerit nm pemberi hadiah sblm buka hadiah..haha

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)