22 November, 2010

Katakan TIDAK kepada 20 Perkara Ini

Salam dan hai

Merancang sendiri majlis perkahwinan kita memang menyeronokkan, penat, teruja, stres, dan kadang-kadang mengecewakan. Tapi tak apa, pengalaman sekali seumur hidup (atau mungkin berkali-kali kalau kamu merancang pula majlis adik-beradik atau kawan-kawan).

Kali ini saya nak kongsi beberapa perkara yang saya kutip daripada pengalaman tempoh hari, saya kira mungkin dapat membantu bakal pengantin yang rata-ratanya sekarang, memilih dan mencari vendor masing-masing.

Untuk majlis kami, kami sendiri memilih vendor-vendor kami, kecuali untuk katerer. Yang lain, semua kami berdua usahakan, dengan bantuan maklumat daripada kawan-kawan rapat.

Ini la senarai 20 perkara yang mesti kamu perlu katakan tidak kepada diri sendiri apabila melibatkan berurusan dengan vendor.

Kamu tidak

1) TIDAK .. akan menempah dewan/ masjid/ hotel tanpa melihatnya dengan mata kepala kamu sendiri. Kamu boleh merujuk pada gambar-gambar di lokasi yang sama, tapi apa pun cuba usahakan untuk ke tempat itu sendiri. Kadang-kadang, sudut dalam gambar, menjadikan lokasi itu kelihatan cantik. Tak kira lagi editing yang dibuat oleh OP dan pencahayaan. Ambil kira sekali jika berlaku sebarang renovasi pada lokasi. Jadi elok kamu ke tempat itu sendiri dan dapatkan tanggapan pertama kamu.

2) TIDAK .. akan bekerjasama dengan sesiapa tanpa perincian yang jelas, walaupun vendor tu kawan-kawan atau saudara mara. Jika kawan nak sponsor sesuatu, pastikan kamu dan dia jelas tentang apa yang dirancangkan. Pastikan ada hitam putih pada setiap perjanjian. Kalau ada perubahan, pastikan kamu bersetuju. Setiap kos tersembunyi kamu perlu tahu.

3) TIDAK .. akan merancang atau bertanya kepada vendor tanpa mengetahui baget sebenar kamu. Tanpa tahu sempadan baget kamu, kamu bukan sahaja membuang masa kamu dan vendor tu, tapi juga kelak akan mengewakan diri kamu sendiri. Mengetahui harga caj vendor tu, satu perkara lain. Perkara paling utama--mengetahui baget kamu sendiri.

4) TIDAK .. akan melupakan temu janji dengan vendor kamu. Walaupun dia ada kecenderungan untuk terlupa, tapi kamu tidak akan tertinggal hari untuk fitting, hari untuk ukur dewan, hari untuk bayar deposit dan sebagainya. Kamu juga tidak akan segan silu, untuk sms dan ingatkan temujanji kamu dengan dia. Jika ada perubahan hari, maklumkan pada vendor. Jangan amik langkah berdiam diri.

5) TIDAK .. akan takut berbincang, memberi pendapat dan bertelagah (jika perlu) dengan vendor kamu. Contoh, jika OP janjikan outdoor percuma selepas majlis, tanyakan dia apa akan jadi pada shoot tu jika petang majlis kamu nanti hujan? Adalah lebih baik kamu tahu awal dan sempat nak buat sebarang perubahan daripada menyesali tidak bertanya lebih lanjut.

6) TIDAK .. akan percaya bulat-bulat apa yang kamu nampak di butik atau di pameran pengantin, komen daripada bekas-bekas pelanggan atau apa yang kamu lihat di media televisyen. Mungkin itu rezeki mereka, kamu punya belum tentu. Jadi jangan lepas tangan sebelum tiba masanya.

7) TIDAK.. akan memaksa diri kamu memilih rekaan baju semata-mata ianya cantik dalam gambar (..belum tentu ianya cantik pada badan kamu) dan menghantarnya ke kedai yang tukang jahitnya belum pasti dalam merealisasikan rekaan yang kamu mahukan. Setiap tukang jahit mempunyai skill dan pengalaman berbeza. Maka, fikirlah dan buat pilihan terbaik.

8) TIDAK.. akan pilih vendor yang tiada skil komunikasi, yang buat kamu rasa rendah diri dan tertekan, tidak boleh dibawa berbincang, tidak menepati janji dan tidak menghormati kamu sebagai pelanggannya.

9) TIDAK.. akan menghebah-hebahkan siapa vendor kamu sebelum kamu lihat hasilnya. Pengiklanan percuma mungkin akan memudaratkan orang lain yang mungkin terpengaruh dengan perasaan teruja kamu. Hanya kongsi siapa vendor kamu selepas majlis. Ketika ini, kamu dapat mengulas khidmat mereka dari kaca mata profesionalisme. Ingat, dalam majlis perkahwinan, vendor sama sekali tidak patut menenggelamkan kamu. Jangan sampai orang lebih teruja nak tengok hasil vendor, berbanding mahu melihat kamu.

10) TIDAK.. akan berkira-kira dalam perihal OP. Bayaran mahal bukanlah penentu, tapi memadai jika OP tu mempunyai skill, bakat, komunikasi dan ketekunan untuk menghasilkan gambar yang kamu idamkan. Cantik itu subjektif, jadi usah gusar apa pandangan orang, asalkan kamu lihat gambar tu, kamu senyum sampai ke telinga.

11) TIDAK .. akan pilih katerer tanpa merasa masakan mereka. Food testing mungkin boleh, tapi kamu kena ingat, ada kalanya, masakan yang dimasak dalam kuantiti yang sedikit, sedap. Tetapi apabila dimasak dalam kuantiti yang banyak, rasanya berubah. Jadi, kalau kamu berkesempatan pergi ke majlis yang menggunakan katerer yang sama, cuba rasa setiap juadah yang diberi. Ingat juga, semuanya tertakluk pada rezeki masing-masing. Walaupun katerer yang sama, boleh jadi pada hari majlis, rasanya berbeza.

12) TIDAK .. akan menempah bunga tanpa tahu gubahan dan konsep yang kamu mahukan. Kamu juga tidak segan jika kamu perlu datang ke kedai bunga dengan contoh gambar di tangan atau keratan suat khabar untuk cari ukuran span H20 yang betul. Walaupun pekerja kedai tu pasti akan membantu kamu, tapi kamu perlu tetapkan apa yang kamu mahukan.

13) TIDAK.. akan melayan vendor kamu seperti kuli atau tempat kamu melepas marah atau stress. Ingat, keep your enemy close, keep your vendor even closer.

14) TIDAK.. akan membalas SMS vendor dalam keadaan hati yang panas. Kesudahannya, akan ada pelbagai rentetan SMS demi SMS.

15) TIDAK.. akan menahan bayaran yang diminta vendor dengan niat memastikan mereka akan muncul dan menjalankan kerja mereka. Jika kamu pilih mereka daripada awal, atas kepercayaan kepada reputasi mereka, jadi tiada apa perlu dirisaukan. Tapi ingat, bertindak la kamu mengikut keperluan situasi.

16) TIDAK.. akan berjumpa dengan vendor tanpa ditemani. Pergi solo boleh menyebabkan kamu akan mengikut telunjuk vendor atau tenggelam dalam pilihan yang ada. Jadi kamu perlukan sahabat yang berani mempertahankan kamu, atau ibu ayah yang mahukan terbaik untuk kamu atau si dia yang akan memastikan kamu berbelanja mengikut baget.

17) TIDAK.. akan memberi kata putus secepat mungkin. Setiap keputusan, kamu perlu ambil masa untuk berfikir dan berbincang. Keputusan membabi buta akan merugikan kamu kelak. Oleh itu, jika ada idea baru, minta setengah hari atau 1 hari untuk kamu berfikir dan berbincang dengan mereka yang terlibat, kemudian hubungi semula vendor untuk bagi kata muktamad

18) TIDAK.. akan bertangguh memaklumkan kepada vendor untuk sebarang perubahan. Dalam merancang majlis perkahwinan, setiap saat bernilai! Jangan kelak, kamu sesali sikap "Tak apa" kamu kemudian hari!

19) TIDAK.. gusar jika pilihan kamu tidak dapat menggembirakan semua pihak. Setiap majlis perkahwinan adalah gabungan pelbagai idea daripada pelbagai pihak. Tugas kamu, memastikan semuanya dapat diterapkan tanpa mengekecilkan mana-mana pihak atau menyebabkan kamu makan hati. Setiap orang mempunyai citarasa berbeza dan adalah mustahil untuk kamu memenuhi semua citarasa tu.

20) TIDAK.. akan membanding-bandingkan vendor A dengan vendor B. Semata-mata kamu tidak dapat perkhidmatan si vendor A, tak bermakna vendor B tidak dapat menjalankan tanggungjawab yang kamu amanahkan. Sesungguhnya, ada masanya, pilihan kedua itu lebih baik daripada yang pertama. Ingat, rezeki bukan kita yang tentukan.




22 November 2010

9 comments:

  1. brave to say NO yeay.. cuak pula saya bila baca..not easy to manage wedding. thanks xora

    ReplyDelete
  2. gud info la xora..tapi post kamoo ni wat kt lebih takut ngan mua kt yg salu bgrespond -ve..huhu..camne eak..

    ReplyDelete
  3. thanks for the info....
    esp yang pasal catering.mesti kena rasakan....baru blh book!

    ReplyDelete
  4. hurm..thanks for the info cik xora..risau gak kalo dh tersilap langkah nie..

    ReplyDelete
  5. i amat terasa dgn #8 xora!

    aritu i had to make this really really hard phone call utk cancel vendorship (ada ke perkataan ni?)..means tak jadi amik dia. vendor tu pulak agak terkenal, tapi sy lemas dengan cara bekerja yg tidak sesuai dgn flow kerja sy. dia mmg hebat, dan mmg berpengalaman. tapi sy jenis nk tengok depan mata, nak diincludekan dalam perbincangan bukan lepas tangan kt dia.

    mmg sukar utk call dia (dia org lebih tua plak tu - maka cakap kena extra berlapik) sgt sedih dengar nada disappointed dia...lain tau dari orang muda disappointed!

    i pulak sedihhhh (tapi it doesnt mean i consider amik dia balik, hanya nk manage kesedihan itu susah skit, disappoint orang tua mmg lain perasaannya)

    *sigh*

    ReplyDelete
  6. like seratos kali..

    i like no19# dan 20#
    * saya dalam dilema bila dah pilih vendor utk make up dan pelamin. tp ada sedara mara sepupu sepakat dok kata xelok x berapa cantik.. oh!!! saya juga kdg2 xtetap pendirian. mmg kita mahukan yg terbaik.. tp bila word.. citarasa kita xsama dgn citarasa org lain kan xora?..

    cantik itu subjektif auntie2 sekalian :)

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)