29 March, 2011

Kahwinkan Bunga dan Mentol

Salam dan hai


Post ringkas


Saya bakal mengalami kesukaran mengemaskini post memandangkan saya dan D sudah berpindah ke Bangi seminggu awal daripada rancangan dan tiada lagi akses internet secara percuma yang disponsor oleh ayah heheh. Termasuk juga saya akan teramat sibuk mengemas rumah dalam waktu terdekat ni. Jadi kalau sempat, saya akan buat post berjadual ya? Pada mereka yang ada menghantar emel, minta maaf. saya akan cuba balas semuanya, tapi mungkin secara berperingkat. Akses emel dihalang di pejabat :P


Mahu kongsi gambar ni!





Cantik kan? Mentol dan bunga bersatu---deko yang cantik sangat-sangat! Teringat post mentol yang Fieza bagitau dulu {Post}




29 Mac 2011

21 March, 2011

Saya Tak Pasti Macam Mana Nak Mengarang


Salam dan hai

Ok, saya rasa kena letakkan post bagi menjawab tanda tanya kepada keyword dibawah ini.



Rasanya, keyword tu bermula bila blog saya ada menerima komen daripada pembaca yang mengusik tentang saya di akhbar. Memang saya tak buat apa-apa post tentang hal ini. Sebabnya; saya tak tau nak mengarang topik tu bagaimana di blog kahwin ni.

Saya tahu, pasti akan sampai masanya, saya perlu menulis sepatah kata (dalam kes ni beratus patah perkataan) berkenaan hal ni. Tapi saya tak tahu nak mula bagaimana.

Jadi, jalan mudah, saya copy paste apa yang sudah saya tulis di blog peribadi saya, ke sini.

-----------------------------------------------

Salam dan hai

Benda ni dah lama. Cuma tak pasti nak tulis ke tak.

Nak ulas dalam blog kahwin saya tu, rasanya takkan tulis kot. Terasa pelik lak letak gambar sendiri besar-besar, kemudian tak tau nk tulis apa pun.

Erm..

Pasal tu jugak la saya tak nak bising-bising dalam Facebook ke dalam blog kawin ke.. Senyap-senyap aje sudah, itu lebih sesuai. Tapi memandangkan ni blog peribadi dan hanya ada beberapa orang sahaja ada akses, maka lebih senang menulis disini, demi memori akan datang.

Ceritanya bermula pada pagi Ahad bersamaan 13 Mac 2011, suasana yang tenang, ketika burung berkicauan, bebas menari di langit yang biru.. Angin sepoi-sepoi bahasa membelai rambutku yang hitam berkilat ni.. apabila tiba-tiba, telefon bimbitku berbunyi.

Sebelum sempat ku ucapkan salam.. Terus si pemanggil berkata

"HOOI APAHAL PAGI-PAGI AKU KENA TENGOK MUKA KO KENA PENUH SATU MUKA SURAT KHABAR NI HOI!!!!!!"

Ya, itu la dia abang ku yang sulung. Apabile ada dua orang abang, wajiblah biasakan diri dengan kata-kata nista dan suka menganjingkan diri kita.

Ok, sebenarnya dua minggu lepas, ada wartawan daripada Sinar Harian temuramah saya. Ikutkan dah hampir sebulan lebih juga dia ajak jumpa untuk temuramah. Mula-mula, saya rasa cam takut gak, pasal tak kenal. *asyik tengok tv Melodi, terasa cam semua wartawan lazer cam tu kot. Tapi pasal demi menghormati pujukan dia, saya pun fikir OK la, boleh la juga tengok camne wartawan bekerja. Pasal saya rasa macam satu misteri tentang tulisan seorang wartawan pasal mereka ada short form sendiri, jadi nak tengok bagaimana mereka bekerja.

Memandangkan hujung minggu sibuk dengan rumahku yang tercinta..


Kabinet ku sayang~~!!!!! Tak sabar nak masak bersamamuu !!

...Maka sesi temuramah dibuat di pejabat saya pada waktu rehat.

Jumpa Aida ni, macam jumpa wakil agensi suruhanjaya juga. Layan aje cam biasa. Tapi sesi berjalan dengan pantas. Rasanya tak sampai 20 minit dah selesai. Suka cara dia bekerja. Soalannya terang, jelas dan takde bersirat. *tak macam wartawan Melodi

Saya ingatkan jawab soalan wartawan ni susah macam cite Melodi ni, tapi rupanya senang juga. Rasa macam cakap dengan kawan sahaja, yang tengah berborak bercerita pasal blog.

Buat penat aje berlatih menjawab soalan dengan D dulu-dulu masa D berlakon jadi wartawan Melodi

D: "Jadi, Puan Xora ni fikir diri tu dah hebat sangat la nak masuk dalam artikel saya ni?"
x: t@#%!#%!#%!!

Tak suka D jadi wartawan pasal dia lazer. Aida tu tak tanya pun soalan cam tu kat saya!

Cuma sesi bergambar tu aje yang saya gagal--mungkin sudah lama tidak bergambar jadi gagal memberikan kerjasama yang diminta oleh encik jurugambar yang dibawa bersama. Pesanan saya cuma satu "Abang, jadikan saya kurus dalam gambar!!!"

Aida minta saya emelkan beberapa keping gambar majlis, jadi saya pun OK aje la, takde masalah. Saya tidaklah bertanya bila cerita saya akan diterbitkan. Terasa cam gedik dan meminta-minta pulak. Kerja dia, pandai la dia atur waktu.

Esoknya saya terima SMS daripada Aida, bagitau yang sisipan cerita saya akan dimasukkan dalam berita hari Ahad. Saya pun OK aje. Cuma saya sebenarnya tak sure sempat ke tidak artikel tu dikeluarkan pada hari Ahad memandangkan salah saya mengemelkan gambar pada dia sedikit lewat, sudah pun hari Khamis masa tu.

Saya hampir terlupa tentang ini pasal sibuk fikir hal rumah dengan teruja,--sehinggala panggilan halir lintar pagi ahad tu memaki saya diatas.

Sebetulnya, saya cuma telefon ayah, bertanya nak beli surat khabar Sinar Harian ada tak di kedai runcit Bansoon.Tak sangka ayah terus pergi beli pasal masa tu saya sendiri tak pasti berita tu ada atau tidak.

Saya sebenarnya lebih teruja nak baca isi kandungan sisipan tu berbanding nak tengok muka saya pasal saya ada buat dua permintaan pada Aida, minta dia tolong rahsiakan dan membaca artikel tu tanpa ada dua rahsia tu tertulis, betul-betul buat saya rasa lega. Lega sangat-sangat. Dia pegang pada janji, tak cam wartawan Melodi.

Lepas tu baru tengok muka sendiri--perasaan.. YES AKU NAMPAK KURUS.

Ye itu sahaja yang penting bagi saya masa tu. Bukan kisah saya atau gambar saya masuk surat khabar. Tapi saya nak tengok pengolahan sisipan yang Aida tuliskan bagaimana. Setiap apa yang saya kata, itu yang keluar dalam sisipan tu. Takde yang kurang atau lebih -- itu lebih penting.

Saya tak bangkitkan pun hal ni dalam blog kawin, pasal saya ingat takde siapa yang perasan. Tapi bila ada dua tiga orang hantar komen dan emel mengusik, terasa alamak~~ diorang perasan ke aku!! Siap dengan D pun kena usik kat pejabat dia.

Ada seorang blogger pengantin yang berbesar hati menulis tentang saya masuk surat khabar walaupun saya sendiri tak berkesempatan tulis sebelum dia.
Cik Ms. Puteri . Terima kasih banyak-banyak, sudi menyelitkan kisah ni dalam blog kamu :)

Ni gambar di bawah saya amik daripada blog dia memandangkan saya terasa pelik nak amik gambar sendiri dan letak dalam blog kahwin tu. Saya print screen aje daripada blog dia.







Sebenarnya, saya membayangkan saya akan menjerit-jerit tengok muka sendiri dalam surat khabar, teruja snap gambar sendiri dan cepat-cepat letak dalam blog, macam blogger lain selalu buat bila diorang masuk dalam majalah/ suratkhabar.

Tapi bila benda ni berlaku, saya cuma berminat nak baca isi kandungan sisipan itu sahaja. Mungkin saya rasa pengiktirafan isi kandungannya adalah lebih penting berbanding rupa sisipan itu sendiri, bukan tentang berapa banyak gambar saya di dalamnya. Nilai artikel adalah pada penulisan, itu pendapat saya. Maka pengiktirafan adalah kepada wartawan itu sendiri yang bersusah payah mencari bahan penulisan untuk pembacanya. Penat aje wartawan tu temuramah kalau saya tak baca apa yang ditulisnya.

Walaupun isi kandungannya yang penting bagi saya, tapi memang tak dapat halang bila gambar saya jadi pilihan untuk dicerca oleh kawan-kawan rapat saya. hehe.

Laling kata "sampai hati kan ko pose cam tu untuk surat khabar? very the gedik" -- Ok tu memang bukan ayat sebutir-sebutir yang Laling kata, tapi lebih kurang la cam tu. Bila saya tunjuk pada Fieza, komen dia "Ko pehal nak posing gedik macam tuh? baget nak masuk URTV ke apa?" Ni belum tunjuk kat Nity lagi. Entah-entah, dia tengok, terus dia remove aku daripada friendlist Facebook dia kot!!?? Harus la mereka gelakkan saya, pasal mereka kenal saya sangat, sangat bukan jenis yang akan letak gambar posing sebegini dalam profile saya. Jadi lihat gambar macam ni, memang jalan mudah la nak bahan saya. Saya pun gelak tengok posing saya macam ni. *Ko fikir apa masa ni hoi!!



.. dan saat melihat gambar tu, saya berkata pada diri sendiri

"HOI HAPA KO INGAT SURAT KHABAR NI KO NAK POSE CAM GAMBAR PROFILE FACEBOOK KE HAPA??!!"

Dalam hujah mempertahankan diri saya, saya berkata "
Abang jurugambar tu amik banyak gambar, ada gak yang buat-buat macam tengah tulis blog bagai. Tapi yang jadi pilihan gambar yang ni, tak apa la. Yang penting, dia berjaya jadikan saya kurus dalam gambar"


Nota kaki: walaupun tak amik gambar surat khabar tu, tapi saya beli dua naskah. Nak framekan nanti. Hehe



-----------------------------

Sekian.

Terima kasih kepada mereka yang sudi menghantar emel berkenaan sisipan akhbar ni. Kepada Aida, terima kasih kerana berpegang pada janji kita. Saya hargai sangat-sangat. Terima kasih untuk kesudian kamu menulis sisipan cerita blog ini yang akan saya simpan untuk kenangan masa hadapan. Saya hargai sangat-sangat jasa kamu.

Nota 1: dengar berita pagi tadi kat TV3, seorang ahli mufti Perlis kata, bernikah di masjid menyerupai upacara berkahwin di gereja oleh orang Kristian??!! Apa?? Tunggu komen mufti Selangor pula la.

Nota 2: Pada mereka yang hantar emel untuk permintaan kertas kerja, InsyaAllah malam ni saya akan balas. Maaf ye kena menunggu sedikit.




21 March 2011



18 March, 2011

Bunga Pengantin, Pengapit dan Dayang


Salam dan Hai

Post ringkas hari ini.


Sumber: Google images

Gambar di atas ni saya suka pasal walaupun bunga pengantin dan pengapit serta dayang-dayang hampir serupa, tapi saya suka idea bagaimana bunga untuk pengantin diserlahkan melalui bekas kaca dan penanda tu.

Sangat simple, tapi dalam gambar jadi menarik. Jadikan props menarik


18 Mac 2011

17 March, 2011

Whoopie! Bukan Macaron


Salam dan hai

Selalu kita asyik dengar tentang macaroon aje kan?



Apa kata kita sembang pasal whoopie pie?! Rupa hampir sama kan dengan macaroon


Rasanya Whoopie pie boleh dijadikan alternatif untuk dessert table bagi mereka yang ada rancangan nak buat.

Siapa nak cuba resepinya, boleh lihat di {
Post} ini. Rasanya, macam lebih mudah sikit nak buat berbanding macaroon.

Mungkin nak cuba juga la satu hari nanti.


17 Mac 2011

Photobooth Bunga Besar


Salam dan hai

Suka pulak tengok idea ni.

Sebenarnya post ni dikeluarkan untuk koleksi baju dayang-dayang rasanya, tapi saya lebih bagi tumpuan kepada latar belakangnya.

Sumber: Tak ingat kat mana

Rasa macam menarik pulak, kalau jadikan satu ruang mengambil gambar / photo booth buat tetamu dengan deko yang simple macam ni, tapi menarik.

Mungkin boleh aplikasi idea DIY daripada post saya dulu {
Post}


17 Mac 2011

16 March, 2011

Curi Idea Ini


Salam dan hai

Jom, pakai idea ni kalau ada lebihan budget?


Sumber:
Glamour & Grace

Berbeza dengan idea alaskan meja pengantin dengan fabrik, kita tutupi meja potong kek dengan kuntuman bunga yang banyak. Kek putih biasa pun akan naik bila pelbagai jenis dan warna kuntuman bunga digunakan, kan?


16 Mac 2011


Kek Lain Daripada Lain


Salam dan hai

Kek ni memang amat berbeza daripada kebiasaan.

Kurang pasti samada sesuai ke untuk majlis kahwin *setiap orang mungkin ada pendapat berbeza* cuma saya suka kongsikan kreativiti yang disertakan dengan hasil kek ni.


Sumber: Cereal Wedding Cake Recipe

Mana tahu kalau nak buat untuk majlis hari jadi ke baby shower ke, boleh tengok resepinya di sini {Post}



16 Mac 2011

14 March, 2011

Ais Ais Bebeh


Salam dan hai

Nota: Dalam proses nak buat pengkategorian untuk gambar-gambar kahwin saya pasal ada banyak emel saya terima daripada pembaca, bagitau gambar kahwin saya bersepah-sepah, nak tengok deko bilik kena gi sana, nak tengok meja beradap kena klik link lain. Mereka tak tahu nak klik kat mana akhirnya. Sabar, sabar, saya akan buat kategorinya InsyaAllah. *malas juga sebenarnya :P

Ok, topik petang ini.

Saya suka idea ni. Praktikal untuk majlis merisik atau bertunang rasanya. Pasal jumlah tetamu lebih kecil dan kita lebih ada banyak kawalan dalam persediaan juadah majlis.

Kita berkongsi idea tentang air minuman tetamu



Ideanya: Bekukan buah-buahan yang digunakan; macam dalam gambar dibawah



Kita sesuaikan dengan menu air majlis nanti. Contohnya, kalau menunya air sirap limau, mungkin boleh bekukan potongan isi limau dalam kiub ais. Atau laici ke. Atau nenas ke. Apa-apa sahaja, ikut kreativiti masing-masing. Saya tahu, bakal pengantin kebanyakkan mesti kreatif!

Erm.. Macam menarik.. Rasanya kalau nak buat house warming boleh juga pakai idea ni. Atau raya ke. Atau majlis hari jadi ke.. Erm.. Saya pun nak buat la dulu.



14 Mac 2011

Dekorasi Riben - Idea Berbeza


Salam dan hai

Sudah masuk minggu ketiga dalam bulan Mac. Cepat sungguh masa berlalu kan? rasanya, rata-rata bakal pengantin dalam senarai blog saya ni, mesti semakin pantas buat persiapan. Takpe, buat perlahan-lahan. Jangan kena serangan kalut. Kadang-kadang kita rasa banyak lagi belum siap, walhal dah banyak sudah kita uruskan.

Kali ni, saya nak kongsi idea dekorasi ringkas menggunakan riben

Daripada ini..


.. Kepada ini


Mana la tahu, kalau-kalau ada baki super banyak riben kat rumah tak tau nak buat apa.

Boleh klik untuk cara-caranya disini:
bluelightbride.com



14 Mac 2011

10 March, 2011

Seminggu Selepas Post Terakhir


Salam dan hai

Fiiuh!!

Memang rekod betul! Kali pertama saya tinggalkan blog ni hampir seminggu. Masa honeymoon dulu pun, sempat juga update blog hehe. Terima kasih pada semua yang masih sudi juga jenguk-jenguk blog yang sepi seminggu ni.

Hari ni, cuba kumpul kekuatan dan idea untuk menulis. Rindu nak menulis topik-topik berat, tapi perlukan masa untuk mengarang. Jadi pada pagi Khamis ni, kita mulakan bacaan ringan sahaja dulu.

Punca tinggalkan blog: Keletihan melampau.

Itu sahaja.

Setiap minggu ada sahaja aktiviti masuk rumah yang saya dan D perlu uruskan.







Sampai D kata "masuk rumah ni, buat D rasa cam kita kahwin lagi sekali aje. Belanjanya sama aje banyak"

Ye, tepat sekali.

Disebabkan belanja yang banyak itu juga la, kami asyik menangguh nak ambil album daripada A.Rashdi. Nasib dia memang amat memahami *terima kasih A.Rashdi*, dia cuma pesan kalau semuanya dah ok, terus call dan dia akan siapkan dalam tempoh 2 minggu *huu suka sangat!!*

Tambah lagi suka pasal dia sudi kasi saya semua gambar-gambar sepanjang majlis kami. *Suka suka lagi!*.

Dalam banyak-banyak gambar dia yang memang best, saya amat suka gambar perincian majlis kami yang dia ambil. Syukur sangat A.Rashdi tak terlepas semua benda-benda kecil yang mungkin orang tak kisah, tapi untuk pengantin (mantan la kini :P) DIY macam saya, sekecil-kecil perkara, sebesar-besar kenangan pada saya.


Tahukah Anda: saya sama sekali tak menyangka yang ayah saya boleh merealisasikan idea saya untuk so-called 'chandelier wanna-be' haha. Ayah masukkan semua lebihan kain dalam kaca yang diletakkan ditengah-tengah kristal tu. Jangan tanya macam mana ayah buat, saya pun tak tau. Tahu2 dah siap



Tahukah anda: Selipar ni dah berusia 5 tahun. Jarang pakai pasal sayang. Cuma keluarkan khas untuk jadi props.


Tahukah Anda: Beli handset baru semata-mata nak jadikan props juga. *Sebenarnya handset sekarang tu pun memang tunggu masa nak kiok aje


Tahukah Anda: Kasut ni satu saiz besar daripada kaki saya. Saya beli juga walaupun terpaksa perlahankan kelajuan berjalan, takut kasut tercabut :P


Tahukah Anda: Pada saat akhir, saya cuma tulis segala apa yang penting atas kertas Post-it sahaja. Mudah nak semak.


Tahukah Anda: Baju ni amat berat.


Tahukah Anda: Gambar ni saya hantar print di kedai 2 hari sebelum hari majlis pasal saat akhir dapat idea untuk hiasan bilik pengantin


Tahukah Anda: Jubah mandi ini masih lagi saya dan D gunakan. Sangat praktikal!


Tahukah Anda: Scallop yang dibuat oleh ayah saya mampu menampung berat baju sanding saya dengan jayanya!


Tahukah Anda: Walaupun manik dibaju tidak sekata, tapi tiada siapa yang perasan disebabkan kilaun manik pada baju mengatasinya :) Sudah macam lampu LED aku ni!


Tahukah Anda: Bunga orkid putih tu dibeli dengan harga mampu nangis, tapi sampai hati pihak katerer letak bunga meja mereka dihadapan!!!


Tahukah Anda: Botol ini sekarang menjadi botol herba untuk letak garam-gula-lada sulah dan sebagainya dirumah kami. Pembelian jangka panjang.


Tahukah Anda: Pagi letak centerpiece, saya dan D boleh lak nak bertengkar masa tu *Saya bertengkar, Dia malas nak layan haha. Pasal nak cepat, tapi meja masih banyak belum siap.


Tahukah Anda: Pantun di meja tetamu saya perolehi daripada laman web Dewan Bahasa Pustaka


Tahukah Anda: saya baru tahu siapa yang melukis gambar arnab dalam buku tetamu saya..!!! Echa!!!!


Tahukah Anda: Saya gunakan semula ceper untuk hantaran sireh junjung dan bantal hantaran untuk idea ni. Petang selepas nikah, terus amik daripada rumah D dan bawa ke dewan siap-siap. Dalam banyak-banyak projek DIY saya, ini yang paling saya suka.


Tahukah Anda: Buku tetamu ini hampir tertinggal. Nasib ada orang yang teringat nak kemaskan meja tetamu.


Tahukah Anda: Bunga meja dalam gambar di atas, sebenarnya adalah bunga meja yang sama di bilik pengantin pada hari nikah. Saya bawakan ke dewan dan gantikan bunga dibilik pengantin dengan deko lain.


Tahukah Anda: bunga telur tu semua adalah kitar semula daripada semua bunga-bunga telur yang kami, sanak saudara, dan sahabat (terima kasih Nuriah, Laling dan Reen!) berikan dan kumpul.


Tahukah Anda: Kami memandu di lebuh raya dengan jarak amat amat dekat antara satu sama lain bagi mengelakkan orang perasan plat kereta kami.



Tahukah Anda: Deko meja beradap di buat pada malam hari sebelum sanding dan kami biarkan air cond terpasang sampai esok pagi.


Tahukah Anda: pada bahagian besi kasut D, tertulis huruf D. Memang rezeki D terjumpa kasut yang ada pangkal huruf D.

Candid masa pengapit berusaha menanggalkan plat kereta. Saya disebelah memerhatikan dengan garang pasal takut terpatah plat tu hehe.. Mekacih Encik pengapit *aku tahu kadang-kadang ko baca blog aku even ko jadi Anonymous.



Semestinya, kena la letak gambar signature saya, gambar yang nampak sipi-sipi sahaja. Haha


Semua perincian majlis saya ada (kecuali bunga manggar yang hilang tanpa dapat dikesan.. takde sapa ada gambar tu T.T)

Gambar Pilihan hari ini: Apa yang kita belajar daripada gambar dibawah?



Jawapan: Dalam keadaan terdesak, percaya la ahli keluarga kita sanggup buat apa sahaja dalam memastikan kelancaran majlis. Termasuk la menyapu lantai dengan mop kerana ketiadaan penyapu. Abang saya amat cool!!!!!!!!!!


A.Rashdi ni dah mula pula berkecimpung dalam video. Kalau suka dengan hasil tangkapan gambarnya diatas, mesti korang akan lebih suka dengan video pertama dia ni: Klik link dibawah untuk lihat sendiri video hasil tangan beliau.

Reception Sherim & Suzy

Semua sumber gambar di atas adalah daripada A.Rashdi of Peveyheck tanpa editing. Boleh hubungi beliau di laman Facebook Peveyhack Photography



10 Mac 2011

01 March, 2011

Status Facebook


Salam dan hai

Selain daripada suami saya, saya rasa rata-rata orang ada Facebook. (Ye, D memang tegar tak mahu Facebook, biar di'bahan' macam mana sekalipun) Jadi mesti korang lebih biasa dengan rupa tataletak perubahan status pada profil kawan-kawan kan?

Setiap kali ada kawan-kawan yang sudah melangsungkan perkahwinan, mesti akan ubah status di Facebook.

Macam gambar kat bawah.



.. Dan korang mesti juga dah biasa dengan gambar pengantin pegang papan pengumuman macam ni kan?



Cuba tengok pula gambar di bawah ni. Kombinasi kedua-dua gambar di atas tadi



Sumber:
adlankhalidi.com


Walaupun saya tak boleh nak tekan butang LIKE, tapi tetap nak LIKE idea ni.

Yang bagusnya, Adlan sudi berkongsi template untuk board ni. Jadi pada siapa yang berminat, boleh klik link
post DISINI


1 Mac 2011

Perkongsian Mereka: Majlis Keyn


Salam dan hai

Saya suka bila ada blogger/pembaca blog yang sudi hantar emel berkongsi gambar majlis-majlis mereka, kongsi idea-idea DIY yang mereka berjaya realisasikan. Seronok sebenarnya baca keterujaan mereka. Kebelakangan ni, banyak undangan perkahwinan saya gagal nak penuhi. Terlalu padat dengan aktiviti masuk rumah baru. Entah berapa kali saya dan D sampai nak demam-demam uruskan hal perabot, kabinet dan urusan dengan pemaju, tambah lagi dalam keadaan cuaca yang tak mengizinkan. Tapi takpe la, sedikit masa lagi pastinya manis. Yeay..

Ok, kembali pada cerita utama. Bila baca emel diorang ni semua, terasa macam kita kat majlis diorang pula. Walau tak semuanya saya dapat kongsikan dalam blog saya, tapi kepada semua yang pernah emel saya dengan gambar-gambar masing-masing, terima kasih banyak-banyak.

Kali ni, saya nak kongsikan majlis Ashekeyn.

Keyn amat teruja kongsikan semua hasil DIY dia dan saya pula lebih teruja tengok hasilnya.. Tambahan lagi bila idea tu sekadar idea daripada post terdahulu saya, tapi dia berjaya merealisasikannya..

Contohnya, sticker dibawah ni daripada majlis dia.



Idea jalanan dalam post saya yang dulu {
Post}



Menarik kan? Comel, dah la dua-dua pun pakai kereta MyVi. Comel bangat!

Tengok pula gambar bunga manggarnya. Keyn gunakan idea kertas crepe yang dibentuk menjadi kuntuman bunga ros kucup dan 'kahwinkan' dengan bunga manggar biasa.



Tiba-tiba teringat kisah bunga manggar saya dulu {
Post} Adakah ianya kelihatan begini~~ T.T

Bantal hantaran~~ dua-dua belah pakai bantal hantaran DIY. Hebat!





Yang ini pula, Keyn gunakan kreativiti untuk sesuaikan dengan apa yang ada dalam tangannya. Dia kata, tak berjaya dapatkan jubah mandi, jadi dia gunakan sweater yang ada hood, hantar buat sulam. Suka!





Suka tengok hasil DIY pengantin-pengantin. Kalau kemampuan daripada segi tenaga, masa, kreativiti dan ketekunan, jangan berganjak daripada ingin cuba DIY yang pastinya boleh memberikan sentuhan personal pada majlis kamu.

Tak sah la post ni kalau takde gambar pengantin.

Tada~~



Puan mantan pengantin bersama sahabat-sahabatnya. Gambar-gambat diatas, saya ambil daripada blog sahabatnya,
cik Lyna yang sudi berkongsi. Terima kasih Lyna! Kalau nak tengok lebih banyak gambar-gambar sepanjang majlis, boleh klik blog Lyna.

Gambar kat bawah ni saje letak pasal saya rasa comel tengok kat bunting tu, kat bahagian bawah tu biasanya orang cuma letak botol air untuk kasi berat bahagian bawah bunting, tapi dalam gambar di atas, dengan bunting ni pun, ada sentuhan kreatifnya. Hehe



Terima kasih Keyn dan Lyna yang sudi berkongsi cerita dan gambar masing-masing.

Mungkin dalam post akan datang, saya akan masukkan pula majlis perkahwinan lain yang pembaca sudi kongsikan dengan saya.


1 Mac 2011