Salam dan hai
Baca dulu post Reen {Post} tentang Bridal Shower dia. Tapi ko cite tak ikut kronologinya Reen! Cis.. Bak sini aku cite lak ok! Ko dok Temerloh, gi racik bunga rampai sekarang!!
Saya dan Laling memang dah pakat nak kenakan Reen kaw-kaw punya untuk Bridal Shower ni. Kami berdua dah kahwin jadi memang ada lesen besar nak beli benda merepek-repek. Tapi memandangkan Reen ni jenis suka mengamati sesuatu tindakan, jadi kami rasa kalau kami pakai modus operandi yang sama untuk buat Bridal Shower dia, seperti mana yang mereka buat untuk saya {Post} dan Laling sendiri {Post}, mesti tak jadi kejutannya. Jadi saya bagitau Laling, kita pura-pura macam tak sempat beli apa-apa untuk dia. Janji untuk beli selepas majlis. Alasan tak sempat: masing-masing sibuk dengan kehidupan lepas kahwin dan Reen sendiri pun cuti sakit lama juga.
Saya dan Laling tak sempat nak pergi beli barang sama-sama, jadi kami cuma berhubung pakai MMS sahaja. Main setuju sahaja untuk semua benda.
Pada hari kejadian, kami makan di Secret Recipe.
Kemudian, lakonan kami pun bermula. Kami beli sepotong kek untuk Reen.
Kami minta maaf, pasal tak sempat raikan dia. Jadi sepotong kek buat peganti sehingga kami dapat beli hadiah untuk dia.
Dia tak tahu yang sebenarnya, tengah hari sebelum keluar makan tengah hari, saya pergi ke kereta saya dan letakkan kotak hadiah siap-siap di dalam bonet. Siap tiup belon yang ada cetakan Bridal Shower tu. Tak tahu macam mana saya boleh tiup kasi kembang. Haha. Mungkin semangat berkobar barangkali.Sebelum tu, pagi-pagi lagi Laling dah singgah tempat saya untuk serahkan kotak tu dan kami siap dapat tulis sedikit ucapan semangat untuk Reen. (.. 'tapi indah' tu Laling yang tulis Reen. Bukan aku!)
Sepanjang kat kedai tu, Reen nampaknya tak syaki apa-apa lagi. ke ko dah mula syak apa-apa Reen? :P
Balik ke kereta, saya minta dia alihkan kotak di tempat duduk belakang ke bonet belakang. Daripada awal, memang sengaja letak kotak tu kat tempat duduk belakang. Nanti boleh minta Reen alihkan dengan alasan semak sangat. Saya dah pakat dengan Laling, dia kena duduk depan, jadi baru nampak logik Reen yang kena alihkan kotak ke bonet.
Ini reaksi Reen
Bawa masuk hadiah dalam kereta dulu, baru sambung jerit
Satu-satunya sebab kami tak mahu serahkan hadiah ni kat tempat awam pasal kami tahu reaksi daripada Reen akan sangat hiper!
Ok-- happy bunny :P Misi tercapai!
Lengkap lah pusingan Bridal Shower kami. InsyaAllah, Reen akan melangsung perkahwinannya hujung minggu ini. Sama saing dengan Farah dan Kay Kamal. Harap majlis Farah berjalan dengan lancar InsyaAllah. Maaf ya Farah, saya tak dapat hadiri majlis kamu. Maaf sangat-sangat, saya di Temerloh. Ada tugasan khas daripada Bakal Ratu Sehari di atas tu :p
Ini diantaranya. Hantaran untuk pihak lelaki *arrgg aku rasa cam tak reti nak buat aje nih!!
Sebut pasal jemputan, InsyaAllah akan cuba menghadiri majlis Yanie pada 4 Disember.
Nasib majlis Yanie malam. Kalau siang, tak tau sempat ke tak pasal kami ada 2 jemputan lagi.
.. Dan ini kad yang saya baru terima.. Ehem ehem.. Siap ada nota lagi ok! Siapa punya kad ni, sila angkat tangan :P
InsyaAllah, saya akan cuba hadiri bersama D. 11 Disember kan? Saing dengan Hana .
Selingan: Dapat hadiah yang amat saya mahukan. Walaupun takde sapa heran, tapi saya nak sangat-sangat hadiah ni:-
Berjaya dapatkan mangkuk tingkat akhirnya!!! Hadiah daripada kawan pejabat! Ok, tipu. Saya buat wishlist dan saya bagitau saya nak mangkuk tingkat.
Saya suka. Nak mangkuk tingkat. Pasal nanti kalau dah pindah rumah, balik rumah keluarga hujung minggu, boleh masak daripada rumah dan bawa ke rumah mereka. Macam ibu selalu buat bila balik kampung.
Sehingga saya menulis lagi!!
Nota: Saya pernah pakai idea kejutan letak hadiah dalam bonet kereta masa hari jadi D yang ke 25 rasanya. Esok hari jadi D, tak tau nak kasi kejutan macam mana pula.
24 November 2010
Jumpa di wedding yanie nanti yer?
ReplyDeletetak pegi wedding kay ekk?
mangkuk tingkat! :)
bagus2. byk kegunaan!
Hari jadi partner kita sama la...hu3
ReplyDeletesalam xora nk tanye jugak
ReplyDeletekalo lepas anda berkahwin,awak masih lg berkawan/bersahabat spt biasa dgn sahabat anda? sy punya pengalaman yg di mana..sebaik sahabat saya berkahwin..kami agak renggang tidak spt biasa..sy fikir ni normal sbb die dh berkahwin.. jd..mungkin anda ade pendapat sendiri mengenai hal ini..sekian terima kasih.=)
ixa...yg tongkat merah tu tuk ape yeh?? blur jap..haha
ReplyDeletejumpa kamu di wedding Yanie k :D
jumpa xora di wedding yanie dan wedding saya!! hehe..=)
ReplyDeleteGood idea....Pernah buat treasure hunt untuk member yg sambut bday.Mula2 bg kek.Then, di kek ada nota.Dari nota tu dia kena mula kan treasure hunt dia untuk dapat kan hadiha....treasure hunt hanya di rumah sahaja....x perlu kawasan yg luas...
ReplyDelete