23 November, 2010

Layah Untuk Disewa

Salam dan hai

Saya belum terbuka hati untuk menyewa atau menjual baju nikah dan sanding kami walaupun ada permintaan. Maaf sangat, belum tiba masanya. Terlalu manis untuk dilepaskan.

Tengok macam mana nanti ya.

Tapi saya berbesar hati jika ada yang berminat untuk menyewa layah (veil) saya. Saya ada dua layah, satu bewarna putih untuk majlis nikah dan kuning untuk majlis sanding.

Layah nikah

Saya tiada asas tentang fashion dan fabrik, jadi saya cuba terbaik untuk menerangkan spesifikasi layah ni

Material: Net
Perincian: Patching lace (manik+pearl)
Panjang: Lebih kurang 1.5 meter
Harga sewaan: RM50 (Deposit RM50)

Saya belum minta gambar rasmi daripada A.Rashdi. Nanti kalau dah dapat, saya akan letak kat sini. Jadi buat masa ini, saya kongsi gambar-gambar yang dapat menunjukkan perincian layah saya tu.









Layah Sanding

Material: kurang pasti (sila lempang saya Haha)
Perincian: Seperti dalam gambar
Panjang: Lebih kurang 1.3 meter
Harga sewaan: RM50 (Deposit RM50)








Kalau berminat, boleh hubungi saya dan boleh tengok dulu layah tu sebelum buat keputusan. Tapi ada beberapa perkara yang kamu perlu tahu:

1. Urusan sewaan hanya dibuat secara face to face, permintaan untuk pos tidak dibenarkan.

2. Tempat pengambilan adalah di Masjid UPM (Isnin-Jumaat selepas pukul 5:30 dan sebelum 7 malam) atau Exit tol Bangi (Sabtu dan Ahad; dan selepas 7 malam untuk Isnin-Jumaat) .

3. Jika sudah emel booking veil dan tiada emel susulan seminggu sebelum majlis penyewa, saya akan anggap penyewa tidak berminat lagi dan saya boleh menyewakan kepada orang lain.

23 November 2010