Salam dan hai
Sekarang, bercerita tentang keadaan pagi pada hari Sabtu, 30 Oktober-- hari D terima nikah. Takde kejadian kecoh pun, cuma kami sekeluarga memang kecoh. Jadi kecoh jadinya Hihi.
Bangun 6:30 pagi, terus sembur bunga hantaran. Baru nampak segar. Kemudian saya terus mandi dan sarapan. Nity memang tak tidur rumah saya, tapi dah janji 7:30 dia akan tiba. Pagi tu agak sibuk nak letak dan balutkan macaroon kat pinggan putih. Tak tahu sama ada memang susah atau tengah panik nak kejar masa. Tapi apa-apa pun, selesaikan masalah. Sudah la susah nak tanggalkan selotape pasal saya tidur dengan inai dijari.
Saya paling suka suasana pagi di rumah saya pada pagi tu. Amat tenang. Mungkin sesetengah pengantin sukakan suasana meriah dan bising, tapi untuk saya, saya lebih sukakan suasana yang tenang dan nyaman, dikelilingi mereka yang paling rapat dengan saya. Hujan rahmat pula pagi tu, memang syiok tidur ehehe
Kak Nurin dah pesan SMS dia sehari sebelum majlis. Jadi bila saya SMS ingatkan dia, dia minta saya siap-siap sarapan dan mandi terus. Dia pesan perlukan dua kerusi untuk dia menjalankan tugas. Pagi tu, elok saya makan mee goreng, elok pakai jubah mandi pengantin saya {post}, terus dapat SMS K.Nurin, dia dah sampai.
TIPS 1: Tanya kepada vendors (MUA, OP, atau siapa sahaja) jika mereka perlukan apa-apa keperluan tambahan pada hari majlis. Tanya juga makan minum mereka. Walau kebanyakkan mereka biasanya sudah makan sebelum tiba, tapi ada eloknya kita bertanya. Walau kita yang membayar perkhidmatan mereka, tapi mereka pun tetap manusia biasa ada hati dan perasaan. Mereka bukan kuli kita.
Terkocoh-kocoh keluar. Sambut K.Nurin. Kali terakhir saya jumpa dia, bulan Mac hari tu dan sekarang, dia sudah mengandung. Sangat comel perut dia! Masuk dalam bilik, K.Nurin terus mulakan kerja dia. Dia rupanya ingat salah rumah pasal takde khemah, takde orang keluar masuk. Macam takde kenduri berjalan. Gelak besar la saya! Jiran sebelah rumah saya, Uncle Singh pun siap tanya abang saya, saya jadi kahwin ke tidak pasal tiada orang keluar masuk rumah. Ayah siap berkain pelikat, rilek sahaja berdiri depan pagar. Tapi saya memang suka suasana yang tenang macam ni.
Tak tunggu lama, terus sahaja K.Nurin siapkan work station dia.

Saya pulak tengah risau A.Rashdi tak disambut pasal pagi tu memang cuma ada mak ayah sahaja. Takpe, teruskan mekap. Saya tak ingat, siapa sampai dulu, Nity atau A.Rashdi. Tup-tup kedua-duanya sudah ada.
Sepanjang saya bersiap, Nity yang pegang video cam kami. Kalau nak suruh abang saya, nanti dia bosan rakam saya tengah mekap.
Oh ya, kongsi sedikit deko bilik pengantin serba sederhana. Ni bunga sudut meja mekap. Ni pun kami buat malam sebelum nikah, saing-saing dengan hantaran dan bunga tangan. Kertas aluminium tu kena guna untuk lapikkan span H20. Tapi bila sesi bergambar, terus buang lapik tu. Hehe
Curi gambar daripada Fesbuk Nity! :P Kebanyakkan gambar-gambar berikut daripada Fesbuk Nity dan phone saya. Ni pula, deko kecil di sudut kaca meja solek juga.
TIPS 2: Kalau dapat hadiah kenduri, bekas kaca isi telur, jaga bekas kaca tu elok-elok. Boleh gunakan untuk deko. Saya pakai pros masa Bridal Shower dulu {Post} untuk deko salah satu ruang kaca di meja solek saya. Mudah dan jimat! Sempat posing dengan jubah mandi saya.
Ecece.. Deko simple minit terakhir!
Nasib sempat beraksi dengan juban mandi ni!
Kak Nurin mekapkan saya dengan sangat cermat. Walaupun saya degil (diminta tutup mata, sebelah sahaja ditutup, sebelah lagi saya buka) dan banyak cakap, tapi dia tetap tekun dan senyap sahaja buat kerja. Cuma sekali sekali dia bertanya itu dan ini. Tapi memang selesa sangat dimekap oleh K.Nurin.
K.Nurin amat rilek walau saya sikit-sikit, nak bergambar-sikit-sikit nak bergambar. Sikit pun kerja dia tak terganggu. Saya nak masukkan satu video nanti, kita boleh tengok K.Nurin beraksi. Selingan dengan perincian baju nikah saya dan diakhiri dengan Echa menjerit "CANTIK". Bila budak kecil kata cantik, memang cantik!! Nanti saya cuba masukkan, pasal video tu hampir 5 minit, jadi lambat sangat nak upload.
Saya memang sengaja gantungkan baju nikah saya dan tunjukkan bunga tangan saya pasal masa buat mekap trial dulu {Post}, K.Nurin ada bagitau yang dia perlu tahu warna bunga tangan saya untuk tentukan mekap yang macam mana.
TIPS 3: Gantung baju nikah/ sanding dan keluarkan bunga tangan kamu siap-siap diluar. Selain untuk OP ambil gambar, elok untuk rujukan MUA kamu dalam menentukan warna yang akan dioles pada wajah kamu.
Lepas Nity datang, Shima, Izzah, Reen dan Laling pun tiba. Suami Shima, Am siap tolong racikkan bunga rampai untuk saya. Heheh. Reen dan Laling pun bawa racikkan bunga rampai. Memang saya dah minta awal-awal pada mereka, tolong racikkan bunga rampai siap-siap kat rumah masing-masing.
Saya memang tak jemput ramai untuk majlis pernikahan kami. Saya nak majlis yang kecil dan terkawal. Suara saya sorang sahaja boleh menyebabkan 'pencemaran bunyi' yang dasyat. Tak henti bercakap. Bila abang-abang saya sampai, lagi la bising. Dengan Am asyik kata "Butang baju melayu aku kat mana pahhhh" --mengulangi dialog Madu Tiga.
TIPS 4: Beli sticky pad dan tampalkan to-do list untuk hari nikah dan sanding. Ini bukan masa nak lihat senarai semak lagi atau untuk menguji ingatan diri. Tapi pastikan, buang siap-siap sebelum OP sampai atau kesudahannya, OP akan ambil gambar to-do list kamu.. haha
Tu nampak? To do list saya kat almari tu?
Iklan: Suka gambar ni. Nampak tumit kasut saya. Sangat sukakan kasut ni!
Kak Nurin selesai mekap sebelum 9:30. Jadi apa lagi, kami pun berposing sakan dalam bilik, sementara nak tunggu gerak. Secara keseluruhan, saya memang amat berpuas hati dengan perkhidmatan K.Nurin. Amat mudah berbincang dengan dia. Sebelum mula mekapkan saya, dia tanya sama ada saya kuat berpeluh atau tidak. Dia kongsi tips nak hilangkan garisan di bibir pasal selalu senyum dan macam-macam lagi tips. K.Nurin pun ok bila saya bagitau, tak mahu sanggul rambut tinggi sangat pasal ayah dan D memang tak berkenan saya buat macam tu. Memang mudah berbincang dengan K.Nurin! Saya tak cerewet tentang bagaimana mekap yang saya nak. Saya cuma nak cantik, tu aje. Jadi memang saya serah bulat-bulat apa warna yang dia pilih. Walau warna gincu nampak sedikit pucat, tapi saya tak kisah pasal asal OP kata dalam gambar OK, saya pun OK. Kalau ada duit lagi, nak hantar muka kat dia, mekapkan saya bagi cantik.
TIPS 5: Masukkan duit bayaran vendor siap-siap dalam sampul dan tulis berapa jumlah di dalam dan nama penerima (vendor). Mungkin jika kamu sibuk atau tak sempat, orang kepercayaan kamu boleh lanjutkan bayaran bagi pihak kamu, tapi pastikan vendornya orang yang betul. Takut tersalah orang, naya! Saya sedikit kurang suka jika bayaran di bagi tanpa sampul. Memang tiada peraturan tentang ini, cuma saya rasa lebih molek dan cantik budinya, kalau duit bayaran diletak dalam sampul angpow sebelum diserahkan pada vendor.
Kawan-kawan terapat saya semua hadir, kecuali Fieza. Dia tak dapat nak hadir pasal ada majlis akikah anak dia pada minggu yang sama dengan majlis saya, jadi daripada sehari sebelum nikah, sentiasa MMS dia persiapan saya. Biar dia rasa dekat sikit dengan kami. Memang credit macam air! Dia pun sempat telefon Nity (pasal dia kata kalau dia telefon saya, nanti saya marah-marah dia hahaha) dan ucapkan selamat untuk semua.
Post seterusnya, tentang kami di masjid UPM! Oh ya, Reen pun ada buat post tentang majlis pernikahan kami {Post}
Rumusan: Persiapan saya di pagi nikah memang amat lancar alhamdulillah. Tiada saat meracau. Dengan bantuan ahli keluarga dan kawan-kawan, semuanya berjalan dengan lancar dan seperti dirancang, baik daripada hantaran, baju nikah, OP dan mekap. Kita sebagai pengantin perlu sedar, kita perlukan bantuan orang disekeliling kita untuk bantu dan merealisasikan apa yang kita mahu. Pengantin bukan manusia super dan kita tak boleh bergerak solo selesaikan semua perkara. Benar, kadang-kadang perkara kecil seperti terlupa nak gosok tudung nikah, atau tak ingat dimana letak kasut nikah--perkara macam tu yang akan merosakkan mood pengantin di pagi akad. Nanti saya akan kongsikan perkara-perkara kecil yang orang tak perasan orang tak endah, tapi boleh membawa kesan besar kepada diri kita.
9 November 2010
sgt admire ng akak!
ReplyDeleteby suka dengan bunga besar tu. apa nama bunga tu??
ReplyDeletealhamdulillah semuanya ok. Congrats dear (rasa dah banyak kali ucap!)=D
suka bunga tangan kamu!! cantik!!
ReplyDeletecantik bungan putih dalam cawan tu xora..alhamdulillah, semua da selamat kan??
ReplyDeletemuka aku yg sembab di pagi ari! byk post ko noksss. terus aku stress pasal xlarat nak marathon utk mmebacanye satu hari!
ReplyDeleteseronok baca..lepas ni saya pulak..harap2 berjalan lancar seperti akak..huhu..selamat pengantin baru ye ka..( ntah berapa kali da cakap nih ) :)
ReplyDelete